Kembali bersama dengan bekas suami. Setelah sekian lama menyepi akhirnya Noor Nabila tampil bongkarkan sesuatu tentang status hubunganya dengan Sharnaaz buat warganet terkedu.

Kembali berjodoh dengan bekas suami. Setelah sekian lama menyepi akhirnya Noor Nabila tampil bongkarkan sesuatu tentang status hubunganya dengan Sharnaaz buat warganet terkedu.

Kembali bersama dengan bekas suami. Setelah sekian lama menyepi akhirnya Noor Nabila tampil bongkarkan sesuatu tentang status hubunganya dengan Sharnaaz buat warganet terkedu.
Usahawan selebriti, Noor Nabila Mohd Noor mengakui selesa dengan statusnya sebagai ibu tunggal. Mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad, kakak kepada pengacara Neelofa ini mahu memberikan fokus kepada diri sendiri.


ARTIKEL MENARIK:Daler Yusuf dedahkan khabar berita tentang neneknya yang sudah pergi buat selamanya di Uzbekistan gara gara wabak ini
loading...


“Ada yang tanya kemungkinan saya untuk kembali bersama dengan Sharnaaz. Sebenarnya, hubungan saya dengan dia dah lama baik sebagai kawan. “Kalau ada jodoh, Insya-Allah. Tapi, rasanya saya lebih selesa untuk meneruskan hidup sendiri. Saya serta Sharnaaz pun sudah ‘move on’ dan fokus kami sekarang ialah anak, Jebat Jayden,” katanya.

Nabila ditemui di majlis pengumuman Neelofa sebagai duta rantau Asia Tenggara yang pertama untuk jenama kecantikan antarabangsa Lancome di One Utama, Petaling Jaya sebentar tadi. Tambah wanita asal Kelantan ini, dia bersyukur kerana Sharnaaz memberikan komitmen yang sangat baik sebagai seorang bapa biarpun mereka tidak bersama lagi.

“Saya gembira dan bersyukur kerana Sharnaaz tak pernah abaikan tanggungjawab sebagai bapa. “Boleh dikatakan hampir setiap hari dia meluangkan masa berjumpa dengan anak. “Saya sendiri tak kisah kerana anak kami memang berhak mendapat kasih sayang ibu dan bapa secara sama rata biarpun kami tidak bersama lagi,” katanya lagi.

Nabila dan Sharnaaz sah berpisah pada 9 Julai lalu secara hakm di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun Ogos ini.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak via AppleHijau

Setelah Sekian Lama Menyepi Tiba Tiba Neelofa Tampil Bersuara Bongkarkan Cara Sharnaaz Jaga Ank. Mengejutkan Sampai Macam Ni Sekali Dia Buat.

PENGACARA terkenal, Neelofa menyifatkan bekas abang iparnya yang juga pelakon, Sharnaaz Ahmad sebagai bapa bertanggungjawab terhadap anak hasil perkongsian hidup dengan kakaknya, Noor Nabila iaitu Jebat Jayden. Neelofa berkata, Sharnaaz mengorb4nkan masa hampir setiap hari untuk berjumpa dan bersama Jebat dan perkara itu perlu dijadikan contoh oleh pasangan yang melalui pengalaman sama.

“Kes mereka sudah berlarutan lama sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, apabila sudah selesai saya turut bersyukur dengan keputusan mereka berdua. Dalam masa sama saya rasa ada hikmah kenapa perkara ini diperlambatkan. “Sebab dalam waktu itu hubungan Nabila dan Sharnaaz sangat pulih dari segi ‘co-parenting’. Sharnaaz seorang ayah yang sangat bertanggungjawab yang saya rasa korbnkan masa dia hampir setiap hari untuk jumpa anak.

“Perkara itu perlu dijadikan contoh kepada mereka yang berpisah ada anak tapi kena ada masa untuk pergi jumpa. Sebab saya juga adalah dari keluarga yang berpisah yang mana mak dan ayah saya berpisah dan saya dibesarkan oleh ibu dan dia menjadi ibu tunggal selama beberapa tahun.

“Tapi, untuk seorang ayah datang tengok anak  macam itu dengan kerap bukan mudah. Saya harap satu hari kalau Jebat tahu benda ini dan tengok rakaman video ini dia akan hargai. Orang yang dengar ini pun yang ada anak dan brpisah, kena juga ambil masa sebab ia sangat penting untuk anak itu hargai jalinan yang diberikan,” katanya.

Ditanya sejauh mana hubungan dengan pelakon filem Juvna itu, Neelofa yang baru muncul dengan program Next To Neelofa berkata, dia mahu menjadi neutral sahaja. “Kalau boleh tak nak masuk campur. Saya harap dia dan Nabila kalau boleh duduk baik-baik, cakap baik-baik, komunikasi baik-baik dan ‘co parenting’ elok-elok, itu sudah cukup bagi saya.

“Tak perlulah saya nak menjadi kawan baik atau msuh. Saya hanya menjadi neutral saja, itu lebih baik,” katanya. Terdahulu, Sharnaaz Noor Nabila sah berpisah pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun Ogos ini. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucing Media Online

Sumber : Harian Metro/ My Metro


loading...


Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabilah Sah Berpisah. Akhirnya Terbongkar Punca Rumahtangga Mereka Bermasalah. Warganet Terkejut Dengan Apa Yang Dibongkarkan.

PELAKON, Sharnaaz Ahmad dan isterinya yang juga ahli perniagaan, Noor Nabila sah berpisah pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Perkara itu disahkan, Noor Nabila yang juga kakak kepada pengacara, Neelofa ketika dihubungi Harian Metro dan menyifatkan ia keputusan dengan hati terbuka dan akur dengan ketentuan Ilahi. 

“Saya syukur proses ini berjalan dalam keadaan saya dan Sharnaaz dalam hubungan yang baik. Jadi kita terima dengan hati terbuka dan akur ketentuan Allah SWT. Kami anggap apa yang berlaku jodoh tak panjang dan tak pernah fikir jodoh kami sampai di sini saja. Lagipun mana ada orang kahwin nak berpisah. 

“Kami berdua berharap boleh bekerjasama dengan baik untuk besarkan anak tunggal, Jebat Jayden.  Itu yang paling penting. Jayden tak perlu terkesan dengan apa yang terjadi antara kami. Kalau kami berdua boleh uruskan dengan baik, InshaAllah. Saya akan cuba apa terbaik untuk anak saya,” katanya eksklusif kepada Harian Metro. 

Nabila berkata, dia tidak bermusuh dengan Sharnaaz sebaliknya mereka kini saling bertukar pendapat dan berkawan. “Kami berkawan dan banyak berborak bertukar pendapat dengannya. Kami tak bermusuh. Ketika Sharnaaz datang jumpa anak, saya akan duduk sekali dan melayan seperti kawan.

“Saya cuba jadi ibu yang terbaik dan ingin berterima kasih kepada Sharnaaz. Saya juga masih dalam proses nak belajar apa yang terbaik untuk anak saya. Maklumlah ini anak pertama, jadi banyak yang saya tak tahu,” katanya.

Menurut Nabila, Sharnaaz adalah ayah yang baik kepada anak tunggal mereka apabila setiap hari datang melawat. ” Sharnaaz seorang ayah yang bagus. Hari-hari dia datang luangkan masa dengan Jayden. Itupun sudah buat saya sangat gembira.  Yelah siapa lagi  nak sayang anak kita betul-betul kalau bukan kami berdua,” katanya.

Tedahulu selepas pasangan itu gagal mencari kesepakatan, mahkamah menerusi Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 mempunyai kuasa melantik dalam kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak iaitu dua penimbang tara (hakam) yang mempunyai maklumat berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan. Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun Ogos ini.

Walaupun Belum Disahkan Berpisah Sharnaaz Ahmad Bongkarkan Status Perkahwinan Dia Dengan Nabila. Rupa Rupanya Ini Yang Sharnaaz Ahmad Lebih Utamakan.

Pelakon, Sharnaaz Ahmad mengakui bahawa hubungannya bersama isteri Noor Nabila kini semakin pulih dan mereka seperti kawan yang akan bersama-sama membesarkan anak mereka iaitu Jebat Jayden. Menurut laporan Harian Metro, Sharnaaz menyerahkan keputusan mengenai status percer4ian mereka kepada pihak mahkmah.

Keputusan mahkmah bakal keluar

Kami belum berpisah tapi keputusan mahkmah bakal keluar tidak lama lagi. Apa yang saya nak beritahu sekarang ini hubungan kami sebagai kawan yang akan bersama-sama membesarkan anak. Berkaitan keputusan rumah tangga, saya serahkan kepada mahkamah. Sejak ks ini difailkan di mahkmah, saya reda dan bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku.

Kalau hubungan kami kembali berbaik pun, hanya mahkmah yang akan menentukan sekarang ini sebabkan kuasa diserahkan kepada mereka dan apa saja keputusan yang bakal diterima. Tapi, apa yang saya perjuangkan selama ini untuk bersama Jebat, saya sangat bersyukur kerana Nabila mengizinkan saya bertemu atau membawa anak keluar tanpa sebarang halangan.

Menurut Sharnaaz, dia menyerahkan keputusan mengenai hal rumah tangga kepada pihak mahkamah. Tambahnya, keputusan tersebut bakal keluar tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, dia bersyukur hubungannya dengan Nabila sudah berbaik dan dia diberi keizinan untuk berjumpa dan membawa keluar anak mereka.

Semuanya sudah okay

Persetujuan ini adalah rahmat terbesar untuk diri saya. Kalau dulu saya ada masalah untuk berjumpa anak tapi sekarang semuanya sudah okey. Menjawab mengenai perhubungan saya sendiri tiada jawapan sebab keutamaan saya bukan lagi perkahwinan tapi besarkan anak dan ingin pastikan Jebat tidak hilang bapa dari pandangan matanya.

Apa yang saya perjuangkan selama ini, semuanya untuk Jebat. Saya sudah dapat apa yang saya mahukan. Hubungan perkahwinan sudah jatuh nombor dua, apa yang penting Nabila mengiktiraf saya sebagai bapa kepada Jebat. Saya perlu menghormati Nabila, jika tidak kerana dia, belum tentu saya dapat Jebat. Nabila seorang ibu yang bagus. Apa yang saya nampak, Jebat dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Itu tidak boleh saya nafikan.

Ujarnya lagi, dia berterima kepada Nabila kerana tidak pernah menafikan haknya sebagai bapa dan tiada apa lagi yang diinginkan kerana sudah dapat bertemu Jebat. Tambah Sharnaaz, dia akan bertemu Jebat tiga kali sehari iaitu pada sebelah pagi sebaik pulang daripada gimnasium, petang dan malam. Walaupun kepenatan terpaksa berbuat demikian, Sharnaaz tidak mengeluh asalkan dapat berjumpa dengan buah hatinya setiap hari.

Jika saya sibuk dengan penggambaran dan terpaksa keluar awal pagi ke lokasi, saya akan menghubungi Jebat melalui panggilan video. Sharnaaz turut memberitahu pada mulanya dia terasa pelik kenapa perlu melalui proses tersebut sedangkan Jebat adalah anak kandungnya. Namun, semuanya sudah biasa dan dia bersyukur.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Rentas Asia

Belum berpisah dan masih suami isteri. Akhirnya Sharnaaz Ahmad bongkarkan keputusan mahkamah tentang status sebenar rumahtangganya

PELAKON Sharnaaz Ahmad sanggup mengetepikan konflik yang wujud antara dia dengan isteri Noor Nabila Mohd Noor demi anak kesayangan mereka, Jebat Jayden. Menurut Sharnaaz, 35, dia kini bahagia menjalani kehidupan seharian selepas tiada lagi halangan untuk dia bertemu dengan anak lelakinya itu.

Bagaimanapun dia menyerahkan kepada mahk4mah untuk menentukan status rumah tangga mereka. “Kami belum berpisah tapi keputusan nak keluar tak lama lagi… apa yang saya nak beritahu sekarang ini hubungan kami sebagai kawan yang akan bersama-sama membesarkan anak.

“Apa jua keputusan tentang rumah tangga, saya serahkan pada mahk4mah… sejak kes ini difailkan di mahk4mah saya dah reda dan bersedia dengan apa sahaja yang akan berlaku. “Selama ini saya f1ight untuk anak, tapi hari ini saya sudah dapat bersamanya semula tanpa sebarang halangan… itu dah cukup memadai. Bagi saya hal anak ini keutamaan dan perkahwinan jatuh nombor dua,” katanya kepada mStar.

Jebat adalah keutamaan Sharnaaz. Sharnaaz ditemui semasa pembukaan cawangan ketiga Bubblebee Malaysia di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur pada Khamis. Sementara itu, pelakon drama Suamiku Encik Sotong ini meluahkan rasa syukur apabila dia dibenarkan bertemu anaknya itu pada bila-bila masa dan mengucapkan terima kasih kepada Nabila kerana memahami nalurinya sebagai seorang bapa.

Apabila Nabila beri keizinan saya berjumpa Jebat, saya dah cukup berterima kasih, kalau tidak saya rasa macam tak betul. SHARNAAZ AHMAD, PELAKON. “Sejujurnya saya bersyukur Nabila menjadi ibu kepada Jebat dan saya juga bersyukur kerana dapat jumpa Jebat bila-bila masa tanpa halangan.

“Itu dah cukup buatkan saya seronok… saya tak mahu Jebat rasa kehilangan kasih seorang bapa, saya akan beri apa yang termampu untuk anak kami itu. “Demi Allah! Apa saya buat ini semua hanya untuk anak… sekarang saya dah dapat apa lagi saya nak? Isteri boleh ganti tapi anak tidak sama sekali,” ujarnya.

Sharnaaz dan Nabila sepakat besarkan anak bersama. Dalam pada itu, Sharnaaz memberitahu dia meluangkan masa sebanyak tiga kali sehari bertemu anaknya itu di kediaman Nabila. “Saya tak pernah miss jumpa sebanyak tiga kali sehari… pagi, tengahari dan petang! Itulah aktiviti seharian, dah jadi biasa. Kalau ada pengambaran, kami akan buat video call.

“Apabila Nabila beri keizinan saya berjumpa Jebat, saya dah cukup berterima kasih, kalau tidak saya rasa macam tak betul,” katanya. Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Pada 11 September tahun lalu, Noor Nabila memfailkan perpisahan terhadap Sharnaaz di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur selepas desas-desus mengenai rumah tangga mereka hangat diperkatakan media.

Bagaimanapun, Sharnaaz menolak permohonan perpisahan yang difailkan Noor Nabila dan mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perpisahan itu.

Bagaimanapun, Sharnaaz pula memfailkan permohonan nusyvz terhadap isterinya itu pada 30 September tahun lalu. Pada Januari lalu, Sharnaaz menyangkal d4kwaan warganet mengatakan dia sengaja melengah-lengahkan proses perpisahan dan enggan melepaskan Nabila.

Dia turut mengakui ada usaha untuk berbaik dengan isterinya semula. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

Sharnaaz Ahmad dedahkan dia sedang menjadi sasaran beberapa individu. Tak sangka ini kata kata Sharnaaz setelah dilemparkan dengan pelbagai

Sharnaaz mendedahkan menjadi sasaran fitnah beberapa individu. UMUM mengetahui kemelut rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor masih belum berkesudahan. Terbaharu, Sharnaaz meluahkan rasa kesal selain mendakwa menjadi sasaran fitnah

beberapa individu yang pernah dikenalinya. Sharnaaz, 34, berkata, dia bagaimanapun menganggap ia sebagai dugaan dan enggan membuka aib sesiapa meskipun dilemparkan dengan pelbagai tuduhan. “Masih memelihara aib walaupun diri dilondeh dengan fitnah.

Antara posting yang dimuat naik Sharnaaz ke laman Twitter miliknya. “Bukalah pintu kebangkitan dan bukalah benak otak dan hati yang direndam dengan kebencian oleh syaitan-syaitan bertopengkan atas dasar agama,” tulisnya. Shaarnaz membuat luahan hati itu menerusi bebenang di laman Twitter miliknya pada Jumaat.

Namun tidak dapat dipastikan individu yang dimaksudkannya. Meskipun demikian, ia mengundang spekulasi dalam kalangan warganet yang percaya ia adalah bayangan mengenai kemelut rumah tangga yang sedang dihadapinya dengan kakak kepada selebriti, Neelofa ketika ini.

“Bukalah pintu kebangkitan dan bukalah benak otak dan hati yang direndam dengan kebencian oleh syaitan-syaitan bertopengkan atas dasar agama.” – SHARNAAZ AHMAD, Pelakon. Dalam pada itu, Sharnaaz sempat menasihati golongan lelaki untuk tegas dalam mengemudi bahtera rumah tangga agar tidak hilang rasa hormat isteri terhadap suami.

“Kepada sang lelaki, jangan hilang gerun di mata pandangan pasangan, kelak celakalah badan mu. “Lesson learn… learn it well! Biar dipandang gerun daripada hilang dihormati. Take note and self note,” katanya. Sementara itu, rata-rata peminat meluahkan kata-kata semangat buat

pelakon drama Suamiku Encik Sotong itu untuk terus tabah berdepan dugaan yang dihadapinya. “Sabar dan tabah hadapi segalanya. Sesungguhnya dunia ini syurga bagi syaitan-syaitan! Mereka menongkat langit dengan kekayaan, sombong, riak dan ujub. Balasan pasti ada di akhirat kelak!

Rata-rata peminat memberi semangat buat Sharnaaz. “Kebenaran akan terbukti. Doa orang teraniaya tiada halangannya. Berdoalah dan terus berdoa agar Allah tunjukkan semuanya sendiri. “Semoga urusan abang dipermudahkan,” tulis warganet. Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

menetapkan 4 Disember ini untuk melantik wakil dalam proses timbang tara (hakam) berhubung kes perceraian pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor. Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian dalam Jawatankuasa Pendamaian (JKP) yang dilantik sebelum ini.

Sumber mstar via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم