Warganet sanggup wujudkan petisyen singkirkan Ajai sebagai juri Big Stage 2020. Ini komen padu dari Ajai sendiri

Menerusi carian Murai.my terdapat sebuah petisyan telah diwujudkan oleh warganet yang mahukan pihak Big Stage dan Astro selaku penganjur untuk menyingkirkan Ajai sebagai salah seorang juri tetap Big Stage 2020.

Warganet sanggup wujudkan petisyen singkirkan Ajai sebagai juri Big Stage 2020. Ini komen padu dari Ajai sendiri
Gara-gara komen pedas yang diberikan oleh Ajai dalam konsert minggu pertama Big Stage 2020, komposer terkenal ini teruk dikritik sehingga namannya menjadi trending di media sosial.

ARTIKEL MENARIK:Perbalahan makin berlarutan bila Dayini tak boleh terima yang dia dah ada adik. Ini keterangan Reena Arina untuk menjelaskan semuanya
loading...


Markah Paling Rendah Dalam Sejarah 


Dalam tirai pertama rancangan realiti itu, Ajai telah memberikan markah sebanyak 2% dari 100% markah kepada bintang Hafiz Zainal kerana mendkwa dia telah menyanyikan lagu Fly Me To The Moon dengan nada sumbang. Difahamkan,Ajai turut membuat perbandingan yang agak melmpau kerana mendkwa lebih baik Hafiz tak sedarkan diri daripada meneruskan nyanyiannnya.

Komen Ajai Melampau

Dek kerana itu, rata-rata pengguna media sosial dan juga peminat meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana beranggapan komen yang diberikan oleh Ajai agak melampau dan tidak menjaga sensitiviti para peserta.

Malah menerusi carian Murai.my terdapat sebuah petisyan telah diwujudkan oleh warganet yang mahukan pihak Big Stage dan Astro selaku penganjur untuk menyingkirkan Ajai sebagai salah seorang juri tetap Big Stage 2020.Selain Ajai, penyanyi popular Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir turut menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap. Manakala Hael Husaini diundang menjadi juri jemputan bagi minggu pertama konsert ini.-murai

Ajai tergamak buat perkara di luar jangkaan ini pada peserta ini hingga dia rasa malu terhadap orang ramai. Dia tampil bersuara pertahan sikapnya yang satu ini buat ramai tergamam

Juri tetap Big Stage 2020 (BS2020) Ajai menegaskan sepatutnya bintang Hafiz Zainal layak mendapat markah kosong kerana menyanyikan lagu dengan sumbang ketika konsert pertama BS2020 sebentar tadi. Menurut Ajai, dia melihat perkara itu lebih kepada nada dan ia memberi masalah yang besar kepada seseorang penyanyi. “Sepatutnya saya nak beri markah 0 kerana pada saya itu sudah melihatkan ABRSM, satu ujian pendengaran muzik. Kalau kita pergi exam tu, salah sikit je katakan out of tune, anda akan tidak berjaya semuanya. “Apa yang saya nak tunjukkan di sini adalah cara yang betul kita adili dalam nyanyian. Saya taknak cakap dia nada sebab kadang-kadang ketakutan atas pentas membuatkan kita habis semua. 


“Jadi, agak sedih benda tu terjadi pada dia hari ini. Mungkin minggu depan dia akan belajar. Why not dari zero kepada hero? “Jangan jadikan markah kosong tu sebagai benda yang boleh lemahkan kerana ia boleh menjadi pemberi semangat pada dia dan saya nak tengok betul tak dia bukan nada minggu depan,” jelas Ajai kepada Gempak. Ajai ditemui selepas konsert pertama Big Stage 2020 sebentar tadi. Menurutnya lagi, dia tidak kisah jika warganet akan tidak menyukainya kerana niat asalnya adalah untuk memberikan ilmu yang betul kepada semua peserta. “Saya tahu orang akan tak suka pada saya tapi saya tak peduli. 


loading...


“Yang bercakap-cakap tu mungkin peminat setia tetapi tugas saya adalah untuk memperbaiki penyanyi-penyanyi yang anda semua suka ni untuk dia menjadi betul,” jelasnya lagi. Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000. Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.

Ajai hadiah kereta anak dapat 9A dalam SPM

Komposer dan penyanyi Ajai menghadiahkan kereta kepada anak perempuannya, Ayu Nazirah, 17, sebagai ganjaran memperoleh 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas, 41, berkata, dia tidak melimpahkan kemewahan kepada Ayu, sebaliknya membeli kenderaan yang berpatutan dan sesuai dengan usia anak perempuannya itu. “Sebagai ganjaran, saya memberi kebenaran kepada Ayu untuk mengambil lesen dan membeli sebuah kereta untuknya. Ia adalah permintaan Ayu dan ‘lampu hijau’ diberi sebagai hadiah usaha kerasnya. “Namun, saya tidak akan terlalu memanjakan Ayu dengan membelikan kereta mewah. Saya memilih untuk menerapkan nilai bersederhana dan tidak memanjakan Ayu. Cukuplah memudahkan dia untuk bergerak ke sana-sini,” katanya kepada BH Online.


Ajai berkata, dia dapat melihat potensi Ayu sejak dulu kerana anak perempuannya itu sering mendapat keputusan cemerlang. Namun, dia enggan menyimpan harapan terlalu tinggi supaya tidak kecewa. “Potensi anak saya dapat dilihat sejak dulu lagi. Namun, sebagai bapa, saya tidak mahu terlalu berharap. “Kalau saya kecewa, nanti dia lebih kecewa. Saya tidak mengongkong Ayu untuk belajar kerana lebih selesa membiarkan dia mengulang kali pelajaran mengikut waktunya sendiri. “Kita sendiri dulu pun tidak suka dikongkong, jadi saya memahami situasi di mana dipaksa untuk belajar. Saya turut menasihati Ayu untuk mendekatkan diri dengan Allah menjelang peperiksaan,” katanya.

Ajai turut memberi kebenaran kepada anaknya untuk menyambung pelajaran ke luar negara jika mendapat tawaran. Bagaimanapun, Ajai lebih selesa anaknya belajar di Malaysia agar senang dipantau. “Saya memberi peluang kepada Ayu membuat pilihan sendiri untuk menentukan hala tuju masa depannya. Ayu lebih cenderung memilih jurusan perubatan veterinar,” katanya. Ayu adalah anak hasil perkongsian hidup Ajai dengan bekas isterinya iaitu penyanyi, Nurul Wahab yang kini dikenali sebagai Nourul Wahab Depp. Sementara itu, Nourul yang popular dengan lagu Kerana luka, berkongsi rasa kesyukuran terhadap kejayaan Ayu melalui laman sosial.

“Ini baru permulaan. Banyak lagi yang bakal dilalui kamu dalam hidup. Jadilah bijak bukan hanya dalam pendidikan tetapi dalam hidup sekali gus menjadi manusia, anak, perempuan dan gadis remaja. “Kematangan bukan hanya diukur dalam keputusan peperiksaan mahupun daripada cara kamu bergaya dan bersolek. “Ia lebih merujuk kepada cara kamu bercakap, berbudi bahasa dengan orang dan berkelakuan. Kesopanan dan kejujuran menjadi polisi terbaik dalam hidup. Apa yang ada dalam hati kamu itulah yang dikira dan bukan kepada apa yang dimiliki termasuk barang jenama kesukaan,” luah Nourul yang popular dengan lagu Kerana luka.

Tambah ibu kepada Raphael Depp dan Zachary Depp itu lagi, dia bersyukur doa yang dipanjangkan supaya Ayu mendapat kecemerlangan, akhirnya dimakbulkan. “Keperitan ketika melahirkan kamu itu dan segala dugaan yang dilalui bagaikan sudah hilang. Kamulah kebanggaan, kegembiraan dan segala-galanya buat saya. Saya sayang kamu. “Saya sentiasa mendoakan kamu setiap hari dan selama-lama

‘Duet dengan Ajai, ok jer…’

Penyanyi Noorulhuda Abdul Wahab atau Nurul menjelaskan dia tiada masalah untuk tampil dan menyanyi bersama bekas suaminya juga komposer, Ajai. Nurul yang pernah menghasilkan empat album duet bersama Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas sepanjang perkahwinan mereka berkata, suaminya Eric Daniel Depp juga tidak ada masalah untuk dia tampil bersama bekas suaminya itu. “Sejak dulu lagi, suami memberikan kebenaran untuk saya tampil bersama Ajai atas dasar profesional memandangkan kami pernah menghasilkan album duet bersama.

“Saya okey saja untuk menyanyi atau melakukan persembahan istimewa bersama Ajai, andai semuanya baik-baik belaka,” katanya. Nurul memberikan kenyataan demikian bagi menjawab pertanyaan salah seorang peminat di laman Instagramnya yang mengharapkan kembali bergabung dan menyanyi bersama. Peminat terbabit berkata, dia rindukan persembahan antara Nurul dan Ajai apabila melihat komposer prolifik itu tampil berduet dengan Dia Fadila, di konsert akhir Gegar Vaganza musim kelima, semalam.

Sepanjang bersama, Nurul dan Ajai tampil dengan tiga album duet iaitu Sehati Sejiwa (2001), Ajai & Nurul (2002) dan Seiring & Sejalan (2004). Mereka turut tampil dengan album kompilasi Serasi Bersama (2006). Kata Nurul lagi, perkara yang baik semuanya datang dari Allah dan mudah-mudahan ada rezeki peminat untuk melihat dia dan Ajai kembali bergabung. Nurul dan Ajai bernikah pada 1996 dan berpisah selepas 10 tahun hidup Artis

 via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post