Kes meningkat saban hari. Kementerian Kesihatan Malaysia dedahkan empat kluster baharu dikesan dan punca berlakunya kluster ini dan harap semua maklum tempat yang terlibat

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan empat kluster baharu Covid-19 membabitkan dua di Sabah masing-masing satu di Selangor dan Johor.Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua kluster di Sabah ialah Kluster Jalan Bomba dan Jalan Utara dikesan di Sandakan.Menurutnya, kes indeks bagi kluster Jalan Bomba ialah kes 11,110 yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna pada 20 September lalu

Kes meningkat saban hari. Kementerian Kesihatan Malaysia dedahkan empat kluster baharu dikesan dan punca berlakunya kluster ini dan harap semua maklum tempat yang terlibat



“Lelaki berkenaan bergejala demam dan batuk disahkan positif Covid-19 lapan hari kemudian.”Hasil saringan mendapati, dua lagi kes positif dikesan,” katanya.Beliau berkata, Kluster Jalan Utara melibatkan dua petugas kesihatan yang dikenal pasti tidak bergejala,” katanya.Menurutnya, kluster baharu dikenal pasti Kluster Benteng PK yang melibatkan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan saringan kontak rapat mendapati seorang anggota polis positif Covid-19.

ARTIKEL MENARIK:23 individu sah dijangkiti Chikungunya dalam satu daerah di Kedah. Pengarah Kesihatan Kedah dedahkan punca wabak ini mula merebak dan semua penduduk dikehendaki ambil perhatian akan isu ini
loading...


“Kesemua individu daripada kluster berkenaan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Seramai 148 individu telah disaring dan lapan positif manakala 139 didapati negatif,” katanya.Dr Noor Hisham berkata, Kluster Bakawali di Johor melibatkan pasangan suami isteri yang mempunyai sejarah perjalanan dari Semporna, Sabah.”Pada 24 September, kedua-dua kes bergejala selesema, demam dan batuk sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail,” katanya.

Selepas didapati positif Covid-19 pada 26 September, pesakit dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom untuk dirawat.”Hasil saringan terhadap 25 kontak rapat mendapati dua lagi kes turut positif dan 13 individu lain didapati negatif manakala lapan masih menunggu keputusan,” katanya.Menurutnya, KKM telah mengambil langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan pembersihan di lokasi terlibat.”Punca jangkitan bagi kesemua kluster ini masih dalam siasatan,” katanya.-sh

Covid-19: MERCY Malaysia gerakkan sukarelawan di Sabah

KUALA LUMPUR – MERCY Malaysia menggerakkan sukarelawannya di Sabah susulan penularan pandemik koronavirus (Covid-19) di negeri itu bagi membantu klinik kesihatan setempat.Dalam satu kenyataannya MERCY Malaysia berkata, pihaknya merancang untuk menjalankan 1,200 ujian Covid-19 di Lahad Datu serta menyediakan kit kebersihan dan pek makanan kepada komuniti yang terjejas dengan penularan pandemik itu.

“Kawasan yang paling terjejas adalah Tawau (759 kes), Semporna (309), Lahad Datu (295) dan Kunak (75) yang melibatkan 962,661 orang keseluruhannya dalam komuniti berkenaan.“Pertarvngan melawn Covid-19 masih belum selesai. Kami menggalakkan anda mengikut prosedur operasi standard iaitu mencuci tangan, sentiasa jaga kebersihan, jaga jarak anda, pakai pelitup muka,” menurut kenyataan itu.

MERCY Malaysia turut menasihatkan mereka yang melakukan perjalanan dari kawasan yang terlibat, untuk kuarantin sendiri bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19 dan mengelak penyebaran jangkitan ke tempat lain.Mereka yang ingin memberi sokongan kepada rakyat Sabah boleh menyalurkan sumbangan kepada Dana Pandemik Covid-19 menerusi Dana Kemanusiaan MERCY: 5621 7950 4126 (Maybank) atau MERCY Malaysia: 8000 7929 08 (CIMB) atau melalui www.mercy.org.my.Semua sumbangan kepada MERCY Malaysia diberikan pengecualian cukai pendapatan. – Bernama

101 kes positif Covid-19 hari ini

PUTRAJAYA – Terdapat 101 kes termasuk 17 yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah disahkan positif koronavirus (Covid-19) hari ini.Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 101 kes, empat merupakan kes import dan 97 lagi adalah penularan dalam negara.

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini adalah 11,135 kes dengan 1,062 kes aktif,” katanya.Mengulas mengenai penularan dalam negara, beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 73 kes.”Kluster Bangau-bangau merekodkan 51 kes, lapan kes saringan bergejala, tiga daripada Kluster Jalan Bomba dan masing-masing dua kes melibatkan Kluster Benteng LD, Kuarters, Jalan Utara,” katanya.

Menurutnya, KKM turut mengesan masing-masing satu kes saringan rujukan ke Hospital Sandakan, kontak rapat kepada kes positif dan saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).”Dua lagi adalah kes saringan petugas kesihatan dan saringan komuniti,” katanya.Dr Noor Hisham berkata, di Selangor, 14 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini.

“Ia melibatkan sembilan kes saringan pulang dari Sabah, dua saringan kontak rapat dan masing-masing satu kes Kluster Benteng PK, Jalan Apas serta saringan sebelum pulang ke negara asal,” katanya.Tambahnya, di Johor, dua kes baharu dikesan melibatkan Kluster Bakawali.”Pertambahan itu menjadikan jumlah kes positif bagi kluster ini adalah empat kes,” katanya.

Selain itu, Kuala Lumpur, Kedah, Perak, Melaka, Kelantan, Pulau Pinang, Putrajaya dan Perlis merekodkan masing-masing satu kes yang mana ia melibatkan individu pulang dari Sabah.”Sehingga kini, terdapat 13 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk lima yang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.Katanya, tiada kes pemergian berkaitan Covid-19 dilaporkan dan ia kekal pada 134 kes. “Seramai 50 kes yang telah pulih Covid-19 pada hari ini.”Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah sebanyak 9,939 kes iaitu bersamaan dengan 89.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Mengejutkan Individu Ini Kongsi Keadaan Terkini Lepas Mall Terkenal Ada Kes Positive Covid 19. Tk Sangka Sampai Macam Ni Sekali Keadaan Di Mall Itu.

KL Sentral adalah hab pengangkutan utama di Kuala Lumpur dan kerana ia bersambung dengan NU Sentral, banyak orang sering mengunjungi tempat ini. Pada 27 September, Nu Sentral melalui akaun Facebook mereka ada mengeluarkan kenyataan bahawa seorang kakitangan di sana telah diuji positif C0vid 19.

Oleh kerana jumlah kess terus meningkat di negara ini, semakin ramai orang menjadi lebih berhati-hati dengan menghindari tempat-tempat di mana kes-kes telah dilaporkan. Menurut pengguna Twitter @KhabirM, KL Sentral kelihatan hampir kosong dan sunyi pada waktu makan tengah hari pada 28 September.

Dalam foto yang diambilnya, hab pengangkutan awam kelihatan kosong berbanding sebelumnya. Foto diambil dari jam 1.20-1.30 tengah hari. Nampaknya, kedai makanan dan minuman yang selalu popular seperti 4fingers dan Auntie Anne’s tidak mempunyai banyak pelanggan berbanding dengan ‘waktu biasa’, di mana barisannya orang beratur cukup panjang.

Khabir juga memberitahu bahawa SOP di Nu Sentral telah diperketatkan dan mereka menguatkuasakannya sekarang.

Seperti yang disebutkan di atas, jumlah kess telah meningkat sekarang ini dan nampaknya orang Malaysia mengambil tindakan untuk kurangkan pergerakan mereka keluar dari rumah. Kami berharap bahawa setiap orang yang perlu keluar akan menjaga jarak fizikal dan menggunakan pembersih tangan bila diperlukan.

Seperti sedia maklum, baru-baru ini kes C0vid 19 telah dikesan di beberapa pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang. Dalam 10 hari lalu, beberapa kes dikesan sekurang-kurangnya di lima pusat membeli-belah, empat di Kuala Lumpur dan satu di Selangor. Sebilangan besar kes tidak menjejaskan keseluruhan pusat beli-belah berkenaan sebaliknya hanya premis tertentu.

Bagaimanapun pusat beli-belah berkenaan telah mengambil tindakan sewajarnya, seperti proses disinfekssi sebagai langkah pencegahann. Berikut adalah senarai insiden berkaitan pusat beli-belah terbabit dalam 10 hari lalu

The Linc KL. Pada 24 Sept, pihak pengurusan The Linc KL memamklumkan ibu bapa seorang peserta di pusat jagaan kanak-kanak di pusat membeli-belah berkenaan telah diuji positif C0vid 19. Kanak-kanak tersebut telah menghadiri program setengah hari di Trinity Kids pada 17 Sept.

Terkini KKM Umum Satu Kluster Baru Di Selangor Di Kawasan Ini. Mengejutkan Ini Rupanya Punca Kluster Baru Itu Wujud.

SEBANYAK 11 kes Covid-19 pada Isnin mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. Demikian kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pada Isnin petang. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 10 kes tersebut dikesan di Selangor manakala satu lagi dikesan di Terengganu.

Enam daripada kes Selangor dikaitkan dengan kluster baharu yang digelar oleh KKM sebagai kluster Jalan Apas. Kata Dr Noor Hisham, dua kes indeks kluster tersebut adalah suami, 26, dan isteri, 24, yang telah pergi ke Tawau dan Semporna dari 13 September hingga 16 September.

“Kedua-dua kes indeks mempunyai gejala demam, batuk dan selesema pada 18 September dan mereka mendapatkan rawatan pada 19 September. Mereka kemudian dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang pada 24 September.

“Mereka positif untuk Covid-19 pada 26 September dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh,” kata Dr Noor Hisham. Pemeriksaan ke atas 66 individu yang merupakan kontak rapat suami isteri menemui enam lagi kes baharu, berusia antara 13 dan 60 tahun.

“56 individu lain disahkan negatif sementara dua yang lain masih menunggu keputusan ujian mereka,” kata Dr Noor Hisham. Dalam pada itu, Sabah sekali lagi mencatatkan jumlah jangkitan Covid-19 tertinggi, dengan 98 daripada 115 kes baharu di negara ini pada hari Isnin. Terdahulu, kerajaan mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar pentadbiran dilaksana di Lahad Datu, Tawau, Kunak, Semporna mulai tengah malam ini. – The Star.


loading...


Mengejutkan 4 Daerah Di Sabah Diisytiharkan Ini Mulai Harini. Tk Sangka Sampai Macam Tu Sekali Yang Terjadi Di Sabah Bila Kes Positif Covid 19 Naik Mendadak Disana.

Kuala Lumpur: Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna di Sabah sehingga 12 Oktober ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam ini akan membabitkan seramai 962,661 penduduk.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 1,195 kes positif jangkitan Covid-19 di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dalam tempoh 1 hingga 27 September lalu. Katanya, daripada jumlah itu, Lahad Datu merekodkan 241 kes, Tawau (634 kes), Kunak (65 kes) dan Semporna (255 kes).

“Mengambil kira jumlah kes Covid-19 terbabit, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan arahan PKPDB secara pentadbiran di kawasan-kawasan ini. Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah berkenaan serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan perintah itu, semua penduduk di empat daerah terbabit tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPDB sepanjang tempoh perintah dikuat kuasakan. Menurutnya, bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke empat daerah terbabit sepanjang tempoh perintah dilaksanakan.

“Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmatan (essentials) di empat daerah terbabit. Pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB, manakala semua laluan keluar masuk ke kawasan PKPDB ditutup,” katanya.

Menurutnya, bagi memastikan pematuhan perintah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terbabit.

Katanya, bagi pelaksanaan perintah itu, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa. Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu di talian 089-881255, Tawau (089-752222), Kunak (089-851222) dan Semporna (089-782020).

Mengejutkan Kes Covid 19 Di Sabah Paling Tinggi Sekarang. Ramai Individu Dari Sabah Akan Dtg Ke Semenanjung Esok. Ini Tindakan Yg Akan Dikenakan Pada Mereka Esok.

Kuala Lumpur: Semua individu yang pulang dari Sabah akan menjalani saringan kesihatan Covid-19 di Pintu Masuk Antarabangsa bermula esok sehingga 10 Oktober. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat keperluan untuk melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan Covid-19 ke atas individu dengan sejarah perjalanan dari Sabah bagi memantau risiko penularan jangkitan dalam kalangan individu berkenaan.

“Mereka diwajibkan untuk memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera dan daftar masuk menggunakan aplikasi ini setibanya di Pintu Masuk Antarabangsa dan menjalani saringan gejala jangkitan saluran pernafasan.

“Mereka juga akan menjalani ujian saringan pengesanan Covid-19 sejurus tiba di Pintu Masuk Antarabangsa dan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO),” katanya dalam kenyataan, hari ini. Dr Noor Hisham berkata, semua individu di Pintu Masuk Antarabangsa akan diberi surat HSO, dan dipakaikan gelang kuarantin.

“Tarikh HSO akan bermula dari tarikh ketibaan di pintu masuk sehingga keputusan makmal diperolehi. Pelepasan HSO akan diberikan sekiranya keputusan ujian makmal menunjukkan negatif Covid-19. Sekiranya terdapat individu yang perlu meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing dengan menaiki kenderaan awam seperti teksi dan khidmat e-hailing, surat kebenaran untuk ke alamat yang ditetapkan akan diberikan pada hari berkenaan,” katanya

Menurutnya, sekiranya individu berkenaan mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pulang, individu berkenaan perlu menjalani saringan ulangan bagi Covid-19. “Saringan ke atas individu (warga negara dan bukan warga negara) yang pulang dari Sabah ini dikecualikan daripada caj ujian Covid-19.

“Tempoh pelaksanaan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan Covid-19 ke atas individu yang baru pulang dari Sabah akan disemak dari semasa ke semasa, berdasarkan penilaian risiko penularan jangkitan pada masa berkenaan dan maklumat mengenai sebarang perubahan berkaitannya akan dimaklumkan kepada umum,” katanya.

Kredit:Hmetro

Seorang Staff Butik Di Mall Yg Terkenal Di Ibu Kota Positif Covid 19. Puncanya Sangat Mengejutkan. Sampai Macam Tu Sekali Punca Dia Dijangkiti Positif Covid 19.

Menerusi hantaran hari ini dari Facebook Sunway Pyramid, pihak pengurusan memberitahu bahawa seorang staff dari butik sukan telah positif C0vid 19. Pengurusan Sunway Pyramid Mall telah diberitahu mengenai satu kes C0vid 19 pada 26/9/2020, yang melibatkan satu kakitangan kedai Nike di tingkat pertama pusat membeli-belah yang mempunyai sejarah perjalanan.

Kami ingin meyakinkan semua penyewa, vendor dan pelanggan bahawa kes itu adalah kes terpencil dan telah dihadiri segera setelah dikenal pasti, bersama-sama dengan penyewa yang terlibat mematuhi sepenuhnya garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM juga menghubungi mereka yang telah berhubungan dekat dengan yang kontak rapat, dan telah diperintahkan untuk melakukan pemeriksaan dan kuarantin diri. Kes ini dikendalikan dengan baik dan terkawal kerana tindakan pantas yang dilakukan oleh penyewa bersama dengan pihak berkuasa.

Sunway Pyramid Mall telah segera melakukan dan menyelesaikan pembersihan mendalam, pembasmian kuman menyeluruh serta pembersihan di seluruh premis; dan meningkatkan kekerapan proses sedemikian setiap hari.

Kami juga telah bekerjasama dengan penyewa yang terjejas untuk menyelaraskan secara menyeluruh penyiapan kerja pembersihan yang mendalam, serta mendapatkan kemas kini tepat pada masanya untuk menangani masalah ini dengan berkesan dan cekap.

Pusat membeli-belah dan pegawainya telah dilatih untuk menerapkan standard dan protokol tertinggi untuk kebersihan dan sanitasi sesuai dengan garis panduan keselamatan dan kesihatan KKM di C0vid 19. Dari masa ke masa kami terus memantau perkembangannya, kami ingin memaklumkan semua pengunjung, penyewa dan masyarakat kami untuk tetap tenang dan waspada selama ini, dan menerapkan amalan kebersihan diri yang baik.

Pengurusan Sunway Pyramid Mall komited sepenuhnya untuk melindungi kesihatan dan keselamatan penyewa dan komuniti kami, terima kasih.

Sumber : FBSunwayPyramid/OM

Terkini Dr Noor Hisham Dedahkan Lebih Banyak Mutasi D614G Yang Ditemui Dalam Sampel Ujian Covid 19. Mutasi D614G Dikatakan 10 Kali Lebih Mudah Untuk Berjangkit. Mengejutkan Rupanya Ini Punca.

Kesemua 32 ujian saringan yang dibuat terhadap sampel pesakit positif Covid-19 disahkan mempunyai mutasi D614G oleh Dr. Noor Hisham hari ini. “Institute for Medical Research (IMR) Malaysia telah melakukan ujian genom terhadap sampel virus yang diambil dari proses pengasingan dan pemupukan untuk kluster Benteng (23), Sivangangga (4) person under investigation (PUI), Tawar (3), Sungai (1) dan Bukit Tiram (1).”

“Ujian susulan telah dilakukan untuk mengkaji susunan genetik virus yang telah kita pisahkan dan bandingkannya dengan mutasi sebelumnya yang terdapat di kluster Tawar dan Sivangangga.” “Seperti yang dijangka, semua sampel virus yang kami pisahkan dari kelompok Kedah ini saling berkaitan dan berkemungkinan besar berasal dari sumber yang sama.”

Selain itu, menurut Dr. Noor Hisham, semua 23 sampel dari kluster Benteng didapati serupa tetapi tidak mempunyai kaitan dengan virus yang dijumpai di Kedah, walaupun semuanya mempunyai mutasi D614G. Tambahnya, KKM akan terus melakukan ujian dan membandingkan sampel virus ini dengan yang lain dalam keluarga Covid-19 atau Phylogenetic tree.

Mutasi Covid-19 ini telah dikenalpasti oleh para saintis pada bulan Julai lalu dan kemunculannya dilihat sebagai penghalang kepada usaha yang sedang dilakukan untuk mencipta vaksin Covid-19 yang berkesan. Ya lah, dorang buat vaksin berdasarkan sampel virus masa awal penemuan, sekarang ada mutasi pula. Bertabahlah saintis dan para medical line sekalian.

Sumber : Malaymail

Terkini Kes Positif Covid 19 Kembali 3 Angka. 111 Kes Disahkan Positif Covid 19 Hari Ni. Terkedu Kes Di Sabah Paling Tinggi. Rupa Rupanya Ini Punca Buat Orang Ramai Terkedu.

PUTRAJAYA, 25 Sept – Jumlah jangkitan COVID-19 kembali ke tiga angka dengan mencatatkan 111 kes baharu hari ini. Daripada angka tersebut, 107 daripadanya melibatkan kes tempatan dan empat (4) lagi kes import. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM), terdapat 97 kes dikesan di Sabah, antaranya 74 kes daripada Kluster Bangau-Bangau dan 13 lagi daripada Kluster Benteng. Sementara itu, terdapat lapan (8) kes dikesan di Kedah termasuk tujuh (7) daripada Kluster Sungai serta satu (1) kes di Pahang. Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: KKM

Terkini PM Umumkan Kalau Kes Positif Covid 19 Terus Meningkat Dia Akan Lakukan Sesuatu Buat Rakyat Terkejut. Akhirnya PM Tampil Bersuara Lantang Umumkan Kemungkinan Ini Yang Akan Diisytiharkan.

“Sekiranya kes Covid-19 meningkat dengan mendadak PKP akan dilaksanakan semula.” Itulah kata-kata yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sebentar tadi ketika menyampaikan pekembangan terkini tentang kes Covid-19 di Malaysia.

Ia berikutan dengan peningkatan yang begitu mendadak dekat 3 daerah baru-baru ini. Tambahnya lagi, pandemik ini mungkin akan berterusan dalam masa yang agak lama. Malah, beliau turut menambah bahawa kerajaan akan cuba meningkatkan lagi kawalan di sempadan bagi menghalang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

Tan Sri Muhyiddin ketika menzahirkan rasa bimbangnya akibat peningkatan kes itu juga turut mengingati rakyat Malaysia supaya patuh SOP agar dapat sama-sama bantu dalam memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia. Ini kerana beliau tidak teragak-agak untuk mengisytiharkan semula PKP jika kes terus meningkat secara mendadak.

Tiba Tiba Je Dr Noor Hisham Tampil Bongkarkan Sesuatu Tentang Covid 19. Dijangka Makin Hari Akan Makin Banyak Pemergian. Kes Juga Makin Hari Akan Makin Naik. Dan Kemungkinan Ini Yang Akan Diisytiharkan.

KUALA LUMPUR (Bernama) — Keadaan penularan COVID-19 di Malaysia kini berada dalam keadaan meruncing dan “bara api yang ada perlu dikawal supaya tidak merebak menjadi sesuatu yang tidak diigini.” Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan demikian ketika sesi soal jawab dengan media selepas melaporkan perkembangan situasi COVID-19 dalam negara semalam, Khamis 10 Sept.

Sekiranya keadaan berterusan meruncing, peluang menjadi tipis untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) “membendung benda ini” dan kemungkinan kes positif COVID-19 akan meningkat mendadak dan menyebabkan banyak pemergian seperti yang berlaku di banyak negara luar.

Kebimbangan beliau sudah tentunya berasas memandangkan kes baharu COVID-19 yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini ditambah dengan kemunculan kluster baharu terutama di Kedah dan di Sabah. Untuk rekod, Malaysia mencatat kes positif COVID-19 tiga angka iaitu 100 pada Selasa 8 Sept, iaitu yang tertinggi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikuatkuasakan pada Jun lepas.

Untuk hari lain sepanjang tempoh rangkuman mingguan ini, kes baharu COVID-19 dua angka dicatat pada Isnin 7 Sept (62 kes), Rabu 9 Sept (24 kes), Khamis 10 Sept (45 kes) dan enam (6) kes pada Sabtu 5 Sept dan enam (6) kes pada Ahad 6 Sept.

Dr Noor Hisham juga jelas khuatir dengan nilai Rt atau R naught (Ro) yang meningkat kepada 2.34 pada 9 Sept dan kemudiannya menurun kepada 1.78 pada 10 Sept. Beliau sebelum ini menyatakan kemunculan kluster baharu ini meningkatkan nilai Ro iaitu kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak di dalam masyarakat. Secara puratanya berapa ramai orang yang boleh dijangkiti oleh virus yang dibawa oleh kes dalam wabak tersebut.

Pada 26 Ogos 2020, Ro dilaporkan 0.74. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa 8 Sept  memaklumkan bahawa Ro meningkat kepada 1.72 di. Malaysia. Peningkatan ketara ini memberi gambaran situasi risiko berlakunya lebih banyak transmisi di dalam komuniti.

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, Ro adalah 3.55. Menurut Dr Noor Hisham, menurunkan nilai Ro kurang daripada 1 secara berterusan, akan membantu memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19 di Malaysia.

 via apampink



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post