Bekerja di 'barisan hadapan' perlulah diingatkan untuk menjaga emosi dan sikap profesional pada tahap tinggi agar tidak menjejaskan perkhidmatan sesebuah syarikat itu.
'Gemuk tak nak cream' - Pelanggan kesal kena body shaming staff restoran
|
ARTIKEL MENARIK: (Video) “Ada Wanita Merayu-rayu Nak Lawat Kubur Arwah Abam Walau Dah Lewat Malam” – Penjaga Kubur
Loading...
loading...
"****** ****** Malaysia, mohon nasihatkan staff anda tidak memasukkan catatan yang tidak penting ketika mengambil pesanan dari pelanggan," tulis Nazly Rosli yang menurutnya insiden itu berlaku di premis tersebut di cawangan Petaling Jaya.
"Saya minta no whipped cream untuk ice choc tetapi pesanan yang ditaip, 'gemuk tak nak cream'. Saya tertanya-tanya apakah 'mesej' itu ditujukan kepada saya atau kepada staff yang menyediakan pesanan itu," tulisnya.
Selain itu katanya, kakitangan restoran juga berbual dengan suara yang lantang tentang bagaimana minuman itu dibuat oleh rakan sekerja mereka dan menyebut 'potong kaki'.
loading...
"Bayangkan kalau pelanggan lain yang cerewet dapat resit seperti ini. Tak salah untuk bergembira di tempat kerja tetapi tolonglah profesional."
Difahamkan, pengadu telah dihubungi oleh pihak berkenaan untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.
Sebagai kakitangan, adalah tanggungjawab bersama untuk menjaga nama baik tempat kerja dan tidak sesekali melakukan tindakan di luar batasan. Jangan disebabkan tindakan yang disengajakan seperti ini, habis imej restoran terjejas teruk.
loading...
Post a Comment