Baru kahwin dua bulan, suami bakar isteri selepas bertengkar

Seorang wanita dibakar suaminya hidup-hidup selepas pasangan itu bertengkar di sebuah rumah tumpangan di Surabaya, Indonesia, semalam.

Baru kahwin dua bulan, suami bakar isteri selepas bertengkar
Baru kahwin dua bulan, suami bakar isteri selepas bertengkar
Difahamkan, Putri, 25, dan suaminya, Purwanto, 45, menyewa salah sebuah bilik di rumah tumpangan itu dan mereka mengalami krisis rumah tangga dan mangsa tidak tinggal bersama suspek beberapa hari.

  ARTIKEL MENARIK: 'Buka satu kaunter menyebabkan kenderaan beratur panjang, walhal ada petugas lain' - Sultan Brunei buat spotcheck di Jabatan Imigresen


Loading...
loading...
Namun, mangsa kembali semula ke rumah itu dari rumah keluarganya bersama dengan ibunya.

Pasangan itu sekali lagi bertengkar dan keadaan menjadi semakin teruk pada pagi semalam sehingga Purwanto tergamak membakar mangsa.


Penyelia rumah tumpangan itu, Heri Suhandoyo, 46, berkata, selepas lima minit mendengar mereka bertengkar, dia terdengar Putri menjerit kepanasan dan tubuhnya terbakar.


loading...
Mangsa yang mengalami kecederaan parah segera dikejarkan ke hospital berdekatan, sementara suspek pula melarikan diri dari tempat kejadian dengan menunggang sebuah motosikal.

Ketua Polis Surabaya, Widiyantoro berkata, pihaknya masih menyiasat motif suspek membakar isterinya dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.
Richard Huckle (pedofil) mati ditikam di penjara Britain
Mangsa disahkan mengalami luka terbakar di lengan, kaki, muka dan keadaannya kini stabil.


Sumber: Agensi, Sinar Harian  via The Reporter


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post