Seorang lelaki tergamak melemparkan bayinya yang baru berusia 1 bulan 15 hari ke dapur kayu api kerana berang tiada makanan di rumah.
Berang tiada makanan di rumah, bapa lempar bayinya ke dapur kayu yang sedang menyala |
ARTIKEL MENARIK: “Duit ‘Cashier’ Tiba-Tiba Hilang..” – CCTV Rakam Kelibat Toyol
Loading...
loading...
Namun mendapati tiada makanan yang disediakan kerana isterinya, Yeni Maryani, 20, masih belum memasak.
Kesal dan berang dengan keadaan itu, Taruna kemudian memarahi wanita itu. Tidak puas hati dipersalahkan, lalu isterinya melemparkan bekas mangkuk tingkat ke dapur kayu api.
Berang melihat tindakan isterinya itu, Taruna spontan merampas anaknya, Susilawati, dari dakapan isteri lalu dilempar ke dapur kayu api yang sedang menyala.
Mangsa bernasib baik kerana tidak terkena api yang sedang menyala. Yeni kemudian segera mengambil anaknya dan menjerit meminta tolong menyebabkan lelaki itu segera melarikan diri.
loading...
Jeritan Yeni mendorong jiran-jiran terdekat datang dan mendapati Yeni sedang menangis memeluk anaknya sebelum memaklumkan tentang kejadian yang berlaku.
Hasil kerjasama orang ramai, Taruna berjaya ditangkap sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk diambil keterangan dan didakwa di mahkamah.
Akibat dari kekejaman Taruna, Susilawati mengalami luka, lebam dan melecet di bahagian dahi, dagu dan paha. Malah hidungnya juga turut berdarah. Mangsa telah dihantar ke Rumah Sakit Umum Daerah R. Syamsudin untuk mendapatkan rawatan.
Kredit : KisahDunia
loading...
إرسال تعليق