Pelakon Atikah Suhaime menerima kr1itikan daripada warganet selepas memuat naik sebuah video yang memaparkan bentuk badannya yang kelihatan agak bvncit di Instagram.
Bahkan, disebabkan keadaan perutnya yang kelihatan berisi itu juga, terdapat warganet yang mempersoalkan sama ada dirinya berbadan dua.
ARTIKEL MENARIK:Tular tentang pusat Tahfiz Aaron Aziz terpaksa dirobohkan tanpa sebab. Terkejut bila tiba tiba wanita ini tampil bersuara lantang bongkarkan puncanya buat warganet terkedu.
“Adakah awak mengandung?
“Haah, lama perasan, macam ada isi, tak ada bentuk,” tulis sebahagian warganet.
Komen tersebut kemudian mendapat perhatian Atikah Suhaime yang kemudian mengakui akan kekurangan bentuk badannya. “Bagaimana saya boleh (meng4ndung)? Saya hanya gemvk dan bun1cit.” jawabnya. Menurut Atikah, dia akui komen-komen negatif tersebut yang mengkrit1ik dirinya sedikit sebanyak turut mengganggu emos1inya.
“Tiba-tiba pagi ni saya emosional. Saya ada perasan. Perempuan kalau orang cakap gemvk, mesti rasa down. Ya, saya bunc1it gemuk. Nantilah saya bersenam,” katanya. Pada masa sama, katanya, dia tidak menjadikan isu fizikal luaran sebagai perkara penting yang perlu diambil pusing.
“Tak apalah saya gemuk dan buncit, janji hati saya bersih ikhlas dan boy friend (teman lelaki) saya kaya. Alhamdulillah, syukurlah,” luahnya menerusi satu entri di Insta Story miliknya. Difahamkan, Atikah kini sedang bercuti di Langkawi bersama teman lelakinya, Datuk Lokman Teh.
Atikah Suhamie Terima 30 Kuntum Bunga Ros ‘Lambang Kesetiaan’ Dari Kekasih
Sudah pun bertemu pengganti dan sedang hangat bercinta dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh, pelakon Atikah Suhaime memberitahu sering menerima kejutan hadiah bunga daripada kekasihnya .
Menerusi Instagram, Atikah berkongsikan dia dikejutkan lagi dengan hadiah 30 kuntum bunga ros merah dari Datuk Lokman. Atikah juga turut meluahkan rasa rindu dan tidak sabar untuk berjumpa seteleh pintu sempadan dibuka kelak.
Lebih istimewa, Datuk Lokman itu turut memberikan ucapan istimewa buat Atikah, dimana 30 kuntum bunga ros itu melambangkan kesetiaan cintanya kepada pelakon itu. Perkongsian Atikah itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang tumpang gembira melihat kebahagiaan pelakon itu dan mendoakan agar pasangan itu segera mendirikan rumah tangga.
Terdahulu, pengurus kepada pelakon itu iaitu Nia Adlina Aishah mengesahkan Atikah menjalin hubungan cinta dengan Datuk Lokman. Bagaimanapun, pasangan itu belum melakukan sebarang persediaan untuk melangkah ke fasa seterusnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : GEMPAK/Sinar Viral Press
Gambar Mandi Dalam Kolam Raih Perhatian Warganet. Atikah Suhaimi Bengang Bila Gambar Dia Mandi Dipertikai Orang Ramai Atas Satu Sebab Ini
Pelakon Atikah Suhaime memuat naik sekeping foto di dalam kolam renang yang mengundang tanda tanya dalam kalangan pengikutnya mengenai keaslian foto tersebut. Bahkan, ada yang mendkwa Atikah sudah melakukan suntingan terhadap gambar tersebut kerana terdapat imej herot pada imej pantulan pada air.
Begitupun, menurut Atikah, gambar yang diambil ketika bercuti di sebuah resort di Gambang, Pahang itu tidak disunting langsung.Sebaliknya, jelasnya, ia hanyalah kesan biasan pada air secara semula jadi.“Gambar asal ada kelihatan imej kaki besar di bahagian dasar. Adakah anda ingin cakap yang saya menyunting kaki besar di bawah ini?“Kenapa perlu saya lakukannya? Adakah anda belajar mengenai pembiasan di sekolah atau warganet sekarang sebod0h itu?,” katanya menerusi satu entri di Instagram Story.
Terdahulu, Atikah yang memuat naik gambar dirinya berada di kolam infiniti seolah-olah sedang berenang di dalam tasik turut dipertikai.“Gambar yang disunting? Saya boleh nampak pantulan lantai kolam ronang dalam air,” tulis seorang warganet.
Begitupun, Atikah kemudian menafikan terdapat suntingan dibuat selain menyindir bahawa foto tersebut sudah cukup sempurna termasuklah wajahnya.“Wajah saya telah disunting oleh @vogueclinickl. Tak perlu untuk edit gambar saya di Instagram lagi,” jawabnya.
Atikah kini sedang bercuti bersama kekasih hatinya, Datuk Lokman Teh di Pahang.Saksikan drama lakonan Atikah Suhaime di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘san1itizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COV1D-19!
Sumber:Gempak
Foto dimuatnaik Atikah Suhaime telah dibanjiri komen yang rata rata memuji rupa parasnya.
Pernah membintangi beberapa drama, nama Atikah Suhaime dalam arena hiburan tempatan bukanlah baru. Wanita berusia 28 tahun ini ternyata memiliki bakat lakonan dan aura yang tersendiri. Terbaru Atikah Suhaime berkongsikan satu foto di sekitar 90-an melalui laman Instagram miliknya. Foto tersebut memaparkan sekumpulan kanak-kanak yang sedang duduk bergambar bersama-sama.
“90’s kids, boleh teka yang mana satu saya?”, tulis pelakon berasal dari Singapura ini di ruangan kapsyen. Foto yang dikongsikannya sejak semalam itu ternyata meraih perhatian ramai dengan hampir 8,000 likes dan pelbagai komen dari warganet. Rata-ratanya memuji paras rupa pelakon ini yang dimilikinya sejak kecil lagi.
Sumber: Atikah Suhaime via HCL
Atikah Suhaime Akhirnya Akui Datuk Lokman Teh Kekasih Baharunya
Pelakon Atikah Suhaime akhirnya terbuka dedahkan kekasihnya iaitu ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh.Atikah menerusi akaun Instagram miliknya, akui Lokman Teh tersebut merupakan kekasihnya. Malah pelakon yang berasal dari Singapura itu turut memuat naik foto mesra mereka berdua.
“Kekasih saya tak tahu mengambil gambar tetapi saya masih sayangkannya,” kapsyennya dari gambar yang dimuat naik. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan kebahagiaan mereka. Pada Julai tahun lalu, Atikah ada memberi kenyataan kepada media bahawa dia baharu sahaja mengenali hati budi Lokman. Terdahulu, Atikah mengikat tali pertunangan bersama Awie Rafael sebelum hubungan itu putus pada 14 Mac 2019 iaitu tiga hari sebelum sepatutnya mereka diijabkabulkan.
‘Apa motif Atikah?’
“Saya tidak tahu apa tujuan dia. Biarlah, saya positif sahaja.” Demikian reaksi penyanyi Awi Rafael, 34, ketika mengulas perlakuan bekas tunangnya, Atikah Suhaime yang membuat luahan menerusi Instagram Story, semalam, mengatakan dirinya pernah melalui episod hubungan tidak sihat. Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael berkata, dia mendapat tahu perkara itu menerusi teman rapatnya, namun tidak melatah. Awi bagaimanapun, menegaskan pernyataan Atikah mengatakan dia berpura-pura kaya dan menyalahkan wanita itu apabila rancangan perkahwinan mereka batal sebagai tidak benar. “Setahu saya, belum pernah saya berlagak kaya. Malah, jika dilihat menerusi muat naik di Instagram, saya tidak pernah menampakkan ciri-ciri hidup mewah.
“Pada zaman ini, orang boleh bercakap apa sahaja, tetapi mereka yang bijak akan menilai mana baik dan kurang baik. Saya memilih untuk menjadi lebih positif. “Semua ini perkara remeh untuk saya fikirkan, apatah lagi, ia dibangkitkan semula selepas hampir setahun kami membawa haluan masing-masing,” katanya kepada BH Online. Dalam luahan itu, Atikah mengatakan, dirinya pernah melalui situasi gelap dalam sebuah perhubungan dan ketika dia mencari kejujuran, ia bertukar menjadi perkara tidak indah. Pelakon yang popular menerusi filem Highland Tower dan Legenda Budak Hostel itu juga mengatakan, dirinya menjadi mangsa hubungan yang ‘menguji’ emosi dan memberi peringatan kepada wanita lain supaya segera sedemikian apabila berdepan situasi sama.
Sementara itu, Awi bersyukur, orang ramai tidak menilai berdasarkan kenyataan yang tersebar dan yakin mereka mengenali dirinya yang sebenar. “Saya tidak perlu membuat penjelasan. Saya percaya, orang luar juga tahu personaliti saya yang sebenar. “Saya kasihankan dia. Saya gembira dan bersyukur dengan kehidupan ini, malah mendoakan dia sentiasa dilindungi Allah. Apa yang berlaku ini, saya anggap sebagai perlakuan wanita yang mengikut emosi,” katanya. Dalam perkembangan lain, Awi berkata, dia sibuk menguruskan program muzik untuk kanak-kanak autisme sebagai terapi bagi mencungkil kemahiran golongan itu. Di bawah akademi miliknya, Newsantara, Awi kini memiliki 47 pelajar sejak diperkenalkan Julai tahun lalu. Awi juga bersyukur modul yang diperkenalkan menunjukkan hasil positif sehingga mendapat kepercayaan banyak pihak untuk mengembangkan usaha itu.
Awi tetap kawan Atikah
SELEPAS lebih sebulan perkahwinan mereka dibatalkan di saat-saat akhir, penyanyi Awi Rafael tidak kekok untuk terus berhubung dengan bekas tunangnya yang juga pelakon, Atikah Suhaimi. Awi berkata, dia dengan Atikah masih berkawan dan mereka menerima apa yang berlaku serta sudah lakukan yang terbaik.
“Saya tak rasa kekok langsung untuk berkawan dengannya kerana kami sudah cuba untuk lakukan sesuatu untuk hubungan kami. “Kalau kami bergaduh atau apa, itu mungkin akan menyebabkan rasa kekok. Tapi, sebab kami tak bergaduh, jadi kami okay saja,” katanya.
Selebriti dari Singapura ini melangsungkan pertunangan pada 17 Mac 2018 selepas lapan tahun berkenalan. Mereka sepatutnya bernikah pada 17 Mac lalu di Singapura, namun Awi mengumumkan bahawa majlis perkahwinan mereka dibatalkan tiga hari sebelum itu.
Awi berkata, dalam tempoh itu dia banyak sibukkan diri dengan kerja dan bakal membuka studio baru bersama rakannya yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza. “Dalam sebulan ini, saya memang kebetulan sibuk dengan kerja-kerja di belakang tabir serta menghadiri beberapa acara. Studio kami nanti dikenali sebagai Newsantara Studio,” katanya.
Menurut Awi, Atikah juga adalah artis naungan Newsantara Studio. “Kami memang bekerja di bawah satu bumbung secara profesional dan tak lama lagi, Atikah akan muncul dengan single baru berjudul Cintaku Puk Puk Puk,” katanya.
Ditanya sama ada dia akan memulakan hidup baru dengan wanita lain selepas ini, Awi mengakui perlukan sedikit waktu. “Saya perlukan masa untuk ‘move on’. Saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk diri saya dan sentiasa menjadi orang yang positif. “Apabila saya rasa seperti tertekan dan sebagainya, saya sedar di luar sana masih ramai lagi orang yang kisah hidupnya lebih susah daripada saya. Itu buatkan saya bersyukur dengan hidup saya,” katanya.
Sumber : myMetro via apampink
Post a Comment