Lepas tular wanita sanggup teman suami sendiri nikah dengan wanita lain ini luahan hati dia selepas hidup bermadu. Rupa rupanya dalam diam ini yang dia luahkan.

Sejak semalam tular gambar seorang wanita mengiringi ke majlis pernikahan suami sendiri. Hantaran yang ditulis wanita terbabit, “Ke majlis sanding suamiku..” bersama beberapa keping gambar suaminya lengkap persalinan perkahwinan telah menjadi tumpuan ramai.

Lepas tular wanita sanggup teman suami sendiri nikah dengan wanita lain ini luahan hati dia selepas hidup bermadu. Rupa rupanya dalam diam ini yang dia luahkan.



Mungkin sesetengah orang bukan mudah menerima hakikat dirinya dimadukan dan terpaksa berkongsi kasih apatah lagi untuk membuat persiapan majlis perkahwinan baharu suami. Siapa sangka, guru sains di Maktab Mahmud Padang Terap, RosyiIah Abd Rashid, 42, bukan sahaja membuat persiapan majlis perkahwinan malah menemani suaminya, Khubaib Ramli, 36, semasa majlis akad nikah ketiga di Masjid Kampung Kubang Palas, Ahad lalu.

ARTIKEL MENARIK:Hantar geng suruh peguam tarik balik tuntutan saman. Terkedu ini yang terjadi pada Nor Zabetha lepas tular tentang Eira Aziera.
loading...


Perkongsian RosyiIah mengenai persiapan majlis perkahwinan suami bersama isteri baharunya, Nurul Ain Md Soleh, 21, dan gambar bersama mereka bertiga yang dimuat naik sendiri olehnya tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi warganet.

RosyiIah berkata, dia turut menjadi tulang belakang dengan membuat persiapan perkahwinan termasuklah menyarungkan cincin tunang ke jari Nurul Ain sehinggalah majlis persandingan suaminya yang juga merupakan pengetua sekolah agama di Padang Terap.

Asiah Jalil kata toksahlah nak sanjung..

Namun ketika orang ramai memuji RosyiIah sebab wanita hebat seperti yang dikongsikan oleh sebuah laman Facebook, seorang peguam kntroversi berpandangan sebaliknya. Menerusi satu hantaran, peguam dan aktivis dikenali, Asiah Abd Jalil berkongsi tangkap layar yang mengucapkan tahniah dan memuji RosyiIah.

Asiah turut mengulas perkara itu dengan meminta orang ramai tidak menyanjung Rosyilah. ” Isteri-isteri Nabi pun kalau diberi pilihan, tak nak hidup bermadu. Setiap kali Nabi mengahwini isteri baru, isteri-isteri sedia ada akan bermasam muka.

” Ironinya, Nabi mengharamkan puteri baginda, Fatimah, daripada dimadukan oleh Saidina Ali. ”Walhal Nabi sendiri praktis poIigami. Sebab Nabi tahu, poIigami sangat melukakan hati seorang perempuan. ” So toksahlah nak sanjung perempuan-perempuan lembik yang terima poIigami sebagai jalan ke syurga.” tulis Asiah.

Terdahulu, RosyiIah memberitahu dia tidak pernah menghalang suaminya berpoIigami sama ada dengan anak dara atau pun janda, malah dia sendiri membantu mencari calon isteri lain buat suami. Gambar RosyiIah yang juga jurumekap artis sambilan itu menemani suaminya ke majlis perkahwinan di lalu di Kampung Kubang Palas, Kuala Nerang yang tular di media sosial. Berikut pula perkongsian terbaru beliau di FB

Cukup lah Jujur Dengan Diri Sendiri

“CUKUPLAH SEKADAR JUJUR DENGAN DIRI SENDIRI..KERANA ITULAH NILAI DIRI KITA SEBENAR.No need to please org lain akibat ketidaksempurnaan kita atau ketidaksempurnaan mereka. “Alhamdulillah.Home sweet home.. Rasa tenang dan damai walaupun exhausted… Selesai 2 interview, 1 dgn cosmo ptg ni, 1 dgn metro malam tadi.Tiba2 org nak interview… Mcm pelik sgt je kan

“Maybe akak tak berada di tempat uols akak tak blh rasa apa yg uols rasa kerana jiwa kita sgt berbeza. Apa pun akak terima segala ucapan uols dgn hati terbuka tak kisahla ia baik atau buruk… Dan akak ucapkan terima kasih ye sudi singgah ramai2 sampai crowded wall akak ni.

“Tq sgt atas ucapan semua..Tq jugak kpd semua whatsapp akak tanda prihatin dan melaporkan apa2 viral serta bertanya khabar hati dan diri akak… Ramai sgt tak terhitung. “Yg sebenarnya bukan hobi akak membaca kisah viral… Alang2 terjebak secara tiba2, akak terbaca jugak la sikit kisah sendiri. Tq jugak uols yg rajin melakarkan bermacam2 kisah di sebalik posting2 akak tu ye.. Pandainyerr uols.. Tq so much.

Dalam pada itu, ada juga warganet yang mengkritik, ini reaksi beliau “Nah la akak kasi awak femes jugak ye… Ambiklaaa Uols tlg femeskan adik ni haaa Kesian dia…t4kut merana tak dpt femes” tulis RosyiIah

Madu adalah calon ke-8

Katanya, madunya itu adalah calon kelapan buat suaminya sebagai isteri selepas gagal dalam pencarian sebelum ini. “Saya tidak halang suami untuk berpoligami lagi sebab suami hajat untuk berpoligami selepas kami berkahwin.

“Sebelum ini ada tujuh calon, namun mereka semua menolak disebabkan oleh tidak setuju dengan poligami ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang di sini hari ini. Suami ada syarikat sendiri

Katanya, calon kelapan ini kebetulan hadir temuduga pada 1 Februari bagi jawatan eksekutif pemasaran syarikat milik suaminya. “Semasa temuduga saya tengok reaksi suami suka pada wanita itu dan saya boleh baca dan faham keadaannya selepas dia diterima kerja sehari kemudian.

“Seminggu selepas itu suami menyatakan hasrat kepada Ain dan setuju untuk kahwin sebelum mereka bertunang pada 15 Mac lalu,” katanya. Rosyilah berasal dari Alor Janggus, Alor Setar adalah ibu tunggal kepada dua anak perempuan mendirikan rumah tangga bersama Khubaib pada 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Suaminya itu pula mempunyai enam cahaya mata iaitu dua perempuan serta empat lelaki hasil perkahwinan pertama dan lapan anak tinggal bersama mereka, manakala anak bongsu Khubaib tinggal dengan bekas isteri pertama di Kelantan.


loading...


Tambah Rosyilah yang juga merupakan jurumekap artis sambilan berkata, beliau bersedia untuk berpoligami selepas membuat persiapan lebih awal sejak lima tahun lalu. “Selepas berkahwin, saya berjanji dengan diri sendiri, kalau ada orang lain nak masuk dalam kehidupan ini (poligami) saya terima selepas tanya pendapat kawan-kawan lain untuk fahami poligami.

“Kita bila dah reda tentang poligami benda jadi biasa walaupun pada awalnya agak sukar. Saya sudah bersedia lebih awal untuk masuk dalam dunia berkongsi kehidupan seperti ini,” katanya Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: FB Syiela Rashid

Lepas viral pasal perempuan sanggup teman laki sendiri pegi nikah dengan orang lain kali ni terbongkar pulak tentang rahsia isteri pertama . Rupa rupanya ini yang terjadi.

Selain memberi keizinan buat suami tercinta untuk berkahwin dua, seorang wanita yang dikenali sebagai Syiela Rashid berjaya jadi tumpuan warganet apabila dia sanggup mengikuti proses ijab dan kabul suaminya itu. Namun apa yang mengejutkan tular pula satu komen yang mendedahkan wanita ini dahulunya pernah juga ambil hak orang lain.

Pemilik akaun yang menggunakan nama Rindiani Rin MN mendakwa, hak sepupu beliau yang mempunyai anak 6 telah dirmpas. Menurut Rindiani lagi, ini merupakan kifarah kerana telah Syiela Rashid juga pernah mer4mpas hak orang lain

Syikea Rashid sebelum ini tulr selepas memuat naik beberapa posting, foto dan video semasa majlis perkahwinan suami tercinta berlangsung. Suamiku syurgaku. Ku berlindung di bawah naungan mu. Yang menyampaikan kasih Allah untuk diriku. Selamat Pengantin Baru Abang.

Menerusi video berdurasi 41:01 saat, Syiela Rashid berkongsi live majlis akad nikah suaminya bersama madunya yang digelar adik. Video tersebut turut kelihatan ahli keluarga mereka. Di samping itu, dia turut menyiapkan pelbagai kelengkapan pernikahan suaminya selain berada di sisi suaminya sepanjang proses ijab dan kabul berlangsung.

Selain itu, wanita itu turut menemani suaminya semasa makan beradab. Wanita itu turut memegang tangan suami dan madunya. Lebih menjadi perhatian apabila wanita tersebut dikatakan sangat kuat semasa tempoh majlis tersebut berlangsung.

Majlis sanding suamiku

Dah 5 tahun lebih akak tak pakaikan sampin untuk pengantin lelaki. Sejak mendirikan rumah tangga dengan kanda akak hanya mekapkan dan groom pengantin perempuan je. Hari ini setelah 5 tahun berlalu. Akak refresh balik kemahiran lama akak. Semalam praktis sekali pakaikan sampin untuk kanda. Ok. Jari akak masih lembut rupanya. Maklumlah mak andam kata sang kanda haha. Head to toe kanda hari ni special touch by MUA Syiela Rashid. Untuk majlis akan datang attire kanda akak yang designkan special untuk hari tersebut.

Jelas Syiela lagi, semua persiapan termasuk pakaian pengantin disediakan olehnya. Dia turut memberitahu baju pengantin yang bakal dipakai oleh suaminya nanti merupakan rekaan istimewanya. Susah jumpa macam akak ni

Dalam status terbaru, wanita tersebut juga berkongsi bagaimana dia berusaha dan begitu teruja menyediakan pakaian untuk majlis pernikahan suami. Apa-apa pun kita tunggu reaksi dari pihak satu lagi, dan di harapkan segala konflik dapat di selesaikan dengan baik. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Poligami dalam islam

Rasulullah SAW sangat kreatif menggunakan pelbagai strategi dakwah sesuai dengan konteks semasa pada zamannya. Antaranya adalah strategi dakwah melalui pernikahan. Pada usia 25 tahun, Baginda berkahwin dengan Siti Khadijah pada fasa Makkiyah.

Dalam 10 tahun di Madinah, barulah Baginda berpoligami demi dakwah. Pernikahan itu tidak dibuat secara sembunyi. Ia dilakukan secara terhormat dan berjaya memenangi serta menyatukan hati banyak kelompok yang suka bermusuhan sehingga tertanam rasa kekerabatan dengan Baginda.

Poligami itu bukan mengikut sunah. Matlamat yang jelas dan kebersihan niat Baginda menggunakan strategi pernikahan untuk dakwah semakin diterima apabila seseorang memahami tafsir Surah al-Nisa’, ayat 3 yang diajarkan Rasulullah SAW. Dalam Tafsir Fi Zilalil Quran, Syed Qutb menjelaskan mengenai tafsir Surah al-Nisa’, ayat 3 berkenaan:

l Seseorang yang memahami rh Islam dan matlamatnya tidak akan berkata, “Berkahwin lebih daripada seorang dituntut dan digalakkan…” l Al-Quran mengemukakan pelbagai bimbingan dan perundangan untuk melindungi wanita khususnya anak yatim perempuan yang masih kecil dan perempuan yang lemah dan menjaga hak mereka sekalian dalam harta pusaka dan pencarian serta memelihara hak dan menyelamatkan mereka daripada kejahatan dan adat tradisi yang.

l Islam datang bukan untuk memberi kebebasan beristeri lebih daripada seorang, malah untuk membataskan bilangannya. l Ia datang bukan untuk membiarkan perkara itu kepada kehendak hawa nafsu lelaki, malah meletakkan keadilan sebagai syarat perkahwinan lebih daripada satu. Jika tidak, maka kebenaran yang diberikan itu akan tertahan.

Mengapa Islam mengharuskan perkahwinan lebih daripada seorang? Sayyid Qutb memberi contoh poligami menjadi penyelesaian realistik dalam situasi perempuan lebih ramai daripada lelaki, isteri tidak sukakan hubungan, isteri sakit dan isteri mandul.

Syarat keadilan menjamin keadilan bagi membolehkan wanita menghadapi keadaan darurat dan tuntutannya yang pahit. Seseorang yang memahami Islam dan matlamatnya tidak akan berkata, berkahwin lebih daripada seorang dituntut dan digalakkan.

Tiada motif lain kecuali untuk menikmati kelazatan haiwaniah dan kenikmatan berpindah-pindah daripada seorang isteri kepada isteri lain sebagaimana perpindahan dilakukan seorang lelaki dalam kalangan teman wanitanya. Di istana raja ditempatkan isteri raja, gundik dan pelayan wanita. Amalan itu bukan anjuran Islam.

Masyarakat itu yang pertama bertanggungjawab terhadap sistem bebas berkahwin lebih daripada seorang dalam bentuk yang rendah dan meragukan. Keadilan yang dituntut ialah keadilan dalam mua’malah, nafkah, tinggal bersama dan hubungan kelamin. Keadilan dalam soal hati di luar kemampuan manusia.

Islam tidak menyuruh berkahwin lebih daripada seorang, tetapi membenarkannya dengan bersyarat. Itulah langkah lebih dekat supaya kamu tidak berlaku jahat. Ia juga adalah soal keprihatinan, ketakwaan dan takut kepada Allah apabila dia tidak dapat berlaku adil terhadap wanita di bawah jagaannya.

Diberikannya rukhsah (kelonggaran) untuk melakukan poligami. Islam tidak memperkenalkan poligami kerana ia sudah ada dalam budaya terdahulu. Islam datang untuk membatasi dan tidak menyuruh berpoligami melainkan hanya memberi kelonggaran untuk menyelesaikan masalah tertentu.

Ia diperteguhkan lagi dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya), oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan),

dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang jahat), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Nisa’, ayat 129) Merujuk tafsir sahih Ibnu Kathir:

“Wahai sekalian manusia, kalian tidak akan mampu berlaku adil antara isteri-isteri kalian daripada segala sisi. Kerana sekalipun kalian memberi giliran malam yang sama kepada mereka, namun kalian pasti berbeza dalam rasa cinta.” Perkara itu disebut oleh Ibnu Abbas, Ubaidah as-Salmani, Mujahid, Hasan al-Basri, al-Dhahak bin Muzahim. (Al-Thabari – IX/285-287)

Imam Ahmad dan penulis kitab sunan meriwayatkan bahawa Aisyah berkata, Baginda memberi giliran mereka dengan adil.Baginda memohon: “Ya Allah, inilah pembahagian yang aku mampu, maka janganlah Engkau cela diriku pada apa yang Engkau miliki dan tidak aku miliki.”

(Aisyah berkata), ‘Iaitu hati.’ “Sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung.” Ibnu Abbas, Mujahid, Said bin Jubair, al-Hasan, al-Dhahak, al-Rabi’, al-Suddi dan Muqatil bin Hayyan berkata, keadaan itu seperti tiada suami dan tidak juga dilepaskan.

Islam juga memahami realiti yang banyak berlaku sehingga ayat selepas itu berbunyi, “Dan jika kedua-duanya berpisah, maka Allah akan cukupkan (keperluan) masing-masing daripada limpah kurnia-Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 130)

Menurut tafsir sahih Ibnu Kathir, apabila sepasang suami isteri berpisah, Allah akan memberikan kecukupan kepada kedua-duanya dan memberikan kepada masing-masing mereka ‘pengganti’ yang lebih baik. Allah SWT Maha Luas kurnia-Nya, besar pemberian-Nya serta bijaksana dalam setiap perbuatan dan ketentuan-Nya baik yang bersifat kauni atau syar’i.

Begitulah realistik dan adilnya ajaran Baginda yang meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Bukan seperti kata-kata negatif yang tersebar tanpa asas ilmu. Antara pernikahan yang menatijahkan kejayaan besar buat dakwah ialah menerusi perkahwinan Baginda dengan Juwairiyah binti al-Harith.

Juwairiyah adalah puteri bangsawan kepada al-Harith bin Dirar iaitu pemimpin Bani al-Mustaliq. Dengan pernikahan itu, Bani al-Mustaliq yang asalnya membenci dan sampai tahap memerangi umat Islam, akhirnya ramai yang masuk Islam. Nabi SAW sudah melihat potensi pernikahan itu untuk dakwah iaitu ia boleh meredakan kebencian kaum Bani al-Mustaliq kepada Islam, bahkan mencintai kebaikannya. Penulis pendakwah dan penulis buku

via apampink


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post