Anak buah Mira Filzah pernah tular terpilih untuk belajar di New York. Kali ini Umar raih perhatian pula dengan ucapannya sempena majlis Mira dan Wan Emir

Seperti diketahui umum, majlis pernikahan Mira Filzah terpaksa dipercepatkan berikutan kakaknya iaitu Ain Farhanah yang menetap di New York tak boleh berulang-alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.

Anak buah Mira Filzah pernah tular terpilih untuk belajar di New York. Kali ini Umar raih perhatian pula dengan ucapannya sempena majlis Mira dan Wan Emir
Selain akad nikah dan resepsi Mira serta Wan Emir semalam, seluruh ahli keluarga kakak sulung termasuk anak buahnya yang bernama Umar juga berkesempatan menyaksikan majlis pernikahan adik bongsu mereka sebelum ini.

ARTIKEL MENARIK:Mengejutkan Rupa Rupanya Bukan Sekali Lelaki Tu Masukkan Video Dia Dengan Ank Nora. Akhirnya Ank Nora Ariffin Tampil Bersuara Bongkarkan Satu Persatu Cerita Sebenar Buat Warganet Tergaman.
loading...


“Mia, you look beautiful tonight. Uncle Emir, you’re not bad too”


Bersempena majlis resepsi di Hotel Le Meridian, Putrajaya malam tadi, si cilik tersebut telah menjadi tumpuan apabila menyampaikan ucapan khas bagi mewakili keluarga kakak sulung Mira Filzah. Selain memuji Mira Filzah kelihatan sangat cantik, Umar malah sempat berseloroh bahawa bapa saudara barunya itu pun tak kurang hebat juga. Apa yang lebih menyayt hati adalah dia sempat memeluk mesra pelakon ‘Pujaan Hati Kanda’ itu seolah-olah tumpang gembira dengan pernikahan penuh bermakna tersebut.

Tamat majlis, Umar terus balik New York sebab mulakan sesi persekolahan


Menerusi perkongsian di IG Story milik Ain Farhanah, keluarganya terus berangkat ke New York malam tadi sejurus majlis selesai. Menurut kenyataan Mira sebelum ini, mereka perlu pulang kerana Umar bakal memulakan sesi persekolahan baharu di sana.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan rasa terharu mendengar ucapan daripada si comel tersebut. Malah ada yang turut memuji penampilan ayu kakak Mira Filzah serta bersedih kerana mereka sudah perlu berangkat pulang malam tadi. Sumber: hotfm976 & ainfarhanah16_

Mira akui dia menangis. Dia tak jangka anak buahnya terpilih untuk bersekolah di New York.


“Saya Sangat Beremosi, Menangis,” – Anak Buah Mira Filzah Antara 50 Kanak-Kanak Terpilih Ke Sekolah ‘Gifted n Talented’ Di New York. Pelakon terkenal, Mira Filzah berkongsi kegembiraan terhadap pencapaian anak saudaranya yang dikenali sebagai Umar.

Ini kerana, dia menjadi antara 50 kanak-kanak terpilih untuk melanjutkan pelajaran di The Anderson School Citywide Gifted & Talented di Amerika Syarikat. Pelakon berusia 27 tahun itu turut memuat naik surat tawaran kemasukan dan surat rujukan yang ditulis oleh guru kanak-kanak berkenaan sebagai sokongan.

“Repost this from my BIL’s ig story. I’m so emotional right now. I cried you know! “Over, but I really cried. Big boy already. Umar’s academic abilities and gifts far exceed what is typically expected of a child his age”. “May Allah always keep you safe, well, happy Sayang Mia, and where ever you are, I pray you’re never out of Allah’s protection, not even for a blink. “I miss you so much and I love you one million!” kongsinya. Lalu, warga net turut berkongsi kegembiraan seterusnya beri reaksi di ruang komen.

Sumber:media hiburan


loading...


Inilah Pekerjaan Dan Latar Belakang Mira Filzah Sebelum Bergelar Pelakon.. Bukan Calang-Calang Orangnya

Sudah namanya rezeki, sememangnya tiada siapa yang berhak menghalang. Demikian yang boleh disimpulkan mengenai nasib aktres Mira Filzah yang mencetus fenomena tersendiri selepas beberapa tahun terjun ke bidang lakonan.

Tahun lalu, beliau dinobat dengan gelaran Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32. Ia rentetan fenomena yang dicetuskan menerusi drama Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda, selain siri Sweet Dreams yang turut menerima pujian ramai.

Selain bergiat sebagai pelakon, beliau turut meneroka beberapa cabang seni lain pada ketika namanya sedang memuncak dalam bidang hiburan ini. Tidak dinafikan dirinya kini merupakan antara pelakon yang sedang laris memenuhi pelbagai tawaran.

Namun ramai yang barangkali tidak tahu tentang latar belakang mengenai pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman ini. Aktres berusia 27 tahun ini merupakan bekas lulusan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dalam bidang perniagaan antarabangsa. Pernah memegang tanggungjawab sebagai hos program Qari Junior, Hijabista dan KLTV, beliau juga pernah menyara kehidupan sebagai seorang blogger.

Ini Keputusan PMR Dan SPM Mira Filzah Yang Buat Ramai Terkedu!

Kredibiliti Mira Filzah sebagai seorang pelakon dan pengacara sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi. Mira atau nama lahirnya, Nur Amirah Filzah binti Badioezaman yang juga merupakan bekas penuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur ini membuatkan ramai kagum dengan kejayaannya sebagai antara selebriti yang disifatkan “Beauty With Brains”.

Berdasarkan keputusan PMR dan SPM yang diraihnya, sebagaimana yang didedahkan dalam program terbitan Astro, Trek Selebriti, tidak hairanlah dirinya mampu memiliki segala-galanya dengan satu persatu kejayaan digenggam pada hari ini.

Keputusan PMR dan SPM Mira Filzah

Bukan calang-calang, pelakon jelita ini mampu mencatatkan keputusan 8A dalam PMR dan SPM sewaktu usia remajanya. Beliau kemudian menyambung pengajian dalam jurusan perniagaan antarabangsa di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Sudah terang lagi bersuluh, aktres ini bukan sahaja dikurniakan raut wajah yang cantik, sejuk mata memandang kerana berhijab, namun juga seorang yang bijak!

Mira Filzah dan Wan Emir Astar Kahwin Oktober 2020?


Pelakon Mira Filzah dan jejaka yang dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengannya, Wan Emir Astar dikhabarkan bakal disatukan sebagai suami dan isteri sekitar bulan Oktober tahun ini. Menurut satu sumber kepada Astro Awani, pasangan ini bakal mengadakan majlis raja sehari mereka di ibu negara. Bagaimanapun, Mira dan Emir sehingga kini masih mengunci mulut dan tidak pernah membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai hubungan percintaan mereka.

Insya-Allah jika tiada aral melintang Mira dan Wan Emir akan berkahwin pada Oktober ini. Difahamkan Wan Emir sudah menghantar rombongan merisik dan timbul desas-desus mereka bakal mengikat tali pertunangan pada September depan.

Cinta hati pelakon popular itu bukan calang-calang orangnya, Wan Emir merupakan seorang arkitek yang memiliki firma seni bina serta perniagaan sendiri dan juga anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid.

Lelaki itu merupakan teman lama Mira sewaktu zaman belajar dahulu dan mereka memang rapat. Bagaimanapun, hubungan mereka berhenti selepas lelaki itu melanjutkan pelajaran di luar negara tetapi kini mereka sudah kembali mesra bersama dan timbul pula bibit cinta

Sumber:beautifulnara

Mira lebih terbuka soal hati

KUALA LUMPUR: Pelakon, Mira Filzah tidak menafikan atau mengiyakan bakal bergelar isteri kepada anak kenamaan, Wan Emir Astar pada Oktober ini. Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2019 itu menerusi program bual bicara bersama Ustazah Asma Harun di laman Facebook, Ahad lalu berkongsi kisah menarik mengenai hubungan cintanya dengan arkitek berusia 30 tahun itu.

Menerusi siaran langsung di medium berkenaan, Mira tanpa berselindung memberitahu, keluarganya dan Wan Emir sudah pun bertemu, tidak lama dahulu. “Pertanyaan Ustazah Asma cukup spontan apakah saya dan Wan Emir sudah bertunang. Saya jawab sahaja kerana memikirkan tiada apa yang perlu disorokkan.

“Jujurnya, apa yang saya boleh komen, minta semua mendoakan yang terbaik supaya urusan berkaitan perkahwinan dipermudahkan. “Lagipun, kita sedang diuji dengan virus COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Ustazah Asma dalam siaran langsung itu menjelaskan dalam agama Islam persetujuan antara keluarga seperti tanda ikatan pertunangan. “Dalam Islam, kalau sudah ada persetujuan, kira sudah bertunang.

“Sebab sudah ada ikatan perjanjian dan persetujuan keluarga, cuma mungkin dari sudut adat, belum lagi. “Insya-Allah, kita doakan Allah SWT mempermudahkan Mira bergelar isteri, tahun ini,” kata Ustazah Asma. Sebelum ini, Mira dan Wan Emir yang juga anak Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid dilaporkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada Oktober ini.

Difahamkan, ahli perniagaan yang mempunyai firma seni bina dan perusahaan perniagaan itu sudah menghantar rombongan merisik Mira, beberapa bulan lalu. Pasangan yang sekian lama mengenali tidak pernah bersekolah di sekolah yang sama seperti dilaporkan.

Sumber:Berita Harian

Muncul Kali Pertama Di Khalayak Ramai, Lelaki Ini Dikatakan Kekasih Mira Filzah?

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon manis, Mira Filzah yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Pelakon drama Adellea Sofea ini dikhabarkan sudah dirisik dan bakal bertunang pada September tahun ini. Identiti bakal tunang Mira Filzah ini juga seakan sudah dihidu apabila muncul buat kali pertama di hadapan khalayak ramai iaitu di majlis resepsi Farah Nabilah malam tadi.

Berjaya dapat hati Mira Filzah

Individu yang dikenali sebagai Wan Emir Astar ini merupakan seorang artikek dan memiliki firma seni bina. Dia juga merupakan seorang anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar iaitu YB Datin Mastura Mohd Yazid. Bapanya pula adalah Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad merupakan bekas Ahli Parlimen yang sama.

Ayahnya telah menghembuskan nafas terakhir dalam insiden helikopter di Sarawak pada tahun 2016 lalu. Malah, difahamkan juga lelaki ini merupakan kawan lama kepada Mira Filzah sewaktu zaman belajar dahulu. Hubungan persahabatan mereka terputus selepas Wan Emir melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Bersama anak ahli parlimen?

Walaupun pelbagai spekulasi tercetus, Mira Filzah tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberi respon lanjut terhadap status hubungan ini kerana dianggap peribadi. Malah, tindakan ini adalah untuk menjaga hati kedua-dua belah pihak keluarga.

 Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post