Dijemput Ilahi Ketika Sedang Baca Surah Al-Mutaffifin. Adik Dedah Almarhumah Sempat Muatnaik Status Pelik Sebelum Meninggal

Dijemput Ilahi Ketika Sedang Baca Surah Al-Mutaffifin. Adik Dedah Almarhumah Sempat Muatnaik Status Pelik Sebelum Meninggal

Dijemput Ilahi Ketika Sedang Baca Surah Al-Mutaffifin. Adik Dedah Almarhumah Sempat Muatnaik Status Pelik Sebelum Meninggal
Dijemput Ilahi Ketika Sedang Baca Surah Al-Mutaffifin. Adik Dedah Almarhumah Sempat Muatnaik Status Pelik Sebelum Meninggal
Kisah ini pernah tular pada awal tahun 2018 dan mendapat liputan meluas oleh media di Indonesia. Bukan kerana popularnya gadis tersebut, tapi kerana ‘pemergiannya’ dicemburui umat Islam di seluruh dunia.

  ARTIKEL MENARIK: Anak kapak bapanya sehingga mati kerana terpijak iPhone miliknya


Loading...
loading...
Dua abangnya dijemput Ilahi ketika bersolat berapa tahun lalu, dan Khamis lalu, Aisyah Bahar, gadis cantik serta pintar menghembuskan nafas terakhirnya ketika membaca al-Quran di pangkuan bapanya pada usia baru 22 tahun.

Selepas selesai solat subuh berjemaah di masjid di kampungnya di di Kabupaten Bone dekat Makasar, Sulawesi Selatan, Aisyah membaca al-Quran, meminta bapanya membetulkan jika salah.


Minta diajarkan khalimah syahadah ketika baca al-quran

Ketika membaca surah Al-Mutaffifin, dia memeluk bapa, meminta diajarkan dua kalimah syahadah.

“ Tiba-tiba ia memeluk saya, minta dipandu membaca syahadah. Selepas itu dia men1nggal dunia,” kata bapanya Andi Bahar Jufri menceritakan detik anak kelimanya itu men1nggal dunia 4 Januari 2018.

Menurut laporan portal Liputan6, Aisyah Bahar, gadis cantik dan rajin melakukan ibadat adalah lulusan Universiti Hasanuddin dan bakal memulakan pekerjaan dengan pasukan makmal penternakan di universiti berkenaan.

Menurut bapanya, pada malam menjelang kemat1annya, Aisyah yang dipanggil Ica, bangun menunaikan solat malam dan bersahur kerana akan berpuasa sunat keesokannya.

“ Itu rutin biasa Ica, berpuasa Isnin dan Khamis. Ketika itu kami lihat keadaannya baik saja, tiada yang janggal,” katanya hari ini.

Ica, lulusan terbaik Fakulti Ternakan itu kemudian ke masjid untuk solat subuh berjemaah dan selepas itu meminta bapanya menemaninya membaca al-Quran, membetulkan bacaannya jika salah.

“ Tidak pernah dia meminta ditemani seperti itu,” kata bapanya.

Menurut Andi Bahar, sebelum ini Ica mengadu sering sakit kepala namun pemeriksaan doktor tidak menemukan sebarang masalah.


Aisyah dikebumikan di tanah perkub0ran Lembaga Dakwah Islam Indonesia (LDII) Moncongloe, Maros, Sulawesi Selatan, tidak jauh dari rumah keluarganya.


loading...


Dua abang Aisyah turut dijemput Ilahi ketika sedang beribadah

Menurut Andi Bahar yang mempunyai lapan anak, dua abang Aisyah, Andi Ibrahim dan Andi Astri, yang terlebih dahulu dijemput Ilahi juga men1nggal dunia ketika bersolat, beberapa tahun lalu.

Menurutnya, Andi Ibrahim yang hafaz al-Quran, men1nggal dunia dalam keadaan sujud ketika bersolat sunat Tasbih pada Ramadan 2009.

Anak keduanya, Andi Astri, men1nggal dunia selepas selesai membaca tahiyat akhir ketika sedang bersolat malam di Pondok Gede, Jakarta, pada 2011.

Andi Bahar berkata, dia reda menerima ketentuan Allah dan amat bahagia kerana anak-anaknya men1nggal dunia ketika sedang beribadat kepada Tuhan.

Tanda-tanda pelik sebelum ‘pemergian’ Aisyah

Sementara itu salah satu yang tak mungkin dilupakan Andi Bahar dan saudara-saudara Aisyah yang lain adalah saat Almarhumah meminta mereka berkumpul dan tidur dalam satu ruang bersama-sama di malam sebelum men1nggal.

Hal itu menurut Bahar tak seperti kebiasaannya. Bahar juga memberitahu bahawa ketika mahu berangkat dari Bone ke Makassar Aisyah sempat mencium kaki ibunya.

Apa yang lebih mengejutkan adalah sebelum aj4l menjemputnya Aisyah dikatakan sempat menulis status di sebuah media sosial, LINE.

Seperti ditunjukkan oleh adik Almarhumah Andi Ade Ismail Bahar, Aisyah menulis doa yang sungguh menyentuh perasaan.

Dalam status tersebut Aisyah meminta agar Allah SWT membebaskannya dari segala fitnah dunia.
“ Bebaskan aku ya Allah Dari keinginan untuk dicintai, dipuji, dihormati, disanjung, diminta nasihat, didukung, popular.
Dari ketakutan untuk dihina, direndahkan, dicemuh, difitnah, dilupakan, ditertawakan, dicurigai”.
Allahu, ternyata pemergian Aisyah dicemburui seluruh umah Islam. Semoga kita semua turut diberi petunjuk untuk sama-sama bertaubat ke jalan Allah dan diberi peluang untuk bertemu Allah dalam husnul khotimah.

Sumber : hmetro via rimbabara  via Express Viral


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم