Warganet minta Nazim Othman untuk taubat. Ini jawapan dari Nazim sendiri bila warganet tersebut keluarkan kenyataan yang tidak masuk akal

Drama Bukan Gadis Biasa diterajui Ayda Jebat dan Remy Ishak menjadi bualan hangat penonton atas beberapa isu antaranya komen warganet berkenaan kualiti suntingan dan pemilihan pelakon tidak realistik.

Warganet minta Nazim Othman untuk taubat. Ini jawapan dari Nazim sendiri bila warganet tersebut keluarkan kenyataan yang tidak masuk akal
Turut terkena kesan adalah watak antag0nis lakonan Nazim Othman sebagai Amer. Siap sanggup mesej Nazim lagi tu!

ARTIKEL MENARIK:Gara gara jual baju berbanding sedekah. Sharifah Shahirah dedahkan satu individu ini sanggup beri komen sehinggakan dia bertindak untuk membalas komen tersebut
loading...


Nazim berkongsi satu mesej diterimanya menerusi direct message (DM) Instagram yang mendoakan supaya dia menerima balasan atas ‘kejaahatan’ dilakukan dalam drama berkenaan. Tambah individu itu lagi, walaupun hanya drama, Nazim tetap telah melukakan hati penonton.

Selain meminta aktor tersebut bertaubat, individu itu juga mempersoal jika Nazim tidak terdetik rasa kesal kerana telah membuatkan penonton sakit dan sedih. Nazim turut bertanya pandangan pengikutnya sama ada pelakon perlu melakonkan watak baik semata untuk dihargai penonton. Setakat ini pos berkenaan meraih lebih 16 ribu likes dan tidak kurang 1 ribu komen.



Watak Amer dipuji berkesan

Walaupun didoakan sedemikian rupa, tidak sedikit peminat drama ini yang memuji lakonan Nazim. Mereka berpendapat mesej tersebut adalah bukti watak Amer yang penuh tipuuuu muslihat itu berjaya disampaikan dengan baik olehnya.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MstarkiniSumber:OHBULAN


Pernah Diuji Dengan satu sakit. Nazim Othman Dedahkan Sesuatu Yang Dia Belum Kongsikan Bersama. Ternyata Perkongsian Tersebut Meraih Perhatian Warganet

Pelakon, Nazim Othman ada berkongsi  perihal doa serta meminta pertolongan dari Allah S.W.T jika ditimpa kesusahan. Menurut Nazim, dirinya tidak pernah berhenti berdoa kepada Yang Maha Esa meski diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran hidup. “Tiap-tiap hari berdoa Allah ampunkan dosa-dosa diriku , permudahkan hidup yang penuh ranjau ini, supaya dilindungi daripada keburukan ( sebab hati kita sebagai manusia ni memang mudah berbolak balik ). “dikurniakan kesihatan yang baik, diberi ketenangan dalam hati, dilancarkan rezeki dan lain-lain ( bahagian lain tu biar Dia je yang tahu )

“Hari ni, I feel so blessed, getting almost everything I’ve been praying for.,” tulisnya. Dalam pada itu, bintang drama bersiri Cindai ini memberi nasihat kepada peminatnya untuk sentiasa berdoa dan meminta pertolong kepada Yang Maha Pencipta. “Kawan-kawan, kita solat bukan sebab kita baik, tapi kerana kita hmba. Jadi kalau nak kan sesuatu mintalah dari Yang Maha Pencipta. Have a great day!,” tulisnya menerusi entri berkenaan. Lantas, perkongsian Nazim tersebut telah mendapat perhatian daripada peminat. Malah, rata-rata peminat bersetuju dengan perkongsian bintang berusia 35 tahun itu. Foto: Instagram Nazim Othman-mh

‘Bukan saja-saja jadi wanita’ -Nazim

NAZIM tidak mahu menjadi pelakon stereotaip. “SAYA bukan suka-suka bersolek seperti wanita. Orang mengenali saya sebagai pelakon. Jadi, sebagai pelakon, saya terbuka untuk apa saja watak selagi tak jatuh syrik,” kata pelakon popular, Nazim Othman mengenai gambar dan video yang dimuat naik di Instagram memaparkan dirinya menjadi wanita.Nazim, 35, atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman berkata, itu adalah uji bakat bagi sebuah projek yang memaparkan kisah kehidupan seorang . Menurut Nazim, dia tidak mahu menjadi pelakon stereotaip dengan melakonkan watak sama. “Video dan gambar itu diambil ketika saya menghadiri satu sesi uji bakat untuk sebuah projek drama untuk tayangan iflix. Cerita itu bakal mengetengahkan tema ‘paper d0ll’. Masih terlalu awal untuk saya memberi butiran lanjut tapi saya sangat teruja untuk sesuatu yang baru.

“Ia bukan watak wanita, tetapi orang yang hidup dengan dua identiti berbeza apabila berada di Kuala Lumpur dan di kampung. “Saya tak mahu dikenali sebagai pelakon stereotaip yang cuma mampu membawa sesetengah watak saja,” katanya kepada Harian Metro. Video yang dimuat naik sejak kelmarin itu mencecah lebih 300,000 tontonan, mendapat lebih 31,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen. Menurut Nazim, dia masih menunggu keputusan daripada pihak produksi sama ada dia berjaya diterima melakonkan watak itu atau tidak.

“Saya memang berharap dan berdoa supaya ia menjadi rezeki saya untuk menambah warna dalam portfolio saya sebagai seorang pelakon. “Sekurang-kurangnya saya sudah menunjukkan inisiatif awal kepada pihak terbabit. Saya tak ambil mudah apabila mendapat sesuatu tawaran lakonan. Saya komited dengan kerjaya saya,” katanya.-mymetro


loading...


Nazim Othman pernah tidur di kaki lima KLCC

PELAKON, Nazim Othman berkongsi pengalaman hidup ketika kali pertama berhijrah ke Kuala Lumpur untuk hidup berdikari. Nazim, 36, berkata dia pernah tidur di kaki lima, tempat letak kereta dan menyewa bilik. “Daripada zaman mentah datang KL seorang diri konon nak berdikari. Pertama kali masuk KLCC gembira yang tak tahu macam nak gambarkan. “Teringat kenangan menyewa bilik setinggan di belakang Hotel Istana. Setiap hari berjjalan kaki empat kilometer nak pergi kerja hotel di depan kelab Zouk yang lama (Hotel Maya dulu nama Park Plaza).

“Pengalaman tidur di ‘basement’ BSN depan hotel sampai polis kejutkan jam 3 pagi. Mula-mula mereka ingat ‘Mat Pit’, akhirnya mereka belanja Teh Tarik di kedai mamak. Tak campur lagi pernah tidur di kaki lima KLCC. Itu semua zaman dulu. Memang banyak lagi kenangan hidup di KL,” katanya. Menerusi perkongsian di Instagram itu, Nazim berkata apa yang dikecapi hari ini segalanya bermula dengan kesusahan. “Orang nampak senang kita saja. Susah payah kita mendaki gunung kehidupan ini orang tidak tahu. “Sebab itu aku sejenis tak kuasa nak fikir apa orang kata belakang aku. Apa yang aku tau, aku gigih. Walaupun zahirnya aku di mata mereka sekadar mat bunga acah-acah KPOP,” katanya.-mymetro

“Kenapa bukan saya yang pertama?” – Nazim Othman enggan terima watak kedua jika hero tak semenggah

PELAKON Nazim Othman meluahkan rasa kesal dan mempersoalkan tawaran memegang watak kedua berbanding menjadi pelakon utama. Nazim, 35, berkata, dia hanya menerima tawaran sebegitu jika watak utama diberikan kepada pelakon yang lebih bagus dan layak daripada dirinya. Lebih teruk, kata Nazim, watak utama itu dipilih berdasarkan populariti semata-mata.

Second What second ? Kenapa bukan saya yang pertama? Saya boleh mainkan watak kedua sampingan kalau bakat yang pertama itu lebih baik daripada apa yang saya boleh bawakan.  Nazim kec3wa jumlah pengikut di media sosial jadi kayu ukur bakat. “Saya takkan bawa watak kedua untuk seseorang yang hanya popular tapi bakat dan disiplin entah ke mana,” tulisnya di Instagram.  Tambah Nazim, dia berasa kecewa apabila bakat selebriti itu diukur melalui jumlah pengikut di media sosial. 

Dia berkata, pengikut atau populariti yang bersifat sementara berbanding bakat sebenar yang ada pada seseorang pelakon. “Sekarang ini, kebanyakan yang pertama tu dipilih berdasarkan jumlah pengikut mereka di platform media sosial.  Nazim tak kisah bawa watak apa asalkan watak utama lebih baik darinya. “Kalau macam ni lah bakat tu diukur, kita ni hanya takdir. Tak semestinya seseorang yang ramai followers tu betul-betul berbakat,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Terima Aku Seadanya ini turut berbalas komen pengikutnya di laman sosial bahawa dia sentiasa bertolak ansur dengan bayaran namun akan mempertimbangkan tawaran watak kedua. “Saya tak kisah play second, watak sikit pun saya buat kalau kuat karakternya. Bayaran pun banyak kali saya compromise tapi tengok keadaanlah. Yang first lead tu kena semenggh sikit for me to accept playing second or third. Itu saja,” komennya.-mstar

Nazim Othman Buka Hati Untuk Berkahwin Semula Selepas 2 Tahun Berseorangan

Selepas dua tahun hidup berseorangan, pelakon tampan, Nazim Othman mendedahkan yang dia kini telah terbuka untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua. Nazim sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon wanita, Bella Dally pada tahun 2016, namun ianya hanya bertahan selama 2 tahun . Menerusi instagram, Nazim merasakan ini adalah waktu yang sesuai untuknya menamatkan zaman duda apatah lagi usianya sudah menginjak 36 tahun. “Di usia gangsa ni, tiada yang lebih baik dari meminta didekatkan dengan zaujah (bakal isteri) . Selepas dua tahun, saya akhirnya membuka hati saya untuk berkahwin. 

“Beberapa perkara dalam hidup dipelajari dengan cara yang paling sukar dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan masa lalu saya dan menerima kebijaksanaan yang saya peroleh daripadanya.  “Saya tidak lagi muda, waktu berjimba sudah berakhir. Saya berumur 36 tahun dan masa saya hampir habis. Selagi sihat walafiat dan berkemampuan, semoga dimakbulkanNya,” tulisnya panjang lebar di Instagram (IG). Menerusi posting sama, bekas pramugara yang mula mencipta nama menerusi drama Awan Dania ini turut membuat permohonan maaf secara kepada orang ramai sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak. “Dah dua tahun single. Sampai kadang-kadang tertanya kat Allah, sangat besar kesilapan laluku sampai susah jodoh nak sampai? Selain mintak ampun dengan Dia, mungkin ada juga kesilapan saya sesama manusia

“Jadi saya dengan rasa rendah diri, nak mohon maaf kepada semua orang yang pernah terasa hati dengan saya sebelum ini sama ada secara sengaja atau tidak disengajakan. Saya harap permohonan maaf terbuka ini diterima. “Maaf juga kalau ada yang tak berkenan dengan posting ni. Sebilangan besar orang terlalu takut untuk menunjukkan sisi mereka yang lemah kepada orang lain kerana kemungkinan besar mereka melihatnya sebagai tanda kelemahan. Doakan saya. Terima kasih,” tulisnya lagi.-mymetro

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post