Kekasih kepada pelakon Alya Iman, Ridhwan Rosli akui tidak memandang kepada kisah silam teman wanitanya itu.Menurut Ridhwan, dia dan Alya telah mengenali antara satu sama lain dengan baik sejak mula bercinta sekitar Jun lalu.
”Kita semua ada masa silam, saya sendiri pun memiliki dua cahaya mata, kalau Alya mahu memandang pada kisah silam saya, mungkin ramai lagi pilihan di luar sana yang dia boleh pilih.
ARTIKEL MENARIK:Seorang warganet sanggup kritik baju kahwin Mira Filzah. Ini jawapan padu dari Rico Ronaldi sendiri berikutan hasil karya dia dikritik
“Paling penting, kami mengenali antara satu sama lain dengan baik, pada mulanya saya mengenali dia atas dasar kerja, dan dia merupakan kawan rapat adik saya.”Jadi, dari situ proses perkenalan kami berdua menjadi cepat. Alhamdulillah, begitulah kami mengenali hati budi masing-masing sejak beberapa bulan sebelum ini,” katanya kepada Gempak.
Tambah Ridhwan, kontroversi yang melnda Alya sebelum ini hanyalah satu kesilapan dan terkandung hikmah disebaliknya. “Bagi saya, perkara yang dah berlaku semua ada hikmahnya, sebagai manusia biasa, kita pasti tak terlepas dari melakukan kesilapan.
“Tetapi kalau kita lakukan kesilapan yang sama dua kali, yang pasti silapnya itu kita lah yang bermasalah.”Saya percaya, semua kata-kata warganet terhadap Alya sebelum ini adalah berdasarkan persepsi, dan persepsi pula adalah satu perkara yang kita susah untuk kawal.
“Apapun, kalau kita yakin dengan apa yang dibuat itu betul, dan kita jalani kehidupan dengan cara yang betul, Insya-Allah, semua benda akan lebih diberkati dan diredhai oleh Allah SWT,” katanya lagi.Terdahulu, Alya mendkwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang. Kontroversi semakin paanas apabila isteri kepada ahli perniagaan itu tampil memberi kenyataan.Namun, Alya kini telah tinggalkan kisah silamnya itu dan meneruskan kehidupan dengan pengganti baru.-ctto
Lepas Heboh Tentang Ada Hubungan Dengan Suami Orang. Akhirnya Alya Iman Tampil Bersuara Lantang Bongkarkan Status Dirinya Buat Warganet Terkedu.
Pelakon baru Alya Iman, 19, akui selesa menjalin cinta dengan kekasihnya, Ridhwan Rosli. Malah, anak kepada pelakon lagenda Azmil Mustapha ini juga berharap agar hubungan mereka berpanjangan hingga ke alam perkahwinan.
“Kami mengenali antara satu sama lain dengan baik sejak bulan Jun lalu, tetapi saya sudah tahu kewujudan dia lama sebelum itu. “Ridhwan pun cakap kalau ada jodoh tak kemana, jadi, kita doa yang baik-baik, kalau boleh saya pun nak panjangkan hubungan kami ini hingga ke jenjang pelamin, Insya-Allah,” kata Alya kepada Gempak.
Alya berkata demikian ketika ditemui di Laun-Jink Party di Black Box MAPKL, Publika baru-baru ini. Bercakap mengenai kontrversi mengaitkan seorang ahli perniagaan yang juga suami orang sebelum ini, Alya mengatakan dia sudah ‘move on’ dan tidak akan mengulangi kesilapan sebegitu lagi.
“Bagi saya, bila perkara sudah jadi sekali, orang akan cari keburukan atau kesalahan, apa yang saya buat betul pun orang boleh cakap salah. “Jadi, saya pun terima sahaja, saya tak mampu kawal keadaan sebegini, yang penting saya sudah beri penjelasan kepada orang-orang yang saya rasa penting dan saya sudah ‘move on’.
” Saya dah buat silap dan tak akan ulang semula kesilapan itu, bab komen ataupun kritikan dari warganet, saya tak mahu ambil hati sangat,” katanya lagi. Terdahulu, Alya mendakwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.
Kontroversi semakin panas apabila isteri kepada ahli perniagaan itu tampil memberi kenyataan. Namun, Alya kini telah tinggalkan kisah silamnya itu dan meneruskan kehidupan dengan pengganti baru. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di FacebookSumber : GEMPAK/ Berita Harian
Skrin Telefon Retak Pun Dia Masih Guna. Mengejutkan Baru Sebulan Kenal Kekasih Alya Iman Dah Dapat Hidu Perangai Sebenar Alya. Rupa Rupanya Dalam Diam Ini Perangai Sebenar Dia.
SUSULAN kontroversi Alya Iman dikatakan gold digger dan perampas suami orang, teman lelakinya Ridhwan Rosli tampil mempertahankan pelakon dan model muslimah itu. Tidak setuju dengan tdhan kesat yang dilemparkan warganet, Ridhwan ketika dihubungi mStar menyifatkan Alya seorang gadis yang sentiasa bersederhana dalam kehidupan seharian.
“Bukan, dia bukan seorang gold digger. Dia seorang yang sangat sederhana. “Skrin telefon dia retak pun dia masih guna. Kedua-dua telefon bimbit dia retak sebenarnya tapi dia masih gunakannya. Model telefon tu pun bukan model terkini.
“Tapi, sudah semestinya di media sosial, dia perlu tunjukkan perkara yang baik-baik dan cantik-cantik,” katanya. Menurut Ridhwan, dia mengenali Alya selepas pelakon itu mula bekerja di sebuah syarikat swasta pada Jun lalu.
Kata Rosli, dia tidak nampak teman wanitanya itu seorang yang menggunakan lelaki untuk kemewahan hidup sebaliknya bekerja demi menampung kehidupannya sendiri. “Kami mula berkawan rapat sejak dia bekerja di sini pada Jun lalu. Kami berdua pernah ada pengalaman burk dalam hubungan cinta. RIDHWAN ROSLI TEMAN LELAKI ALYA IMAN
“Dia bekerja di sini untuk menampung dirinya,” ujarnya. Ridhwan dan bekas isterinya berpisah secara rasmi pada 8 Oktober 2019 selepas enam tahun perkahwinan. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raina, 5, dan Rafael yang kini berusia tiga tahun.
Ridhwan berkata dia dan Alya belum merancang untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya. Katanya, dia tidak mahu terburu-buru memandangkan mereka berdua pernah melalui masa silam dengan hubungan masing-masing.
Bagaimanapun, Ridhwan mengakui dua anak-anaknya rapat dan menerima Alya dengan baik. “Bab kahwin tu, kami tak mahu terburu-buru. Anak-anak saya sayangkan dia, itu yang penting. InsyaAllah kalau ada jodoh, tak ke mana. “Lagipun, kami berdua pernah ada pengalaman buruk dalam hubungan cinta,” jelasnya.
Berikut reaksi dari warganet:
Sebelum ini, nama Alya hangat diperkatakan selepas seorang wanita dikenali sebagai Penny mendakwa suaminya menjalinkan hubungan dengan pelakon itu sejak tahun lalu. Bukan setakat itu, seorang lagi individu yang mengaku sebagai bekas kekasih Alya mendakwa berhabis sebanyak RM2.3 juta untuk perbelanjaan peribadi pelakon berkenaan.
Bekas teman lelaki Alya Iman munculkan diri, mengaku silap – “Cukuplah komen negatif kepada saya dan isteri, hormatilah kami” Menerusi posting bersama gambar anaknya, Mahathir mengakui kesilapan yang dilakukan dan mengucapkan terima kasih kepada warganet kerana mengambil berat tentang isu rumah tangganya.
“Setelah dua hari saya membenarkan anda semua komen di ruangan yang disediakan, cukuplah segala nasihat, tomahan, ftnah dan kata-kata hina yang anda semua tuliskan. “Saya bersyukur atas ke keprihatinan anda semua terhadap keluarga saya. Jadi cukuplah komen yang negatif di media sosial saya dan juga isteri. Hormatilah kami.
“Setiap manusia pernah lakukan kesilapan. Sekali lagi, terima kasih kepada semua warganet dan rakyat Malaysia yang prihatin,” tulis Mahathir menerusi Instagram. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : TrendingSangat/ Berita Semasa
Selepas 2 Hari Mendiam Kan Diri Akhirnya Bekas Teman Lelaki Alya Iman Munculkan Diri Bongkarkan Sesuatu. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Cerita Sebenar.
SEJAK minggu lalu, dunia hiburan kecoh dengan kisah pelakon baharu Alya Iman didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan ahli perniagaan berstatus suami orang dengan tujuan untuk mengikis harta lelaki tersebut. Sepanjang isu tersebut diperkatakan, ahli perniagaan itu yang dikenali sebagai Mahathir Mohd hanya ‘mengunci mulut’ dan membiarkan sahaja warganet laman sosial miliknya. Bagaimanapun, setelah beberapa hari mendiamkan diri akhirnya Mahathir tampil bersuara dan berharap orang ramai berhenti tinggalkan komen negatif kepada dia dan isteri, dikenali dengan nama Penny Salman.
Mahathir berkongsi perkara itu di Instagram miliknya.
Menerusi posting bersama gambar anaknya, Mahathir mengakui kesilapan yang dilakukan dan mengucapkan terima kasih kepada warganet kerana mengambil berat tentang isu rumah tangganya. “Setelah dua hari saya membenarkan anda semua komen di ruangan yang disediakan, cukuplah segala nasihat, tomahan, ftnah dan kata-kata hina yang anda semua tuliskan.
“Saya bersyukur atas ke keprihatinan anda semua terhadap keluarga saya. Jadi cukuplah komen yang negatif di media sosial saya dan juga isteri. Hormatilah kami. “Setiap manusia pernah lakukan kesilapan. Sekali lagi, terima kasih kepada semua warganet dan rakyat Malaysia yang prihatin,” tulis Mahathir menerusi Instagram.
Mahathir memilih untuk menutup ruang komen di setiap posting di laman Instagram setelah menerima pelbagai kritikan dan kritikan. Pada Jumaat lalu, isteri kepada Mahathir iaitu Penny Salman melalui Instagram mendakwa Alya merampas dan mengikis harta suaminya selama setahun. Menerusi laporan mStar pada Sabtu, Alya tampil menjelaskan perkara itu dan mengakui dia dan lelaki tersebut sudah mengikat tali pertunangan namun memutuskan hubungan tersebut pada Mac.
Isteri kepada Mahathir iaitu Penny mendedahkan Alya pernah menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya.
Alya yang juga anak kepada pelakon legenda Azmil Mustapha turut memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung dengan perbuatannya. “Dulu saya muda dan naif, saya minta maaf kepada semua yang saya pernah sakiti. Saya terima semua nasihat, kritikan, sindiran dan ftnah sebagai sesuatu yang mematangkan saya. “Saya akui pernah melakukan kesilapan di masa lalu, tapi saya yakin Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa. Saya berdoa dan berusaha agar kehidupan saya menjadi kehidupan yang diberkati dan diredai Allah,” katanya.
via Era Kini
Post a Comment