Tanpa perlu berselirat dengan crown, bunga dan juga perhiasan mewah yang berlebihan, Mira Filzah tetap anggun dengan gaun berwarna emas di samping suami tercinta pada malam resepsi perkahwinannya.
Gambar berlegar2 di media sosial. Menerus #EmirAmirah di Instagram, gambar serta video dari IG story milik sahabat handai dan ahli keluarga telah berkongsi suasana cukup romantis di persandingan pengacara Nona itu dan suaminya, Wan Emir Astar.
ARTIKEL MENARIK:Tular video anak Nora Ariffin. Terkini anak sulung penyanyi tersebut bertindak mahu menyaman penyebar video tersebut dan ini penjelasan lanjut berkenaan hal itu
Momen romantis
Dalam pada itu, momen-momen romantis yang terlihat dari sisi Wan Emir juga berjaya dirakam apabila bertungkus-lumus membantu isteri tersayang turut daripada tangga pelaminan dengan mengangkat gaun Mira yang tersangkut di tangga ketika menuruni pelamin
Mira Menangis
Mira juga kelihatan beberapa kali mengalir air mata selepas mendengar beberapa ucapan dari keluarga dan sahabt handai. Emir di lihat cuba mengusap air mata Mira dan momen tersebut sempat di rakam oleh tetamu yang hadir. Pelamin persandingan merpati dua sejoli ini telah direka khas oleh rekateemor dan bertemakan The Midnite Sky.
Majlis resepsi ini merupakan majlis kedua selepas pernikahan yang diadakan semalam di Convention Centre Sime Darby. Resepsi kali ini diadakan di Hotel Le Meridien, Putrajaya merupakan majlis resepsi bagi pihak perempuan
Wan Emir Kena Reject Banyak Kali
Suami kepada Mira Filzah, Wan Emir Astar mendedhkan pelawaannya telah ditolak beberapa kali oleh pelakon itu pada mulanya. Menurut Emir meskipun berdepan pelbagai cabaran untuk menawan hati Mira , namun dia tidak pernah berputus asa.
“Saya mula sukakan Mira sejak 2016 dan ketika itu saya hanya cuba DM (mesej peribadi) dia di Instagram ,namun tidak pernah berbalas. “Sampailah satu hari tu saya pasang niat saya mahu jadikan Mira sebagai isteri dan alhamdulilah dia balas.
“Saya sanggup kena ‘rejected’ dengan Mira banyak kali kerana sekurang-kurangnya saya tidak menyesal mencuba. “Sampaikan saya pernah mesej ibu Mira sendiri kerana ketika itu saya fikir saya mahu mencuba sehabis mungkin dan tidak kisah pun dimalukan,” katanya.
Emir dan Mira itu ditemui selepas majlis akad nikah mereka yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam. Sementara itu, Mira memberitahu dia menerima Emir kerasa kesungguhannya.
“Saya boleh kata effort dia sangat tinggi dan melihat kesungguhan dia saya terpikat,” katanya. Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Hal Ehwal Khas Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid. Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu.Pada Jumaat lalu, Mira mengadakan majlis khatam al-Quran bersama adiknya iaitu Aina Fadhilah di kediaman keluarganya di Bangi. Pasangan mepati sejoli itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya pada malam, Jumaat.
Sementara itu, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press. Sumber : MB
Hantaran Istimewa Mira Filzah Kepada Emir Memang Luar Biasa, Tak Sangka Individu Ini Yang Buat Sendiri
Pelakon dan pengacara, Mira Filzah selamat bergelar isteri kepada Wan Emir Astar, 30, dengan sekali lafaz di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada kira-kira pvkul8.58 malam. Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, dinikahkan oleh bapanya Badioezaman Ab. Khalik.
Bersaksikan Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abdul Nasir Abdullah. Pasangan pengantin sedondon memakai busana putih rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan solekan oleh Yna Sakinah. Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat, selebriti dan media.
Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Hal Ehwal Khas Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid. Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu.
Pada Jumaat lalu, Mira mengadakan majlis khatam al-Quran bersama adiknya iaitu Aina Fadhilah di kediaman keluarganya di Bangi, Jumaat lalu. Pasangan mepati sejoli itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya pada malam, Jumaat.
Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat, selebriti dan media. Sebuah lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong pada Ahad.
Sementara itu, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi. Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.Pihak lelaki juga menyerahkan sembilan dulang hantaran dan berbalas 11 daripada pihak perempuan.
Hantaran Istimewa
Antara hantaran istimewa Mira kepada Emir adalah seutas jam tangan yang dihantar khas ke Hong Kong untuk proses pengukiran ‘nota pendek’ Mira kepada suami tercintanya. Tidak hanya itu, lima daripada 11 hantaran daripada Mira dibuat sendiri neneknya yang kini berusia 81 tahun.
Antaranya adalah kek fondant, tepak sirih, halwa dan biskut serta sirih junjung. Selain itu, kek pernikahan Mira juga dibuat oleh air tangan nenek Mira. Majlis pernikahan itu bertemakan Mihrab Cinta yang berkongsepkan kubah berbentuk Islamik kerana mengikut citarasa Emir.
Ini memandangkan dia seorang artikek yang minat akan struktur dan ciptaan bangunan. Memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Mira berkata, walaupun sudah bergelar isteri dia akan terus menumpahkn sepenuh kecintaan terhadap kerjaya lakonannya.
“Saya akan terus menyambung kerjaya lakonan seperti biasa dan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas segala sokongan yang dibrikan sejak awal kerjaya saya sehingga hari ini. Doakan yang terbaik untuk saya dan Emir,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press. Sumber : TV3
Sudah Memasuki Fasa Baharu Dalam Hidupnya. Mira Filzah Buat Permohonan Maaf Dengan Sesetengah Pihak Ini Dan Harap Semua Urusan Dipermudahkan
BAKAL memasuki fasa baharu dalam hidupnya, pelakon Mira Filzah mengambil kesempatan memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah terluka dengan dirinya. Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, menerusi Instagram iaitu beberapa jam sebelum diijab kabul dengan jejaka pilihan hatinya Wan Emir Wan Astar ini berkata, dia mahu memasuki alam perkahwinan dengan hati yang bersih dan tenang.
“Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. InshaAllah malam ini Mira akan bernikah. Di sini Mira ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf pada sesiapa sahaja jika ada yang terluka, terkasr bahasa, tersilap kata dan sebagainya, andai ada yang tidak suka atau berasa tidak senang pada Mira.
Mira dan Emir bertunang pada Disember lalu. “Mira minta maaf. InshaAllah I’ll be entering a new phase of life tonight, Mira nak mulakan dengan hati yang bersih dan tenang, dan Mira mengharapkan doa daripada kalian agar majlis majlis ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, ” ujarnya.
Mira bakal disatukan dengan tunangnya Emir di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara Kuala Lumpur pada malam Khamis. Dalam pada itu, Mira turut meminta maaf kerana hanya mengadakan majlis secara kecil-kecilan dan tidak dapat menjemput tetamu lebih ramai.
Dia juga mengakui bimbang jika ada saudara mara atau kawan-kawan yang terasa hati disebabkan tidak mendapat jemputan sebagai tetamu hari bahagianya itu. Mira mohon maaf kepada yang tidak dapat jemputan majlis pernikahannya.
Majlis pernikahan Mira dan Emir akan disiarkan secara langsung di program Mbuzz di TV3 pada pukul 9 malam dan turut boleh disaksikan di YouTube TV3 pada pukul 8.30 malam. Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini Sumber:mstar
Post a Comment