Seorang wanita meninggal dunia selepas dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta Perodua Myvi di MRR2, Exit Taman Melawati menuju ke Hulu Kelang, semalam.
Pejalan kaki maut dihempap Myvi yang dipandu laju |
ARTIKEL MENARIK:
Mangsa yang dikenali sebagai Makcik Tuni oleh penduduk Kampung Setia Jaya dan bekerja sebagai tukang urut sering menggunakan laluan itu sejak 22 tahun lalu, meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Menurut sumber, lelaki berusia 19 tahun yang memandu kereta Myvi itu hilang kawalan ketika melalui selekoh di jalan tersebut sebelum berpusing lalu menghempap mangsa.
Berdasarkan video rakaman dashcam seorang pemandu kereta, kereta Myvi itu terdahulu dilihat memandu secara berbahaya dan hampir melanggar kereta perakam video tersebut.
Difahamkan, kawasan tersebut merupakan kawasan yang kerap berlaku kemalangan maut terutamanya di waktu malam di mana lampu jalan tidak menyala dan musim hujan.
Sumber: Orang Wangsa Maju via The Reporter
إرسال تعليق