'Soal perlantikan Muhyiddin telah dipersetujui Mahathir' - Sumber dakwa Muhyiddin Yassin PM ke-8?

Pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamed meletak jawatan sebagai perdana menteri ke-7 menggemparkan banyak pihak. Bukan itu sahaja, malah beliau turut meletak jawatan sebagai Pengerusi BERSATU.

'Soal perlantikan Muhyiddin telah dipersetujui Mahathir' - Sumber dakwa Muhyiddin Yassin PM ke-8?
'Soal perlantikan Muhyiddin telah dipersetujui Mahathir' - Sumber dakwa Muhyiddin Yassin PM ke-8?

Persoalannya kini ialah, siapakah yang bakal menjawat jawatan utama itu. Jika sebelum ini, Ahli Parlimen Port Dickson dikatakan sebagai pengganti Mahathir, tetapi dengan pengumuman 11 Ahli Parlimen PKR keluar parti dan BERSATU keluar dari Pakatan Harapan (PH) dilihat membantutkan hasrat Anwar menjadi Perdana Menteri seterusnya.

  ARTIKEL MENARIK: 'Kami keluar dari PKR & PH, bentuk blok bebas di Parlimen' - Azmin Ali



Loading...
loading...
Lebih-lebih lagi semalam, ahli-ahli Parlimen dari parti Bersatu, Umno, Pas, Warisan, GPS dan serpihan PKR bertemu di Hotel Sheraton menguatkan lagi spekulasi pembentukkan kerajaan baharu di bawah Perikatan Nasional. 

Dalam laporan Harian Metro, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada petang ini untuk mendapatkan perkenan mengetuai kerajaan campuran yang bakal dibentuk. 


UMNO juga dilaporkan mencadang dua nama pemimpinnya iaitu Tengku Razaleigh dan Datuk Seri Hishammuddin. 


loading...
Menurut sumber yang dipetik Harian Metro, pelantikan Muhyiddin itu telah dipersetujui oleh Mahathir dan beliau sudah pun menghadap YDPA beberapa minggu lalu berhubung perkara itu. 


"Tan Sri akan ke Istana Negara petang ini dan kita doakan semuanya lancar. Insya-Allah perkembangan politik tanah air ini akan selesai tidak lama lagi, mungkin Pakatan atau Perikatan Nasional. Kita tunggulah," katanya.  



-----------------------------------------------------------------
loading...

1 Comments

  1. As reported by Stanford Medical, It's indeed the SINGLE reason women in this country get to live 10 years longer and weigh 19 kilos less than us.

    (And realistically, it has totally NOTHING to do with genetics or some hard exercise and absolutely EVERYTHING to do with "how" they eat.)

    BTW, What I said is "HOW", and not "WHAT"...

    Tap this link to reveal if this easy test can help you release your real weight loss potential

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post