Baru sahaja selesai jalani operasi memasang tempurung kepala. Isteri Gbob ulas lebih lanjut keadaan terkini dan kesan kepada Gbob hasil daripada operasi tersebut

Kuala Lumpur: Keadaan pelawak dan pelakon Gbob, 33, kini semakin stabil selepas menjalani operasi memasang semula tempurung kepalanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 12 September lalu.Isterinya, Siti Aisyah Wahiddin, 38, berkata, Gbob atau nama sebenarnya Hamizi Hashim kini berehat di rumah bagi memastikan proses penyembuhannya berjalan lancar.

Baru sahaja selesai jalani operasi memasang tempurung kepala. Isteri Gbob ulas lebih lanjut keadaan terkini dan kesan kepada Gbob hasil daripada operasi tersebut



“Suami dibenarkan pulang pada 14 September lalu. Bagaimanapun, dia terkena saw4n tiga kali dalam masa sehari dan dimasukkan ke zon krtikal Hospital Serdang keesokan harinya.”Pada mulanya ia mungkin berpunca akibat kesan operasi yang mengalami pendrahan. Namun, selepas pemeriksaan, doktor kata kesan drah itu tak berbahaya.

ARTIKEL MENARIK:Baru je habis honeymoon dgn suami, sekali Abah Mira Filzah tegur pasal pakaian
loading...


“Apapun Gbob masih perlu dipantau kerana kita tidak boleh jangka bila sakit itu akan berlaku,” katanya. Gbob terjatvh dalam bilik air di rumahnya pada 5 Mac lalu dan disahkan mengalami pendrahan dalam otak. Doktor melakukan operasi di tempurung kepalanya bagi membuang drah beku dan membenarkan dia berehat di rumah untuk proses pemulihan.

Menurut Aisyah, Gbob dibenarkan keluar pada Khamis lalu dan perlu makan ubat s4wan berterusan.”Beberapa rakan artis antaranya Che Mat dan Sharnaaz Ahmad ada menghubunginya bagi bertanya khabar dan dia nampaknya gembira.”Alhamdulillah setakat ini dia sudah tiada s4wan. Apabila dia makin sihat, Gbob akan dibawa menjalani fisioterapi bulan depan.”Ingatan semakin pulih tapi emosinya belum stabil lagi,” katanya. Ditanya berkenaan bantuan yang diterima, Aisyah berkata, hanya Sharnaaz yang menghulurkan sumbangan peribadi.”Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pula dalam proses untuk meluluskan bantuan buatnya. Sebelum operasi, Gbob dikunjungi pelakon Didie Alias program Merisik Khabar dan menghulurkan sumbangan peribadi,” katanya.-mtro

Perkembangan Bekas Peserta Raja Lawak Ini Mengejutkaan Orang Ramai. Isteri Kepada Gbob Bongkarkan Punca Suaminya Terpaksa Alami Operasi Yang Melibatkan Tempurung Kepala

Isteri kepada pelawak dan pelakon Gbob, Siti Aisyah Wahiddin memberitahu suaminya akan menjalani operasi memasang semula tempurung kepala di Hospital Kuala Lumpur, esok.Aisyah berkata, suaminya kelihatan amat positif buat masa ini dan menyatakan hasrat untuk kembali ke dunia seni selepas kembali pulih seperti sediakala.

“Operasi dijangka berlangsung esok pagi dan akan mengambil masa selama satu jam. Tempurung kepala suami yang disimpan sejak Mac lalu akan dipasang semula.“Alhamdulillah dia nampak positif dan tak sabar nak tunggu operasi selesai. Dia kata nak buat fisio dan ikut semua rawatan agar boleh kembali seperti dulu.

“Sekarang ini dia tak boleh berjalan sepenuhnya dan belum boleh uruskan diri sendiri kerana anggota sebelah kanan badannya masih lemah.”Kata doktor, sekiranya selepas operasi pun suami masih lagi sukar untuk bergerak dan proses berkomunikasi masih sukar, dia akan disyorkan tinggal di pusat rehab samada di Melaka atau di Cheras.

“Ia perlu dilakukan untuk proses pemulihan sepenuhnya,” katanya.Mengulas mengenai pembiayaan operasi suaminya itu, Aisyah berkata dia terpaksa mengeluarkan wang sendiri kerana tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak.

Katanya dia buntu untuk mendapatkan bantuan daripada mana-mana pihak dalam jangka masa singkat.”Buat masa ini belum ada lagi apa-apa bantuan daripada mana-mana pihak termasuk persatuan artis.”Kos operasi sebenar belum diketahui lagi. Bagaimanapun harga titanium plate untuk operasi berjumlah RM600 dan saya gunakan duit sendiri.

“Doktor bagi masa untuk cari jumlah itu dalam masa sebulan sahaja. Nak tak nak, saya kenalah guna duit sendiri.“Kos keseluruhan operasi hanya akan diketahui apabila suami dibenarkan keluar dari hospital nanti.”Sebagai persediaan, saya kini dalam proses untuk hantar permohonan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Sebelum masuk dunia seni, suami pernah kerja di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sebagai pengurus bahagian penyediaan makanan dan minuman.
“Jadi dia pernah mencarum dalam Perkeso. Apapun saya mengalu-alukan sekiranya orang ramai masih nak menghulurkan bantuan kepada kami tak kisahlah lampin pakai buang dewasa pun,” katanya.

Gbob, 33, atau nama sebenarnya Hamizi Hashim terjatvh dalam bilik air di rumahnya pada 5 Mac lalu dan disahkan mengalami pendrahan dalam otak.Kecederaan tersebut menyebabkan doktor terpaksa mencabut tempurung kepalanya bagi menjalani operasi membuang drah beku.Foto/Sumber: Harian Metro, Instagram Jibob

Gbob sudah sedar

“SUAMI (Gbob) berada dalam keadaan separuh sedar petang ini apabila kesan ubat mula berkurangan.”Kita boleh bercakap dengannya walaupun matanya tertutup. Dia mampu mendengar apa yang diucapkan,” kata Siti Aisyah Wahiddin, 38, isteri pelawak Gbob berkenaan situasi terkini suaminya.

Gbob, 33, atau nama sebenarnya Mohd Hamizi Hashim, bekas peserta Raja Lawak 5, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam selepas terjatvh dalam bilik air di rumah mereka.Doktor turut mengesan kewujudan drah beku dalam kepalanya dan sudah melakukan operasi malam tadi.

Bercerita lanjut, Siti Aisyah berkata, kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi, semalam.”Ketika itu saya sudah tidur. Selepas jatvh, dia bangun dan kejutkan saya. Suami beritahu tangan kanannya tak dapat rasa apa-apa. Percakapannya juga tak berapa jelas dan pelat.

“Saya ajak dia pergi hospital, tapi dia kata mengantuk sangat dan nak tidur. Dalam masa sejam selepas itu, dia cuba bangun tapi saya nampak keadaan tak berapa okay.”Dia tak boleh berinteraksi dengan saya, selain bahagian sebelah kanan badan tak boleh digerakkan. Jadi dia hanya terbaring,” katanya.

Siti Aisyah kemudian menghubungi ambulans yang tiba pada jam 4 pagi dan terus membawa suaminya ke Hospital Serdang.”Doktor buat pemeriksaan dan mendapati ada pendrahan dalam otak dan perlu buat operasi secepat mungkin.


loading...


“Suami terpaksa dipindahkan ke HKL dan pada jam 5 petang operasi dibuat dan selesai sekitar jam 10 malam.”Dia juga diberikan ubat tidur untuk rehatkan otaknya dan petang tadi barulah beransur sedar,” katanya.Siti Aisyah yang berkahwin dengan Gbob pada 2015 mengakui begitu terharu apabila ramai pihak mendoakan kesembuhan suaminya.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua. Hari ini ramai kenalan dan rakan artis yang datang melawat.”Saya tahu semangatnya kuat. Cuma anak kami, Nur Humairah, dua tahun amat merindui ayahnya dan sering bertanya.”Tambah pula ketika ayahnya jatvh, dia nampak kejadian itu. Saya terpaksa tinggalkan dia dan dijaga oleh sepupu buat sementara waktu,” katanya.-mymetro

Gbob makin stabil

KUALA LUMPUR: Bekas peserta musim kelima program realiti, Raja Lawak, Gbob yang menjalani operasi membuang ketmbhan atau cyst pada bahagian tekak, baru-baru ini, semakin stabil.Isterinya, Siti Aisyah Wahiddin, 38, memberitahu Gbob menunjukkan perubahan positif apabila mampu bercakap tanpa sakit.

“Suami dimasukkan ke hospital untuk membuang ktmbhn pada anak tekak, Selasa lalu.”Doktor beritahu jika tidak dioperasi segera, keadaan itu boleh menyebabkan knser. Operasi dilakukan Khamis lalu selepas suami menjalani ujian saringan COVID-19 dan pemeriksaan tekanan drah.

“Alhamdulillah, suami semakin stabil dan suaranya semakin jelas apabila bercakap. Tidak seperti sebelum ini dia sering sakit pada bahagian trakea apabila bercakap,” katanya kepada BH Online.Mengimbas detik suami terlantar akibat terjatvh di rumah, Mac lalu, Siti Aisyah bersyukur Gbob atau nama sebenar, Mohd Hamizi Hashim sudah banyak berubah dan keadaan itu menggembirakan keluarga.

“Masa mula-mula sakit, suami hanya terlantar dan tak boleh bercakap. Kalau perlukan bantuan, suami hanya menggunakan isyarat anak mata.”Hendak bergerak pun dibantu sebab belum mampu melakukannya sendiri. Bagaimanapun, keadaannya hari ini semakin banyak berubah.

“Suami sudah boleh duduk dan berdiri sendiri. Walaupun masih belum pulih sepenuhnya disebabkan sebahagian tempurung kepala masih belum dipasang selepas operasi buang drah beku, kami bersyukur dia menunjukkan perkembangan positif,” katanya.

Ditanya bila operasi memasang tempurung kepala akan dilakukan, Siti Aisyah berkata, berdasarkan perkembangan terkini, tidak mustahil ia akan dilakukan dalam masa terdekat.”Ada banyak pemeriksaan yang harus suami jalani sebelum operasi dibuat.

“Namun, selepas doktor melihat perkembangan terkini pada bahagian yang dioperasi dan tempurung kepala yang akan memasuki tempoh matang, doktor beritahu, besar kemungkinan operasi akan dilakukan, bulan depan.”Insya-Allah, apabila tempurung kepala sudah dipasang, barulah suami kembali seperti biasa. Sekarang, suami belum lagi jadi ‘Gbob’ yang dahulu,” katanya.

Walaupun terselit rasa sayu melihat pendritaan suami, ibu kepada Nur Humairah ini kagum dengan semangat yang ditunjukkan Gbob dalam melawan kesakitan.”Rata-rata mereka yang datang ziarah beritahu Gbob kuat semangat. Malah, doktor yang merawatnya di rumah terkejut apabila mendapat tahu tempoh pemulihannya cepat berbanding pesakit lain,” katanya.

Siti Aisyah berkata, sekembalinya dari hospital, Gbob menyatakan hasrat untuk segera sembuh.”Suami beritahu dia mahu cepat sihat dan kembali berlakon. Dalam linangan air mata, dia beritahu yang dia mahu berjaya. Saya sangat kagum melihat kesungguhannya itu,” katanya.

Memandangkan Gbob tidak bekerja, Siti Aisyah mengambil alih tugas suami menyara kehidupan mereka sekeluarga.”Saya baru bekerja di kedai dobi sepenuh masa. Sepanjang saya bekerja, ibu mentua dan adik ipar yang datang menjaga Gbob.

“Sejak Gbob jatvh sakit, ramai kawan-kawannya bertanya khabar dan memberi bantuan. Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) turut menghulur sumbangan.”Saya memerlukan bantuan membeli lampin pakai buang dan susu. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana prihatin dengan nasib kami sekeluarga,” katanya.Bagi membantu meringankan beban keluarga, Siti Aisyah memberitahu, kempen kitafund dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengumpul derma.-bh

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post