Penganggur dipenjara hina Allah, nabi, Islam melalui Whatsapp

MELAKA, 3 Rejab 1441H, Khamis – Tindakan seorang penganggur menghantar kata-kata kesat dan penghinaan terhadap Allah, Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui aplikasi WhatsApp kepada rakannya membawa padah apabila dia dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Penganggur dipenjara hina Allah, nabi, Islam melalui Whatsapp
Penganggur dipenjara hina Allah, nabi, Islam melalui Whatsapp

Majistret Teoh Shu Yee menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Shaffik Amat Zairudin, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan itu dan memerintahkan dia yang beralamat di Parit Raja, Johor, menjalani hukuman penjara mulai hari ini.

  ARTIKEL MENARIK: (Video) 'Kau rekod kan?!' - Lelaki baju petak terajang penguatkuasa sampai terjatuh handphone


Loading...
loading...
Lelaki itu didakwa menghantar komunikasi tersebut kepada rakannya Norain Kamarudin, 24, dengan niat untuk melukakan perasaan agama yang dianuti wanita terbabit dan juga abang wanita itu, Muhammad Hairul Nizam Kamarudin, 28, di Taman Bertam Jaya, Cheng, di sini, pada 11 pagi, 15 Feb lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda atau kedua-duanya.


Mengikut fakta kes, Muhammad Hairul Nizam membuka aplikasi WhatsApp di telefon bimbit adiknya dan memeriksa perbualan antara adiknya dan tertuduh sebelum mendapati lelaki itu menghantar pelbagai mesej yang berbaur kata-kata kesat dan penghinaan terhadap Allah, Islam dan Nabi Muhammad SAW.


loading...
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh mengambil kira kesalahan yang dilakukan adalah serius, tidak menjaga sensitiviti agama dan bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.


Muhammad Shaffik yang tidak diwakili peguam merayu hanya dikenakan hukuman ringan atas alasan dia melakukan tindakan tersebut kerana tertekan.-Bernama

Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post