Lelaki ini pelik ikan Arowana Emas yang dibeli mulut kembung dan dia sangka ikan itu sakit. Dia cuba buka mulut ikan itu dan dia terkejut bila tengok apa didalamnya.

Arowana emas, istilah saintifiknya adalah scleropages formosus, adalah salah satu ikan purba yang masih hidup, juga dipelihara oleh banyak orang sebagai ikan hiasan.

Lelaki ini pelik ikan Arowana Emas yang dibeli mulut kembung dan dia sangka ikan itu sakit. Dia cuba buka mulut ikan itu dan dia terkejut bila tengok apa didalamnya.
Lelaki ini pelik ikan Arowana Emas yang dibeli mulut kembung dan dia sangka ikan itu sakit. Dia cuba buka mulut ikan itu dan dia terkejut bila tengok apa didalamnya.

Ramai yang mengatakan bahawa mempunyai seekor di rumah membawa nasib baik, dan lelaki ini benar-benar salah seorang yang bertuah.



ARTIKEL MENARIK:Dikritik Teruk Gara Gara Jual Motor RXZ Dgn Harga RM70k. Akhirnya Pemilik Motor Itu Tampil Bersuara Lantang Dedahkan Perkara Sebenar
loading...


Arowana telah wujud sejak 2.9 bilion tahun dahulu. Jika diperhatikan, Arowana berenang secara perlahan tetapi stabil, dalam skala yang luas dan besar, dengan warna kebiruan sebagai warna latar belakang. Warna emas di badan Arowana menjadikannya kelihatan gah!

Seluruh badan ikan ini diliputi dengan warna keemasan, yang melambangkan kecantikan dan kekayaan. Kerana keistimewaannya, ia merupakan haiwan peliharaan yang mahal dan bernilai tinggi. Seorang lelaki pergi ke kedai haiwan peliharaan dan terpegun dengan cara ikan ini berenang dan terus membelinya.

Beliau melepaskan ikan itu ke dalam akuarium ikannya dan perasan ikan tersebut kelihatan agak aneh – mulutnya tidak dibuka. Beliau juga panik kerana ikan lazimnya membuka mulut untuk bernafas. Hal ini mengakibatkan lelaki itu risau ikan mahalnya akan pergi buat selamanya. Lantas, beliau memutuskan untuk membuka mulut ikan itu untuk diperiksa. Alangkah terkejutnya beliau semasa membuka mulut ikan tersebut kerana terdapat sekumpulan ikan kecil keluar daripada mulut ikan tersebut!

Lelaki itu fikir ia mungkin sisa ikan hidup yang diberikan kepada Arowana untuk makan tetapi setelah melihat lebih dekat dan mencari maklumat di laman google untuk mendapatkan jawapan, beliau mendapati bahawa ikan kecil itu sebenarnya anak ikan Arowana emas. Lelaki itu benar-benar terkejut dan gembira.

Beliau tidak pernah menyangka bahawa dengan membeli Arowana yang mahal ini akan mendapat percuma sedozen anak ikan. Ia seperti membeli satu dan percuma sedozen, beliau sangat gembira! Arowana kecil ini membolehkan lelaki ini mendapat keuntungan yang besar sewaktu ia besar kelak! Jika pemilik kedai haiwan peliharaan itu tahu tentang ini, beliau akan pengsan!

Kredit : Era Baru

Nak Tangkap Gambar Isteri Kat Tepi Pantai Tapi Hasil Gambar Tersebut Menjadi Gambar Paling Epik Dalam Hidup Mereka. Tak Sangka Ini Yang Terjadi Dalam Gambar Tersebut.

Dan Mozer, 30 tahun yang juga seorang penganalisis perusahaan kewangan dan isterinya, Angeline sedang menunggu kehadiran permata hati sulung mereka pada awal tahun lalu. Angeline yang pada ketika itu sudah sarat mengandung sembilan bulan mahu menyimpan detik terindah ini dengan mengadakan satu sesi penggambaran di sebuah pantai.

Keadaan cuaca pada hari berkenaan juga sangat baik dan sesuai untuk diadakan sesi fotografi. Justeru, mereka telah pergi ke sebuah pantai yang terletak di Jacksonville, Florida. Dengan berlatarbelakangkan pemandangan pantai, Angeline mula melakukan gaya-gaya sambil tersenyum kepada suaminya yang sedang mengambil gambar.

http://empiremedianetwork.com/wp-content/uploads/2019/01/lumba2-300x180.png

Sebaik sahaja Dan menangkap gambar, satu peristiwa sekali seumur hidup telah berlaku di hadapannya! Seekor ikan lumba-lumba secara tiba-tiba melompat dari permukaan laut dan Dan sempat merakamkan gambar tersebut.


loading...


Menurut kenyataan Dan kepada Yahoo Parenting, “Seseorang mula menjerit kepada kami bahawa terdapat beberapa ekor ikan lumba-lumba dan kami boleh melihat tanduknya”. “Secara tiba-tiba, ikan tersebut melompat dari air dan saya sangat terkejut melihatnya. Malangnya, isteri saya tidak sempat untuk melihat apa yang telah terjadi”.

http://empiremedianetwork.com/wp-content/uploads/2019/01/WhatsApp-Image-2019-01-08-at-5.56.00-PM-215x300.jpeg

Gambar yang dapat ditangkap oleh Dan telah menceriakan lagi gambar Angeline sekali gus membuatkan ia menjadi gambar yang sangat menakjubkan! Pasangan ini kemudiannya menghantar gambar tersebut kepada saluran berita tempatan iaitu News4JAX dan menerima banyak ‘like‘ serta komen yang positif.

Dan seterusnya mengambil keputusan untuk menamakan bakal anak lelakinya dengan nama Courtland. Malah, dia mempercayai bahawa Courtland yang ‘memanggil’ ikan lumba-lumba tersebut. “Kami tidak akan mengubah namanya walaupun ada yang mencadangkan nama Dolph Finn”.

Sumber dari Era Baru

Kesian Ibu Kucing Ini. Menangis Selepas Pemergian Anaknya. Perkongsian Pemuda Ini Telah Menyentuh Perasaan Warganet.

Bermula pada 8 April 2018 seorang pemuda di twitter bernama Muazz_T bertemu dengan seekor anak kucing yang lapar. Kisahnya telah pun di tulis di dalam thread twitter nya. “Aku bertemu dgn seekor kitten yang lapar. Aku pun campaklah seketul ayam bagi dia makan. Habis je makan ayam tu, dia panjat kaki aku duduk atas riba aku. Lama jugak dia duduk, sampai aku dah habis lepak dia duduk. Aku pun rasa attached dgn dia lalu bawak balik rumah

Sampai je dekat rumah aku letak dia dalam kotak bersama susu dengan tuna yang aku jumpa dekat dapur. Esok paginya, aku tunjuklah kucing ni kat mak aku, tanya okay tak nak simpan. Mak aku pun setuju sebab comel, lepastu bagi nama dia Siti Afiyah, sama macam anak Dato Siti. Aku jaga dia, bagi makan minum sampailah dia dah tak muat nak pegang satu tangan. Walaupun dia nakal, kuat gigit orang, tapi dengan aku dia lembut je. Suka tidur dekat2, suka manja2. Makin lama makin sayang aku kat afiyah ni. Dia dah jadi macam anak aku

Dalam April-May 2019: Afiyah mula nak keluar rumah diam diam. Dia berbaik dengan kucing hitam kat taman yang aku tak berapa nak berkenan. Banyak kali dah pesan jangan dekat dgn kucing hitam tu tapi balik2 benda sama, keluar dating jugak. Akhirnya bunting si afiyah ni Man facepalming. Ni anak anak dia Oden, Oreo dengan Oyen. Sejak jadi mak ni, afiyah dah tak active macam dulu. Dia jadi seekor pemalas. Bila tak makan dan tak shishi, dia akan duduk atas katil dia yang takde orang lain boleh duduk. Garang

November 2019:
Afiyah pregnant sekali lagi dengan kucing jantan yang sama. Dia lahirkan 5 ekor kalini. Tapi afiyah nampak tak senang,cairan merah still mengalir selepas 1 hari dia bersalin. Mak aku terus bawak pergi klinik sekali dengan anak2 dia. Afiyah terpaksa buang rahim dia. Doktor buat operasi dan operasi tersebut berjaya. Dia diletakkan semula dengan anak2 dia. Apa yang jadi lepastu membuatkan vet pun terkejut. Afiyah himpit semua anak dia sampai takde pun yang survive, 2 hari je dekat vet tu semua anak dia tidak bernyawa.

Yang peliknya, lepas afiyah punca anak dia pergi buat selamanya, dia sedih, dia jadi depressed. Doktor kata dia menangis. Dia cium, peluk anak2 dia. Sedih sangat bila dengar. Tak lama lepas tu, afiyah dibawa pulang ke rumah. Sampai je kat rumah dia dah tak sama, dia sedih je manjang. Makan pun kurang, minum air pun kurang. Aku pun heran, siap suap lagi makanan kat dia baru nak makan. Itu pun sikit je dia nak telan. Dah hampir sebulan rehat pun sama je, nampak tak bermaya, makin kurus dan sebagainya.

10 Febuari 2020:
Aku tengok afiyah lemah sangat, berat dia yg 3.2kg sekarang dah jadi 1.8kg. Aku pun ambil keputusan nak bawak dia pergi klinik. Doktor cakap afiyah ada selsema yang menyebabkn dia takde selera nak makan dengan minum. Doktor suruh tinggal dia kat sana untuk 3 hari Hari khamis hati aku macam nak hancur dah bila dapat berita daripada mak aku. Aku terkejut sebab bila aku hantar afiyah pergi vet 3 hari sebelum tu, elok je dia boleh jalan, boleh lompat. Petang tu kami pergi dekat vet tu nk tengok afiyah.

Sampai saja di vet, Ya Allah sedihnya tengok dia. Lumpuh satu badan, sawan setiap 15 minit. Muka dia nampak ters3ksa sangat. Mak aku terus menangis tgk dia cmtu. Lepas sembang dengan doktor pasal afiyah, dia kata lebih baik bawak afiyah balik rumah, spend time dgn dia

Sejak hari khamis tu, 3 kali sehari aku dengan mak aku bagi dia makan minum pakai syringe macamni. Sawan dia semakin kurang, dan mula nampak kurang pucat muka dia. Nampak dia macam ada hope lagi since masalah dia adalah malnutrition.

Semalam doktor wasap mak aku bagitau yang afiyah sebenarnya ada disease yang bernama Dry Feline Infectious Peritonitis. Penyakit ni merupakan satu wabak yang menyebabkan kucing demam, turun berat badan, banyak kencing and dia affect organ dalaman kucing. Penyakit ni takde cure.

15 Febuari 2020:
Dalam pukul 8 malam aku dengan mak aku bagi makan dengan minum kat afiyah. Suap dia macam kat video atas tadi, banyak dia makan. Penuh selera dia telan takde pun yang dia ludah balik. Aku happy sangat tengok dia mcm tu, mungkin slow2 dia akan get better

Lepas je bagi dia makan, aku dengan mak aku keluar makan kat kedai mamak. Mak aku yang sepanjang 3 hari ni sedih, nampak happy sikit lepas tgk afiyah makan banyak tadi. Dalam sejam lepastu kami balik rumah. Terus pergi jenguk afiyah, nak tengok dia macam mana. Sampai2 je dekat afiyah, kami tgk dia tengah muntah. Dia keluarkan balik semua makanan yang disuap tadi. Sambil2 tu dia kencing jugak. Aku pun ambil tuala dan lap sambil mak aku cucikan afiyah

Lepas je siap cuci semua, afiyah mula sawan balik. Mak aku pun cakap “ Ya Allah, kalau afiyah boleh baik, sembuhkanlah dia. Kalau dia tak boleh baik, ambil lah dia cepat2”. 5 minit kemudian, afiyah dah tak bernafas. Tepat pukul 12 tadi afiyah sudah pergi buat selamanya. Dia tak pergi sorg2 bila takde sape dengan dia. Dia tunggu aku dgn mak aku balik dari kedai baru dia nak tiada. Semoga kau tenang lah afiyah. Aku sayang kau. Walaupun kau hanya seekor kucing, tapi bagi aku kau sangat2 lebih daripada tu. Aku tanam kau dekat tempat yang kau suka main2 dulu. Harap kau suka.

Sumber : HMTpress via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم