Hidup bosan membujang cetus inspirasi unik ini buat peminatnya. Hael Husaini buat ramai teruja akan karya barunya jadi tular

Penyanyi Hael Husaini melakar sejarah tersendiri apabila video muzik terbarunya yang berjudul Bujang telah mencapai 100,000 tontonan dalam masa kurang 24 jam di laman YouTube.

Hidup bosan membujang cetus inspirasi unik ini buat peminatnya. Hael Husaini buat ramai teruja akan karya barunya jadi tular
Menerusi laman sosial Instagram, Hael melahirkan ucapan perhargaan kepada pengikutnya yang telah menonton video muzik terbabit.


ARTIKEL MENARIK:Ramai cuba amik kesempatan atas dirinya buat Aidil Aziz nekad amik perlakuan drastik ini. Dia perjelas perbuatannya buat ramai seakan tak percaya
loading...


“Power gila, sekejap dah 100k tontonan. Syabas team Bujang. Teruskan menonton dah sebarkannya,” tulis Hael menerusi ruangan kapsyen.  Dalam lagu berentak rancak ciptaan Hael sendiri dan MFMF ini memaparkan aksinya menari dalam set berwarna-warni ala Kpop. 


Lebih istimewa apabila penyanyi Dayang Nurfaizah turut membuat kemunculan khas pada penghujung video muzik terbabit. Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memuji kemunculan lagu terbaru Hael ini yang ‘catchy’ serta pembikinan video muziknya yang kreatif. “Wuhoo bujang untuk orang bujang,” tulis seorang wargamaya.

“Demi Bujang sanggup ulang banyak kali sampai capai 1 juta tontonan,” sokong seorang wargamaya.“Terpaling suka bila terciduk di dinding, waktu Dayang datang,” kata seorang wargamaya. “Malam ni kita berzumba dengan lagu ni la nak kasi 1 juta tontonan,” komen seorang wargamaya. “Tahniah Hael, memang best video muzik dan lagu ni. Good job team Bujang, dah trending,” puji seorang wargamaya lagi.Sehingga kini, video muzik tersebut telah mendapat 130,000 tontonan dalam masa satu hari. 

Ezra Kong tiada masalah dengan Hael Husaini

Komposer Ezra Kong menafikan perlakuan dia tidak lagi sehaluan dengan penyanyi dan komposer, Hael Husaini. Ia susulan beberapa lagu yang dilancarkan beberapa artis baru-baru ini tidak membabitkan kerjasama mereka. Antaranya lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali hasil ciptaan Hael Husaini, AEWO (Shiha Zikir feat Noki) ciptaan Ezra Kong, Gila (Kaka Azraff, Noki dan Loca B) ciptaan Noki, Loca B dan Ezra Kong dan yang terbaharu single Bujang nyanyian Hael Husaini hasil ciptaan penyanyi itu dan MFMF.

Ezra berkata, ada beberapa lagu ciptaan mereka belum dilancarkan. “Kami masih bekerjasama cuma lagu tak dilancarkan lagi. Apabila sampai masa sesuai barulah akan dilancarkan. Hael juga mendapat ‘sound’ yang segar daripada penerbit lain. Jadi, dia boleh teruskan dan berevolusi dalam industri muzik ini.


loading...




“Kalau ditanya kami sedang bermasalah atau wujud sebarang isu, bagi saya tak kerana kami okay saja. Saya kini masih dan sedang terbitkan lagu yang ditulis bersama Hael. Saya tak pernah tak okay dengan Hael,” katanya kepada Harian Metro dan Hael pernah bekerjasama menerusi lagu Jampi, Hajat, Haram, Anta Permana, Canggung dan Belenggu Rindu.

Dalam masa sama, Ezra berkata, dia juga turut bekerjasama dengan beberapa penulis lain. “Ada ramai juga penulis yang bekerjasama dengan saya. Cuma, lagu bersama Hael masih dalam proses penerbitan. Kalau dia putuskan untuk lancarkan lagu itu, mungkin awal tahun depan,” katanya.

Hael sangkal pernyataan terkena buatan

Penyanyi dan komposer, Hael Husaini, 32, menyangkal pernyataan terkena ‘buatan orang’ berikutan susuk tubuh yang semakin kurus. Bagaimanapun, penyanyi lagu Jampi itu mengakui pernah ditimpa sakit selama lebih empat bulan, tahun lalu. “Saya tidak tahu sakit apa yang datang kepada saya. Saya akan demam dan tidak sihat apabila ada undangan persembahan.

“Agak lama juga saya tidak sihat, tetapi ia bukanlah penyakit misteri. Saya percaya, masalah kesihatan dialami apabila saya tidak mengamalkan kehidupan sihat. “Saya terlalu sibuk bekerja sehingga terlupa menjaga kesihatan dan bersenam,” katanya kepada BH Online. Hael berkata, dia kini mengamalkan kehidupan lebih sihat, selain menjaga pemakanan. “Saya banyak melakukan aktiviti bersukan seperti bermain badminton, di samping aktiviti riadah termasuk berlari dan berbasikal.

“Apabila menjalani kehidupan lebih sihat, ia banyak membantu dari segi nyanyian, pernafasan dan stamina. Alhamdulillah, saya sudah kembali sihat. Cuma sekarang saya sedang membina otot badan untuk kelihatan lebih ‘sado’,” katanya yang muncul dengan lagu terbaru, Hati, pada bulan lalu. Kata bintang berasal dari Negeri Sembilan itu, dia bekerja tanpa henti sepanjang 2019.

“Saya jenis tidak suka duduk diam. Saya akan rasa sunyi jika tiada kerja. Bagaimanapun, saya bukanlah gelojoh sehingga bekerja tanpa rehat. “Saya sedar, apabila sakit sukar untuk saya bekerja. Jadi, kini ada masanya saya akan berehat. Namun, saya tidak mampu menolak selagi Allah SWT memberikan rezeki,” katanya

Hael Husaini berkias dalam single terbaharu HATI

Setelah dua kali berturut-turut memenangi tempat pertama di Anugerah Juara Lagu, dan kemudian tampil dengan dua versi lagu ‘Hari Ini’ secara solo dan secara duet bersama Dayang Nurfaizah, penyanyi, komposer serta penulis lirik penuh berbakat Hael Husaini kini muncul dengan sebuah lagi karya hebat berjudul ‘Hati’.

‘Hati‘ mengisahkan seorang lelaki yang menaruh harapan pada seorang wanita, tetapi tidak tahu bagaimana caranya untuk meluahkan perkara sebenar kepada wanita tersebut. Digubah dan ditulis sepenuhnya oleh Ezra Kong dan Hael Husaini sendiri, lagu ini dijangka berpotensi besar mengulangi kejayaan lagu-lagu yang pernah mereka hasilkan bersama sebelum ini.

Untuk lagu ini, Hael Husaini memperkenalkan gerakan baru di dalam muzik video bagi memperkuatkan lagi lagu sekaligus dapat mempertontonkan dinamik lagu ini kepada pendengar di luar sana. Ketua Label Muzik Rocketfuel Records, Feros dalam satu kenyataan berharap, lagu ‘Hati’ ini dapat menambat hati ramai orang di luar sana dan juga mendapat tempat di hati para pendengar radio.

Lagu ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox dan Apple Music. Video muzik lagu ‘Hati’ juga boleh ditonton di saluran Youtube rasmi Rocketfuel Network di mana sehingga berita ini ditulis, ia telah mendapat lebih 620 ribu tontonan sejak dilancarkan pada 10 Disember lepas.

Lagu Dan Muzik Video ‘Bujang’ Dari Hael Husaini, “Best Lagunya…”

Sejak akhir-akhir ini ramai penyanyi di Malaysia hadir dengan lagu terbaharu dari mereka. Nampaknya begitu meriah sekali industri hiburan tanah air kita. Tidak terkecuali juga penyanyi terkenal, Hael Husaini. Penyanyi ini hadir dengan lagu dan muzik video lagu bertajuk ‘Bujang’ baru-baru ini.

Menariknya mengenai buah tangan terbaru dari Hael Husaini ini adalah liriknya sangat dekat dengan kehidupan seseorang yang masih belum sampai jodohnya. Namun dalam masa sama muziknya sangat catchy dan menghiburkan.

Kalau anda masih belum dengarkan lagu Bujang dari Hael Husaini boleh layan dalam muzik video di bawah ini. Amacam? Konsep muzik videonya juga cukup menarik dan menghiburkan! Bikin sesiapa sahaja yang mendengarkannya akan turut sama ikut menari. Di ruangan komen rata-ratanya tinggalkan kata pujian mengenai muzik video Bujang dari Hael Husaini ini.

Teruna lara hati? Hael Husaini lagukan ‘Bujang’

Kembara seni penyanyi Hael Husaini tidak terhenti walau negara pernah berkurung angkara Covid-19. Gempar sebelum ini menerusi Hati, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-33 bakal tampil dengan buah tangan baharu. Penawar hati buat teruna, Hael bakal melancarkan Bujang bagi merangsang semangat diri. “Kepada semua orang bujang, saya mewakili anda dan kita akan raikan kebujangan kita. “Lagu ini lebih kepada memberi semangat. Walaupun anda bujang tidak mengapa. “Kehidupan bujang ini bukanlah pengakhirannya,” katanya.

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post