Gadis hamil 4 bulan dibunuh kerana kekasih tak nak bertanggungjawab

Seorang wanita berusia 21 tahun yang juga pelajar universiti ditemui tidak bernyawa di biliknya di sebuah rumah di Kota Makassar, Indonesia, pada Sabtu 14 Disember 2019, jam 12.30 tengah hari.

Gadis hamil 4 bulan dibunuh kerana kekasih tak nak bertanggungjawab
Gadis hamil 4 bulan dibunuh kerana kekasih tak nak bertanggungjawab
Mayat mangsa, Asmaul Husna, ditemui rakan serumah dalam keadaan berlumuran darah dengan bantal yang menutup wajahnya.

  ARTIKEL MENARIK: Tak Lap Susu Meleleh, Bahagian Hidung Bayi Diserang Tikus Sampai Nampak Tulang


Loading...
loading...
Penemuan mayat mangsa itu menggemparkan penduduk di sekitar dan pihak berkuasa segera membawa mayatnya ke hospital untuk melakukan bedah siasat.

Polis juga menahan seorang lelaki, Ridhoyatul Khaer, 20, yang juga merupakan pelajar universiti dan teman lelaki mangsa untuk membantu siasatan. Suspek ditahan kerana berada dalam keadaan mencurigakan ketika di tengah kerumun orang ramai di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati, suspek mengaku ada bertengkar dengan mangsa yang memaklumkan dirinya hamil 4 bulan. Tetapi polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengesahkan dakwaan itu.



loading...
"Kami masih menunggu hasil laporan autopsi sama ada mangsa benar hamil atau tidak kerana suspek mengaku mereka bertengkar disebabkan mangsa mengaku dirinya hamil sebelum dibunuh suspek," kata polis.

Sebelum kejadian itu, suspek menceritakan mangsa ada meminta dia bertanggungjawab di atas kehamilannya itu. Tetapi suspek mahu berbincang dengan keluarganya terlebih dahulu.

Mangsa terus mendesak suspek menghubungi orang tuanya untuk memaklum perkara itu dan berlaku pertengkaran di antara mereka. Mangsa kemudian bertindak menghubungi orang tua teman lelakinya biarpun suspek mengugut akan mencederakan dia. Tidak endah dengan ugutan itu dan sekali lagi tercetus pertengkaran di antara mereka.

Di saat suspek melihat mangsa baring, timbul niatnya untuk membunuh mangsa. Suspek mengambil bantal bergambar Hello Kitty dan menekup muka mangsa selama 15 minit. Namun mangsa masih hidup dan kekejangan, suspek keluar mengambil pisau di dapur lalu mengelar lehernya sehingga mangsa benar-benar mati sebelum beredar dari lokasi kejadian.

Suspek kini berdepan dengan tindakan undang-undang dan bakal dipenjara selama 15 tahun kerana kesalahan membunuh.


Sumber: Sosok via The Reporter


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post