4 termasuk bayi 16 bulan maut selepas langgar & dihempap muatan treler

Polis mengesahkan hanya empat yang maut termasuk seorang bayi lelaki dalam perlanggaran melibatkan kereta dan treler di Km37, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, dekat Kampung Salak Stesyen, di sini malam tadi.

4 termasuk bayi 16 bulan maut selepas langgar & dihempap muatan treler
4 termasuk bayi 16 bulan maut selepas langgar & dihempap muatan treler

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata mangsa yang maut ialah anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput, Lans Koperal Mohamad Faiz Bakhri, 28, isterinya Nik Iedayu Nik Hassan, 30, dan bayi lelaki mereka Mohamad Faqih Irsyad berusia 16 bulan.

  ARTIKEL MENARIK: 'Kalau terkena sengatan, mangsa akan terasa sakit melampau' - JPM Terengganu nasihatkan orang ramai tak sentuh obor-obor berbahaya ini



Loading...
loading...
Turut maut adik Nik Iedayu iaitu Nik Ifieka, 28, manakala seorang lagi anak pasangan tersebut Mohamad Fariz Iskandar, 3, cedera parah dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di Ipoh.

“Kesemua mangsa yang maut telah dibawa ke Hospital Sungai Siput untuk dibedah siasat,” katanya ketika ditemui di hospital berkenaan di sini, awal pagi ini. Terdahulu, bomba melaporkan lima maut dalam kemalangan itu.

2.jpg

Menurutnya, dalam kemalangan kira-kira  10.20 malam itu, sebuah treler muatan bahan binaan yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Kangsar telah terbabas sebelum memasuki jalan bertentangan di lokasi kejadian.

“Kereta Proton Saga BLM yang dinaiki semua mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tepi treler sebelum dihempap muatan kenderaan berat itu,” katanya.

5.jpg

Menurutnya, dipercayai semasa kejadian Mohamad Faiz dan keluarga dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar makan di gerai yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi. 

Mohd Khaizam berkata kesemua jenazah akan dibawa di Kota Bharu, Kelantan untuk dikebumikan, manakala pemandu treler yang berumur 26 tahun ditahan untuk siasatan.

3.jpg

4.jpg

6.jpg

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput Jeffery Abdullah berkata 10 anggota bersama dua jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira 10.25 malam. 


loading...
“Setibanya di lokasi kejadian terdapat tiga mangsa tersepit dalam kenderaan tersebut, manakala dua lagi telah dibawa keluar oleh orang awam. 

“Seorang daripada yang tersepit ialah kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun. Dia ditemukan dalam keadaan sedar dan terperosok di bawah papan pemuka (dashboard), " katanya sambil menambah operasi masih diteruskan untuk mengalih treler yang melintang menutupi jalan menuju ke Ipoh.


Sumber: Bernama via The Reporter


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post