Tanpa segan silu PU Abu buka mulut sebab satu komen ini berkaitan cara jaga anak . Dia tampil pertahan perlakuannya itu

PU Abu memangku anaknya, ketika sedang memandu dapat pelbagai respon daripada warganet. Perlakuan Pencetus ummah (PU) Abu Sufyan berkongsi video di Instagram dengan menunjukkan cara menidurkan anak ketika di dalam kereta baru-baru ini undang kata kata negatif warganet.

Tanpa segan silu PU Abu buka mulut sebab satu komen ini berkaitan cara jaga anak . Dia tampil pertahan perlakuannya itu
PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi menjelaskan dia meletakkan anak keduanya, Mateen di pangkuan ketika kereta dipandu secara perlahan dengan jarak yang dekat.



ARTIKEL MENARIK:Benda Dirisaukan Terjadi Jua. Gelombang Kedua COVlD-19 Mula Melanda Sarawak, Kes Cecah Dua Angka
loading...


PU Abu turut mengakui dia sudah menjangkakan perkongsian tersebut akan undang kata kata negatif warganet namun menganggap ia sekadar suka-suka sahaja. PU Abu mempunyai dua orang anak lelaki, Mateen dan Adam. “Rasa-rasanya semua budak kecil kalau dalam kereta mesti akan meragam tapi bila letak dipangku pemandu, mesti akan diam. Begitu juga anak-anak saya. Waktu itu saya dalam perjalanan nak pulang ke Jitra, Kedah.


“Mateen pula menangis tak berhenti. Jadi, saya berhentikan kereta di kawasan rehat untuk letak Mateen dipangku saya. Waktu saya bergerak semula itu, Mateen tertidur. “Tapi masa itu kereta bergerak perlahan dan hanya dalam beberapa minit saja. Nampak macam saya pandu kereta di lorong kanan tapi sebenarnya saya gunakan lorong kiri dan meletakkan Mateen semula di car seat selepas dia tidur.

Kereta bergerak perlahan dan hanya beberapa minit sahaja

“Sebenarnya jangkaan itu dah ada, mesti orang berkata yang negatif tapi bagi saya tak apa la, sebab saya kongsikannya sekadar suka-suka sahaja. Cuma saya lihat komen negatif pun sikit, kebanyakkan yang positif,” kata PU Abu kepada mStar.

Baru-baru ini video perkongsian PU Abu menerima pelbagai reaksi warganet yang berpendapat perlakuan itu satu kesalahan lalu lintas dan menyebabkan kesan ke atas keselamatan bayinya. Menerusi video itu, dia menunjukan cara menidurkan anak dipangku tempat duduk pemandu sehingga bayi itu diam daripada meragam.


Dalam pada itu, pendakwah bebas itu menganggap warganet sengaja tinggalkan komen negatif kerana tiada isu melibatkan rumah tangganya untuk diperkatan oleh umum. “Saya anggap warganet yang komen negatif itu mungkin sebab tak isu fasal rumah tangga saya dan tak ada point, jadi dia komen la begitu,” ujarnya. PU Abu mempunyai dua orang cahaya mata dari dua orang bekas isterinya iaitu Ain ‘Afini (Muhamad Adam Aysar) dan Hana Azra (Muhammad Uwais Al-Mateen).


loading...


PU Abu buat ‘u-turn’, sudah rujuk dengan isteri pertama

“Mereka tak mengaku biar saya beritahu, isteri dia Ain Afini bukan Hana Azraa”. Hana dedah PU Abu rujuk semula dengan bekas isterinya, Ain Afini dan tak mahu dikaitkan lagi dengan pasangan itu. Dalam diam rupa -rupanya Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan sudah kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri dengan isteri pertamanya, Ain Afini. Perkara itu diberitahu oleh bekas isteri bagi perkahwinan keduanya iaitu Hana Azraa menerusi Instagram pada Ahad.

“Saya nak jelaskan semua benda. Sudah serik dah tak kuasa (tahan) nak layan benda-benda ni. Tak habis-habis lagi awak semua, ya. “Mereka tak mahu mengaku, biar saya beritahu. Saya beritahu bukan sebab saya menyibuk atau apa benar tak. Hana Azraa bersama dua orang anaknya.”Tapi sebab orang asyik kata saya yang bukan-bukan. Ya, mereka berdua masih suami isteri.

Tambah Hana, Ain dirujuk kembali sebagai isteri selepas dua minggu dia dan Abu bernikah. “Ain dan Abu Sufyan rujuk dua minggu selepas kami nikah. Isteri Abu Sufyan itu Ain Afini. Bukan Hana Azraa. “Mohon jelas ya semua. Antara saya dan dia tidak ada apa-apa melainkan dia dan Mateen, sekian,” tulisnya.

Kenapa awak semua tuding salah pada saya?

Jelas Hana dia bongkarkan perkara ini kerana enggan dikaitkan lagi dengan bekas suaminya itu kecuali demi anak lelaki mereka, Muhammad Uwais Al-Mateen. Pada April lalu Hana turut dedahkan dia sudah berpisah dengan Abu. Dedah, Hana ini susulan satu posting yang dibuat Abu di Instagram sempena ucapan hari lahir anak pertamanya, Muhammad Adam Aysar.

Dalam posting berkenaan Abu menyatakan anak pertamanya itu akan disayangi semua termasuk adik tirinya yang baharu berusia empat bulan, Muhammad Uwais Al-Mateen. Muhammad Uwais Al-Mateen merupakan cahaya mata kedua PU Abu. “Abi doakan agar Adam sentiasa kuat untuk menempuh hidup yang mencabar ni. Abi nak Adam tahu yang no matter what happen tak ada orang yang boleh menjarakkan kasih sayang kita.”Adam jangan risau sebab Adam ada Abi dan Mateen yang sentiasa menyayangi Adam,” tulisnya.

Ucapan Abu itu jelas tidak disenangi warganet yang mempertikaikan mengapa dia turut mengaitkan nama anak keduanya. “Allahu. Kenapa saya dan Mateen juga yang kena ni. Kenapa awak semua tuding jari pada saya? “Mateen pun dikaitkan sama. Saya tak tahu apa-apa pun. “Dia nak tulis macam tu takkan saya nak tolong edit pula. Come on, guys!” tulis Hana sebagai reaksi balas.

PU Abu ‘kunci mulut’ soal rujuk semula dengan bekas isteri pertama

“Saya tak nak komen, tanya Hana sendiri!” PU Abu minta tanya Hana sendiri mengenai pernyataan dia sudah rujuk kembali dengan Ain. Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan mengambil langkah ‘kunci mulut’ susulan dengan pernyataan bekas isterinya iaitu Hana Azraa berhubung dia sudah rujuk kembali dengan isteri pertama Ain Afini.Menurut Abu, dia enggan menggunakan laman sosial sebagai platform bercerita tentang kehidupan peribadinya.

“Soal rumah tangga atau urusan peribadi saya mengambil jalan untuk ke belakang dalam isu ini kerana laman sosial bukan tempat untuk saya cerita hal tersebut. “Saya tak nak komen apa-apa berhubung perkara itu dan kalau nak tahu lebih lanjut kena tanya Hana sendiri, ” kata PU Abu ketika dihubungi mStar. Abu enggan mengulas pernyataan Hana mengenai status rumah tangganya dengan Ain.

PU Abu diminta untuk mengulas mengenai kenyataan dan dedahkan bekas isterinya Hana Azraa yang berkata dia sudah rujuk semula dengan isteri pertama iaitu Ain Afini selepas dua minggu berkahwin dengan Hana. Menerusi laporan mStar pada Ahad, Hana dedahkan Abu Sufyan sudah kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri dengan isteri pertamanya, Ain Afini.

Beritahu yana ini susulan satu posting yang dibuat Abu di Instagram sempena ucapan hari lahir anak pertamanya, Muhammad Adam Aysar. Dalam pada itu, Hana menjelaskan dia tidak berniat untuk memalukan mana-mana pihak namun tujuan ppemberitahuan dibuat disebabkan enggan membiarkan anaknya, Muhammad Uwais Al-Mateen menjadi perlakuan kata kata yang kurang enak oleh warganet.

Soal rumah tangga atau urusan peribadi saya mengambil jalan untuk ke belakang dalam isu ini.

Kata usahawan kosmetik berasal dari Kedah ini, dia berharap pendakwah bebas dan Ain tidak perlu lagi merahsiakan mengenai hubungan mereka yang telah kembali sebagai suami isteri. “Saya terpaksa bongkarkan perkara itu di laman sosial sebab dah terlalu mendiamkan diri. Bila saya diam, orang salahkan dan kata dengan perkataan tak baik saya malah ada juga warganet yang kaitkan anak saya sekali dalam hal ini.

“Tujuan saya muat naik status tersebut bukan untuk membuka pekung mana-mana pihak tetapi hanya ingin memberi penjelasan dan membersihkan nama saya supaya mereka berhenti berkata tidak baik mengenai anak saya juga. “Apa yang saya harapkan agar Abu dan Ain mengaku sahaja yang mereka sudah kembali sebagai suami isteri. Tak payah berdolak dalih sehingga menyebabkan orang tidak henti menyalahkan saya dan anak saya, ” ujarnya.

Hana mempunyai anak bersama PU Abu iaitu Mateen dan seorang anak perempuan, Aishah hasil daripada perkahwinan pertamanya. Pada April lalu Hana turut dedahkan dia sudah berpisah dengan PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi. Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari.

Kontroversi rumah tangga PU Abu dengan Ain Afini Latif pernah mendapat perhatian warganet di laman sosial sekitar April tahun lalu. PU Abu dan Ain dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar di Hospital Shah Alam pada 7 Jun lalu.

Kredit : Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم