Baru sahaja diduga dengan tuntutan ganti rugi. Nelydia Senrose buka mulut bila ramai persoalkan tentang cahaya mata walaupun usia perkahwinan sudah setahun lebih

Lebih setahun melayari bahtera rumah tangga dengan suami, Mohd Hafez Halimi pada April tahun lalu, pelakon Nelydia Senrose tidak tertekan apabila sering diajukan soalan mengenai zuriat.

Baru sahaja diduga dengan tuntutan ganti rugi. Nelydia Senrose buka mulut bila ramai persoalkan tentang cahaya mata walaupun usia perkahwinan sudah setahun lebih
Mengakui sudah bersedia untuk menimang cahaya mata, Nelydia berkata dia mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai agar diperkenankan impian untuk bergelar seorang ibu serta diberi rezeki zuriat.

ARTIKEL MENARIK:Tunang kena masuk wad. Raja Afiq dedahkan punca sebenar Soffwany dimasukkan ke wad sejak dia mengalami dua simptom ini
loading...


“Kalau ada rezeki, saya memang sudah bersedia dan teringin untuk menjadi seorang ibu, cuma buat masa sekarang, belum ada rezeki. Soal anak, pemergian semua itu ketentuan Ilahi.“Saya akur dan reda. Mohon semua orang doa yang baik-baik agar usaha saya untuk menimang anak dipermudahkan, moga saya murah rezeki. Insya-Allah,” katanya kepada Kosmo!


Kata Nelydia lagi, dia memahami mereka yang sering bertanyakan mengenai hal zuriat kerana prihatin. Ujarnya lagi, jika diberi rezeki untuk hamil pasti dia akan kongsikan kepada umum.“Tidak langsung. Lagi pun saya dan suami baru berkahwin sekitar setahun. Saya faham orang selalu tanya sebab mereka prihatin dengan keadaan kita.“Kalau saya hamil nanti dan kandungan sudah kuat, pasti saya akan kongsi dengan orang ramai. Cuma buat masa sekarang, belum ada rezeki lagi,” katanya.-rotikaya


Ambil Duit Kerja Tak Buat. Nelydia Dikhabarkan Berdepan Tuntutan Ganti Rugi Sampai Beratus Ribu Disebabkan Tidak Mematuhi Kontrak Promosi Suatu Produk Ini

Nelydia sedia memberi kerjasama berhubung kes dikatakan tidak melaksanakan tugas sebagai duta produk. SYARIKAT pengeluar produk kosmetik Chriszen Malaysia Sdn Bhd menuntut ganti rugi sebanyak RM160,000 daripada pelakon Nelydia Senrose berhubung tidak mematuhi kontrak sebagai duta pada tahun 2019. Pengarah Urusan Chriszen, Mandy Leong Cheng Mun memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bayaran sebanyak RM102,000 telah dilunaskan kepada aktres tersebut bagi tujuan mempromosikan produk mereka.Bagaimanapun, bayaran itu tidak setimpal dengan tugas yang dijanjikan dan Nelydia dikatakan tidak melaksanakan tanggungjawab sebaik bersetuju menjadi duta sejak Disember 2018.

Nelydia Senrose hadir ditemani suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.“Ikut perjanjian, Nelydia perlu hadir untuk program televisyen sebanyak dua kali, pelancaran produk dan posting di laman sosial sebanyak 15 kali tetapi sepanjang tempoh itu tiada satu post dibuat. “Kita sudah bayar sebanyak 70 peratus tapi tidak seperti diharapkan dan dia juga tidak memberi respons kepada pihak kami… jadi kita mahu menuntut semula bayaran tersebut bersama kos lain-lain, ” kata Mandy. Dalam keterangan sebagai saksi, pengasas produk berusia 29 tahun ini berkata Nelydia selaku defendan pertama hanya menjalankan satu sesi fotografi sepanjang tempoh kontrak setahun itu.


loading...




Prosiding perbicaraan hari pertama kes itu dijalankan di hadapan Hakim Tuan Shamsuddin Abdullah.Pengarah Urusan Chriszen, Mandy Leong Cheng Mun ketika ditemui media selepas prosiding pada Selasa.Sementara itu, Nelydia yang hadir ditemani suami Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, ketika ditemui di perkarangan mahkamah enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan tersebut.“Maaf saya tak boleh komen mengenai kes ini kerana tidak mahu mengnggu proses mahkamah.“Saya akan memberikan kerjasama penuh, ” ujarnya.Chriszen selaku plaintif diwakili peguam Tan Eng Keat, manakala Nelydia dan pengurusannya selaku defendan kedua, Alfie Management Sdn Bhd diwakili peguam Amirul Izzat dan Lim Zi-Han. Perbicaraan kes akan disambung pada 16 Julai depan.

Nelydia Senrose b3rang dengan warganet yang suka samakan suaminya dengan orang lain.

Aktres jelita Nelydia Senrose telah memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram (IG) menerusi sebuah entri. Foto tersebut menunjukkan Nelydia bersama suaminya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid sedang menikmati makan malam di Tokyo, Jepun. Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Nelydia mendoakan kebahagiaan pasangan yang sedang berbulan madu itu. Namun, terdapat seorang warganet tinggal kan komen menyatakan wajah suami Nelydia seiras dengan pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu.

Nelydia yang tidak menyukai apabila suami disamakan dengan orang lain itu terus membalas komen warganet tersebut. Perbualan menjadi makin tegang apabila warganet yang bernama Ameera Zainall itu tidak menerima komen balas Nelydia.“Ingat Shuib tadi,” tulis warganet itu. “Ann0yingnya,” balas Nelydia. “Apalah nak rasa ann0ying pulak. Setiap kali orang komen muka macam Shuib atau Papagomon kemain mer3ntan. “Kenapa? Sebab awak rasa mereka h0doh ke untuk disamakan dengan suami awak? Benda memang sama masalahnya. “Kalau bandingkan dengan orang lebih elok suka pulak. Pelik. “Hati sendiri tak bersih sibuk nak cakap orang ann0ying. Apo?” balas individu tersebut dengan penuh emosi.

“Ha? Siapa cakap diorang tak handsome? Cuma cakap tak sama pelik la hahaha. “Statement tak handsome tu awak ke yang rasa diorang tak handsome,” soal Nelydia. “Tak apalah Nely. Awak tengok suami hari-hari. Awak lebih kenal setiap inci. “Kami tengok jarang-jarang jadi kami tetap nampak ada irasnya di situ. Selamat berbulan madu,” kata Ameera.Untuk makluman semua, Nelydia dan Hafez telah mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019.-Sumber : gempak

Nelydia Senrose dah jadi isteri orang

Dalam majlis yang berlangsung secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur itu, mereka dinikahkan bapa Nelydia, Nik Sen Mat Rifin dan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid. Sebelum itu, pasangan ini melangsungkan pertunangan sebagai syarat sebelum meneruskan upacara ijab kabul di depan lebih 200 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga dan rakan rapat. Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM10,000 bersama sembilan dulang hantaran dan dibalas 11. Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan. Anggun mengenakan persalinan rona putih gading rekaan Ezuwan Ismail, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia bersyukur kerana segala yang dirancang dalam tempoh singkat sejak awal tahun ini berjalan lancar. “Alhamdulillah impian, niat serta hajat yang saya harapkan selama ini dipermudahkan. Doa saya di Makkah serta apa yang dihajati juga Allah makbulkan serta beri jawapan pasti termasuk hal jodoh. Semoga permulaan fasa ini akan terus mematangkan kami. Insya-Allah,” katanya. Berkongsi bibit perkenalan, pasangan ini bertemu buat kali pertama pada 6 April 2017. Bagaimanapun ketika itu, tiada apa yang berlaku. Seterusnya selepas sekian lama hubungan sepi begitu saja, mereka sekali lagi bersua hujung tahun yang sama.

Ketika hubungan itu terus mekar, Hafez berlepas ke Amsterdam, Belanda untuk memberi kejutan sekali gus melamar Nelydia pada April tahun lalu. Ketika itu pelakon yang juga adik kepada Uqasha Senrose ini sedang bercuti di Eropah. “Selepas memutvskan untuk membawa hubungan kami ke fasa seterusnya, saya bawa dia berjumpa dengan bapa untuk meminta restu selain keluarga yang lain. “Memang asalnya rancangan perkahwinan ini mahu dibuat tahun lalu, tetapi ada saja kekangan. Di sebalik ujian dan halangan sebelum ini, kami berjaya melaluinya sebaik mungkin. Sekembali dari umrah pada 5 Januari lalu, kami putvskan untuk ke gerbang perkahwinan dan memulakan persiapan,” katanya.Ditanya mengenai Hafez, Nelydia menyifatkan suaminya seorang yang melengkapi dan menenangkan hati. Malam esok pasangan ini akan diraikan dalam majlis resepsi di hotel yang sama. Pada majlis itu, Nelydia akan mengenakan rekaan Alia Bastamam, manakala Hafez dengan busana rekaan Ezuwan Ismail. Untuk majlis potong kek, kedua-duanya bakal menggayakan rekaan Rizman Ruzaini. Dalam pada itu, sebuah majlis keraian bakal diadakan di Kelantan pada Aidilfitri nanti.-Sumber : myMetro

Ini respon padu Uqasha Senrose apabila ada pihak bertanyakan soal jodohnya. Bahagia melihat adiknya Nelydia berumah tangga.

Pelakon Uqasha Senrose sedikit pun tidak tert3kan dengan status bujang ketika usianya sudah menjangkau 27 tahun. Ketika mStar Online bertanya tentang adiknya Nelydia Senrose, tiada langsung rasa c3mburu timbul saat melihat adik kesayangannya bahagia berumah tangga.Nelydia adalah contoh kepadanya sebelum jodohnya sampai nanti, sungguhpun telah lama memikirkan soal perkahwinan. Bagi Uqasha, biarlah jodohnya lambat asalkan tidak membuat keputusan sal4h dalam hidup ini.

Tambahnya lagi, perkahwinan bukanlah perkara yang ringan dan bukanlah kerana orang lain sudah berkahwin, dia juga perlu berkahwin. 
Menurutnya, hanya disebabkan usia yang sudah meningkat, tidak perlulah kita mengikut orang untuk berkahwin cepat.Uqasha pernah menerima kritikan warganet ketika berpelukan dengan adik iparnya, Hafeez hingga mencetuskan kontr0versi, namun dia memilih untuk tidak mengulas lanjut keadaan tersebut. Muda lagi usia Uqasha dan lebih baik fokus pada kerjaya serta usaha memperbaiki diri. Tidak perlu risau berlebihan urusan jodoh. -Sumber : Cari.My

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post