Sekali lagi bakal terima bayi kembar. Kali ni lain daripada yang lain. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar terus dedahkan jantina anak

Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar berkongsi khabar gembira di Instagram memaklumkan dia sekali lagi bakal menimang cahaya mata kembar.

Sekali lagi bakal terima bayi kembar. Kali ni lain daripada yang lain. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar terus dedahkan jantina anak
Tambah menggembirakan, ahli keluarga baru yang bakal dilahirkan nanti dijangka kembar sepasang iaitu lelaki dan perempuan.

ARTIKEL MENARIK:Baru sahaja dikejarkan ke hospital. Ustaz Kazim sekali lagi meraih perhatian orang ramai dengan penemuan dia yang satu ini tetapi bila bomba sampai tiada ada pun penemuan
loading...


Menerusi posting berkenaan, Dr. Muszaphar turut berkongi foto imbasan ultrasound kandungan isterinya, Datin Dr. Halina Yunos.“Pic – Antenatal Scan today. Alhamdulillah – it’s a pair. A Boy and A girl. Truly excited.“Dr Halina is 22 weeks pregnant now. Still a long way to go. Do pray for her well being everyone. Amiinn. Love As Always.


“PS – The twins are laying side by side,” tulisnya.Berita gembira tersebut nyata menarik perhatian ramai pihak selepas meraih lebih 47,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen.Melihat di ruangan komen pula, rata-rata warganet dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan segala urusan Dr. Muszaphar dan isteri dipermudahkan.

Terdahulu, Dr Muszaphar berkahwin dengan Dr Halina Mohd pada Oktober 2010 dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.Dua orang puteri yang diberi nama Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta dua putera kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Sumber: Instagram Datuk Dr. Sheikh Muszaphar

Bakal Timang Kembar Buat Kali Ketiga. Datuk Dr Sheikh Muszaphar Bongkarkan Fakta Tantang Anak Kembar Yang Ramai Tak Tahu

Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi fakta serta tip tentang anak kembar. Menurut Sheikh Muszaphar perkongsian itu dibuat selepas ramai yang bertanya bagaimana hendak mendapatkan anak kembar selepas beliau kini bakal menimang cahaya mata kembar buat kali kedua.

“Sedikit Fakta Tentang Cahaya Mata Kembar. Pertama, Adam dan Noah adalah kembar DCDA (tidak serupa). Maksudnya, mereka mempunyai plasenta dan membrane yang berasingan. Kembar seiras sentiasa berada dalam jantina yang sama.


Kedua, Kembar perempuan adalah lebih biasa berbanding kembar lelaki Ketiga,Meskipun kembar seiras namun mereka mempunyai cap jari dan gigi berbeza Keempat, Ibu mengawal gen kepada peluang untuk hamil kembar. Gen bapa tidak memainkan perasan untuk memiliki anak kembar. Yang kelima, Kembar bukan genetik.

Keenam, Keladi dan ubi kayu adalah makanan yang menambahkan peluang untuk ibu hamil kembar. Selain itu, produk tenusu seperti susu dan keju. Tujuh,Kembar mula menjalinkan ikatan sesame mereka bermula dari 14 minggu kehamilan. Oleh kerana itu mereka mempunyai ikatan yang istimewa. Lapan,Wanita lebih berusia mempunyai peluang untuk menimang cahaya mata kembar


Sembilan, wanita yang lebih tinggi juga mempunyai peluang untuk menimang cahaya mata kembar Sepuluh, kembar seiras mempunya DNA yang hampir sama sebanyak 99.9 peratus,” nyatanya Muszaphar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto anak kembarnya Adam dan Noah. Kemas kini berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang teruja untuk mendapatkan bayi kembar sepertinya. Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.-gempak


loading...


Bakal timang kembar buat kali ketiga

Dr Sheikh Muszapha berkongsi berita gembira mengenai isterinya kini hamil anak kembar. ANGKASAWAN negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha bakal menimang sepasang lagi anak kembar. Berita gembira itu dikongsi oleh beliau menerusi laman Instagramnya, lewat petang Khamis. Dr Sheikh Muszaphar berkata, isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos kini hamil 13 minggu. “Menjangkakan kembar lagi. Alhamdulillah, syukur teramat. “Dr Halina kini hamil 13 minggu dengan kembar,” katanya.


Menurut Dr Sheikh Muszaphar, beliau berasa amat gembira dan tidak dapat mengambarkannya dengan kata-kata. “Ia seperti Deja vu sekali lagi. “Kami sentiasa mahukan sebuah keluarga yang besar,” tambahnya. Beliau bagaimanapun memberitahu, berbadan dua, anak kembar adalah berisiko tinggi berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini.

“Mual berganda, muntah berganda, kembung berganda, keinginan berganda dan pengeluaran cecair merah berganda seperti yang pernah dialami isteri. “Sukar untuk melihat Dr Halina dengan kandungan trimester pertama dan masih bekerja sebagai frontliner (petugas barisan hadapan) bagi merawat pesakit Covid-19,” katanya.

Perkongsian Dr Sheikh Muszaphar di laman Instagram beliau. Sehubungan itu, Dr Sheikh Muszaphar berkata, perjuangan isterinya sememangnya berhak disanjung. “Satu-satu perkara yang dapat saya lakukan ialah menambah berat badan bersama dengannya, yang merupakan sebahagian daripada perjanjian. Haha,” ujarnya secara berseloroh.Dr Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Sumber:mstar

Dr Sheikh Muszaphar mula kongsi video ke angkasa, “Saya masih ada beribu rakaman yang belum pernah dilihat”

Dr Sheikh Muszaphar merupakan angkasawan pertama negara. WALAUPUN telah memberikan pandangan mengenai bentuk bumi berdasarkan pengalamannya sendiri di angkasa lepas, Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor terus mendapat sind1ran.

Kenyataan beliau bahawa ‘ia bukan seperti bola, tetapi lebih kepada sebiji telur’ yang merujuk bumi adalah bentuk sfera atau lebih tepat berbentuk geosfera, menjadi bahan gurauan. Menyind1r gambaran itu mungkin merujuk kepada telur penyu, bekas anggota kumpulan nasyid, Suhaimi Saad turut memberi pandangan ‘tidak berapa pasti’ Dr Sheikh Muszaphar memandangkan lebih sedekad angkasawan negara itu ke angkasa lepas. 

Tanpa terus melatah, Dr Sheikh Muszaphar mula berkongsi video misinya ke angkasa lepas, meskipun ia pasti sudah banyak dipaparkan di internet sebelum ini. Dr Sheikh Muszaphar berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007.

Malah, beliau mendedahkan masih mempunyai ribuan rakaman yang belum pernah dilihat berada dalam simpanannya. “Saya mahu berkongsi bersama semua mengenai pengembaraan saya ke angkasa. Saya masih mempunyai beribu-ribu rakaman yang belum pernah dilihat, di dalam simpanan saya.

“(Misi) saya dilancarkan dari Baikonaur Kazakhstan – lokasi strategik terbaik. Tawau, Sabah merupakan lokasi paling strategik untuk melancarkan roket di Malaysia. “Ia berlaku pada  10 Oktober 2007, menaiki (roket) Soyuz TMA-11 mengambil masa lapan minit dan 48 saat untuk sampai ke angkasa,” katanya menerusi perkongsian yang turut dimuat naik video misi ke angkasa bahagian satu di akaun Instagram miliknya, pagi Isnin.

Dr Sheikh Muszaphar berkata, beliau mengorbit bumi selama dua hari sebelum beroperasi di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Sebelum misi tersebut, beliau dilatih untuk bersiap sedia secara fizikal, menta1 dan psikologi termasuk untuk tidak takut sepanjang masa.

“Takut saya hanya kepada Allah,” katanya sambil menambah bahawa ibunya memberikan senaskah al-Quran kecil untuk keselamatan dengan peringatan agar membacanya semasa di angkasa. Kecoh di media s0sial apabila Suhaimi (kiri) mencabar angkasawan negara untuk bersumph mengenai bentuk sebenar bumi.

Menggambarkan ia merupakan pengembaraan yang hebat, impian Dr Sheikh Muszaphar untuk ke angkasa sejak usianya 10 tahun direalisasikan. Sehubungan itu, Dr Sheikh Muszaphar akan menunjukkan lebih banyak video di angkasa pada minggu ini, mengenai pandangan bumi dari ISS dan perkara yang dilakukannya sepanjang misi tersebut.

“Sudah 12 tahun (sejak misi dilancarkan) tetapi perasaan itu masih segar dalam ingatan,” katanya. Beberapa hari lalu kec0h mengenai perdebatan bentuk bumi sehingga bekas anggota kumpulan nasyid, Suhaimi Saad mencabar Dr Sheikh Muszaphar bersumph dengan nama Allah bahawa bumi itu berbentuk sfera.

Dr Sheikh Muszaphar kemudian memberikan pandangannya berdasarkan misi beliau ke angkasa lepas selama 12 hari pada 10 Oktober 2007, dengan menaiki roket Soyuz TMA -11 yang dilancarkan ISS. “Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana. MasyaAllah, subhanAllah… dan bumi adalah bentuk sfera, atau dengan lebih tepat berbentuk geosfera. Bukan seperti sebiji bola, tetapi lebih kepada sebiji telur,”

Sumber:mstar via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

loading...

Post a Comment

أحدث أقدم