1. TAHUKAH anda bahawa Rasulullah ﷺ pernah mengusir seorang mukhannath (lelaki berperwatakan wanita/maknyah) daripada duduk dalam ruang bersama wanita?
Rasulullah ﷺ usir maknyah dari duduk bersama di ruang wanita |
ARTIKEL MENARIK: Ikan Yang Menelan Nabi Yunus Dikatakan Masih Hidup
Loading...
loading...
Mukhannath ini dikatakan mendedahkan rahsia perihal sosok tubuh wanita Taif kepada Abdullah ibn Abi Umayyah (saudara kepada Ummu Salamah).
Beliau menceritakan perihal wanita Taif (anak-anak perempuan Ghaylan) yang mempunyai tubuh yang gebu.
3. Mendengar perbualan ini, Rasulullah ﷺ melarang mukhannath ini dari duduk bersama dengan wanita muslimah.
Ini kerana mukhannath itu akan mengetahui aurat dan sosok tubuh wanita muslimah sehingga boleh mendedahkannya kepada orang awam.
Dengan itu Rasulullah ﷺ menegaskan:
لاَ يَدْخُلَنَّ هَؤُلاَءِ عَلَيْكُنَّ
“(Wahai para wanita)Jangan biarkan mereka ini (mukhannath) masuk bersama dengan kamu (para wanita)!”
4. Menurut al-Imam al-Syawkani (Nayl al-Autar, Dar al-Hadith, 1993, 2654), Rasulullah ﷺ mengusir mukhannath ini adalah disebabkan kerana tiga sebab utama iaitu:
(a) أنه كان يظن أنه من غير أولي الإربة ثم لما وقع منه ذلك الكلام زال الظن
Pada asalnya mereka (para sahabat) menyangkakan bahawa mukhannath yang masuk ke rumah isteri Rasulullah ﷺ itu adalah golongan yang tidak mempunyai nafsu terhadap wanita.
loading...
Sekiranya ada dikalangan maknyah yang solat ditempat wanita, bagaimana kita boleh pastikan mereka tidak mendedahkan aurat wanita muslimah yang lain?
(b) وصفه النساء ومحاسنهن وعوراتهن بحضرة الرجال
Mukhannath tadi telah menceritakan sifat-sifat kecantikan wanita serta aurat mereka ketika beradanya orang lelaki bersama mereka.
Ini adalah satu kebimbangan besar. Mukhannath yang duduk bersama muslimah boleh mengetahui aurat mereka dan mendedahkannya kepada orang lain.
Bahkan pada hari ini boleh ambil gambar atau video. Atas dasar itu Rasulullah ﷺ mengusirnya dari bersama dengan wanita muslimah.
(c) أنه ظهر له منه أنه كان يطلع النساء وأجسامهن وعوراتهن
Mukhannath tadi terdedah kepada perbuatan meneliti atau melihat tubuh wanita muslimah dan aurat mereka.
Bimbang akan keadaan ini maka Rasulullah ﷺ mengarahkan kepada isteri Baginda ﷺ :
لاَ يَدْخُلَنَّ هَؤُلاَءِ عَلَيْكُنَّ
“Jangan biarkan mereka ini (mukhannath) masuk bersama dengan kamu (wanita)!”
5. Sebagai Muslim, kita menunaikan Umrah adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Semakin hampir kita dengan Allah SWT, semakin jauh kita dari melakukan perkara yang dilarang.
Semakin dekat kita dengan Allah SWT, semakin benci kita untuk melakukan perkara yang ditegah oleh Rasulullah ﷺ .
Mari bersama doakan hidayah buat kita semua.
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.
Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
loading...
Post a Comment