Pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq berpendapat pendapatan hasil menjadi seorang Youtuber kebanyakkannya haram.
Menurut Abu, pekerjaan itu tidak menjamin kesenangan hidup di muka bumi ini. “Pendapatan dari Youtuber ada halal ada haram. Namun kini banyak yang haram juga.
ARTIKEL MENARIK:Hina Nabi Muhammad SAW Di FB, Ribuan Orang Merusuh Di India
“Menjadi seorang Youtuber bukanlah menjamin kesenangan hidup duniawi. “Lebih ramai Youtuber yang merana berbanding yang okey sedikit,” tulisnya di Instagram (IG). Tegas Abu, seeloknya jauhkan diri daripada perbuatan yang tak berkat kerana di luar sana banyak kerja lain yang boleh dilakukan. “Banyak kerja di luar sana yang memerlukan anda. Jauhi keburukan Youtuber yang jenis sering memperkatakan perkara kurang baik . “Beryoutuberlah secara halal dan tidak menyusahkan diri sendiri dan keluarga,” tulisnya lagi. Walaubagaimanapun, Abu tidak menyatakan siapa gerangan yang ditujukan.
‘Saya akan pertahan di ‘mahkamah akhirat’ juga…’- Ustaz Abu Syafiq
“Berbeza pandangan dalam kerangka hujah dan dalil itu boleh. Namun berkata tidak benar terhadap saya atau orang Islam lain adalah dosa besar,” demikian jawapan Ustaz Abu Syafiq apabila diminta mengulas isu pertahan ganti rugi berjumlah RM1 juta terhadap pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris. Permasalahan di antara mereka tercetus apabila Amin, 39, memuat naik status di laman sosial baru-baru ini membabitkan isu dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Liew yang dianggap merendahkan reputasi Abu Syafiq sehingga beliau mengambil perlakuan ini. Bagaimanapun Amin enggan meminta maaf dan tidak mahu membayar ganti rugi yang diminta.
Sebaliknya dia turut menyediakan peguam untuk berbicara dengan Ustaz Abu Syafiq yang dianggap tidak menjaga pertuturan serta tandus akhlak. Ustaz Abu Syafiq ketika dihubungi berkata, dia tetap menuntut haknya termasuk di ‘mahkamah akhirat’.
“Mahkamah ‘di sana’ (akhirat) kelak, juga saya akan tuntut. Jika tidak di mahkamah dunia, mahkamah akhirat masih ada.”Saya akan mengadu ke hadrat Robbul ‘Izzah Tuhan Yang Maha Bijaksana,” katanya lagi. Sementara itu, firma guaman NHA Advocates And Solicitors yang mewakili Ustaz Abu Syafiq, mengesahkan anak guamnya sudah memfailkan saman di mahkamah terhadap Amin dan seorang lagi individu kerana memuat naik kenyataan-kenyataan yang menjejaskan jenama peribadi, imej dan reputasinya. Saman ini difailkan di mahkamah Sesyen Shah Alam dan Kuantan.
Rakan kongsi utama firma guaman ini, Nurul Hafidzah Hassan berkata, Amin dan individu terbabit. menerbit dan menyiarkan kenyataan-kenyataan palsu dan perkara tidak benar mengenai Ustaz Abu Syafiq. “Saman itu bertujuan melindungi reputasi Ustaz Abu Syafiq dan supaya kedua-dua defendan bertanggungjawab terhadap kenyataan-kenyatan mereka yang salah dan berbaur perkara tak benar, dan juga untuk membuktikan kebenaran bahawa Ustaz Abu Syafiq tidak bersalah dan tidak melakukan seperti apa yang dikatakan oleh Amin dan seorang lagi individu terbabit.
“Sebelum mengambil keputusan untuk menyaman, Ustaz Abu Syafiq sudah berusaha mahu menyelesaikan perkara ini secara baik tetapi Amin dan seorang lagi individu terbabit enggan meminta maaf kepadanya walaupun sudah membuat kenyataan-kenyataan berunsur negatif di atas talian. “Ustaz Abu Syafiq sudah cuba meminta supaya kenyataan-kenyataan tidak benar dipadamkan dan permohonan maaf dilakukan namun mereka enggan berbuat demikian,” katanya.
Menurutnya, melalui bukti-bukti yang sudah diteliti, mereka mendapati Ustaz Abu Syafiq tidak membuat kenyataan-kenyataan seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.”Kami juga sedang meneliti beberapa akaun lain yang membuat komen berbaur negatif, berbaur perkara kurang baik dan lain-lain jenis perlakuan yang menyalahi undang-undang untuk di bawa ke muka pengadilan.”Kami berharap masyarakat lebih celik, peka dan tahu membezakan kritikan dan pendapat berbanding perbuatan tak benar. “Raikan perbezaan pendapat. Salah yang bagaimanapun yang kita sangka tidak semestinya ia benar dan ia tidak memberikan lesen untuk berkata tak benar, menjatuhkan aib dan masuk campur urusan peribadi ,” katanya.
“Koyak Betul Rupanya…Ustaz Abu Syafiq Tuntut RM1 Juta Kerana Posting Saya, See You In Court! – Amin Idris
Penceramah bebas Amin Idris menerima surat pertahan saman daripada pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq. Menerusi surat tersebut Abu Syafiq menuntut Amin Idris meminta maaf tanpa syarat di semua medium dan permohonan tersebut mesti diluluskan oleh beliau. Abu Syafiq turut menuntut RM1 Juta daripada Amin Idris sebagai ganti rugi memuat naik posting mengenai dirinya. “Menurut peguam Abu Syafiq, posting tersebut telah menyebabkan anak guamnya menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat, beratus-ratus kritikan, melakukan perkara tak baik terhadapnya dan komen sinis yang tidak benar.
Posting dibuat Amin Idris juga dikatakan melemahkan reputasi dan mencalarkan kredibiliti serta mendatangkan kerugian kepada Abu Syafiq.
Abu Syafiq turut menuntut RM1 Juta daripada Amin Idris sebagai ganti rugi memuat naik posting mengenai dirinya. Sehubungan itu Amin Idris diberi tempoh tujuh hari untuk memohon maaf dan membayar RM1 juta kepada Abu Syafiq. Bagaimanapun Amin Idris dilihat tidak gentar dengan pertahan dibuat Abu Syafiq, malah memohon agar saman terhadap dirinya diteruskan.
Terbaru, Amin Idris memuat naik posting di Facebook, menyatakan peguamnya sudah memberikan respons terhadap surat pertahan saman Abu Syafiq.“Semalam, saya telah mengarahkan peguam yang mewakili saya untuk membalas surat pertahan dari Abu Syafiq (Rasyiq Alwi).“Setelah brainstorming bersama peguam, team research, saya nekad untuk tidak memohon maaf dan membayar ganti rugi satu juta seperti mana dituntut Abu Syafiq. “Jadi, Ustaz Abu Syafiq… it’s official. Kita pertahan hak kita di mahkamah. Mohon rakyat Malaysia doakan saya,” tulisnya.
Terdahulu Amin Idris telah menulis sebuah posting di laman sosial menyebut nama Abu Syafiq sebagai seorang yang suka berkata negatif, sakitkan hati dan berkata tak baik terhadap orang lain. Menerusi posting tersebut Amin Idris turut menyatakan Abu Syafiq menghubunginya menerusi mesej peribadi FB memintanya memohon maaf.
Ustaz Abu Syafiq Kongsi Prinsip & Cara Yang ‘Betul’ Hulurkan Sumbangan
Setiap orang ada cara tersendiri dalam menghulurkan sumbangan kepada yang memerlukan. Ada yang berkongsi kegiatan membuat kebajikan atau menderma di media sosial masing-masing. Namun ada yang memilih untuk merahsiakan segala kerja amal kepada umum.
Baru-baru ini, isu para menderma berkongsi di media sosial terhadap aktiviti menderma hangat diperkatakan di kalangan warganet. Ada yang bersetuju supaya menjadi ikutan malah ada yang menganggap ia seperti berlebihan dan menunjuk-nunjuk.
Hal ini turut mendapat perhatian seorang pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq. Ustaz kontroversi ini pernah menegur sesetengah pihak yang meletak gambar dan video orang miskin di media sosial ketika menderma sehingga membuka aib.
Ramai yang beranggapan status ini ditujukan kepada Ustaz Ebit Lew, tapi sejauh mana kesahihannya masih belum pasti kerana dia tidak menyebut nama mana-mana pihak. Menurut Ustaz Abu Syafiq, ada cara yang betul dalam menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan tanpa membuka aib sesiapa. Hal ini telah dikongsikan oleh beliau menerusi posting yang terbaru di Instagram peribadinya baru-baru ini.
Itu cara Ustaz Abu Syafiq yang telah menjadi prinsip dirinya. Lain orang lain caranya, itu sudah menjadi hak masing-masing. Memang benar, adakalanya bila kita menunjuk-nunjuk kemewahan dan kelebihan di media sosial, kita tidak tahu mungkin ada dalam rakan-rakan kita yang mempunyai sikap tidak berpuas hati dengan apa yang kita miliki di dunia.
Sebaliknya jika kita melihat pada kebaikan dari sudut berfikiran positif, maka aktiviti menderma yang ditunjukkan menerusi perkongsian di media sosial boleh menjadi ikutan dan inspirasi kepada semua. Renung-renungkanlah.
via Era Kini
Post a Comment