enyanyi Naim Daniel tidak meletakkan harapan tinggi lagu nyanyiannya berjudul Sembah tercalon dalam mana-mana anugerah muzik di Malaysia.
Dalam hal ini, Naim berkata sokongan pendengar dan peminat sudah cukup memadai untuknya terus berkarya dalam industri seni suara.
ARTIKEL MENARIK:Baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Anju raih perhatian sekali lagi bila dia berkongsi gambar adik lelakinya yang iras seperti bekas suami BCL
“Sejujurnya saya tak letak harapan apa-apa, tapi kalau orang doa yang baik jangan tolak. Saya hanya mampu berterima kasih kepada yang menyokong! “Kalau ada rezeki adalah… kalau tak ada saya tak putus asa. Pendengar Malaysia semakin arif, kalau harapkan sesuatu yang besar, kita doakan semoga Allah permudahkan.
“Saya tak tertekan sebab memang tak pernah letak sasaran begitu, bagi saya asalkan orang boleh terima muzik dan lakonan itu dah cukup puas hati, ” katanya. Penyanyi lagu Sumpah ini ditemui semasa tayangan perdana filem Aku, Bunga yang akan ditayangkan di saluran Astro First Eksklusif bermula 13 Ogos ini.
Tiada arahan tarik kemenangan Naim Daniel
Ketua Juri, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, Ajai mengesahkan belum menerima arahan daripada pihak TV3 berhubung kontroversi lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel yang diangkat juara AJL34. Ajai berkata, biarpun ada pihak memohon kemenangan penyanyi berkenaan ditarik balik, namun dia berpendapat perbuatan itu tidak wajar kerana lagu Sumpah bukan lagu ciplak, sebaliknya ia membabitkan isu peribadi.
“Saya mengetahui kekecohan lagu Sumpah sejak semalam lagi, tetapi belum ada wakil TV3 menghubungi saya. Secara peribadi, tiada sebab menarik kemenangan lagu berkenaan kerana bukan karya ciplak. “Cuma, saya ingin mengingatkan generasi baharu, jika mereka ingin menceburi dunia muzik belajarlah bersikap jujur. Industri ini bukan untuk glamor tetapi berkongsi karya.
“Sekiranya lagu Sumpah ada tujuh pencipta, letak nama ketujuh-tujuh pencipta lagu. Ini bukan zaman 80-an atau 90-an yang mana lagu hanya dicipta seorang individu sahaja. Jika tidak mampu menghasilkan lagu dan perlu bergabung, maka bersikap jujurlah,” katanya kepada BH Online. Penyanyi dan komposer itu berkata, sukar mencari penyanyi yang berkebolehan menghasilkan lagu dan lirik sendiri tanpa sokongan individu lain pada zaman ini.
Baginya, bukan satu masalah sekiranya penyanyi berkolaborasi kerana ia menjadi kebiasaan kepada penggiat seni muzik. “Mereka perlu bersikap jujur kerana ia membabitkan soal pembahagian royalti. “Saya tahu isu ini berkaitan peribadi, tetapi cuba bersikap jujur kerana ini bukan soal wang kemenangan AJL semata-mata, tetapi ia membabitkan royalti.
“Jika betul seperti yang dikatakan pihak sana yang dia juga mempunyai hak terhadap lagu Sumpah, jadi Naim perlu mengagihkan pembayaran royalti sama rata,” kata Ajai. Semalam, wanita yang dikatakan bekas kekasih Naim, Dayana Amerda memberikan tempoh seminggu kepada penyanyi itu untuk membuat pengakuan terbuka berhubung isu penciptaan bersama lagu Sumpah. Dayana mengatakan, dia dan Naim mencipta lagu Sumpah pada 2015. Pada Julai tahun lalu, Dayana pernah menimbul isu berkaitan hak penciptaan lagu Sumpah, tetapi tiada penyelesaian.
Naim Daniel hadiah banglo untuk diri sendiri, bukan sebab nak kahwin – “Nak pinang anak orang pun perlukan duit”
Membeli rumah pertama pada usia yang muda tidak bermaksud pelakon dan penyanyi Naim Daniel mula berkira-kira untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat. Ujar Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 23, dia belum mempunyai perancangan ke arah itu kerana mahu fokus kepada kariernya. “Alhamdulillah, rumah itu saya memang beli untuk diri sendiri sebab rumah keluarga sudah ada di Melaka. Naim belum ada perancangan untuk berkahwin.
“Saya beli bukan sebab nak berkahwin, perancangan ke arah situ pun belum ada lagi. Nak pinang anak orang pun perlukan duit. Jadi, buat masa kini saya fokus pada kerier seni. “Nak kembangkan lagi kerjaya saya dalam industri ini. InsyaAllah selepas ini saya ada perancangan nak terjun dalam bidang perniagaan pula,” katanya kepada mStar pada Isnin. Terdahulu Naim berkongsi foto rumah baharunya di Instagram dan meluahkan rasa syukur atas rezeki dapat membeli kediaman pertama. Rata-rata warganet meluahkan rasa teruja dan gembira dengan pencapaian penyanyi lagu Sumpah itu kerana berjaya membeli rumah pada usia muda.
Saya tak jangka dapat rezeki untuk beli rumah pada usia 23 tahun
Dalam pada itu, Naim turut berkongsi tips bagaimana dia menguruskan kewangannya sehingga berjaya memiliki sebuah rumah. “Sejujurnya saya rasa sangat gembira dan teruja kerana dapat berbelanja terhadap sesuatu yang besar seperti aset rumah ini.
“Namun sebenarnya semua bergantung kepada bagaimana cara kita mengurus kewangan. “Daripada dulu lagi saya memang suka menyimpan duit. Sebaiknya pada usia muda kita mula menabung kerana ia merupakan bekalan untuk hari yang akan datang apabila kita memerlukannya,” ujarnya. Naim berterima kasih kepada DBP di atas penghargaan yang diberikan untuk video muzik terbaharunya, Sembah.
Sementara itu, Naim juga tidak menyangka menerima penghargaan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atas penggunaan tulisan jawi dalam video muzik lagu terbaharunya, Sembah. “Sebenarnya saya sendiri tak sangka akan dapat penghargaan. Namun apabila diberi penghargaan sebegini, ia membuatkan kita lebih bersemangat untuk keluarkan karya yang lebih bagus di masa depan. “Bagi saya, penggunaan tulisan jawi itu sedikit sebanyak dapat membantu peminat belajar sesuatu yang baharu,” katanya.
‘Sumpah’ kekal milik Naim Daniel
Pihak syarikat rakaman sebelum ini menyatakan bahawa sebarang isu yang terjadi telah pun diselesaikan, namun sebaliknya yang berlaku. Walau bagaimanapun, WEP tetap kesal dengan kesulitan yang dihadapi Dayana Amerda atau nama sebenarnya Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah, dan keluarganya mengenai isu hak cipta dan perkara yang diminta beliau.
Pihak WEP juga meminta sekiranya Dayana mahupun wakilnya inginkan sebarang hak, supaya menghubungi mereka dengan mengemukakan bukti-bukti yang kukuh. Terdahulu, melalui video yang dimuat naik oleh hLive!, Dayana dan pihak keluarga mengadakan satu sidang media yang meminta Naim Daniel untuk tampil dan menyelesaikan masalah hak cipta lagu yang berjudul Sumpah.
Memetik laporan Astro Gempak, isu pertikaian hak cipta lagu Sumpah tercetus sekitar Julai tahun lalu apabila lagu itu dikatakan menceritakan kisah percintaan mereka. Difahamkan, lagu Sumpah yang diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34 itu dihasilkan Naim dan Dayana pada tahun 2015 ketika mereka sedang menjalin hubungan cinta.
Peminat Ternampak Naim Daniel & Bunga Dating… Bercinta Ke?
Tersedak Miss K bila baca e-mel kiriman seorang peminat yang mengatakan terserempak dengan penyanyi dan pelakon Naim Daniel keluar dating dengan rapper baru yang bernama Bunga. Biar betul ni? Apa yang Miss K tahu, mereka ni tak pernah bersama pun. Nak cakap bekerjasama untuk sebuah lagu, pun Miss K tak pernah dengar. Ujar peminat dalam e-mel terbabit, Naim dan Bunga kelihatan berbual mesra berdua.
Hmmm… rasanya Miss K kena tanya Bunga atau Naim ni, betul ke tak mereka sedang berkenalan rapat atau sebenarnya tengah menjalin hubungan cinta? Apapun, Miss K sangat kagumi Naim dan Bunga yang menjadi pelapis artis-artis berbakat di Malaysia ni! Mereka berdua memang berbakat, boleh menyanyi, pandai berlakon juga tau!
via Era Kini
إرسال تعليق