Sanggup bangun dari kerusi juri untuk naik pemtas. Ajai secara langsung buat permohonan maaf kepada Hafiz Zainal dan beritahu punca dia berbuat sebegitu

Penyanyi dan komposer Ajai tampil memohon maaf secara terbuka kepada bintang Big Stage 2020, Hafiz Zainal. Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas secara profesional naik ke atas pentas dari kerusi juri secara langsung pada permulaan konsert minggu kedua program realiti berkenaan.

Sanggup bangun dari kerusi juri untuk naik pemtas. Ajai secara langsung buat permohonan maaf kepada Hafiz Zainal dan beritahu punca dia berbuat sebegitu
“Sebenarnya Hafiz, saya bukan nak datang di sini untuk hentm semua orang, tetapi just think positive. Kamu mempunyai masa yang singkat tujuh atau lapan minggu sahaja.“Saya tak mahu berikan kamu dan peserta lain ruang serta rasa selesa. Saya akui saya tersalah perkataan, mungkin itu adalah cara, prinsip saya bila menjurikan sesuatu.

ARTIKEL MENARIK:Setelah sekian lama menyepi akhirnya Keith Foo sahkan sudah berpisah dengan isteri sejak tahun lepas. Rupa rupanya ini punca buat warganet terkedu.
loading...




“Sebab saya begitu peka dengan bunyi dan saya begitu teliti dengan setiap nota muzik.“Akan tetapi, tidak semestinya awak tidak bagus. Di sini saya ingin memohon ampun dan maaf jikalau saya ada terkasar bahasa.“Tetapi percayalah, tujuan saya untuk melihat budak-budak muda seperti ini, apabila dia keluar (selepas Big Stage 2020) mereka akan menjadi ‘evergreen’,” katanya secara langsung.

Pada masa sama, Ajai antara lain turut memasang harap agar semua peserta Big Stage musim ini berjaya apabila keluar daripada program itu nanti.“Bermaksud, mereka akan kekal dalam industri sama seperti artis lama yang masih kekal hingga sekarang kerana besar pada kualiti dan bakat mereka.

“Biar saya kena macam macam. Sebagaimana yang saya cakap, jauhari mengenal manikamnya dan saya tetap berdiri dengan prinsip saya.“Bila peserta ini keluar, mereka tahu cara menyanyi yang betul dan ‘views’ mereka setanding dengan bakat diaorang,” jelasnya sambil berjabat tangan sambil menyatakan ‘all the best buat Hafiz.

Terdahulu, Ajai yang dilantik sebagai juri tetap Big Stage 2020 bersama Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir memberikan markah terendah kepada Hafiz Zainal pada minggu pertama saingan.Markah itu dinilai berdasarkan persembahan dan vokal setiap peserta.

Lalu, tindakan Ajai mendapat reaksi pelbagai netizen hingga mencetuskan sensasi di media sosial, yang sekali gus dikatakan sebagai sejarah markah terendah dari juri dalam mana-mana pertandingan realiti di negara ini.Sementara itu, 12 peserta yang melunaskan cabaran dengan membawa tema ‘Hype Beat’ menyaksikan Amir Hasan, Fadh Majid dan Hanie Soraya telah diumumkan sebagai tiga peserta dengan markah terendah.

Konsert malam tadi juga menyaksikan Hanie Soraya tersingkir kerana memperoleh markah terendah dari pihak juri dan undian online.Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.Bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124), program tersebut dikendalikan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad.

Video, foto: Astro Awani


loading...


Baru Sahaja Diduga Dengan Petisyen Yang Dibuat Oleh Warganet. Warganet Bertindak Berani Sampaikan Sanggup Bandingkan Pula Ajai Dan Judika.

Masih panas mengenai tindakan Ajai yang memberikan markah terendah kepada seorang perserta menyebabkan dia dikritik teruk oleh warganet. Dalam rancangan berkenaan, Ajai telah memberi markah terendah kepada Dr Hafiz atas nyanyian yang dikatakan out of tune.

Berang dengan sikap Ajai berkenaan, sebuah petisyen telah dilancarkan bagi menyingkirkan Ajai dari menjadi juri kepada rancangan berkenaan. Ada yang mengatakan, tindakan berkenaan adalah sebagai marketing untuk mempromosikan rancangan berkenaan yang sudah memasuki musim kedua.


Perkara ini berurutan sehingga warganet membandingkan Ajai dengan penyanyi terkenal negara jiran Indonesia, Judika. Judika sebelum ini pernah menjadi juri Indonesia Idol kembali mendapat perhatian apabila dia bukan sekadar menjadi juri, bahkan pembimbing kepada peserta dengan menunjukkan teknik dan cara yang sepatutnya melalui video yang tersebar di media sosial.

Video berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial. Ada yang memuji tindakan Judika dan mengecam bagai tindakan Ajai memberi markah rendah. OHMEDIA: LAIN ORANG LAIN CARA, LAIN ORANG LAIN SUARA. BTW SUARA JUDIKA SEMEMANGNYA MANTOP, KAH!Kredit: Twitter @SkipperAd

Tular Komen Ajai Terhadap Hafiz Zainal. Ernie Zakri Terus Buka Mulut Bila Diajukan Soalan Ini Dan Ini Jawapan Dia Selaku Guru Vokal

Ketika ditanya mengenai komen dan pendapat Ernie mengenai markah yang diterima oleh Hafiz, Ernie berkata dia tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara tersebut kerana dia percaya masing-masing mempunyai pandangan dan penilaian tersendiri.

Sejak beberapa hari yang lalu, komposer yang juga juri tetap Big Stage 2020 iaitu Ajai teruk dikritik oleh warganet gara-gara komen pedas yang diberikannya terhadap salah seorang peserta rancangan realiti itu, Hafiz Zainal yang mana turut menyaksikan penyanyi itu hanya mendapat 2% markah daripada Ajai.


Ernie Titip Pesanan

Susulan daripada itu, warganet turut mengaitkan insiden yang hampir sama terjadi kepada penyanyi popular, Ernie Zakri ketika beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34). Ketika itu Ajai turut bertindak sebagai ketua juri.

Sebagai penyanyi yang berpengalaman, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri,28 berkesempatan untuk menitipkan pesanan buat Hafiz dan peserta-peserta Big Stage yang lain. Akui Ernie, dia telah menonton persembahan tersebut dan mengharapkan agar Hafiz mengambil segala komen yang diberikan dengan positif.


“Saya pernah komen tentang perkara ini ketika saya terlibat dalam AJL. Apa yang saya boleh katakan kepada Dr Hafiz, saya pun ada menyaksikan persembahannya. Apa sahaja yang diberikan, kita ambil sahaja dengan positif. Bila kita bertanding, of course kita dah buat yang terbaik dan mengharapkan feedback yang baik juga. Tapi jika dapat yang tidak baik itu, its okay. Try again dan inilah masa yang tepat untuk dia buktikan bahawa dia adalah penyanyi yang bagus di atas pentas” katanya kepada Murai.my

Enggan Komen Mengenai Markah 

Ketika ditanya mengenai komen dan pendapat Ernie mengenai markah yang diterima oleh Hafiz, Ernie berkata dia tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara tersebut kerana dia percaya masing-masing mempunyai pandangan dan penilaian tersendiri. Biarpun begitu, Ernie turut mengharapkan agar peserta-peserta lain mengambil ini sebagai satu cabaran untuk tunjukkan kepada orang ramai platform ini mengenai diri mereka sebenar.

“Saya tidak ada komen mengenai markah yang diberikan sama ada wajar atau tidak kerana masing-masing ada preference dan telinga untuk mendengar serta menilai. Apa yang saya boleh pesan, kepada peserta ambil ini sebagai cabaran, you kena buat lagi best dan seharusnya you kena tunjukkan kepada semua platform Big Stage itu adalah platform menunjukkan you siapa sebenarnya” tambah pelantun Boneka ini. Ernie ditemui Murai.my pada pagi Selasa di majlis pelancaran sebuah program realiti terbaharu di Ladang Farm Fresh, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.-murai

Warganet Sanggup Wujudkan Petisyen Singkirkan Ajai Sebagai Juri Big Stage 2020. Ini Komen Padu Dari Ajai Sendiri

Menerusi carian Murai.my terdapat sebuah petisyan telah diwujudkan oleh warganet yang mahukan pihak Big Stage dan Astro selaku penganjur untuk menyingkirkan Ajai sebagai salah seorang juri tetap Big Stage 2020. Gara-gara komen pedas yang diberikan oleh Ajai dalam konsert minggu pertama Big Stage 2020, komposer terkenal ini teruk dikritik sehingga namannya menjadi trending di media sosial.

 via Era Kini
-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post