'Saya dah 94 tahun, mana boleh tahan' - Dr Mahathir letak jawatan November ini

Hampir setiap hari para pemimpin Pakatan Harapan (PH) terutamanya mengulangi keinginan mereka untuk melihat Anwar menjadi Perdana Menteri sehingga ada yang mendesak Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya secepat mungkin.

'Saya dah 94 tahun, mana boleh tahan' - Dr Mahathir letak jawatan November ini
'Saya dah 94 tahun, mana boleh tahan' - Dr Mahathir letak jawatan November ini

Dr Mahathir hari ini menegaskan sekali lagi bahawa beliau akan meletak jawatan pada November ini dan menyerahkan jawatan itu kepada 'PM Tepi' yang sudah sekian lama menunggu.

  ARTIKEL MENARIK: 'Laaa.. berebut awek rupanya' - Mangsa dah buat laporan polis, semua pelajar terbabit bakal dikutip


Loading...
loading...
"Saya dengar cerita macam-macam, nak suruh saya kekal 22 tahun lagi. Saya sudah 94 tahun, tak lama lagi 95, mana boleh tahan. 

"Saya janji akan letak jawatan selepas Apec. Itu saya pegang kepada janji saya. 


"Saya tidak terlibat dengan yang lain (SD), cuma janji letak jawatan dan akan letak jawatan," katanya. 


loading...
Pakatan Harapan sebelum ini telah sebulat suara memilih Anwar sebagai bakal Perdana Menteri selepas Dr Mahathir tetapi tidak dinyatakan tarikh sebenarnya untuk melakukan peralihan kuasa itu. 

Semalam, Anwar juga memaklumkan Dr Mahathir tidak terlibat dengan usaha memujuk anggota parlimen menyediakan akaun berkanun (SD) bagi menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal. 


Sumber: MalaysiaKini via The Reporter


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم