'Rambut dia terbakar & matanya merah' - Remaja main handphone yang sedang dicas ketika hujan, parah disambar petir

Betapa terkejutnya seorang warga emas melihat cucunya dalam keadaan cedera parah dan melecur. Sebelum itu, cucunya yang bernama M Farhan Al Halwani sedang bermain telefon bimbit di dalam bilik.

'Rambut dia terbakar & matanya merah' - Remaja main handphone yang sedang dicas ketika hujan, parah disambar petir
'Rambut dia terbakar & matanya merah' - Remaja main handphone yang sedang dicas ketika hujan, parah disambar petir

Lapor Tribun News, rumah keluarga itu yang terletak di Kecamatan Imogiri, Bantul, Yogyakarta, disambar petir kira-kira pada jam 8 malam Khamis, 20 Februari 2020.

  ARTIKEL MENARIK: Isteri bakor anak & suami kerana enggan jual rumah pusaka untuk bayar hutang RM2.97 juta



Loading...
loading...
Cuaca pada malam itu hujan lebat dan Farhan baring di dalam bilik bermain telefon bimbitnya sambil mendengar audio melalui 'headphone'. Sementara datuk dan neneknya tiada di rumah.

Secara tiba-tiba bilik Farhan disambar petir. 

Tidak beberapa lama selepas itu, nenek mangsa, Sariyem pulang dari masjid dan melihat pintu rumah terbuka dan keadaan di dalamnya gelap kerana bekalan elektrik terputus. 

"Saya panggil cucu, tapi tiada jawapan. Lalu saya masuk ke dalam dan mencarinya di bilik sebelum mendapati biliknya berselerakan. 

"Headphone dan handphonenya hancur, terdapat kesan darah di dalam bilik. Saya terkejut melihat keadaan itu," katanya. 

2.jpg

3.jpg


loading...
Sariyem kemudian keluar dari rumah dan mencari cucunya sebelum ditemui di rumah bapa saudara mangsa yang hanya 50 meter dari rumahnya. 

"Saya tengok rambut dia terbakar dan matanya merah. Ketika itu dia sedang dirawat oleh bapa saudaranya kerana dipercayai disambar petir ketika bermain handphone yang sedang dicas. 

"Dia mengalami kecederaan yang agak serius. Kedua-dua tangannya melepuh dan mengeluarkan darah. Bahagian muka dia ada kesan luka seperti dihiris. 

"Paling teruk di bahagian leher, bahu kiri dan dada," katanya. 

Difahamkan, mangsa memang selalu bermain handphone seorang diri di dalam bilik. 

Mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil dan sudah boleh diajak bersembang.


Sumber: Tribun News via The Reporter


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post