KUALA LUMPUR – Pengarah dan penerbit popular, Michael Ang mengesahkan statusnya yang masih bujang dan belum pernah berkahwin pada usia 44 tahun.
ARTIKEL MENARIK:Peminat suruh kahwin dengan Syazwan Zulkifli. Mengejutkan ini jawapan yang Wan Sharmila beri bila dipersoalkan hubungan mereka berdua
“Saya belum berkahwin. Seorang anak saya, Ryan,18, ialah anak saudara yang saya bela sejak berusia dua bulan, manakala seorang lagi, Mika, dua tahun pula anak angkat yang saya ambil ketika berusia sehari,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada sidang akhbar Big Stage 2020 di Nicsman by Lewre, The Starling Mall, semalam.
Pengarah drama Suri Hati Mr. Pilotitu bertegas, dia memilih untuk tidak mend3dahkan kewujudan anak-anaknya sebelum ini kerana enggan mereka menjadi tumpuan media yang berlebihan. Ceritanya lagi, meskipun sudah memeluk agama Islam, Michael tidak mem4ksa anak sulungnya, Ryan mengikut jejak langkah sama.
“Ryan belum membuat sebarang keputusan tentang pilihan agamanya. Berbeza dengan Mika, saya besarkan dia sebagai seorang muslim kerana dia secara azalinya memang anak kepada pasangan beragama Islam,” terangnya Michael secara terperinci. Meskipun sudah lebih terbuka bercakap tentang anak-anak, Michael tetap memelihara privasi dengan tidak mend3dahkan wajah atau identiti Ryan dan Mika kepada umum.
Terdahulu, Michael mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik foto keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ryan dalam media sosial sambil meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anaknya itu.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press. Sumber: Kosmo
Tak Suka Penampilan Terkini. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Penampilan Terkini Michael Jadi Bualan Ramai. Rupanya Ini Yang Jadi Pada Michael Sampai Dia Boleh Kurus Macam Tu.
Penampilan terbaru penerbit, pengarah dan pelakon, Michael Ang yang semakin langsing mengejutkan ramai peminat. Menerusi foto terkini yang dimuat naik oleh Michael di laman Instagram, sutradara drama bersiri Sweet Dreams itu berkongsi gambar terbaru keadaan dirinya.
“Salam semua. Okay I think my losing weight thingy is getting out of hand. I need to gain back! I don’t like how I look now! Love you all and stay safe!” tulis Micahel di ruangan kapsyen. Di ruangan komen, rata-rata peminat terkejut dengan penampilan baru Michael yang telah hilang sebanyak 52 kilogram (kg) selepas menjalani operasi bariatric sleve pada tahun 2018.
Operasi terbabit memotong 85 peratus perut dan dikeluarkan melalui lubang kecil yang ditebuk pada perut. Ia menyebabkan makanan hanya boleh diambil dalam kuantiti kecil dan memberikan manfaat daripada sudut kesihatan termasuk mengatasi sakit kencing manis, sakit sendi dan sakit belakang.
Kaedah ini antara kaedah paling selamat untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan dengan kesan kegemukan ketara atau obesiti. “Dulu berat saya 128 kg, kini berat badan saya 76 kg. Semenjak melakukan operasi terbabit, berat badan saya mula turun secara perlahan-lahan.
“Sebenarnya, saya suka dengan berat badan saya yang dahulu. Saya tak kisah dengan keadaan badan yang agak gempal tetapi ketika itu saya mempunyai sakit. “Saya ada sakit kencing manis dan ‘sleep apnea’. Doktor memberikan dua cara untuk mengatasi masalah terbabit. Pertama, saya harus berdiet atau kedua, saya harus melakukan operasi itu.
“Dua tahun sebelum dioperasi, saya sudah mencuba untuk mengamalkan diet tetapi sering gagal. Saya berjaya turun 5 atau 6 kg, tetapi selepas itu badan saya menghadapi kesukaran untuk menurunkan lagi bilangan berat. “Akhirnya, saya membuat operasi terbabit. Hasilnya, saya tidak mengalami sakit kencing manis lagi, saya senang bangun pagi, rasa segar dan nafas saya tak mengah seperti dulu.
“Cuma, saya hanya boleh makan dalam kuantiti yang sedikit sahaja,” kata Michael ketika dihubungi oleh Gempak. Namun begitu, pelakon telefilem Titi Kayu ini mengakui risau dengan penampilannya yang kelihatan kurus. “Bila orang tegur, mereka berkata mengenai penampilan saya, Sejujurnya, saya sendiri pun rasa tak nak nampak kurus sangat.
“Sebab, saya sendiri rasa saya ‘burvk’ apabila saya kurus sangat. Apa yang penting, saya sudah semakin sihat. Saya juga bersyukur kerana proses ‘pengecilan’ badan saya ini tidak membuatkan kulit saya menjadi menggelebeh,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Michael kini sibuk di set penggambaran drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa lakonan Uqasha Senrose, Kamal Adli, Uyaina Arshad dan Yusuf Bahrin. Bakal bersiaran di slot Megadrama Oktober nanti, naskhah terbabit akan ditayangkan sebanyak 28 episod.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: GEMPAK
Michael Ang ‘tak kuasa’ nak ulas produk
WALAUPUN dihujani tawaran membuat ulasan produk di laman sosial, pengarah dan penerbit Michael Ang tidak berminat untuk menyediakan perkhidmatan itu buat masa ini. Michael berkata, dia berharap orang ramai berhenti bertanyakan kepadanya mengenai prosedur untuk dia mempromosikan sesuatu produk.
“Tak payahlah tanya macam mana nak buat ulasan kerana saya memang takkan buat. Memang ramai orang tanya saya berapa harga untuksatu ulasan sebelum ini. “Kalau saya letak RM10,000, ada yang sanggup ke? Kalau ada yang sanggup bayar, saya buat. Tapi rasanya, tak payahlah,” katanya.
Michael berkata, antara sebab dia enggan kerana tidak mahu mengambil risiko atau ‘menipu’ pengikutnya dengan produk yang tidak berkualiti. “Jika saya diberi produk itu tapi ia tak kena dengan saya kerana mungkin tak berkualiti atau tak sedap. Saya tak akan buat ulasan dan kemudian saya yang susah hati sebab kasihankan mereka yang sudah menghantar produk itu dari jauh.
Kalau saya buat juga, saya rasa seperti menipu orang. Kalau tak bagus tapi saya kata bagus, itulah dilema saya,” katanya. Michael berkata, dia memang ada membuat ulasan produk makanan sebelum ini, tetapi ia adalah produk milik rakan yang banyak berjasa dengannya.
“Memang makanan itu sedap. Kalau tak sedap saya takkan promosikannya. Kalau saya nak, saya akan cari sendiri Instagram anda, saya pesan dan saya akan bayar. Kalau betul-betul sedap saya akan buat ulasan jujur dengan percuma,” katanya.
‘Nak tegur, biar beradab!’ – Michael Ang
PENGARAH, Michael Ang terbuka menerima teguran daripada warganet yang ingin menegurnya berkaitan soal menutup aurat. Michael yang juga pengarah drama Sweet Dreams berkata, teguran yang diberikan biarlah dengan cara yang beradab dan tidak mengaibkan.
“Memang saya kerap menerima teguran daripada ramai orang. Kalau saya mahu kongsikan berapa jumlah mesej yang saya terima di Direct Message (DM) Instagram, memang banyak. “Saya sentiasa terbuka menerima teguran daripada sesiapa saja. Namun, kalau mahu menegur pun biarlah kena dengan tempat. Bila cara teguran sampai menggunakan kata-kata kasar, itu bukan teguran yang baik,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Michael yang juga mualaf, orang sepertinya memerlukan bimbingan dengan cara yang sepatutnya dalam mendalami ilmu agama. “Orang yang bersikap kasar dan kurang ajar beginilah yang membuatkan orang ramai terutamanya, orang bukan Islam berasa takut untuk mendekati orang agama.
“Kalau nak bercakap mengenai aurat lelaki, ramai yang lahir dalam Islam menunjukkan aurat mereka secara terbuka. Tapi, kerana saya mualaf, maka ramai menghakimi saya,” katanya. Terdahulu, Michael memuat naik contoh sikap kurang ajar seorang warganet dengan menyentuh mengenai isu aurat.
“Saya tidak kisah kalau dia nak tegur, tapi dia sendiri pun menipu. Katanya, dia tak ikut (follow) saya di Instagram, tapi bila saya buka profil, tertera yang dia adalah pengikut saya. “Islam itu indah, tapi orang seperti inilah yang memburukkan nama Islam. Dia nak tegur kesalahan orang lain, tapi dia sendiri pun menipu,” katanya.
Walaupun sering berdepan kecaman, ia tidak menggoyahkan imannya terhadap agama Islam yang dipilih. “Walaupun sentiasa ada situasi begini berlaku kepada saya, saya tak pernah goyah dan tak pernah fikir keputusan untuk memeluk Islam adalah salah.
“Saya berkongsi perkara ini kerana saya nak buka mata semua orang supaya nampak dalam dunia ini, ada orang-orang sebegini,” katanya. Dalam perkembangan lain, Michael kini sedang bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan selepas ini kembali ke lokasi penggambaran drama Chandelier lakonan Ben Amir dan Mimi Lana.
via Era Kini
Post a Comment