Baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung hasil perkahwinannya dengan pelakon Aidil Aziz tiga minggu lalu, Fasha Sandha tidak lokek berkongsikan wajah puteri kesayangan mereka yang diberi nama Aisha Amaira buat peminat.
Meskipun masih dalam proses berpantang, baru-baru ini Fasha memberitahu dia sanggup keluar demi meraikan sambutan hari lahir anak saudanya diluar walaupun belum sepenuhnya sihat daripada melahirkan.
ARTIKEL MENARIK:Pemain gitar profesional, Eddy Wan menlnggal. Semunya berpnca dari alat dlm bilik air
Perkongsikan Fasha itu menimbulkan rasa kurang senang warganet mengkritik tindakan pelakon itu kerana bimbang ada perkara yang tidak diingini berlaku kerana baru sahaja melahirkan.
Malah warganet turut memberi teguran, dalam keadaan negara masih belum bebas dari pandemik Covid-19 adalah lebih baik jika duduk sahaja di rumah.Walaupun ada yang bimbang dengan keadaan Fasha, namun ramai juga mengatakan tidak mengapa asalkan pandai menjaga diri. Warganet juga berpesan supaya menjaga diri dan jalani proses berpantang dengan sebaiknya.-rotikaya
Bayi Sudah Berusia 2 Minggu. Fasha Sandha Terus Kongsi Foto Perkembangan Terkini Baby A Dan Ternyata Kecomelan Anak Fasha Meraih Perhatian Warganet
Pelakon, Fasha Sandha ada berkongsi foto terkini anak ketiganya bersama peminat di akaun Instagram.Difahamkan, anak ketiganya yang diberi nama Aisha itu kini sudah berusia 2 minggu selepas dilahirkan pada 7 Ogos yang lalu.“Assalamualaikum kesayangan ibu,
Hari ni Aisha 2 Minggu.“Aisha membesar dengan jayanya kan. Terima kasih susu ibu.“Hari ni ibu Aisha rajin, jadi photographer untuk Aisha. Pandai kan ibu Aisha jadi photographer #iburayfalraysha #iburayfalrayshaaisha ,” tulisnya.Terdahulu, Fasha dan suaminnya, pelakon Aidil Aziz mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.Hasil perkahwinan tersebut , Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.Foto: Instagram Fasha Sandha
Nama Membawa Maksud Bahagia Dan Cantik Selamanya. Akhirnya Fasha Sandha Dedahkan Nama Anak Yang Sebelum Ini Dipanggil Baby A
SELEPAS lima hari menimang cahaya mata ketiga, pelakon Fasha Sandha pada Selasa berkongsi nama anak perempuannya iaitu Aishah Amaira Mohd Aidil. Fasha berkata, nama tersebut dipilih berdasarkan maksud yang bahagia dan cantik selamanya.
Isteri kepada pelakon Mohd Aidil Abdul Aziz ini berkata, bayi itu merupakan anak kelima aktres berkenaan selepas mengalami dua kali kehilangan kandungan. “Nama saya Aishah Amaira Mohd Aidil yang membawa maksud bahagia dan cantik. Fasha selamat melahirkan anak ketiga pada Jumaat lalu.
“Aishah anak kelima ibu tau, lagi dua anak ibu dan ayah dah dalam syurga Allah. Ibu pernah dua kali keguguran sebelum dapat Aisha. “Ibu dan ayah tak putus asa dan tak putus doa,” ujarnya. Sementara itu, Fasha mengucapkan terima kasih kepada pengikut Instagram yang kini mencecah 5 juta.
“Pengikut ibu naik ke lima juta hari Aishah dilahirkan, ramai yang sayang. Alhamdulillah terima kasih kepada pengikut yang mendoakan baik-baik untuk ibu. Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan kali kedua buat Fasha. Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.-mstar
Fasha Sandha Dedah Alasan Anak Halang Berlakon Sebab Yang Satu Ini Raih Perhatian Ramai
Sebagai selebriti, setiap kali kemana-mana pasti akan menjadi perhatian ramai. Dek kerana kasihan melihat ibunya melayan peminat yang ingin bergambar, Fasha Sandha berkata anak sulungnya meminta dia berhenti berlakon.
Menerusi Instagram, Fasha berkongsikan video anak lelakinya, Putra Rayfal meluahkan rasa kurang selesa apabila ibunya yang sedang sarat hamil terpaksa berdiri berulang kali kerana mahu bergambar dengan peminat. Dalam video tersebut, Rayfal meminta ibunya berhenti berlakon dan tidak mahu lagi menjadi orang terkenal. Fasha berkata sudah lama rupanya anaknya itu menyimpan perasaan tersebut.
“Kisah beberapa hari lalu, sebenarnya keluarkan handphone untuk nak ambik gambar food. Tiba ada beberapa orang datang ke meja untuk ambik gambar dengan ibu, lepas dah ambik gambar. “Tiba-tiba anak sulung ibu ni luah perasaan dia, suruh kita stop acting sebab kesian ibu selalu kena berdiri untuk ambik gambar di meja makan. Rupanya dah lama dia dah simpan perasaan ni, baru nak luahkan,” tulisnya.
Bagaimanapun, Fasha memberitahu lakonan merupakan minatnya dan mengakui rindu untuk kembali ke set penggambaran sepanjang tempoh sembilan bulan kehamilan. Fasha turut sebak anaknya baru tujuh tahun tetapi ambil berat akan dirinya.
“Lakonan adalah saya sayang. Hampir 9 bulan berehat dari set pengambaran, adakalanya rindu nak masuk set balik sayang. Anak yang suruh berhenti berlakon. Camana ni?,” tulisnya. Diruangan komen, rata-rata warganet memuji Rayfal kerana masih di usia kecil sudah menunjukkan sikap tanggungjawab menjaga ibunya. warganet turut mengusik dengan mengatakan, mana boleh Fasha berhenti berlakon kerana ramai yang akan rindukan lakonan hebatnya nanti.
Fasha Sandha tetap gementar nak bersalin kali ketiga
Selepas dua kali mengalami kehilangan kandungan, pelakon popular Fasha Sandha yang kini hamil lapan bulan mengakui masih dilema untuk melalui proses bersalin. Fasha berkata, walaupun pernah melahirkan dua anak sebelum ini, namun perasaan gemuruh dan takut masih ada dalam dirinya.
“Kandungan saya kini sudah berusia lapan bulan dan doktor sudah suruh saya bersedia bulan depan. Walaupun pernah melahirkan dua anak, saya tetap rasa gementar dan dilema kerana kali terakhir saya melahirkan anak adalah sekitar enam tahun lalu. “Lagipun pengalaman kehilangan kandungan membuatkan saya amat dilema. Barang kelengkapan masih belum dibeli kerana kebetulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ni. Insya-Allah minggu depan baru nak mula beli barangan untuk bayi perempuan kami,” katanya.
Menurut Fasha, pengalaman dua kali kehilangan kandungan menerusi perkahwinannya dengan pelakon Aidil Aziz membuatkan dia lebih berhati-hati dan sentiasa berdoa kepada Allah. “Saya mengikut segala nasihat doktor iaitu lebihkan makan suplemen, kurangkan pergerakan pada trimester pertama serta berdoa dan tawakal agar kandungan ini selamat sehingga dilahirkan,” katanya.
Fasha berkahwin dengan Aidil pada 3 Mac tahun lalu dan kehamilan ini adalah bayi pertama mereka selepas kehilangan kandungan sebanyak dua kali. Menerusi perkahwinan pertamanya, Fasha mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Sementara itu, Fasha mengakui teruja apabila YouTuber sensasi, S Pavitra menyukai drama lakonannya dan meminatinya. “Pada mulanya agak terkejut sebab jarang sekali penonton berbangsa India mengikuti drama-drama lakonan dan menjiwai watak yang saya bawakan. Saya amat menghargainya,” katanya.
“Dahlah mahal, busuk tak berkualiti!” – Fasha Sandha kecewa bantal dibeli secara online indah khabar dari rupa
Pelakon Fasha Sandha kecewa apabila barangan yang dipesan melalui satu portal membeli-belah dalam talian tidak sama seperti yang diharapkan.Menurut Fasha, bantal khas untuk ibu mengandung yang dibeli tidak berkualiti dan indah khabar dari rupa. “Realiti dan jangkaan… memandangkan dah masuk third trimester, badan mula lenguh dan perlukan bantal ini.
“Hari ini baru terima maternity pillow yang dibeli mahal sungguh, sungguhlah busuk, qualiti tak berapa bagus. “Aduh! Tak baik tau buat sesuatu yang tidak elok kepada orang kan? Tak apalah kita maafkan, walaupun kita baru lepas menangis kesedihan, dah la menunggu tiga minggu baru sampai,” katanya.
Fasha kecewa bantal yang dibeli berbeza daripada katalog gambar portal berkenaan. Isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini berkongsi rasa terkilannya itu menerusi Instagram pada Sabtu lalu. Perkongsian Fasha itu mengundang pelbagai reaksi daripada peminat termasuklah rakan artis antaranya Faradhiya.
“Kebanyakan mereka yang jual online ni memang standard macam ni je. Saya jenis tak beli barang online tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni terjebak beli dua tiga kali. “Semua yang sampai tak seperti digambarkan… jadi tiada lagi beli online, banyak sangat menyampaikan sesuatu yang tidak benar, sedih dengan manusia-manusia macam ni, tak berkat berniaga,” komen Faradhiya.
Fasha Sandha hamil
Pelakon popular, Fasha Sandha mengesahkan dirinya hamil tetapi tidak akan berkongsi usia kandungan. Fasha, 35, atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata, pengalaman mengalami kehilangan kandungan pada Jun lalu membuatkan dirinya masih dilema. “Maaf, sama seperti dulu, saya masih tidak mahu komen mengenai usia kehamilan saya. Minta peminat doakan yang baik-baik.
“Pengalaman beberapa kali pernah kehilangan kandungan dulu membuatkan saya kurang bercakap mengenai perkara ini. Saya masih dilema atas pengalaman lalu. “Apa pun, terima kasih kerana ramai yang mendoakan saya dan suami cepat dikurniakan anak,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Fasha, dia sedang berehat daripada terbabit dalam penggambaran drama. “Saya sedang berehat seketika daripada berlakon dan hanya fokus dalam komitmen untuk promosi drama dan sebagai duta,” katanya. Terdahulu, Fasha yang berkahwin dengan pelakon, Aidil Aziz pada Mac lalu berkongsi berita kehamilan pada Mei.
Namun, Fasha diberitakan mengalami kehilangan kandungan selepas pulang daripada berhari raya di rumah keluarga mentua di Rembau, Negeri Sembilan. Sekali lagi, pada November lalu Fasha dikhabarkan hamil. Bagaimanapun, dia yang ditemui pada sebuah acara tidak mengesah atau menafikan perkara itu. Menerusi perkahwinan pertamanya, bintang jelita itu dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5.-ctto
via Era Kini
إرسال تعليق