Pasangan suami isteri mengurung anak mereka berusia 12 tahun yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) di dalam reban ayam di belakang rumah di Pamekasan, Jawa Timur.
'Memang kami kasihan lihat keadaannya begitu tetapi...' - Anak OKU dikurung dalam reban ayam |
ARTIKEL MENARIK: Datuk bunuh isterinya kerana tak tahan dengar gosip yang mendakwa mangsa curang
Loading...
loading...
Difahamkan, kanak-kanak itu mengalami kecacatan sejak berusia tiga tahun apabila dia tidak dapat berjalan atau bercakap. Efendi hanya dapat bergerak dengan merangkak.
Menurut keluarganya, Efendi pernah ditempatkan di surau ketika mereka keluar bekerja di sawah, tetapi Efendi merangkak keluar dan memakan apa saja yang ditemuinya termasuk dedak lembu, kulit buah, daun dan bunga.
loading...
Pernah sekali Efendi hilang dari rumah dan ditemui di kawasan pinggir sungai pada tengah malam dan kejadian itu membuatkan pasangan berkenaan tekad untuk mengurung Efendi.
"Memang kami kasihan melihat keadaannya begitu namun inilah nasib keluarga kami. Saya dan isteri perlu bekerja mencari rezeki untuk terus hidup," kata Hamzah.
Hamzah menjelaskan, mereka pernah berusaha merawat Efendi dengan kaedah rawatan tradisional, ini termasuk separuh badan Efendi ditanam separuh dalam kubur menerusi kaedah ritual. Selain itu, Efendi juga pernah menjalani terapi di hospital tetapi hanya sekali sahaja kerana mereka tidak mampu berulang alik.
Lelaki tertidur ketika bermain game di handphone yang sedang dicas, maut terkena renjatan elektrikSementara itu, Ketua Kampung Desa Angsana, Moh Masduki berkata, pihaknya pernah membantu untuk merawat kanak-kanak terbabit tetapi selepas dua kali, ibu bapa Efendi menghentikannya atas alasan tiada wang untuk menghantar Efendi ke hospital selain memberi alasan sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk bersama dengan Efendi di hospital.
Ekoran itu, pihak Masduki akan menyediakan kenderaan untuk menghantar Efendi ke hospital dan mengatur agar rawatan adalah percuma. Beliau juga meminta agar Hamzah dan isterinya menyediakan ruang yang lebih selesai untuk Efendi.
Sumber: Kompas, Harian Metro via The Reporter
loading...
إرسال تعليق