Ibu Sandra imbas kenangan masa lahirkan anknya buat ramai yang sebak. Rupa rupanya empat hari lagi adalah ulang tahun kelahiran Sandra. Sebak ini luahan hati ibu Sandra.

Ibu kepada bintang Big Stage 2020 Sandra Dianne, Nor Syakinah mengimbau kenangan melahirkan anak perempuannya memandangkan ulang tahun kelahiran Sandra akan tiba empat hari lagi.

Ibu Sandra imbas kenangan masa lahirkan anknya buat ramai yang sebak. Rupa rupanya empat hari lagi adalah ulang tahun kelahiran Sandra. Sebak ini luahan hati ibu Sandra.
Menerusi laman sosial Facebook, Nor Syakinah berkongsi momen sewaktu melahirkan Sandra pada tanggal 16 September 1994.

ARTIKEL MENARIK:Kali Terakhir Jumpa Masa Pada Majlis Perkahwinannya. Kali Ni Farah Nabila Pula Tampil Bongkarkan Sesuatu Tentang Sandra Buat Ramai Yang Terkejut.
loading...


“Dia seorang anak yang baik, sejak kecil tak pernah menyusahkan. Dari awal mengandung langsung takda tanda morning sickness, mengidam nak makan nasi, apa je nasi asalkan nasi tu di masak sedap-sedap. “Sakit melahirkan pun tak sakitkan mama lama-lama. Sakit contration jam 1 pagi, jam 9 pagi register kat wad bersalin, jam 11. 30 pagi dapat katil, baru nak naik tak sempat duduk air ketuban pecah, jeriit kat misi, misi kelm kabut ambil wheel chair, berlari masuk lab0ur room.

“Dua kali push je kakak dah selamat lahir ke dunia dengan nama ALESSANDRA DIANNE AMPURIA,” luah ibunya lagi.  Lebih memilukan apabila ibunya amat merindui suara Sandra yang menjadi penyeri dan penghibur ketika berada di dalam rumah.

“Jiwa mama masih diselubungi rasa duka yang mendalam, rindu pada suara kakak memanggil “Ma, mana Adam?”, “Esyaaaa, sayang kakak”, “Ayah mana?”, “Kamu sudah makankah?” dan yang paling dirindui selepas ini adalah suara kakak menyanyi-nyanyi di setiap penjuru rumah. Mama rindu.

“Hari ini 11 September 2020 dinihari jam 1.00am kakak pergi tinggalkan mama. 5 hari menjelang hari lahir kakak, bayangkan kesedihan mama melalui semua ini tanpa kakak di sisi. “Berat sungguh dugaan yang mama kena hadap hari ni kakak. Mama tak sangka mama akan bawa kakak balik dalam keadaan kaku,” ujarnya lagi. 

Pada Jumaat, Sandra Dianne telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 1 pagi setelah lima hari tidak sedarkan diri akibat kejadian tak di ingini. Sandra selamat di uruskan di Tanah Islam Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah pada jam 5.45 petang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Akan Terus Simpan Barang Yang Ditinggalkan Oleh Sandra. Ibu Sandra Tampil Bongkarkan Barang Terakhir Yang Sandra Tinggalkan. Rupa Rupanya Ini Cerita Sebenar Disebalik Barang Tu.

Akan terus simpan barang yang ditinggalkan oleh Sandra. Ibu Sandra tampil bongkarkan barang terakhir yang Sandra tinggalkan. Rupa rupanya ini cerita sebenar disebalik barang tu.

“Bye mama, jangan lupa tutup ‘gate’,” menjadi ungkapan terakhir penyanyi, Sandra Dianne, kepada ibunya, Nor Syakinah pada Sabtu lalu sebelum dia terbabit dalam kejadian tak di ingini di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya.

Bintang berusia 26 tahun yang terkenal menerusi lagu Hey Kau itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya, pada jam 1 pagi, hari ini. Memetik Harian Metro, Nor Syakinah berkata, pada hari kejadian, anaknya ada meminta baju putih lengan panjang untuk dibawa ke latihan penuh Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

“Pagi sebelum dia ke latihan penuh, saya kejutkan untuk dia mandi sebelum air tiada. Selepas mandi dan bersiap, seperti biasa dia akan luangkan masa dulu bersama adiknya. “Selepas itu dia salam saya dan ayah dia. Sewaktu keluar bilik dia patah balik dan tanya saya jika ada baju putih lengan panjang. Saya cakap tiada, cuma yang ada hanya inner warna putih. Dia cakap tidak apa.

“Saya macam tak puas hati, saya cari lagi baju putih di almari lain dan jumpa. Dia pun bawa baju itu. Ketika itu perasaan saya sudah lain. “Sebelum dia keluar rumah, saya tunggu di ruang tamu dan berikan dia kata semangat untuk buat persembahan terbaik. Dia pun minta saya doakan untuknya. Selepas salam dan peluk cium, saya pesan untuk memandu berhati-hati.

“Ketika dalam kereta, dia sempat cakap ‘bye mama, jangan lupa tutup ‘gate’. Itulah perbualan terakhir kami,” katanya seperti yang dipetik. Menurut Nor Syakinah lagi, Sandra sempat dimandi, kapan dan disembahyangkan di Hospital Putrajaya sebelum dibawa pulang ke kampung halaman di Kg Kauluan, Tuaran, Sabah untuk diuruskan.

“Sebagai ibu mestilah sedih sebab kehilangan anak yang menyayat hati. Dia hilang sekelip mata. “Alhamdulillah, segala urusan hari ini dipermudahkan Allah SWT. Semuanya lancar dari hospital sehinggalah tiba di Sabah petang tadi. “Di hospital sandra dimandi, dikpan dan disembahyangkan. Setibanya di kampung pun dia disembahyangkan sekali lagi,” katanya.

‘Saya akan terus simpan baju itu’ – ibu Sandra

Tuaran: “Saya akan terus simpan baju itu,” kata Nur Syakinah Abdullah, 46, ibu kepada peserta program realiti Big Stage musim ketiga, Sandra Dianne, 26 yang pergi menghadap illahi semalam selepas terbabit kejadian tak diingini jalan raya Sabtu lalu.

Menurut Nur Syakinah, sepatutnya Sandra memakai baju panjang berwarna kelabu untuk persembahan Ahad ini. “Saya simpan baju itu sejak tahun lalu untuk dia bawa lagu Nuri nyanyian asal Ella. “Baju itu adalah pakaian lapis untuk jaket yang akan dipakainya pada persembahan nyanyian akan datang,” katanya ketika ditemui di Kampung Kauluan di sini.

Selain itu, Nur Syakinah memberitahu Sandra sedikit ‘down’ dengan persembahan nyanyian lepas namun sekeluarga dan rakannya tidak henti-henti memberi kata-kata semangat. “Hari itu dia sangat yakin sebelum keluar berlatih ditemani adik sepupunya (Jessica R James Majanah, 21) yang juga pembantunya sepanjang pertandingan,” katanya.

Menurutnya, sebelum ke latihan penuh Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Sandra sempat meluangkan masa bermain dengan adik tirinya. “Setiap kali sebelum keluar rumah pun, dia akan mencium tangan saya tidak sangka itu adalah kali terakhir,” jelasnya.

Nur Syakinah dalam pada itu sekali lagi merayu pihak yang mengambil atau menemui telefon milik anaknya itu supaya memulangkannya dengan segera kerana terdapat banyak gambar kenangan. Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria pergi menghadap illahi semalam gara gara kejadian di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya, Sabtu lalu. Sandra selamat diuruskan di Tanah Islam Kampung Kauluan kira-kira jam 6 petang semalam.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : HM, MH

Kali Terakhir Jumpa Masa Pada Majlis Perkahwinannya. Kali Ni Farah Nabila Pula Tampil Bongkarkan Sesuatu Tentang Sandra Buat Ramai Yang Terkejut.

Pelakon Farah Nabilah, 28, menyatakan kali terakhir dia berjumpa dengan Bintang Big Stage 2020, Sandra Dianne pada majlis perkahwinannya. Ketika dihubungi Gempak, Farah berkata Sandra adalah sepupunya dan dia tidak berpeluang untuk melawat sepanjang Sandra mendapat rawatan di Hospital Putrajaya.

“Kali terakhir jumpa masa hari pernikahan saya. Lepas tu dia balik Sabah. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia tersangkut dekat sana. “Saya tak dapat melawat dia dekat Unit Raw4tan Rapi. Hanya ibu bapa dia sahaja yang dibenarkan masuk. 

“Jadi saya cuma dapat gambar dan perkembangan dia dari group WhatsApp keluarga,” katanya. Tambah pelakon drama Cik Reen dan Encik Ngok Ngek mendedahkan dia sempat menitipkan kata-kata semangat untuk pelantun lagu Ku Tak Mahu Cinta itu berjuang di pentas Big Stage.

“Kami sempat berbual masa dia mula masuk Big Stage. Saya cakap dekat dia semoga berjaya. “Kami sempat berbual melalui Instagram (IG) sahaja. Tu kali terakhir,” katanya lagi. Sandra Dianne telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 1 pagi tadi setelah enam hari di unit rawatan rapi akibat kejadian tak diingini. 


loading...


Pada Sabtu lalu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, terlibat dalam satu kejadian kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan rehersal. Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta yang berada di depannya berhenti secara mengejuut. Sandra mendapat rawatan di unit rawatan rapi dan dilaporkan berada dalam keadaan teruk sejak Sabtu. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Ibu Sandra Bongkarkan Keadaan Terakhir Sandra Sebelum Dia Pergi Menghadap Illahi. Rupa Rupanya Sampai Macam Ni Sekali Keadaan Terakhir Sandra.

Putrajaya: “Ibu Sandra cakap, sebelum disahkan pergi menghadap illahi, Sandra menitiskan air mata,” kongsi penyanyi, Zizi Kirana yang sempat memberikan penghormatan terakhir kepada Sandra Dianne di Hospital Putrajaya, awal pagi, hari ini.

Zizi berkata, dia bergegas ke hospital selepas dimaklumkan perkara itu oleh pengurusnya yang dikenali sebagai, Bob yang berada di sana. Menurut Zizi, dia juga dimaklumkan Sandra sudah dipindahkan ke Unit Raw4tan Koronari pada pagi semalam sebelum dilaporkan makin teruk pada jam 11 malam.

“Sehari sebelum kejadian, Sandra ada masuk di sesi siaran langsung Instagram saya. Saya ucapkan tahniah dan beri dia kata semangat dan berjanji mahu datang memberi sokongan di Big Stage. Tapi, tidak kesampaian dan akhirnya pertemuan kami di hospital.

“Hampir setiap hari saya dikemaskini mengenai perkembangan Sandra termasuklah Sandra dipindahkan ke unit rawatan rapi. Cuma, semalam seharian saya berasa tak sedap hati. Berkali-kali saya tanya pada Bob mengenai keadaan Sandra.

“Pada jam 11 malam tadi, Bob mesej saya yang Sandra dalam keadaan teruk dan pada jam 1 dia sudah tiada. Kebetulan sesi rakaman saya sudah habis, jadi terus ke hospital,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Zizi, dia juga berada di hospital pada hari pertama Sandra dimasukkan ke unit kecemasan.

Zizi berkata, walaupun dia baru dua tahun berkawan dengan Sandra selepas bekerjasama menerusi lagu Terkemuka, Zizi menyifatkan Sandra seorang yang sangat baik. “Kali pertama jumpa masa nak bekerjasama lagu Terkemuka. Dari situ kami terus berkawan. Dia seorang yang lucu dan lurus bendul. Tapi, sangat ‘best’ berkawan dengannya.

“Hari pertama dia dimasukkan ke hospital saya tunggu sampai tengah malam untuk pastikan dia sedar. Tapi, selepas lebih empat jam masih tak sedar, doktor terus masukkan ke unit rawatan rapi. Lebih menyedihkan, minggu depan iaitu 16 September hari jadi Sandra. Padahal saya ada cakap pada pengurus yang mana nak belikan kek dan berharap dia sedar ketika itu,” katanya.

Terdahulu, Sandra yang juga bintang Big Stage musim ketiga, mengalami kejadian yang tidak diigini di jalan raya pada Sabtu lalu dan sebelum ditempatkan di unit rawatan rapi hospital itu. Sandra akan disempurna dan diuruskan di kampung halamannya di Kg Kauluan, Tuaran, Sabah.

Sumber : HM

Terkejut Dengan Pemergian Sandra Tiba Tiba Neeta Muatnaik Sesuatu Di Ig Nya Mengejutkan Orang Ramai. Rupa Rupanya Sampai Macam Tu Sekali Yang Jadi.

Penyanyi Neeta Manisha sedih kehiIlangan sahabatnya, Sandra Dianne yang pergi menghadap illahi pada awal pagi tadi selepas berada di  Unit Rawatan Rapi Hospital Putrajaya dan dilaporkan berada dalam keadaan yang teruk sejak Sabtu.

Neeta berkata banyak lagi perkara yang mahu dilakukan bersama Sandra yang juga peserta Big Stage 2020, namun ia sudah terlambat. “San (Sandra), apakah saya buat menulis ini? Kamu sepatutnya berada di perkahwinan saya dan menari, kamu sepatutnya belanja saya bila kamu masuk peringkat akhir Big Stage. Kamu sudah lalui pelbagai perkara yang hebat dalam hidup mu tetapi sekarang kamu berada di tempat yang terbaik.

“Sentiasa gembira San, sentiasa gembira berada di syurga. Doakan kawan kamu di sini baik-baik, beri kami kekuatan dan kasih sayang,” katanya . Neeta meluahkan perasaannya itu di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut, dia memuat naik foto hitam putih di hospital yang difahamkan melawat Sandra.

Menurut Neeta, Sandra merupakan sahabat yang baik dan ia satu kehilangan besar buatnya. “Kita lepak hampir setiap masa tapi tidak pernah sekali ambil gambar bersama. Dia seorang yang sangat ‘chill’ dengan saya, tak perlu post apa untuk buktikan kami kawan.

“Kamu terbaik San, sumpah aku bengang sebab kau tinggalkan aku awal, aku akan rindu kau San, but please greet me when it’s my turn. Saya rinduukan kamu San, Saya akan rindu kita punya sesi lepak bersama. Saya rindukan keyakinan kamu bila menyanyi di hadapan kawan kamu.

“Saya rindukan perangai kasar kamu sebabab saya pun bukan girlish sangat, adanya kamu sebagai kawan satu penghargaan untuk saya. Saya akan merindui kamu. Saya dan kita semua sayang kami. Dan jangan lupa lepak dalam mimpi saya,” katanya lagi.

Pada Sabtu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, terlibat dalam satu kejadian yang tak diingini kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan rehersal. Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta yang berada di depannya berhenti secara mengejut. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Sumber: GEMPAK @Teh Tarik Kaw

Wanie Kayrie Bongkarkan Siapa Sandra Dianne Yg Sebenar. Dia Jadi Saksi Kali Terakhir Sandra Buat Benda Ni. Warganet Tergamam Dengan Apa Yang Dibongkarkan.

Penyanyi Wani Kayrie mengenang pemergian rakan industri, Sandra Dianne yang telah pun pergi mengadap Illahi pada awal pagi Jumaat. Tulisnya menerusi satu posting terkini di Instagram, dia menghargai momen terakhir saat mengisi masa bersama Sandra.

Keduanya terdahulu sama-sama menongkah arus dalam industri seni kira-kira lima tahun lalu. “Terima kasih ya Allah engkau beri peluang buatku untuk borak panjang bersama @sandradianneofficial buat kali terakhir pada 29/8/2020 hari rehearsal minggu duet #bigstage2020.

“Sandra Dianne, rakan seperjuangan yang sama batch 2015 dengan Wani masa baru menapak dalam industri, banyak perform sama2 sebab nama kitaorang baru nak naik dimana orang tak kenal pun nama kami tapi kenal lagu je.. but we still hustling until now.

“Rezeki dia, bila Wani tahu dia masuk BS3 Wani dah target Sandra boleh be one of Big Stage 3 finalists because I trust her capabilities and talent. Minggu duet tu, turn Sandra banyak sebelum performance Wani. Every time dekat backstge, Wani perhati Sandra sangat2 nervous nak perform and sangat risau.. and that week, semua orang risau bila dia masuk bottom3.

“But she seems so calm that night when she knew she has given her best last performance,” tulisnya. Wani pada masa sama turut menyatakan mereka sempat berkongsi cerita mengenai perkembangan kerjaya masing-masing.

“Walaupun dah lama tak berjumpa, dapat juga berkongsi cerita tentang awal2 karier kami dan PICC menjadi saksi kali terakhir kami berborak dan gelak sama2 sebelum beliau pergi buat selamanya. Tenanglah kau di sana @sandradianneofficial. You’re a great person. Tiada pengganti bernama Sandra dalam industri.

“Salam Takziah buat keluarga Sandra. Moga Sandra ditempakan dikalangan orang beriman,” titipnya lagi. Luahan sama turut dikongsikan bintang asal Sabah ini menerusi Insta Stories. Terdahulu, Sandra, 26, yang juga peserta Big Stage musim ketiga, dilapor pergi menghadap illahi di Hospital Putrajaya, awal pagi, hari ini. Sandra yang mengalami kejadiaan yang tak diingini di jalan raya pada Sabtu lalu dilaporkan tidak sedarkan diri dan ditempatkan di unit raw4tan rapi hospital berkenaan.

Foto: Instagram Wani Kayrie

Sumber : MH

Tergamam Penyanyi Sandra Pergi Menghadap Illahi Pagi Tadi. Mengejutkan Ini Kata Kata Usop. Warganet Terkedu Sampai Macam Tu Sekali Usop Muatnaik Status.

SELEPAS kira-kira enam hari bert4rung ny4wa dalam wad Unit Raw4tan Rapi, Hospital Putrajaya, penyanyi Sandra Dianne akhirnya pergi menghadap illahi pada awal pagi Jumaat. Wakil syarikat rakaman Sony Music Entertainment, Veea Norman dalam satu kenyataan memberitahu, peserta Big Stage musim ketiga itu, menghembvskan nafas terakhir kira-kira pukul 1 pagi.

Berita pemergian peserta Big Stage itu turut dikongsi oleh rakan-rakan artis dan penggiat seni. “Saya ingin mengesahkan Sandra Dieanne pergi menghadap illahi pada pukul di Hospital Putrajaya pukul 1 pagi Jumaat. Pihak keluarga memohon semua mendoakan agar segala urusan di tempat persemadian dipermudahkan dan memohon maaf bagi pihak Sandra jika ada salah silap,” ujar Veea Norman.

Sandra mengalami kejadian yang tak diigini di jalan raya pada Sabtu lalu.

Sandra akan dibawa pulang dan akan diuruskan di kampung halamannya di Kampung Kauluan, Tuaran Sabah. Sandra atau nama sebenarnya Alessadra Dianne Ampuria, 26, yang dikenali dengan lagu Hey Kau dikatakan mengalami kegagalan fungsi otak akibat kejadian yang tak diigini di jalan raya.

Dalam kejadian pada 5 September lalu itu, kereta dipandu Sandra yang turut ditemani pengurusnya dikatakan hilang kawalan ketika dalam perjalanan mengadakan latihan sempena program Big Stage siaran Astro di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Akibat kejadian tersebut Sandra ditempatkan di unit rawatan rapi dan keadaannya teruk sehinggalah dia pergi menghadap illahi pada Jumaat sementara individu bersamanya dalam kereta diraw4t di wad biasa hospital itu. Berita mengenai pemergian bintang berusia 26 tahun itu dimaklumkan penyanyi Usop yang juga salah seorang peserta program realiti berkenaan pada pagi Jumaat menerusi Instagram.

Kata2 Usop

“Asalammualiakum semua…tolong sedekahkan al fatihah untuk sahabat seperju4ngan saya. Kini telah pulang keramatullah. Sandra rehat k. AlFatihah,” tulisnya. Meninjau ke ruangan komen pada posting berkenaan, para peminat serta rakan selebriti yang masih lagi terkejut dengan berita berkenaan menitipkan ucapan takziah serta sedekahkan bacaan al-Fatihah buat Sandra.

Sumber : Mstar

Sandra Dianne Dikatakan Mengalami Luka Di Kepala Dan Masih Tidak Sedarkan Diri. Superintendan Azman Dedahkan Kesan Daripada Kejadian Tersebut

KERETA yang dinaiki Sandra Dianne bersama seorang rakannya brek mengejut secara tiba-tiba sebelum hilang kawalan dan terbalik.Kuala Lumpur: Kereta yang dinaiki penyanyi dan peserta program realiti Big Stage 3, Sandra Dianne, 26, bersama seorang rakannya brek mengejut secara tiba-tiba sebelum hilang kawalan dan terbalik.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang semalam di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), berhampiran Subang Jaya itu, kereta jenis Great Wall itu kemudian melnggar sisi kiri sebuah kereta jenis Nissan Almera yang berada di hadapannya akibat hilang kawalan.

“Mereka memandu di lorong paling kanan sebelum tiba-tiba brek secara mengejut. Ia turut melnggar dua lagi kenderaan yang berada di lorong yang sama,” katanya. Azman berkata, selepas mermpuh tiga kenderaan lain, kereta itu terbalik.

Akibat kejadian itu, Sandra dikatakan mengalami luka di kepala dan kini dalam keadaan tidak sedarkan diri dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya, manakala rakannya menerima rawatan pesakit luar.

Ketika kejadian, penyanyi berasal dari Sabah itu dikatakan dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya untuk latihan penuh konsert Big Stage 3 minggu keempat yang berlangsung semalam-mymetro

via apampink


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post