Mahu tambah anak lagi. Noor Nabila tanpa ragu luahkan hasratnya untuk berkahwin lagi dan luahan hatinya tentang Sharnaaz

Bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd Noor mengakui kini dirinya telah menjalani kehidupan baru selepas sah berpisah dengan aktor berkenaan secara hakam pada 9 Julai lalu.Malah, kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa ini turut mengakui, dia kini perlu sayangi diri terlebih dahulu selain mahu kembali menjadi individu yang lebih bersemangat.

Mahu tambah anak lagi. Noor Nabila tanpa ragu luahkan hasratnya untuk berkahwin lagi dan luahan hatinya tentang Sharnaaz
“9 Julai lalu bermulah fasa saya sebagai ibu tunggal. Saya rasa proses perpisahan itu terlalu lama, jadi apabila sudah selesai saya rasa lega.



ARTIKEL MENARIK:Baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Anju raih perhatian sekali lagi bila dia berkongsi gambar adik lelakinya yang iras seperti bekas suami BCL
loading...

“Bukan kerana apa, tetapi kata orang tidak eloklah ketika itu sebab masih bergelar isteri orang, tetapi tidak tinggal bersama. Minta keluar tak minta izin suami dan sebagainya.


“Sekarang, bermulalah kehidupan baru yang mana saya perlu meletakkan saya terlebih dulu. Orang kata, #selflove.“Ini kerana dalam perkahwinan saya yang terdahulu, saya banyak meletakkan diri di belakang. Kalau boleh saya mahu jadi diri yang dulu, dalam segi semangat dan keyakinan,” tegasnya kepada MH.

Mengulas mengenai komitmen bekas suami yang tidak pernah putvs mengisi masa bersama anak tunggal mereka, Jebat Jayden, Nabila memuji sikap yang ditunjukkan Sharnaaz.Selain itu, usahawan itu turut mengakui dia sebagai ibu, memberikan kerjasama bagi memudahkan proses pertemuan bapa dan anak.

“Saya bersyukur kerana Sharnaaz tak lupa untuk meluangkan masa tengok anak hari-hari. Kadang-kadang ada juga pasangan yang berpisah, tetapi tidak berapa ambil kisah mengenai soal anak.“Tetapi Sharnaaz sebaliknya. Dia datang isi masa bersama anak. Jadi kerana itu pun rasa rasa syukur kerana Jebat Jayden ada seorang bapa yang komited dan berdedikasi.


“Malah pada masa sama, saya juga memberikan kerjasama yang penuh buatnya untuk jenguk anak pada bila-bila masa, memandangkan jadual kerjanya yang tidak menentu.“Saya tidak mahu anak terkurang kasih sayang daripada kedua-dua belah pihak,” katanya.

Mengulas mengenai soal jodoh untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas ini, Nabila mempunyai padangannya sendiri.“Ser1k itu tidaklah. Saya percaya, kalau ada rezeki dan jodoh, saya memang mahu berkahwin lagi. Saya mahukan anak lagi.“Cuma buat masa sekarang, saya nak fokuskan pada diri sendiri terlbih dulu dan besarkan Jebat Jayden dengan baik.

“Kalau ada yang mendekati sekalipun, kena ambil masa untuk saling mengenali,” akhirinya.Terdahulu, Nabila dan Sharnaaz sah berpisah pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun.



loading...


Nabila ditemui selepas meraikan kejayaan Neelofa dilantik sebagai duta rantau Asia Tenggara bagi Lancome, sekali gus menjadi individu Malaysia pertama yang mewakili jenama produk kecantikan Perancis itu baru-baru ini di One Utama, Damansara.-mediahiburan

Kembali berjodoh dengan bekas suami. Setelah sekian lama menyepi akhirnya Noor Nabila tampil bongkarkan sesuatu tentang status hubunganya dengan Sharnaaz buat warganet terkedu.


Usahawan selebriti, Noor Nabila Mohd Noor mengakui selesa dengan statusnya sebagai ibu tunggal. Mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad, kakak kepada pengacara Neelofa ini mahu memberikan fokus kepada diri sendiri.

“Ada yang tanya kemungkinan saya untuk kembali bersama dengan Sharnaaz. Sebenarnya, hubungan saya dengan dia dah lama baik sebagai kawan. “Kalau ada jodoh, Insya-Allah. Tapi, rasanya saya lebih selesa untuk meneruskan hidup sendiri. Saya serta Sharnaaz pun sudah ‘move on’ dan fokus kami sekarang ialah anak, Jebat Jayden,” katanya.

Nabila ditemui di majlis pengumuman Neelofa sebagai duta rantau Asia Tenggara yang pertama untuk jenama kecantikan antarabangsa Lancome di One Utama, Petaling Jaya sebentar tadi. Tambah wanita asal Kelantan ini, dia bersyukur kerana Sharnaaz memberikan komitmen yang sangat baik sebagai seorang bapa biarpun mereka tidak bersama lagi.

“Saya gembira dan bersyukur kerana Sharnaaz tak pernah abaikan tanggungjawab sebagai bapa. “Boleh dikatakan hampir setiap hari dia meluangkan masa berjumpa dengan anak. “Saya sendiri tak kisah kerana anak kami memang berhak mendapat kasih sayang ibu dan bapa secara sama rata biarpun kami tidak bersama lagi,” katanya lagi.

Nabila dan Sharnaaz sah berpisah pada 9 Julai lalu secara hakm di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun Ogos ini. Sumber : Gempak via AppleHijau

Setelah Sekian Lama Menyepi Tiba Tiba Neelofa Tampil Bersuara Bongkarkan Cara Sharnaaz Jaga Ank. Mengejutkan Sampai Macam Ni Sekali Dia Buat.

PENGACARA terkenal, Neelofa menyifatkan bekas abang iparnya yang juga pelakon, Sharnaaz Ahmad sebagai bapa bertanggungjawab terhadap anak hasil perkongsian hidup dengan kakaknya, Noor Nabila iaitu Jebat Jayden. Neelofa berkata, Sharnaaz mengorb4nkan masa hampir setiap hari untuk berjumpa dan bersama Jebat dan perkara itu perlu dijadikan contoh oleh pasangan yang melalui pengalaman sama.

“Kes mereka sudah berlarutan lama sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, apabila sudah selesai saya turut bersyukur dengan keputusan mereka berdua. Dalam masa sama saya rasa ada hikmah kenapa perkara ini diperlambatkan. “Sebab dalam waktu itu hubungan Nabila dan Sharnaaz sangat pulih dari segi ‘co-parenting’. Sharnaaz seorang ayah yang sangat bertanggungjawab yang saya rasa korbnkan masa dia hampir setiap hari untuk jumpa anak.

“Perkara itu perlu dijadikan contoh kepada mereka yang berpisah ada anak tapi kena ada masa untuk pergi jumpa. Sebab saya juga adalah dari keluarga yang berpisah yang mana mak dan ayah saya berpisah dan saya dibesarkan oleh ibu dan dia menjadi ibu tunggal selama beberapa tahun.

“Tapi, untuk seorang ayah datang tengok anak  macam itu dengan kerap bukan mudah. Saya harap satu hari kalau Jebat tahu benda ini dan tengok rakaman video ini dia akan hargai. Orang yang dengar ini pun yang ada anak dan brpisah, kena juga ambil masa sebab ia sangat penting untuk anak itu hargai jalinan yang diberikan,” katanya.

Ditanya sejauh mana hubungan dengan pelakon filem Juvna itu, Neelofa yang baru muncul dengan program Next To Neelofa berkata, dia mahu menjadi neutral sahaja. “Kalau boleh tak nak masuk campur. Saya harap dia dan Nabila kalau boleh duduk baik-baik, cakap baik-baik, komunikasi baik-baik dan ‘co parenting’ elok-elok, itu sudah cukup bagi saya.

“Tak perlulah saya nak menjadi kawan baik atau msuh. Saya hanya menjadi neutral saja, itu lebih baik,” katanya. Terdahulu, Sharnaaz Noor Nabila sah berpisah pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun Ogos ini. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucing Media Online

Sumber : Harian Metro/ My Metro  via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post