Ustaz sweet lagi! Ebit Lew sarung cincin di jari manis bidadarinya depan pasar raya – “Setiap hari rasa makin cinta”

SIAPA tak kenal Ustaz Ebit Lew, figura yang disegani kerana sumbangannya dalam membantu masyarakat kurang berkemampuan.

Ustaz sweet lagi! Ebit Lew sarung cincin di jari manis bidadarinya depan pasar raya – “Setiap hari rasa makin cinta”
Selain itu, sikap r0mantisnya terhadap isteri juga bukan lagi asing buat pengikut beliau di laman soslal.

ARTIKEL MENARIK:12 hari mak menangis. Dr Sheikh Muszaphar bongkarkan cerita punca mak dia menitiskan air mata selepas melihat perubahan mendadak Dr Sheikh
loading...


Sejak kebelakangan ini, Ebit begitu gigih membuka rangkaian pasar rayanya yang menawarkan harga pelbagai barangan lebih rendah di pasaran.

Walaupun kepenatan dek kesibukan itu, namun romantlsnya terhadap isteri tidak pernah luntur dan ia dapat disaksikan sempena pembukaan pasar rayanya yang baharu di Sri Gombak di Batu Caves, Selangor pada Sabtu.

“Rindu bidadari. Rindu sangat. Hadiahkan dan sarungkan cincin masa pembukaan Elewsmart Sri Gombak semalam. Terus hilang semua p3nat letih.

“Macam baru mula hari. Nikmatnya saat ada yang menemani hidup ini. Bidadari di dunia bidadari di syurga insyaAllah,” tulis Ebit di laman Instagram pada Ahad.

Ebit sering menggelarkan isterinya sebagai bidadari.

Babak menyarungkan cincin di hadapan pasar raya menerusi video yang turut dimuat naik itu dianggap Ebit seperti pengantin baharu, sekali gus mengimbas detik menikahi isterinya 12 tahun lalu.

“Macam pengantin baru bila sarungkan cincin. I love you bidadari sayang. Terima kasih selalu ada dan mendoakan. Terima kasih tolong jaga anak-anak kita,” ujar bapa empat anak itu sambil berkongsi mengenai pasar raya baharunya di Sri Gombak dikunjungi ramai sehingga malam.

Awal bulan ini, Ebit berkongsi catatan r0mantis sempena ulang tahun perkahwinan ke-12 bersama isterinya pada 1 Ogos.


loading...


“Bidadariku, selamat ulang tahun perkahwinan kita 1/8/08. Rezeki kita telah bersama 12 tahun insyaAllah cinta sampai syurga.

Perkongsian romantls Ebit menarik perhatian ramai.


“Syukur pada Allah yang menemukan kita. 12 tahun kita bersama, macam mimpi. Setiap hari rasa macam baru semalam berkenalan.

“Setiap hari rasa makin jatvh cinta. Setiap hari macam pengantin baru,” kata Ebit.

Mstar via Dedah Media


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post