Sedar diri tidak hebat berlakon, Ikmal Amry tak berbaju di IG untuk tarik perhatian produksi – “Saya ada bentuk badan yang cantik… itu kelebihan saya” Ikmal menggunakan kelebihan bentuk badannya untuk tarik minat produksi.
BAKAL bergelar suami tidak lama lagi, pelakon Ikmal Amry memberitahu dia akan mencuba untuk mengelak daripada melakukan babak-babak yang melampau dan mengundang kritikan.
ARTIKEL MENARIK:Leona jadi bualan orang ramai. Ramai warganet tegur dan kritik anak kepada Azhar Sulaiman akan aksinya sehinggakan isu agama dibangkitkan
Bagaimanapun Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 26, berkata dia tidak mempunyai masalah untuk melakonkan babak tidak memakai baju dengan bersyarat. Ikmal menyedari bakat lakonannya tidak begitu baik seperti pelakon lain dan terpaksa menggunakan kelebihan bentuk badannya yang cantik bagi menarik perhatian pihak produksi.
“Saya bukan bukanlah seorang yang baik sangat tapi kalau ada babak yang melampau sehingga meminta dikritik, saya akan elakkan. Kalau babak yang perlu buka baju pun, selagi boleh elak… saya akan elak.Ikmal banyak berkongsi foto dia tidak berbaju di Instagram.
“Tapi kalau scene buka baju itu hanya saya seorang, tak ada masalah pun tapi kalau ada dengan pelakon perempuan saja saya elak. Lagipun, di Instagram pun saya ada tayang badan tapi bukan sebab nak show off atau tarik orang suka.
“Saya kongsikan foto itu sebab saya boleh tunjuk dekat produksi yang saya ada bentuk badan yang cantik. Itu kelebihan saya sebab sejujurnya saya berlakon tak ada la hebat macam pelakon lain,” katanya kepada mStar.Ikmal ditemui ketika sidang media memperkenalkan barisan artis dibawah pengurusan Absolut Management di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Duit saya tak risau sebab saya yakin Allah akan tolong orang nak buat baik.
Selain Ikmal, tunangnya iaitu Najla juga kini bernaung di bawah syarikat yang sama dengan barisan selebriti seperti Nadiyah Shahab, Oktovia Manrose, Scha Elinnea, Harris Anuar dan ramai lagi.
Ikmal mengikat tali pertunangan dengan Najla pada 26 Mei lalu dan merancang untuk melangsungkan pernikahan pada 19 Disember depan di kampung wanita itu di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Dalam pada itu, pelakon Gantuung The Series ini memberitahu dia sudah mempersiapkan diri untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami.
Ikmal dan Najla bakal kahwin pada 19 Disember depan.”Persiapan saya banyaknnya daripada rohani la. Saya dah mula belajar semula ilmu yang pernah saya pelajari di sekolah maahad tahfiz dan saya cuba belajar macam mana nak jadi seorang lelaki dan suami yang baik.
“Saya banyak kuatkan diri dari segi itu. Duit saya tak risau sebab saya yakin Allah akan tolong orang nak buat baik.”Saya cuma risau tentang diri sendiri… macam mana nak jaga anak dara orang. Saya pun ada bertanya soal rumah tangga dekat kawan-kawan yang sudah berkahwin,” ujarnya.-mstar
Bukan Calang Rupanya Tunang Kepada Ikmal Amry. Ikmal Akhirnya Dedahkan Tarikh Berlangsungnya Nikah Dan Dia Kongsikan Juga Kesan Yang Berlaku Pada Instagramnya
PELAKON Ikmal Amry mengesahkan bakal bernikah dengan tunangnya yang juga personaliti media sosial dikenali, Najla Samshul pada 19 Disember depan. Ikmal berkata biarpun karier seninya sedang meningkat naik, namun dia percaya rezeki akan lebih mencurah-curah selepas mendirikan mahligai perkahwinan.
“Saya percaya dengan ketentuan Ilahi. Sejujurnya, nama saya semakin dikenali ramai pun selepas bertunang. “Saya bersyukur dihujani pelbagai tawaran berlakon selepas bertunang pada Mei lalu termasuklah, mendapat tawaran untuk membintangi dua filem Oktober ini.
“Rezeki datang daripada Allah dan saya percaya dengan rezeki selepas berkahwin sebab kebanyakan pelakon yang terkenal sekarang ini pun sudah berkahwin,” katanya.Terdahulu, Ikmal ditemui pada majlis sidang media dan menandatangani kontrak perjanjian bersama Absolut Talents & Management di Bangsar, baru-baru iniTambah Ikmal, majlis pernikahan mereka akan berlangsung di kampung halaman Najla di Negeri Sembilan sebelum resepsi sebelah lelaki, pada 27 Disember di Subang.Menurut Ikmal lagi, dia kini lebih fokus mempersiapkan diri dengan membuat persediaan rohani.
“Saya lebih mempersiapkan diri daripada segi rohani, bagaimana untuk menjadi suami yang baik sebab bukan satu perkara yang mudah untuk jaga anak orang.”Soal duit saya tak risau sangat, sebab Allah akan tolong orang yang buat benda baik. Cuma, saya banyak minta nasihat daripada kawan-kawan yang sudah berkahwin dan bertanya sendiri pengalaman dan cabaran selepas berumah tangga,” katanya. Sehubungan itu, Ikmal dan Najla berkenalan sejak tiga tahun lalu dan akhirnya mengikat tali pertunangan mereka pada 27 Mei lalu.-hmetro
Ikmal Amry dah bertunang
PESERTA Hero Remaja 2017 yang kini bergelar pelakon dan model, Ikmal Amry sah menjadi tunangan orang selepas melangsungkan majlis berkenaan di kediaman kekasihnya dikenali, Najla di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Selasa lalu.
Ikmal, 26, berkata, majlis yang diadakan di kediaman keluarga Najla itu dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak.”Alhamdulillah, majlis pertunangan berjalan dengan lancar. Sebenarnya, kami sudah lama merancang untuk mengadakan majlis ini memandangkan sudah hampir tiga tahun berkawan.
“Namun, atas beberapa faktor yang tidak dapat dielak serta permintaan keluarga untuk tak terburu-buru, kami akhirnya sepakat mempertemukan kedua keluarga pada Aidilfitri ini. “Lagipun, kami bimbang jika selepas ini masing-masing sibuk dengan kerja dan urusan lain. Malah, majlis yang diadakan pun memang dibuat secara sederhana kerana tidak mahu membazir,” katanya.
Menurut Ikmal lagi, hasil perbincangan keluarga kedua belah pihak, perancangan untuk mendirikan rumah tangga akan dibuat pada Disember depan.”Mula-mula, keluarga sepakat memilih September untuk tarikh pernikahan kami, namun saya dan Najla terkejut kerana bimbang tidak sempat membuat persiapan dengan rapi.
“Tambahan pula sekarang masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semuanya agak terbatas. Jadi, kami merancang untuk berkahwin pada Disember nanti.”Disebabkan masih dalam PKPB juga dan tak tahu bilakah ia akan berakhir, kemungkinan hanya majlis pernikahan secara sederhana saja dilakukan untuk pemberitahuan kepada umum. “Kami juga tak merancang nak buat majlis yang gah, berikutan dalam keadaan sekarang ini apa yang lebih penting adalah kehidupan selepas berkahwin,” katanya.-hmetro
Pengikut Instagram Semakin Menurun Lepas Ikmal Amry Umum Bertunang
Pelakon yang semakin meningkat naik namanya, Ikmal Amry mengakui jumlah pengikut dan peminatnya di laman Instagram turun mendadak sejak dia mengumumkan sudah bertunang pada bulan Mei lalu.Menurut pemilik nama sebenar Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 26, ini, dia menyifatkan perkara itu sebagai satu perkara biasa yang sering terjadi terhadap golongan selebriti yang ingin mendirikan rumah tangga. Ikmal kini mempunyai lebih 427,000 pengikut di laman Instagram peribadinya.
“Saya ada isu sedikit dengan peminat di mana ada dua golongan peminat yang mana satu, mereka berasa sangat gembira yang saya nak kahwin dan ada satu lagi golongan peminat yang boleh saya katakan sedikit 0bses kerana mereka tidak mahu melihat saya mendirikan rumah tangga.
“Ada yang DM (direct message) kata mereka sedih dan patah hati bila tahu saya nak kahwin. Yang marah saya nak berkahwin pun ada. Disebabkan hal itu, saya nampak jumlah pengikut di Instagram semakin menurun pada setiap hari.“Saya percaya mereka terlalu 0bses dengan watak Ray yang dilakonkan saya dalam drama bersiri Gantng sebab itu mereka halang saya untuk berkahwin.
“Tapi saya balas balik dengan mereka, Randy Pangalila (pelakon siri Gantung) boleh kahwin, kenapa saya tak boleh berkahwin,” katanya kepada KopiPlanet.com.Ikmal ditemui pada majlis menandatangani kontrak perjanjian di bawah syarikat pengurusan Absolut Talents & Management yang berlangsung di Bangsar, semalam.
Pelakon kelahiran Melaka itu sebelum ini mengumumkan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan Najla Samshul di kediaman wanita tersebut di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 27 Mei lalu.Ikmal juga mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga pada 19 Disember depan dan setakat ini persiapan perkahwinan berjalan dengan baik dan lancar.
“Kami akan adakan dua majlis sahaja, satu di Kuala Pilah dan di sebelah saya akan diadakan di Subang Jaya pada 27 Disember nanti. Setakat ini persiapan sudah berjalan dan Najla banyak membantu saya disebabkan saya sedikit sibuk dengan kerja.
“Untuk saya sendiri, saya lebih mempersiapkan diri daripada segi rohani, bagaimana untuk menjadi suami yang baik sebab bukan satu perkara yang mudah untuk jaga anak orang. Saya banyak minta nasihat daripada kawan-kawan yang sudah berkahwin dan bertanya sendiri pengalaman mereka,” ujarnya lagi yang memulakan langkah dalam bidang seni sejak menyertai pertandingan Hero Remaja, tiga tahun lalu.
Ikmal juga mengatakan dia tidak risau sekiranya popularitinya akan semakin merudum selepas berkahwin kerana dia yakin dengan rezeki yang telah ditentukan oleh Allah SWT.“Sejujurnya nama saya naik sebab saya nak kahwin. Lepas saya beritahu dah bertunang, banyak produksi panggil saya berlakon dan Alhamdulillah bulan Oktober ini saya akan jalani penggambaran untuk dua buah filem.
“Saya tidak risau sekiranya populariti merudum lepas dah kahwin kerana saya percaya rezeki semua datang daripada Allah. Lagi kita nak kahwin, lagilah Dia bagi (rezeki meluas) sebab kita nak buat benda yang baik (berkahwin),” ujarnya lagi. – KopiPlanet.com
“Sederhana Sahaja, Hanya Disertai Keluarga rapat,” – Tahniah! Pelakon Ikmal Amry Bertunang Di Hari Raya Ketiga,
Tahniah diucapkan buat pelakon, Ikmal Amry yang sudahpun selamat mengikat tali pertunangan bersama gadis pilihan hati yang dikenali sebagai Najla.Memetik Remaja, pasangan sama cantik sama padan ini bertunang pada Hari Raya ketiga.
Sambil memanjat rasa syukur, peserta Hero Remaja 2017 ini juga mengakui sudah lama merancang untuk bertunang, sekali gus musim cuti perayaan dilihat sebagai masa terbaik.“Sebenarnya kami dah rancang agak lama untuk mengikat tali pertunangan ini. Jadi rasanya ini adalah waktu yang sesuai sebelum semua sibuk memulakan pekerjaan nanti.
“Majlis yang dilangsungkan pun sederhana sahaja. Hanya disertai oleh keluarga rapat.“Alhamdulillah kami berdua rasa sudah tiba masanya untuk meneruskan hubungan ke peringkat seterusnya. Umur saya pun dah 27 tahun ini.
“Adik-beradik saya yang lain pun masa umur macam ni mereka dah ada dua, tiga orang anak dah,” katanya.Percaya kepada rezeki selepas bergelar tunangan orang, bintang ini turut mendoakan agar semuanya dipermudahkan selepas ini.
“Lagi pun Along pun ada cakap, jangan risau tentang rezeki. InsyaAllah kalau nak buat benda baik, Allah akan permudahkan dan bila kahwin nanti rezeki juga semakin murah,” jelasnya lagi.Pada masa sama, berita gembira itu turut dikongsi di laman instagram dia dan pasangan.
Pelakon yang mulai dikenali menerusi Gntung The Series ini juga turut mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan dan merancang untuk akhiri zaman bujang akhir tahun ini, bergantung kepada situasi semasa (C0vid-19).“Sebelum ini waktu pertama kali saya memuat naik gambar Najla di media sosial, pelbagai reaksi yang kami terima.
“Bagi meminat yang memang dah lama mengikuti saya, mereka turut gembira dan menerima hubungan kami seadanya.“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang tak putus-putus memberi sokongan buat saya selama ini,” akhirinya.Sumber/Foto: Majalah Remaja, Instagram Ikmal Amry & NajlaApa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
via Era Kini
إرسال تعليق