Tular video perbalahan Nubhan dan isteri. Ini penjelasan Nubhan bila dipersoalkan tentang kejadian tersebut

Sejak petang semalam hangat diperkatakan mengenai sebuah rakaman video penyanyi Nubhan Ahmad dan isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek sedang berbalah mengenai kereta hilang di kawasan khalayak ramai.

Tular video perbalahan Nubhan dan isteri. Ini penjelasan Nubhan bila dipersoalkan tentang kejadian tersebut

Menerusi Astro Gempak, Nubhan memohon agar memberi ruang kepadanya untuk menyelesaikan masalah rumah tangga bersama isterinya. Nubhan berkata dia perlu masa untuk bertenang buat seketika.



ARTIKEL MENARIK:Baru sahaja luah khuatir bila bayi tak ada tanda nak keluar. Mengejutkan pagi tadi Bella Astillah dikhabarkan selamat melahirkan anak keduanya
loading...


“Aduh pasal video tu biarlah dulu. Saya pun taktau nak cakap macam mana. Saya rasa biarlah saya selesaikan dulu rumah tangga saya. Bagi bertenang dulu,” katanya menerusi kiriman WhatsApp. Video tular itu memaparkan Nubhan menvnjal kepala isterinya kemudian menj3rit sambil menc3ngkam kepala isterinya itu. Kedengaran Nubhan berkata,”Sekarang ini kan kereta tau, kereta hilang.


Saya dah takda duit nak beli kereta. Faham tak?”Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang menimbulkan rasa kurang senang dengan tindakan penyanyi itu yang berpendapat tidak sepatutnya berk4sar dengan wanita.Bagaimanapun, ada yang beranggapan ianya sekadar lakonan semata-mata. Tidak kurang juga ada yang mendkwa ia mungkin strategi pemasaran untuk melancarkan produk baharu. Nubhan dan isterinya, Dr. Afifah Tawfek mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!-mstar

“Gaji bini aku sebulan aku dapat double setiap hari”- Respon Nubhan bila dikatakan konon makan hasil isteri

Penyanyi Nubhan, meluahkan rasa geram terhadap segelintir pihak yang membandingkan hasil pendapatnya dengan isteri yang juga merupakan seorang doktor. Menurut Nubhan, individu tersebut telah melabelkannya sebagai artis sendu dan menvduhnya hanya makan hasil isteri. Rasa g3ram itu telah diluahkan oleh peserta Akademi Fatasia musim ke-6 itu di laman Instagram miliknya. “Hahaha banyak pulak komen-komen macam ni lately. Ada yg s1ndir ada yg direct. Komen yg lain tu lantak lah. Apalah sgt wife saya tak penah tanggung hidup saya ya. Kau ingat cukup ke? Bngangyaaa komen ni. Gaji bini aku sbulan aku dpt double setiap hari ok!

“Kau ingat aku b4tak ke nak popular? Kalau popular pun sangkak nak buat apa? Kau tu yg masih hidup meminta-minta tu tak payah cermin diri, zaman sekarang h3ntak terus kepala kat dinding kasi sedar,” tulisnya. Tambah Nubhan, dia tidak kisah sekiranya namanya tidak popular asalkan hidup tidak meminta-minta daripada orang lain.

Dalam pada itu, rata-rata warganet meminta Nubhan supaya bersabar dan tidak mempedulikan komen negatif tersebut. Nubhan telah melansungkan perkawinannya dengan seorang doktor gigi, Afifah Hidayah Taufek pada tanggal 29 Ogos 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.-mh

Penyanyi Nubhan cemas anak terkunci dalam kereta

“TERIMA kasih atas keprihatinan”. Itu luahan penyanyi Nubhan Ahamad apabila mengalami detik cemas setelah anak sulungnya, Aafiya Kamilia, 3 tahun, terkunci di dalam kereta miliknya semalam Katanya, dia mengakui sebagai manusia memang ada masanya lalai dan tidak sempurna. “Apa pun semuanya selamat… perkara ini bagi pengajaran pada saya dan mungkin kepada orang di luar sana juga…” tulisnya di Instagram.

Jelas Nubhan, kejadian terbabit terjadi selepas dia masuk ke dalam rumah untuk mengambil barang. “Anak terkunci dalam kereta, selamat dekat rumah je. Jenuh ajar dia tekan sana sini, dia buat tak tahu je.”Saya tinggalkan dia kejap je, nak ambik barang dalam rumah. “Dia tekan lock dan tak tau nak unlock. Lepas call my kawan saya, baru pintu dapat bukak. Kalau tak memang kasi p3cah itu cermin,” katanya.

Bintang Akademi Fantasia musim keenam, mendedahkan anak perempuannya itu terp3rangkap selama 15 minit.Rata-rata peminat membanjiri ruang komen dan menasihatkan Nubhan supaya menurunkan tingkap seperti pintu tidak ditutup rapat untuk elak perkara sama berulang.Peminat juga memberi cadangan menyediakan dan menggunakan kunci pendua sebagai langkah berjaga-jaga.
loading...


iqin ceria berkata,”Saya pernah kena tapi nasib kunci spare ada. Panik rasa nak pvtus jantung”Dalam pada itu, Nubhan dan isterinya, Dr Afifah Tawfek mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015.Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.Sementara itu, video durasi 2 minit 9 saat itu tular di media sosial hingga meraih lebih 74,000 tontonan dari warganet.-sinarharian

Nubhan terasa hati bila dikatakan tidak bekerja dan segalanya ditanggung isteri

PENYANYI Nubhan memberitahu komen-komen negatif warganet yang menvduh dia tidak bekerja dan kehidupan ditanggung isteri adalah keterlaluan. Nubhan berkata, perkara tersebut mengg0res perasaannya yang selama ini tidak pernah melepaskan tanggungjawab sebagai suami dan bapa.“Komen-komen p3das itu saya nampak sejak kebelakangan ini apabila saya memuat naik foto atau video berkaitan isteri.

“Mereka tidak nampak saya di televisyen atau mengadakan persembahan dan menjangka saya tidak ada sumber pendapatan dan ditanggung isteri,” ujarnya kepada mStar Online. Nubhan sebelum ini memuat naik status teguran terhadap beberapa individu yang mempersoalkan kerja dan sumber pendapatannya.

Dalam pada itu, Nubhan berkata, tudvhan tersebut mungkin disebabkan dia jarang kelihatan di televisyen sebagai penyanyi dan kurang aktif memuat naik foto peribadi seharian di media sosial. Nubhan dan isteri bersama anak sulung mereka, Aafiya Kamilia.“Mereka mungkin ingat saya hanya menyanyi sahaja dan bila tiada di TV mereka sangka saya tidak ada duit.

“Mereka tidak tahu saya ada menjalankan perniagaan kosmetik dan sibuk setiap hari sehingga tiada masa untuk muat naik gambar selfie dan melakukan kerja seharian,” ujarnya. Tambah Nubhan, kehidupan sebagai seorang usahawan memb4taskan untuk dia aktif seperti dahulu sebagai anak seni.Bagaimanapun, Nubhan berkata, dia baharu sahaja melancarkan single terbaharu iaitu Selamat Jalan Cinta bagi mengubati rindu kepada dunia nyanyian.

“Walaupun bidang nyanyian bukan lagi keutamaan seperti dahulu namun saya hormat pekerjaan ini.“Saya sentiasa anggap ia sebagai satu pelerjaan yanh serius dan bukan sekadar suka-suka atau sampingan,” ujarnya.Nubhan bernilkah dengan doktor gigi iaitu Afifah Hidayah Taufek pada 29 Ogos 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Aafiya Kamilia berumur setahun.-mstar

Nubhan pertahan penari tak berbaju dalam tak tahan

Penyanyi Nubhan tidak berasakan langkahnya mempamerkan sekumpulan penari lelaki tidak berbaju dalam klip video single terbarunya, Tak Tahan sebagai keterlaluan. Kata Nubhan, penari-penari tersebut masih menutup bahagian tubuh yang sepatutnya.“Penonton tidak harus terus menterjermah pada perkara negatif semata-mata kerana hanya bahagian atas (badan) saja tidak berpakaian.

“Bagi saya, imej ditampilkan masih bersesuaian dengan seluruh konsep dibawakan dalam video muzik yang dipersembahkan,” katanya kepada Malaysiakini. Semalam, pemilik nama penuh Ahmad Nubhan Ahamad itu melancarkan Tak Tahan selepas empat tahun menyepi dari dunia hiburan.

Tak Tahan karya bergenre melodi pop dihasilkan melalui kerjasama Malaysia dengan Indonesia. Lagu berkenaan dicipta komposer popular Ressa Herlambang dan Rizky.Lagu bertemakan perasaan kasih dan sayang itu ditampilkan melalui video berkonsep campuran moden dan elemen tradisional.

Tak Tahan dijangka dipasarkan di Indonesia selepas sebulan rangka promosi meliputi media, stesen radio dan televisyen dijalankan di negara ini.Nubhan, 33, menjelaskan, sekembalinya dia dalam industri, niatnya untuk mempertaruhkan Tak Tahan sememangnya disertakan dengan langkah-langkah tertentu bertujuan melariskan karya tersebut.

“Sekiranya idea dicetuskan itu membantu mempopularkan Tak Tahan, apa salahnya. Bohonglahlah kalau buat sesuatu tanpa strategi. Yang lain terserah pada pendengar,” katanya. Mengulas penggunaan khidmat komposer dari seberang pula, penyanyi lagu Seadanya Aku itu berkata, dia sebenarnya sekadar beralih angin buat sementara waktu.Katanya, keputusan itu diambil kerana karyanya selama ini banyak menampilkan idea kreatif anak seni tempatan.

“Saya memang tertarik dengan Ressa dan nak cuba perkara baru selepas sekian lama menggunakan khidmat komposer di sini,” katanya.Namun, pemenang tempat ketiga program Akademi Fantasia musim keenam itu berkata, hal itu tidak bermaksud dia sengaja memprlekeh kreativiti komposer negara ini.“Saya masih hargai komposer tempatan malah saya hormati semua karya seni mereka, tu tak dinafikan,” katanya.

Ditanya bagaimana dia ingin menmbat hati pendengar di Indonesia selepas ini, penyanyi yang juga popular dengan Oh Juwita itu berkata, langkahnya dipermudahkan apabila lirik Tak Tahan ada menampilkan bahasa lazim di negara itu.“Lihat pada lirik ‘kelleus’, perkataan ini biasa mereka gunakan.“Saya harap ia dapat tarik perhatian pendengar negara itu selain tempo yang menarik dan n4kal yang dipersembahkan,” katanya.

Sumber-malaysiankini  via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post