Nelayan tikam bekas isteri sampai mati kerana enggan rujuk semula

Geram dan kecewa bekas isteri enggan terima pelawaan untuk rujuk semula, nelayan berusia 37 tahun ini tergamak menikam mangsa sehingga mati.

Nelayan tikam bekas isteri sampai mati kerana enggan rujuk semula
Nelayan tikam bekas isteri sampai mati kerana enggan rujuk semula

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.20 petang Selasa di sebuah bilik sewa di Kota Kinabalu, Sabah, suspek datang menemui mangsa, Rina Amat, 37, untuk rujuk semula.


  ARTIKEL MENARIK: Pemandu yang menyebabkan mangsa kemalangan maut tidak boleh dihukum mati



Loading...
loading...
Namun, Rina enggan menuruti permintaan suspek lalu menyebabkan suspek marah dan tercetus pergaduhan yang tidak diinginkan. 

Suspek kemudian bertindak menikam dada dan pergelangan mangsa. 

Orang awam yang mengetahui kejadian itu terus menghubungi polis yang kemudian datang ke lokasi dan menahan suspek. 




loading...
Mangsa yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth tetapi disahkan meninggal dunia pada jam 3.27 petang. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 


Sumber: Astro Awani via The Reporter


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post