Dua kluster baharu dikesan di Selangor dan Kedah. KKM dedahkan punca berlakunya kluster ini dan dedahkan satu pemergian untuk hari ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat dua kluster baharu yang dikesan di Selangor dan Kedah.

Dua kluster baharu dikesan di Selangor dan Kedah. KKM dedahkan punca berlakunya kluster ini dan dedahkan satu pemergian untuk hari ini
Menurut kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dua kluster yang dikesan ialah Kluster MV Glen di Selangor dan Kluster Telaga di Kedah.

ARTIKEL MENARIK:Kaedah pentaksiran baharu khas bagi Tingkatan 1 dan 4. KPM terangkan lebih lanjut untuk kemasukan ke sekolah khusus bagi pelajar yang terlibat
loading...


Kluster MV Glen

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu yang telah dikenal pasti di sebuah kapal di Pelabuhan Klang, Selangor. Kes indeks merupakan kes ke-9286 yang dilaporkan positif pada 25 Ogos 2020. Kes indeks merupakan seorang krew kapal. Kes positif telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan diberi rawatan.

Saringan COVID-19 dijalankan dan sehingga 30 Ogos 2020, sejumlah lapan (8) orang telah disaring dalam kluster ini. Daripada jumlah ini:Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan Enam (6) individu adalah negatif.

Kes indeks bagi kluster ini merupakan kes import yang melibatkan satu (1) bukan warganegara manakala kes kedua merupakan kes tempatan yang melibatkan satu (1) warganegara Malaysia yang merupakan agen yang dilantik oleh syarikat perkapalan. Aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat masih dijalankan. Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar telah dijalankan di kapal tersebut. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Kluster Telaga

Selain dari itu, satu lagi kluster yang dikenali sebagai Kluster Telaga di Kedah merupakan seorang kontak rapat kepada kes indeks yang dikesan positif pada 24 Ogos 2020 (kes ke-9284).Menurut KKM, kedua-dua kes ini adalah merupakan petugas kesihatan di hospital terbabit.

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dikenal pasti di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Kes merupakan kontak rapat kepada kes indeks yang dikesan positif pada 24 Ogos 2020 (kes ke-9284). Kes tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk diberi rawatan. Kedua-dua kes ini merupakan petugas kesihatan di hospital tersebut namun tugasan tidak melibatkan jagaan kes yang disahkan positif COVID-19.Sehingga 30 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 374 orang telah disaring dalam kluster ini melibatkan ahli keluarga, kakitangan hospital dan lain-lain. Daripada jumlah ini:Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan372 individu adalah negatif. Sumber: KKM

Gambar: Bernama

TERKINI COVID-19: Dukacita Satu Pemergian Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat satu pemergian telah dicatatkan hari ini di Kedah dan menjadikan jumlah kumulatif kes pemergian adalah sebanyak 126 kes.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes pemergian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes pemergian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 126 kes (1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

Kes pemergian ke-126 (kes ke-9290) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 75 tahun dan mempunyai latar belakang sakit kncing manis, darh tinggi, Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) dan sakit jantung. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Beliau mula mempunyai gejala batuk dan ssak nafas pada 7 Ogos 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah bagi jangkitan paru-paru (pneumonia). Beliau discaj dari hospital pada 18 Ogos 2020. Beliau mengalami gejala batuk dan sesak nafas pada 21 Ogos 2020 dan mendapatkan rawatan pada 24 Ogos 2020 di Hospital Sultanah Bahiyah. Ujian saringan menunjukkan beliau adalah positif COVID-19. Keadaan kesihatan beliau didapati semakin merosot dan disahkan sudah tiada pada 29 Ogos 2020 jam 5.10 petang.KKM mengucapkan takziaah kepada ahli keluarga beliau.Sumber: Kp KesihatanGambar: Bernama

TERKINI: 17 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 15 Kes Import Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 10 kes telah pulih.Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 10 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,048 kes (96.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Kementerian Kesihatan Malaysia juga memaklumkan bahawa terdapat 17 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan hari ini (30 Ogos 2020).Sehingga 30 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 17 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,334 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 160 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.


loading...


Ingin dimaklumkan daripada 17 kes baharu yang dilaporkan, 15 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan 11 warganegara Malaysia dan empat (4) bukan warganegara. 15 kes import tersebut adalah dari negara:India (12 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);Arab Saudi (2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan Jepun (1 kes di Sarawak).

Dua (2) kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia. Perincian kes adalah seperti berikut:Selangor: satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif ke-9286. Kedah: satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif ke-9284. Sumber: KKM

Lebih 20 Ribu Disyaki Positif. KKM Melaporkan Keputusan Untuk Laksanakan Kembali PKPD Di Satu Kawasan Ini Bermula 28 Ogos

Peningkatan kes positif Covid-19 di negeri Kedah membimbangkan susulan jangkitan Kluster Sivagangga dan Tawar. Kewujudan kluster-kluster ini secara tidak langsung telah mengakibatkan penduduk di Kedah termasuk pelajar sekolah berjangkit.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan keputusan untuk melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah. Amaran itu telah dikeluarkan oleh Menteri Kanan Pertahanan iaitu YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

22,360 disyaki positif

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di negeri Kedah itu akan dikuatkuasakan pada 28 Ogos 2020, jam 12.01 malam sehingga satu tempoh yang akan diumumkan pihak KKM.Terdapat tiga kawasan di Aman Jaya, Sungai Petani iaitu kawasan perumahan Kenanga, Melur dan Mawar diletakkan dalam zon PKPD. 265 buah rumah daripada jumlah 303 di seluruh Aman Jaya dikuarantinkan kerana kontak kepada tujuh kes positif Covid-19.

Sebelum ini pada 24 Ogos 2020, terdapat kes positif dalam kalangan seorang petugas hospital swasta, dan enam murid dan guru sekolah. Seramai 22,360 orang penduduk terlibat disyaki positif dan 25,000 orang telah melakukan ujian saringan.

Hanya wakil rumah dibenarkan keluar

Antara institusi dan sektor yang ditutup operasi ialah sekolah, taska, masjid dan rumah ibadat. Hanya pembelian makanan secara ‘take away’ dan kedai runcit sahaja dibenarkan operasi. Pasar harian dibenarkan beroperasi manakala pasar malam dan pasar tani tidak dibenarkan.

Hanya seorang sahaja wakil dari setiap rumah dibenarkan untuk keluar membeli barang keperluan. Manakala, pekerja tidak dibenarkan untuk keluar bekerja dan hanya bekerja dari rumah. Tetapi, bagi kes-kes kecemasan perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM.Kawasan Aman Jaya, Sungai Petani itu akan ada sekatan jalan raya dilaksanakan oleh PDRM dan pasukan ATM bagi mengawal pergerakan keluar masuk.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tiga Kes Dikesan Di Sebuah Hospital. KKM Dedahkan Punca Satu Hospital Di Melaka Ini Dikesan Mempunyai Kes Individu Positif Covid19

Berita Admin0

Tiga daripada lima kes baharu positif koronavirus (Covid-19) dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak, Melaka.PUTRAJAYA – Tiga daripada lima kes baharu positif koronavirus (Covid-19) dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak, Melaka.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketiga-tiga kes itu dikesan pada pra operasi dan satu kes saringan bergejala.”KKM sedang menyiasat jangkitan tersebut dan ia masih belum diisytihar sebagai kluster,” katanya.

Menurutnya, dua kes lagi dikesan mendapat jangkitan dari luar negara iaitu Filipina dan Mesir.”Kes import ini dilaporkan di Selangor,” katanya.Beliau berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 9,296 kes.

“Jumlah kes aktif telah menurun kepada 177 kes,” katanya.Dr Noor Hisham berkata, seramai lapan pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).”Daripada jumlah itu, enam kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Menurutnya, tiada pertambahan kes pemergian berkaitan Covid-19 dilaporkan.”Jumlah kumulatif kes pemergian kekal berkaitan 125 kes,” katanya.Sementara itu, 16 kes telah pulih dan dibenarkan discaj.”Sebanyak 8,994 kes telah pulih dilaporkan setakat ini iaitu bersamaan 96.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.-sinarharian

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post