KUALA LUMPUR: Seramai 10.215 juta orang sudah menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sehingga 26 Jun 2020 membabitkan jumlah keseluruhan bayaran RM10.90 bilion dengan tahap pelaksanaan 97.32 peratus.
Isu BPN. Menteri Kewangan memaklumkan serba sedikit mengenai BPN dan harap semua rakyat ambil tahu berkaitan dengan BPN |
ARTIKEL MENARIK:Sultan Johor Tanggung Kos Baik Pulih W4d HSA.”Saya Tidak Salahkan..” – Titah Baginda
“Bayaran rayvan BPN kepada per4yu yang lulus telah dibayar mulai 24 Jun 2020 dan sehingga 29 Jun, peruntukan yang terbabit adalah sebanyak RM139 juta,” katanya dalam satu kenyataan mengulas mengenai Laporan LAKSANA Ke-11 pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Tengku Zafrul berkata, berita baik bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) di Semenanjung, Sabah dan Sarawak (yang bukan kawasan pedalaman), bayaran Fasa 3 akan dibuat sebelum akhir Julai membabitkan lima juta penerima, iaitu 3.8 juta isi rumah dan 1.2 juta individu bujang. Beliau berkata, implikasi kos Fasa 3 BSH kepada kerajaan adalah sebanyak RM3 bilion.
“Seperti diumumkan sebelum ini, pelaksanaan pembayaran secara tunai BPN dan fasa kedua dan fasa ketiga BSH 2020 bagi kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak (tiada akaun bank) akan bermula pada 1 hingga 31 Julai 2020 dengan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMSabah) dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMSarawak).
“Usaha ini bakal memanfaatkan 53,325 penerima dengan implikasi kewangan sebanyak RM28.7 juta. PMSabah dan PMSarawak akan turun ke lokasi yang ditetapkan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak bagi memudahkan urusan penerima di kawasan berkenaan,” katanya.
Mengenai program i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tengku Zafrul berkata, sehingga 26 Jun 2020, sebanyak 4.34 juta permohonan telah diluluskan dengan pengeluaran sebanyak RM2.17 bilion sebulan. Beliau berkata, kerajaan sedar masih ada golongan rakyat yang berkeadaan amat kekurangan, justeru keselamatan s0sial rakyat tidak diambil ringan.
Katanya, bantuan Pakej PRIHATIN dan PENJANA disasarkan dapat membantu rakyat dalam jangka masa pendek. “Kerajaan akan mem4ntau rapat situasi semasa untuk mencari jalan penyelesaian yang mapan untuk jangka masa sederhana dan panjang,” katanya.-bh
Hidangan bufet tidak dibenarkan untuk majlis sosial, kenduri kahwin
KUALA LUMPUR: Hidangan makanan dalam bentuk bufet atau layan diri tidak dibenarkan dalam pelaksanaan majlis s0sial antaranya membabitkan majlis perkahwinan, kenduri dan pertunangan. Selain itu, majlis juga tidak dibenarkan diadakan sekiranya penganjur sukar untuk mengawal keadaan dan perilaku tetamu.
Peraturan itu termaktub dalam prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan majlis s0sial yang diluluskan dalam mesyuarat khas menteri-menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 22 Jun lalu.
Menurut kenyataan daripada Kementerian Perpaduan Negara, SOP ini juga terpakai untuk penganjuran kenduri atau majlis perkahwinan atau lain-lain majlis s0sial di rumah ibabat bukan Islam. “Penganjur perlu memastikan tetamu makan dalam kedudukan penjarakkan s0sial dan tidak berkumpul semasa makan.
“Tetamu adalah dil4rang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis sebelum atau selepas selesai majlis,” katanya, di sini hari ini. Kenyataan itu menyebut, SOP ini merangkumi perkara penting di dalam menjalankan majlis s0sial seperti had kapasiti kehadiran adalah seramai 250 orang atau kurang mengikut saiz ruang majlis dengan penjarakkan sosial dan tertakluk dengan tempoh penganjuran selama tiga hingga lima jam.
Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam sidang media hari ini, menjelaskan kebenaran jumlah tetamu tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa untuk majlis s0sial terpakai untuk majlis akad nikah. Mesyuarat Khas Menteri juga bersetuju untuk membenarkan jumlah tetamu tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa bagi majlis jamuan perkahwinan di rumah ibadat dan Persatuan Agama Bukan Islam.-bh
SOP kemasukan pelajar ke IPT diperkemas
PERMATANG PAUH: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang memperkemas prosedur operasi standard (SOP) untuk kemasukan semula pelajar ke institusi pengajian tinggi (IPT) yang akan bermula Oktober ini. Timbalan Menterinya, Datuk Dr Mansor Othman, berkata kementerian sudah mempunyai SOP bagi kemasukan pelajar Sarjana Muda dan pasca siswazah mod penyelidikan di universiti awam dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
“KPT sebelum ini sudah membuat keputusan untuk membuka semula pusat pengajian secara berperingkat iaitu dimulai dengan pendaftaran pelajar baharu mengikut SOP yang ditetapkan. “Bagi kemasukan semua pelajar pula, SOP juga sudah ada dan ia sedang dimurnikan supaya pusat pengajian dapat beroperasi sepenuhnya pada Oktober ini dalam keadaan baik,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja di Yayasan An Nahdhoh, di sini, hari ini. Beliau berkata, pendaftaran pelajar baharu hanya dilakukan secara dalam talian dan semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) hendaklah dilaksanakan secara dalam talian sehingga hujung tahun ini dan tidak dibenarkan secara bersemuka.
Dalam pada itu, Mansor berkata, KPT perlu menyesuaikan sistem pendaftaran pelajar dengan mereka bentuk semula minggu suai kenal pelajar sesuai dengan keadaan negara yang berdepan dengan penularan pandemik COVID-19.
Mengulas mengenai lawatannya di Yayasan An Nahdhoh, Mansor berkata, kerajaan berharap lebih banyak institusi keagamaan dan maahad tahfiz dapat mempelopori Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). “Selain mempelajari ilmu agama, pendidikan kemahiran juga penting bagi memberi ilmu tambahan untuk masa hadapan,” katanya. Katanya, kerajaan menyasarkan 50 institusi dan maahad tahfiz di seluruh negara dapat menguasai TVET dari semasa ke semasa.-bh
RUU COVID-19: Hak pengguna, pembeli rumah perlu dilindungi
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang COVID-19 (Langkah Sementara) bagi mengurangkan impak penularan COVID-19 perlu juga mempunyai klausa yang melindungi hak pengguna dan pembeli rumah di negara ini. Perkara itu disuarakan dua persatuan yang mewakili pembeli rumah dan pengguna yang mahu kerajaan menyediakan klausa khas mengenai jaminan dan kebajikan pembeli rumah dan hartanah yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Ia termasuk mereka yang sudah membayar deposit atau menandatangani perjanjian jual beli tetapi tidak dapat meneruskan pembelian sama ada kerana diberhentikan kerja, dipotong gaji atau diarah cuti tanpa gaji. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata sewajarnya ada klausa dalam RUU itu yang menjaga kebajikan pengguna dan pembeli terutama dalam hal urusan jual beli kediaman.
Katanya, seharusnya kerajaan menimbangkan perkara itu selain klausa melindungi pemaju yang gagal menyiapkan projek daripada diambil tindakan akibat pandemik COVID-19. “Saya percaya ada pembeli rumah yang sudah membuat bayaran deposit untuk pembelian rumah terpaksa membatalkan niat itu kerana tidak mampu berikutan kehil4ngan kerja. Maka kumpulan ini perlu dibela,” katanya kepada BH ketika dihubungi semalam.
Beliau ditanya mengenai aspek kebajikan pengguna dan pembeli rumah dalam RUU berkenaan yang bakal dibentangkan Julai ini di Dewan Rakyat. Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, dilaporkan berkata, proses penggubalan RUU itu kini di peringkat akhir dan akan dibawa ke Kabinet Julai ini sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan sama.
Lebih 10 akta dikenal pasti akan dipindah di bawah RUU itu termasuk Akta Insolvensi, akta berkaitan pemaju perumahan yang akan dibawa ke Kabinet dan bentang di Parlimen pada Julai ini. RUU itu dijangka dapat dikuatkuasakan selewat-lewatnya September ini.
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), Datuk Chang Kim Loong berkata perlindungan dari aspek perundangan ke atas pembeli rumah perlu diteliti. Katanya, ada banyak situasi berkaitan peruntukan undang-undang membabitkan pembeli seperti perlindungan untuk pembeli yang sudah membayar deposit 10 peratus kepada pemaju tetapi tidak jadi meneruskan hasrat membuat pembelian berikutan kehil4ngan kerja.
“Begitu juga dalam situasi pembeli dan pemaju sudah menandatangani perjanjian jual beli (SPA), aspek perlindungan undang-undang kumpulan ini juga perlu diambil kira lebih lagi jika membabitkan bentuk pinjaman dengan bank,” katanya.
Paling penting, katanya, RUU itu perlu melindungi pembeli rumah bukan sahaja membabitkan morat0rium pembayaran balik pinjaman tetapi juga perlindungan dari aspek perundangan. “HBA ingin mencadangkan RUU itu bukan hanya memberi perlindungan melalui penangguhan bayaran tetapi juga menawarkan ‘perisai undang-undang’ kepada semua kontrak jual beli yang dipersetujui. “Paling penting diutamakan penangguhan pembayaran atau morat0rium mempunyai jaminan tiadanya tindakan undang-undang boleh diambil oleh kedua-dua belah pihak,” katanya.-bh
via Era Kini
Post a Comment