Mas Idayu bengang ada individu menghalang anaknya bertemu dengan bekas suami. ISU membabitkan anak kepada penyanyi dangdut Mas Idayu iaitu Nur Dayini Ashiqah dengan ibu tiri, Reena Arina menarik perhatian ramai apabila kedua-dua pihak berbalah di media sosial sejak Februari lalu.
Perbalahan dingin yang tercetus itu secara tidak langsung turut menaikkan nama Mas Idayu yang didkwa seolah-olah tidak pandai mendidik sehingga anak gadisnya didkwa bersikap kurang ajar bukan sahaja terhadap ibu tiri tetapi bapa kandungnya sendiri, pelakon Aman Graseka.
ARTIKEL MENARIK:Pekerja sanggup berhenti tepi jalan gara gara nak mudahkan Tokti masukkan ubat. Sebak bila pekerja dedah usaha Tokti untuk dapatkan zuriat.
Menjawab dkwaan tersebut, penyanyi lagu Senggol Senggolan, Cubit Cubitan ini akhirnya buka mulut. Kata Mas Idayu, pada awalnya dia enggan masuk campur dalam urusan tersebut sehinggalah namanya dikaitkan dalam sebuah artikel baru-baru ini.
“Awalnya saya memang tak tahu apa masalah anak saya dengan bapanya sebab malas nak ambil tahu kerana itu membabitkan mereka berdua. “Tapi baru-baru ini saya ternampak ada berita mewakili pihak Aman dan isteri mengatakan saya masuk campur, itu saya tak boleh terima.
Mas Idayu tunjuk bukti Aman menyekat anaknya di aplikasi Whatsapp. “Sampai ada kata saya tak ajar anak hormat ibu tiri… walaupun dia dah umur 22 tahun saya masih pukul lagi (kalau buat salah). Apa-apa mengenai anak saya kena ambil tahu,” kata Mas Idayu ketika ditemui mStar di kediamannya pada Jumaat.
Pada Mac lalu, Nur Dayini meluahkan rasa kesal terhadap sikap ibu tirinya yang difahamkan menghalang dia untuk bertemu bapa kandungnya. Gadis berusia 22 tahun itu saling berbalas kapsyen sindirn dengan ibu tirinya di Instagram.
Sekarang ini profil foto pun dah tak ada, mesej pun tak sampai itu bukti mereka sekat kami. Aku tak kisah jika Aman nak menyebelahi isterinya tapi biar dengan cara cerdik.
Sementara itu, Mas Idayu berkata dia terkilan apabila mengetahui Aman menyekat nombor Nur Dayini di WhatsApp selain tidak menghubungi anaknya itu selepas mereka pulang dari mengerjakan umrah pada Februari lalu.
“Selepas Aman kahwin, dia tak jumpa langsung bapa dia kerana Aman dah balik Kedah… terakhir Dayini mesej bapanya sebelum kami tunaikan umrah tapi beberapa hari kemudian mesej dibalas dipercayai oleh isterinya berdasarkan teks yang dihantar.
“Sekarang ini profil foto pun dah tak ada, mesej pun tak sampai itu bukti mereka sekat kami. Saya tak kisah jika Aman nak menyebelahi isterinya tapi biar dengan cara cerdik. “Walaupun dah berpisah, saya kenal Aman macam mana… dia tak pandai nak sekat orang dekat Whatsapp, Instagram. Saya bukan nak puji bekas suami tapi saya kenal dia,” ujarnya.
Dalam pada itu, komentator tetap program nyanyian D’Academy Asia ini berharap pelakon drama Tuan Danial ini tidak melupakan anak perempuannya itu.”Abang (panggilan untuk Aman) tahu apa yang anak kita nak… dia hanya nak bapa dia, dia bukan nak duit. Kami ada duit… bukan nak cakap besar tapi dia hanya nak bapa dia.
“Jangan harap anak yang akan ke Kedah untuk bertemu bapa, dia anak perempuan! Takkan nak memandu seorang diri ke sana… nanti kalau aku hantar (anak ke Kedah) takut ada orang yang tergugat pula,” katanya. Aman dan Mas Idayu mendirikan rumah tangga pada 1997, namun berpisah pada 2006.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Dayini. Aman kemudian mendirikan rumah tangga dengan model, Reena pada 2018, pasangan berkenaan dikurniakan cahaya mata lelaki, Aishymir Mateen Shah Aman Shah berusia setahun.-mstar
Baru Sahaja Berbalah Mulut. Anak Kepada Aman Graseka Dan Mas Idayu Dedahkan Sesuatu Tentang Ibu Tirinya Berhubung Kait Dengan Ayahnya
KUALA LUMPUR: Pelakon, Aman Graseka, 53, menafikan isteri baharu, Reena Arina, 31, menghalangnya bertemu dengan cahaya mata, Nurdayini Ashiqah, 22, sejak mereka mendirikan rumah tangga. Sebelum ini, Nurdayini yang juga cahaya mata menerusi perkahwinan bersama penyanyi dangdut, Mas Idayu meluahkan kekesalan terhadap Reena yang difahamkan menghalangnya untuk bertemu Aman.
Menerusi entri Instagram, Nurdayini dan Reena dilihat ‘berbalah’ mulut dan berbalas komen sekitar Mac lalu.Bagaimanapun, aktor yang pernah diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Seri Angkasa pada 1999 itu menafikan isteri baharu menjadi penghalang hubungannya dengan anak.
“Ini semua tak betul. Saya ada menghubungi Nurdayini pada Ramadan lalu, tetapi dia tidak menjawab panggilan, mesej pun tidak dibalas. Saya hairan kenapa anak boleh mengeluarkan kenyataan isteri tak membenarkannya bertemu saya?“Reena tak pernah halang, malah sering bertanya dan mengingatkan saya untuk menghubungi anak.
“Nurdayini tak boleh terima hakikat saya sudah kahwin lain. Sekarang, dia sudah mempunyai adik apabila isteri melahirkan anak lelaki,” katanya kepada BH Online.Pelakon yang mencipta populariti menerusi filem Cinta Kita pada 1995 itu menegaskan, salah faham bukan berpunca daripada Reena.
“Saya tak mahu orang ramai memandang serong pada isteri. Disebabkan itu, saya mengeluarkan kenyataan untuk membersihkan nama Reena.“Semua yang ditulis Nurdayini tidak betul dalam entri IG. Dia sengaja mahu memburukkan ibu tirinya. Reena tak pernah salah dan tak buat apa-apa untuk mengeruhkan keadaan,” katanya.
Pelakon kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu mendkwa, dia kecewa apabila bekas isteri turut campur tangan dalam kekusutan yang berlaku.“Sebelum ini, bekas isteri pernah membalas pesanan menerusi telefon Nurdayini dengan mengeluarkan perkataan yang tidak baik. Apa butirannya, biar saya sahaja yang tahu.
“Disebabkan itu, Reena membuat kenyataan dalam IG. Reena mestilah terasa dengan campur tangan bekas isteri.“Sepatutnya, Nurdayini kena hormat ibu tiri seperti ibu kandung. Dia tak boleh kurang ajar dengan isteri saya. Saya tidak pernah membelakangkan anak, malah saya sudah meminta kebenaran sebelum bernikah bersama Reena,” katanya.Aman berkata, dia berharap pengikut laman sosial tidak mempunyai persepsi negatif terhadap isterinya.
“Saya tidak mahu perkara ini berpanjangan. Saya sentiasa berdoa agar hubungan kekeluargaan ini kembali jernih,” katanya.Aman dan Mas Idayu mendirikan rumah tangga pada 1997, namun berpisah pada 2006. Mereka dikurniakan Nurdayini. Menerusi perkahwinan kedua bersama model dan pelakon baharu, Reena pada 2018, pasangan berkenaan dikurniakan cahaya mata lelaki, Aishymir Mateen Shah Aman Shah berusia setahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini.Sumber:BH
“Aku Nak Jumpa Bapak Aku Je!” – Anak Mas Idayu Kata Mak Tiri Tak Bagi Jumpa Ayah?
Anak kepada penyanyi dangdut Mas Idayu, Nur Dayini Asyiqah meluahkan rasa kesal terhadap sikap ibu tirinya yang difahamkan menghalangnya untuk bertemu bapa kandungnya, Aman Graseka. Kata Dayini menerusi posting akaun Instagram baru-baru ini, ‘perbalahan’ antara mereka tercetus apabila masing-masing mula berbalas kapsyen Instagram dari semasa ke semasa.
“Assalamualaikum wahai hamba Allah, pertama sekali bukan aku yang stalk IG kau macam mana kau stalk IG aku, sebab yang bagi aku orang lain. Kau nak cakap statement aku?? “Aku ada jaga tepi kain kau ke sampai nama mak aku naik kau dah kenapa? Sebab aku dah besarlah aku boleh fikir kau ni jenis apa sampai nak cakap mak aku mer0yan!
“Apa pun caption kau, mak aku kata ‘jangan layan orang kurang bijak’. Kau rasa tak puas hati dengan aku boleh jumpa. “Aku terus terang cakap aku memang tak puas hati dengan kau dan TAK ADA KENA MENGENA DENGAN MAK AKU! dan aku jadi macam ni sebab dia masih BAPAK AKU,” tulis Dayini.
Perkara itu terjadi susulan tindakan individu terbabit yang dikatakan tidak membenarkannya bertemu bapanya sebelum ini.”Kau jangan berlagak diva sangat. Kampung buat cara kampung. Sibuk dengan anak kau. Kau yang mer0yan la botak!
“Aku tak kacau hidup kau pun. Aku nak jumpa bapak aku je, tak ada kena mengena dengan hidup kau. Apahal kau yang panas?? “Aku buat cerita? ha meh sini jumpa kita tengok siapa buat cerita. kau nak tulis caption sakit bagai kau jaga.
“Woi! Aku peduli apa kau jaga ke tak. Aku jaga ke tak bukan kau tahu pun sebelum kau ada! Bini macam kau ni orang kata jaht. Ha kau la. Kemaruk. Kau pun dah besar, lagi boleh fikir,” tambahnya.Kata Dayini lagi, postingnya itu gara-gara tindakan pihak berkenaan yang mula berkata buruk mengenai ibunya, Mas Idayu.
“Nak tak nak aku terpaksa buat benda ni sebab mulut kau melampau cakap mak aku. “Aku tak kritikk mak kau lebih baik mulut kau diam. Jangan jadi batu ap1. Hitam sangat hati kau ni,” katanya.Namun, jelas Dayini, dia telah menyimpan bukti posting individu terbabit sebelum disunting menjadi entri terkini yang lebih ringkas.
Untuk rekod, Mas Idayu dan Aman Graseka pernah berkahwin pada tahun 1997 namun berpisah pada 2006.Pasangan itu dikurniakan cahaya mata, Dayini yang kini berusia 21 tahun.Aman kemudiannya berkahwin dengan pelakon muda, Reena Areena pada 22 Disember 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata.-gempak
via Era Kini
Post a Comment