PUTRAJAYA: Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan spekulasi Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin antara calon yang dipertimbangkan parti itu untuk menjadi perdana menteri kerajaan baru.
Dr M ‘OK’ jika PPBM mahu calonkan Muhyiddin jadi PM |
ARTIKEL MENARIK: PH tumbang di Johor
Loading...
loading...
“Muhyiddin mungkin jadi calon. Jika semua pilih beliau, saya ‘OK’,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pakej rangsangan ekonomi di Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Beliau menyifatkan Muhyiddin sebagai lebih menerima ahli-ahli pembangkang.
“Kedudukan saya adalah saya tidak akan menerima Umno, tetapi saya akan menerima mereka yang meninggalkan Umno.
loading...
“Tetapi Muhyiddin bersedia menerima mereka. Sesiapa yang menang saya akan menerima dia menjadi perdana menteri,” katanya.
Mahathir sebelum ini mendedahkan belum ada mana-mana ahli Parlimen yang ada majoriti jelas untuk membentuk kerajaan, di sebalik dakwaan penyokong Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan mereka yang bersepakat dengan Mahathir bahawa mereka ada sokongan majoriti.
Free Malaysia Today
loading...
Post a Comment