Terkini YDP Agong Tidak Mahu Berjumpa Dengan Tun Mahathir

“YDPA sudah membut keputusan dan di (Muhyiddin) angkat mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-8 pada jam 10.30 pagi nanti walaupun kita mempunyai majoriti,” katanya pada sidang media, di Yayasan al-Bukhary, hari ini.

Terkini YDP Agong Tidak Mahu Berjumpa Dengan Tun Mahathir
Terkini YDP Agong Tidak Mahu Berjumpa Dengan Tun Mahathir

PERDANA Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah membuat keputusan untuk tidak berjumpa dengannya lagi.

  ARTIKEL MENARIK: Rupanya Perdana Menteri Kelapan Kita, Bapanya Adalah Salah Seorang Ulama Dari Johor. Jom Kenali Beliau Dengan Lebih Dekat


Loading...
loading...
Beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) tidak dapat menyerahkan sokongan 114 Ahli Parlimen.

Sejurus PM Baru Diumum, Tun Mahathir Sediakan Surat Untuk Dihantar Kepada YDP Agong. Ini Kandungan Surat Tersebut

PENGERUSI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan enam Ahli Parlimen parti itu bersamanya sekali gus menjadikan seramai 114 Ahli Parlimen menyokongnya sebagai Perdana Menteri.
Beliau sudah menyediakan surat untuk dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menerangkan kedudukan itu serta sokongan Ahli Parlimen yang diberikan kepadanya.
“ Saya ingin jelaskan sebagai Pengerusi PPBM, saya bersama lima lagi Ahli Parlimen PPBM tidak lagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam kenyataan media di Kuala Lumpur malam ini.
Demikian kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjelaskan enam Ahli Parlimen parti itu bersamanya sekali gus menjadikan seramai 114 Ahli Parlimen menyokongnya sebagai Perdana Menteri.
Selain beliau, Ahli Parlimen Bersatu yang menyokongnya ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, Mazlee Malik dan Eddin Syazlee Shith.
Beliau turut mendedahkan senarai semua 114 Ahli Parlimen yang menyokongnya daripada PKR, Amanah, Warisan, UPKO, DAP, Bebas dan GBS Sabah.

Baru Bian pula sokong Tun M

Dalam pada itu Ahli Parlimen Selangau Baru Bian pula menandatangani akuan berkanun (SD) untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ia didedahkan menerusi siaran langsung melalui akaun Facebook Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil yang memaklumkan Baru Bian adalah individu ke-114 menandatangani SD berkenaan.
Untuk rekod, Baru adalah Ahli Parlimen PKR yang dikaitkan dengan kem bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meninggalkan parti berkenaan.
Difahamkan proses menandatangani SD masih berjalan di Yayasan Al-Bukhary, di Jalan Perdana, Kuala Lumpur.
Terdahulu, bekas Menteri Kerja Raya itu dilihat memasuki perkarangan yayasan, menaiki kenderaan jenis Mercedez berwarna hitam, pada 8.35 malam semalam.
Beliau dilihat keluar meninggalkan bangunan terbabit 10 minit kemudian tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.
Beberapa minit kemudian, kenderaan model Lexis dipercayai dinaiki Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Yayasan Al-Bukhary, 8.50 malam semalam.

Difahamkan satu siaran media akan dikeluarkan jam 9 malam semalam.


loading...

Salahuddin Ayub kata PH ada 114 kerusi

Dalam perkembangan lain, Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub mendakwa jumlah Ahli Parlimen yang menyokong Perikatan Nasional untuk menubuhkan kerajaan adalah tidak betul.
Sebaliknya, beliau mendakwa sehingga malam ini Pakatan Harapan (PH) mempunyai sebanyak 114 kerusi.
Menurutnya, seramai 111 Ahli Parlimen sudah menandatangani akuan bersumpah (SD), manakala tiga lagi sudah memberikan ‘Aku Janji’ kepada PH.
” Setakat malam ini, kami mengumpul 114 kerusi (Parlimen yang menyokong PH).
” Semua Ahli Parlimen (PH) akan berkumpul di sini (Yayasan Al-Bukhari) pada 9 pagi esok. Ia akan berlangsung secara aman dan tidak mahu berlaku rusuhan.
” Kami hanya mahu menyatakan bahawa angka (jumlah kerusi diperolehi Perikatan Nasional) adalah tidak tepat,” katanya ketika ditemui selepas keluar meninggalkan Yayasan Al-Bukhari pada 10.30 malam ini.
Ketika ditanya mengenai angkat sumpah Perdana Menteri kelapan yang dijadualkan berlangsung di Istana Negara esok, pihaknya tidak akan menghalangnya.
Terdahulu, Perdana Menteri Interim yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat meninggalkan bangunan Yayasan Al-Bukhari pada 10.24 malam.
Turut dilihat meninggalkan bangunan berkenaan beberapa minit kemudian adalah Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Kredit: hmetro, malaysia united via KL Viral


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post