Heboh result sebenar anak lelaki Ozlynn jadi buah mulut ramai. Dia tampil luah sesuatu bikin ramai sebak

Pelakon Ozlynn Wati bersyukur apabila anaknya, Ariq lulus semua subjek dalam IGCSE (International General Certificate of Secondary Education). Ozlyn mengucapkan tahniah kepada anaknya dan mendoakan agar anaknya terus berjaya dunia dan akhirat.

Heboh result sebenar anak lelaki Ozlynn jadi buah mulut ramai. Dia tampil luah sesuatu bikin ramai sebak
“Alhamdulillah syukur pada Allah, anak saya lulus IGCSE ke semua mata pelajaran. “Terima kasih atas doa semua. Tahniah abang Ariq, moga menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan di akhirat. “Doa dari papa dan mama tak akan pernah putus untuk kamu.


ARTIKEL MENARIK:Digelar mainkan agama sebab gambar sensasi di tempat persemadian riuh diperkatakan. Que Haidar tampil bersuara sebab satu komen win ini
loading...




“Kami sayang kamu. Ingat pesan kami, bila berjaya atas usaha kamu semuanya dengan izin Allah.. Jangan lupa hadiah untuk-Nya,” katanya. Isteri kepada Johan Raja Lawak itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya Menerusi entri terbabit, dia memuat naik foto anaknya itu yang sedang bergembira dengan keputusan peperiksaannya.

Pun begitu, Ozlynn tidak lupa untuk mengucapkan tahniah kepada pelajar lain yang turut mengambil keputusan peperiksaan yang sama. “Tak lupa, tahniah untuk semua yang dapat results hari ni. “Lulus atau tidak bukan bererti gagal selamanya ok. Insya-Allah kami doakan yang terbaik untuk kalian,” tambahnya lagi. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yan lain yang turut mengucapkan tahniah. Perkahwinan Ozlynn dan Johan dikurniakan lima orang cahaya mata, Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.

“Perkahwinan Aku Sebenarnya Dipaksa Abah” – Ozlynn Kongsi Kisah Bersama Johan Sempena Ulang Tahun Kelahiran

Isteri kepada pelawak terkenal Johan, Ozlynn mengakui bersyukur apabila dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab. Menerusi entri di Instagram (IG), Ozlynn menjelaskan perkahwinannya bersama Johan akibat dipaksa oleh abahnya dan bersyukur apabila keputusan yang dilakukan itu adalah tepat.

“Birthday nyawa hari ini. Nak minta tolong semua doakan kesejahteraan, kesihatan yang baik buat suami saya. Seorang yang tak banyak cakap sebenarnya, suka buat kecoh untuk hiburkan orang. “Sentiasa bersangka baik. Seorang yang positif. Suka tolong orang walaupun orang tu dah melakukan perkara negatif dengan dia banyak kali. Untuk dia, nak merubah sesuatu yang lazim agak sukar, perlukan masa, dan kesabaran.



loading...


“Memang lain pemikiran dia dengan aku sebenarnya. Banyak aku belajar dari dia. Perkahwinan aku sebenarnya dipaksa abah. Ya Allah bersyukur sangat sebab dengar cakap abah. “Kalau tak aku tak ada harta akhirat yang besar dalam hidup aku. Papa, tak ada apa mama nak mintak dah semua papa dah bagi dan semua kita belajar sama-sama dari bawah.

“Harta paling besar anak-anak kita. Selebihnya bonus dari-NYA. Bersyukur sangat setiap hari kita belajar. Semoga sampai ke syurga kita sama-sama dengan anak-anak,” tulisnya. Menerusi ruangan komen, rata-rata kagum dengan pasangan ini dan mendoakan kebahagiaan serta kesihatan mereka. Hasil perkahwinan Johan dan Ozlynn, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.

Lepas Chantiq, Moleiq…Uniknya Nama Anak Kelima Johan & Ozlynn

Akhirnya, selepas 44 hari pelawak dan penyampai radio popular, Johan, mengumumkan nama anak kelimanya di laman sosial Instagram (IG), semalam. Bayi perempuan tersebut yang dipanggil dengan nama Baby C sebelum ini telah dinamakan sebagai Nur Latifah Moleiq Hanania.

Yeay! Baby C dah ada nama…Nur Latifah Moleiq Hanania, unik kan? Johan ketika ditemui Rojak Daily Kaw! berkata, ini bukan kali pertama dia lambat memberikan nama kepada anak-anaknya. “Sebelum ini Chantiq…Selepas berusia lima bulan baru saya pergi daftarkan nama dia di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). “Kekangan masa antara sebab saya terlewat untuk daftarkan nama Chantiq ketika itu. Sudahlah lambat, kena bayar denda pula tu,” katanya ketawa.

Chantiq, 3, bersama ibunya Ozlynn di Majlis Pelancaran Jozan Live di Black Bull, Avenue K, baru-baru ini Dalam pada itu ketika ditanya samada dia akan membenarkan anak-anak iaitu, Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq mengikut jejak langkahnya dan isteri menceburi bidang seni, Johan mengakui tidak buat masa sekarang. Menurut Johan, dia lebih selesa anak-anaknya membesar seperti rakan sebaya mereka yang lain dan memberi tumpuan pada pelajaran.

Gelagat Ariq, 13, Sodiq, 8, Haziq, 5, dan Chantiq, 3, di Majlis Aqiqah Moleiq baru-baru ini.“Jujur, ada beberapa tawaran yang datang kepada saya untuk ‘melamar’ kami sekeluarga. Malah ada syarikat produk penjagaan bayi pernah menawarkan ratusan ribu ringgit untuk kami terlibat dalam iklan mereka. “Bukan kerana tidak berminat , tetapi buat masa ini saya mahu mereka memberi tumpuan pada pelajaran masing-masing dahulu.

Belum masa…Johan mahu anak-anaknya menumpukan perhatian pada pelajaran. “Lagi pun sekarang belum masanya lagi untuk mereka bekerja mencari duit untuk keluarga, kerana itu tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga. “Tetapi siapa tahu kalau suatu hari nanti mereka berlakon dengan produksi saya, JWH Production? Biarlah masa menentukan,” katanya.

Sahabat…Johan bersama Zizan dan Ozlynn sebelum Jozan Live bermula. Dalam perkembangan lain, Johan kini sedang mengendalikan program temu bual terbaru bersama Zizan iaitu, Jozan Live. Program 40 episod itu bersiaran setiap Selasa, bermula pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

“Tak Nak Dengar Pujian,”- Ozlynn Putus Tutup Ruangan Komen Foto Anak Mengaji, Sebabnya Kerana…

Pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn baru-baru ini ada berkongsi foto yang melihatkan anak sulung mereka, Ariq sedang membaca ayat suci Al-Quran. Malah, Ozlynn sekali lagi memuat naik foto Ariq sedang mengajar adiknya, Moleiq melakukan perkara sama. Bagaimanapun, Ozlyn memilih untuk menutup ruangan komen dan mempunyai sebab tersendiri. “Arini abg ajar adik ngaji skali.. seronok dia.. smp dia amik jari abg dia suh tunjuk lagi kt quran yg abg dia tgh baca.. cute sgt,

“Utk gmbr nih saja off comment.. xmo dgr segala pujian, kata kata kurang enak hanya nak motivate diri sendiri dan keluarga utk jadi yg lebih baik, “Pujian juga ujian kata negatif juga ujian buat kalian kalau hidup penoh dgn dengan tak berpuas hati sampai bila orang susah nak jadi lebih baik. “Sebab rata2 manusia zaman skrg byk menilai dari gambaran.. org buat baik bkn nak sokong.. ada jek kata kata kurang enak.

“Seolah dia sekeluarga sempurna.. kdg nak je ckp, g la pegang quran dr dok tunding2 salah org.. lebih memerli dari menasihati.. doa lah.. DOA… DOA… DOA… sama juga mcm korg.. sentiasa ada dlm doa aku.. “Sebab salah satu kejayaan aku suami isteri juga berkat dari doa kalian.. so aku sentiasa doa utk org yg mendoakan utk keluarga kami.. Allah maha mengetahui,” tulisnya panjang lebar.

Terdahulu, gambar Ariq sedang mengaji dihujani komen pujian dan menjadikan pasangan Jozlynn sebagai idola. Bagaimanapun, Ozlynn menganggap bahawa setiap pujian yang diberikan adalah satu ujian buatnya, begitu juga sebaliknya. Nyata, setiap individu mempunyai sebab tertentu untuk menutup ruangan komen,kan?

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم