Dikatakan saman ibu mertua. Ali Puteh sanggup keluarkan kenyataan dan ini respon dari balu Abam sendiri susulan isu yang masih belum jumpa jalan penyelesaian

Masalah antara balu Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali dan adik kandung Abam, Syed Ali Mubarak nampaknya masih belum berakhir.

Dikatakan saman ibu mertua. Ali Puteh sanggup keluarkan kenyataan dan ini respon dari balu Abam sendiri susulan isu yang masih belum jumpa jalan penyelesaian
Isu ini menjadi lebih serius selepas kedua-dua membawa kes ini hingga ke muka pengadilan.Terbaru, peguam Nor Hidayah menafikan dkwaan yang pernah dikeluarkan oleh Ali Puteh mengenai isu saman tersebut.

ARTIKEL MENARIK:Lepas selesai je majlis perkahwinan sebelah perempuan Ibu Mira Filzah tampil luahkan sesuatu untuk ank tersayang buat warganet sebak. Rupa rupanya ini yang mak dia luahkan.
loading...


Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, peguam yang dilantik oleh Nor Hidayah iaitu Mohamed Ibrahim Mohamad telah menegaskan sekras-krasnya bahawa anak guamnnya itu tidak pernah sesekali memfailkan saman terhadap ibu mertua, Sabariah Arshad. Sebaliknya, Sabariah dan ahli keluarga yang telah memfailkan saman terhadap anak guamnya itu.Kes ini bermula apabila kami memfailkan satu saman bagi pidak Hidayah terhadap Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan yang dikatakan mengeluar beberapa kenyataan yang menurut Hidayah berunsur ftnh terhadapnya.


Kes ini telah difailkan sekitar Mei lalu dan baru-baru ini Ali memfailkan satu lagi saman terhadap Hidayah. Tindakan saman yang dikeluarkan Ali turut bersama ibu, bapa dan kakak. Ini adalah tindakan yang berasingan yang dimulakan oleh kedua-dua belah pihak. Walau bagaimanapun, baru-baru ini ada usaha untuk menggabungkan dua tindakan tersebut. Sementara itu, Ibrahim menjelaskan bahawa saman yang dikemukakan hanyalah terhadap Ali Puteh sahaja dan langsung tidak melibatkan ahli keluarga yang lain.

Isu faraid dan hak jagaan anak


Sementara itu, Fadhlina Datuk Siddiq yang memaklumkan kes berkaitan anak dan faraid sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan isu saman-menyaman sebaliknya hanya mengesahkan sahaja siapa waris yang berhak. Fadhlina turut mengaku ada menyenaraikan nama Sabariah Arshad dalam tuntutan berhubung isu faraid dan hak penjagaan anak.Kes pertama berkaitan faraid, ia tiada kaitan dengan saman-menyaman kerana prosiding faraid untuk mengesahkan waris-waris kepada Abam saja dan kita sudah mengenal pasti waris terbabit.

Keduanya adalah berkaitan hak penjagaan anak yang mana prosiding itu dimulai dengan saman kerana memberi ruang keadilan kepada semua pihak untuk hadir ke mahkamah demi menjaga kebajikan cucu atau anak kepada Abam. Jadi, pihak-pihak ini dipastikan hendaklah semuanya datang ke mahkamah bagi menguruskan isu penjagaan anak.

Sementara itu, Fadhlina menasihati orang ramai supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan atau menyebarkan perkara yang tidak sahih berhubung perkara ini. Tambahnya lagi, serahkan sahaja kepada pihak mahkamah untuk membuat keputusan dengan adil dan saksama.Sumber: Harian Metro

Bukan Duit Dan Jam Je Rupa Rupanya Rumah Dan Kereta Vellfire Pun Balu Abam Tuntut. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Ali Dedahkan Sesuatu Tentang Kakak Iparnya Buat Warganet Terkedu.

Beberapa hari lalu kontroversi melibatkan pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah kembali menjadi sebutan ramai apabila timbul isu saman-menyaman melibatkan kedua pihak pula. Ramai yang menyelar Ali kerana bertindak menyaman balu abangnya, namun pelawak itu menjelaskan saman yang dikemukan olehnya itu tidak melibatkan harta tetapi untuk membersihkan nama dan imej keluarganya.

Jelasnya lagi, bukan dia yang menyaman kakak iparnya tetapi dia membuat saman balas selepas disaman oleh Nor Hidayah. Ali mendedahkan dia disaman dengan jumlah RM900,000 selepas 15 hari Abam pergi menghadap illahi.

“Saya tak hebahkan pada media bahawa saya disaman 15 hari atau hari kami mengadakan majlis tahlil anjuran pihak Astro sebab saya masih menghormati abang saya baru pergi menghadap illahi. Saya bukan takut cuma dalam keadaan kehilangan dan keluarga masih bersedih.

“Tidak lama selepas saman saya, dia (Hidayah) dan ibunya menyaman pula ibu saya. Ibu saya yang berkerusi roda itu pun disamannya. “Macam mana hubungan seorang menantu dengan mak mertua. Yang mak mertua yang baru kehilangan anak,” katanya.


loading...


Dalam pada itu, Ali memaklumkan Hidayah turut menuntut harta-harta lain termasuk rumah dan tanah bernilai RM300,000, kereta jenis Toyota Velfire, jam tangan, sebuah motorsikal dan wang tunai di dalam akaun bank.

“Kau tduh aku guna Vellfire, padahal kereta itu dah kena tarik bulan lepas. Siapa nak bayar? Orang di luar sana pun sibuk sangat nak tahu berapa banyak harta Abam. “Okey ini saya dedahkan semua, balu tuntut rumah dan tanah bernilai RM300,000; sebuah Toyota Velfire bernilai RM300,000, padahal Velfire lama itu harga RM180,000.

“Motorsikal LC berharga RM10,000, padahal harga motor Abam beli RM5,300 sahaja. Siapa pakai motor dia tahulah. “Okey ini yang paling orang ramai nak tahu sampai tudh saya makan harta anak yatim; duit di dalam akaun Abam. Abam ada dua akaun bank dan setelah dicampur kedua-dua akaun jumlahnya RM84,000.

“Sebelum ini orang sibuk kata duit Abam berjuta-juta dan saya makan duit Abam. Kalau ada bukti saya makan harta anak yatim, buktikan…” jelasnya. Ali berkata dia bersyukur apabila mendapat surat jawapan saman daripada pihak Hidayah sehingga melakukan sujud syukur kerana sebelum ini balu mengatakan keluar sehelai sepinggang tetapi akhirnya mengaku sudah keluarkan RM10,000 dari akaun bank Abam.

“Kalau betul ambil, mengaku sahaja. Jangan cakap keluar sehelai sepinggang. Tak baik menipu, yang kena maki saya. “Kemudian dia mengakui mengambil empat utas jam tangan Abam. Dalam surat sama terdahulu, dia kata saya ftnah dia ambil jam tangan Abam,” ujarnya.

Akui Ambil 10k Dalam Akaun Abam Dan 4 Utas Jam Untuk Buat Ini. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Ali Bongkarkan Noor Hidayah Ambik Duit Untuk Buat Ni. Rupanya Sampai Macam Ni Sekali Dia Buat.

Perseteruan antara Ali Puteh dan balu Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali kini sampai ke kemuncaknya apabila Ali mengaku telah mengeluarkan saman terhadap kakak iparnya dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman. 

Menurut Astro Gempak, saman tersebut dikeluarkan Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya, Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakaknya, Sharifah Norwahida (plaintif ketiga). Sebutan kes tersebut telah berlangsung semalam (Rabu) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Saman Hidayah sebagai tindak balas disaman terdahulu – Ali. Kata Ali, dia mengambil keputusan untuk menyaman kakak iparnya itu adalah sebagai tindak balas terhadap Hidayah yang telah mengemukakan saman terhadapnya terlebih dahulu.

“Pihak mereka mengeluarkan saman terhadap kami dahulu. Selepas mendapat nasihat daripada peguam saya, beliau menyarankan agar kami pula mengambil tindakan terhadap Hidayah. “Itupun selepas perbincangan dan mengambil kira beberapa faktor seperti kesan emosi kami sekeluarga sebaik sahaja video Hidayah bersama jutawan kosmetik Aliff Syukri menjadi tular.

“Banyak yang kami tanggung akibat video tersebut. Ibulah yang paling terkesan apabila kami ditohmah dan menjadi bahan hinaan masyarakat,” katanya. Hidayah mengaku keluarkan wang RM10,000 dari akaun Abam

Dalam pada itu, menjawab soalan plaintif, Hidayah selaku defendan kedua mengaku membawa duit tabung berisi wang kertas yang didakwa hasil tabungannya bersama Abam dan 4 utas jam tangan keluar dari rumah. Malah dia juga mengaku mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun milik Abam dan memasukkan ia kesemuanya ke dalam akaun anak mereka, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey Syed Umar Mokhtar Al Juffrey kerana bimbang direbut plaintif (pihak Ali Puteh).

Selain itu, Hidayah juga tidak bertanggungjawab ke atas semua kenyataan yang dibuat defendan kedua (Aliff Syukri) atau wakil ejennya dalam rakaman video yang tular sebelum ini. Menurut Ali Puteh, dia sekeluarga hanya mahu membersihkan maruah mereka yang selama ini dipijak dan berharap kebenaran akan terjawab selepas ini.

“Semoga kebenaran akan terjawab selepas ini. Mungkin inilah yang Allah SWT nak tunjukkan selepas kami sekeluarga bersabar sekian lama. Saya bersyukur. “Apapun saya maafkan semua yang telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kami sekeluarga,” katanya. Harap semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Makin meleret dah isu ini. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Erakini

Sumber : LM

PERHATIAN: Pihak Erakini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Erakini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post