Pasangan suami isteri ini pernah dikhabarkan masuk hospital. Terkini Zain Saidin dedahkan punca dia masuk hospital dan tak sangka ia melebihi paras tujuh

PELAKON Zain Saidin mengaku dia pernah mengalami masalah kolestrol tinggi kerana tidak menjaga makan berikutan masakan isterinya, Rozita Che Wan atau Che Ta terlalu sedap.Zain, 36, yang ditemui berkata masalah berkenaan dialaminya selepas menghabiskan banyak masa di rumah ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

Pasangan suami isteri ini pernah dikhabarkan masuk hospital. Terkini Zain Saidin dedahkan punca dia masuk hospital dan tak sangka ia melebihi paras tujuh
“Ketika PKP itu, saya memang duduk di rumah saja kerana seronok ada banyak masa bersama keluarga. Ditambah, Che Ta pun sama, dia tak boleh melakukan penggambaran drama.”Jadi, setiap harilah dia memasak untuk kami sekeluarga. Malah, semua masakannya pula sangat sedap dan saya pun tak kawal makan sehingga mengalami kolestrol tinggi.

ARTIKEL MENARIK:Dalam diam dah sah bergelar suami. Mengejutkan bila tiba tiba Fendy Bakri muat naik foto pernikahan yang serba sederhana. Rupa rupanya ini punca dia rahsiakan pernikahan.
loading...




“Ketika dimasukkan ke hospital akibat ‘thinning disc’, yang menyebabkan sakit belakang pada Jun lalu, baru tahu saya mengalami kolestrol tinggi melebihi paras tujuh,” katanya.Menurut Zain, dia yang memiliki sejarah keluarga ada kolestrol tinggi sejak itu mula menjaga pemakanan hariannya dan enggan terlepas pandang lagi.

Zain yang kini jarang berlakon,  memberi tumpuan pada perniagaan  kambing bakr dikenali Mmmbaek yang diusahakan bersama rakannya di kantin, Setor Gombak sejak awal tahun lalu.Mengakui minatnya pada lakonan tidak pudar, Zain berkata hingga kini penonton sangat mengingatinya dengan watak Henry  Middleton dalam drama Oh My English!


“Pengaruh dan aura watak itu (Henry  Middleton) terlalu besar pada saya. Sampai sekarang, ia terus diingati penonton selain lakonan saya dalam drama Kiah Pekasam pada 2010 lalu.”Melalui drama Kiah Pekasam itulah saya mula berkenalan dengan Che Ta dan jatuh cinta. Alhamdulillah juga, kami berjodoh hingga mendirikan rumah tangga,” katanya.

Zain dan Che Ta berkahwin pada 13 Disember 2013 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, 6.Selain itu, Zain juga memiliki dua anak tiri lelaki, daripada perkahwinan terdahulu Che Ta.-mymetro

Mengejutkan. Che Ta Terpaksa Dapatkan Rawatan Ekoran Kejadian Di Tempat Penggambaran. Ini Rupanya Yang Terjadi Sampai Kakinya Terseliuh

KUALA LUMPUR: Mal4ng tidak berbau. Begitulah nasib menimpa pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan apabila kaki kirinya terselivh ketika dalam penggambaran drama Dayang Sen4ndung di sebuah hotel di Puchong, petang semalam. Dalam kejadian itu, Rozita atau mesra disapa Che Ta, terj4tuh selepas seorang pelakon tambahan terp1jak kainnya. “Betullah mal4ng tidak berbau… Saya reda dengan ujian ini. Benda kalau sudah hendak jadi, apa daya kita hendak menghal4ngnya. “Sampai berbalut lutut… Ini pengalaman pertama saya terjatvh di lokasi penggambaran,” katanya kepada BH Online. Sebaik terjatvh, penerbit drama berkenaan, Zeel Production pantas membawa Rozita mendapatkan rawatan di hospital berdekatan. Berikutan keadaan kakinya itu, Rozita risau dengan penggambaran drama lain yang perlu dijayakannya.

“Selain Dayang Sen4ndung, saya terbabit dengan drama Juliet dan Kebaya Kasut Kanvas. “Hvru-haralah jadual saya selepas ini. Doktor beri cuti seminggu untuk saya berehat,” katanya. Namun, Rozita sedia berlakon jika pengarah membenarkan babak dijayakan dalam keadaan dia duduk. “Cuma saya kena tengok keadaan dan perkembangan lutut ini. Saya juga tidak mahu menyusahkan produksi dan tidak selesa bertongkat di set,” katanya.-bh


loading...


Zain Saidin masuk hospital

KUALA LUMPUR: Zain Saidin, 36, dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di sini, kelmarin, akibat jangkitan pundi k3ncing. Bagaimanapun, Zain yang juga suami kepada Rozita Che Wan atau Che Ta, memaklumkan dirinya, stabil. “Saya mula sak1t pada pinggang hingga ke belakang badan sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Ketika itu, saya fikir, mungkin boleh berjumpa doktor selepas tamat PKP. “Namun, sangkaan saya mel3set. Pagi Sabtu lalu, saya bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan ditahan di wad,” katanya kepada BH Online. Zain berkata, dia tidak mahu lagi berlengah-lengah jika membabitkan soal kesihatan. “Takut dibiar lama nanti timbul komplik4si lain pula. Saya stabil setakat ini… Alhamdulillah,” katanya.

Tambah pelakon sitkom Oh My English! itu, kali terakhir dia dimasukkan ke hospital, kira-kira lima tahun lalu kerana operasi lutut. “Selain itu, doktor beritahu bacaan kolestrol saya t1nggi. Jika diikutkan sejarah keluarga, kami sering berdepan masalah ini. Jadi, perkara itu bukanlah pelik,” katanya. Bapa kepada Aaisyah Dhia Rana ini sedar sak1t tidak pernah mengenal usia. “Dahulu, firasat saya, sak1t akan datang ketika berusia. Saya anggar pada usia 40 tahun, kalau sakit kita sakit, ia normal. “Tetapi, apabila sudah jatuh s4kit sekarang, saya anggap ia suatu peringatan untuk kita berjaga-jaga. Walaupun saya aktif bersenam, kalau hendak s4kit, ia akan datang. “Jika kita sakit, duit banyak pun tidak memberi makna. Sebab itulah ada pepatah berbunyi mencegah itu lebih baik daripada mengubati,” katanya-bh

‘Cukuplah Che Ta sorang…’

KUALA LUMPUR: Tergelak Zain Saidin apabila foto dirinya berbaju Melayu serba lengkap pada hari pernikahan kakaknya, Sasha dengan duda anak dua di ibu negara, Isnin lalu, disal4h anggap konon mahu ‘pasang dua’. Suami Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta itu hadir pada majlis akad nikah Sasha, 43, dan Sirhan Wahab, 42, bagi memenuhi tanggungjawab sebagai jurunikah kepada pasangan itu. Tindakan Che Ta berkongsi Instagram (IG) Story yang antara lain memaparkan foto Zain berbaju Melayu dengan keterangan ‘majlis pernikahan Zain Saidin’ pantas mengundang spekvlasi ramai. “Saya dan isteri hanya tergelak membaca komen kononnya saya mahu berkahwin lagi. Tak tahu nak komen apa… Takkanlah saya nak nikah lagi.

“Cukup satu isteri dan saya bahagia bersama Che Ta dengan kehidupan kami… Alhamdulillah,” katanya kepada BH Online. Ditanya pengalamannya menjadi jurunikah bagi Sasha dan suaminya, Zain mengaku sebak ketika melakukan tugas itu. “Saya cuma melaksanakan tanggungjawab. Saya anggap diri ini mewakili 4rwah ayah. Saya dapat rasa, kalau ayah ada, dia akan melakukannya. “Saya sebak kerana tidak dapat melihat arw4h ayah melakukan tanggungjawab itu. Saya bangga dapat melakukannya demi kakak tersayang,” katanya yang ketika ini sibuk menguruskan perniagaan Restoran Mmmbaek di Gombak. Isnin lalu, selepas lapan tahun bergelar ibu tunggal, Sasha selamat diijabkabulkan dengan Sirhan di sebuah premis acara di sini, pada jam 9.28 malam. Pasangan itu dinikahkan Zain di hadapan ahli keluarga.-bh

Mahu hidup 55 tahun lagi bersama Che Ta, ini jawapan jujur Zain Saidin!

FOTO pasangan selebriti, Rozita Che Wan dan Zain Saidin meraikan ulang tahun kelima perkahwinan mereka menarik perhatian pengikut di laman Instagram. Lebih mendapat tumpuan apabila Zain memuat naik kapsyen membayangkan perkahwinan mereka akan bertahan sehingga 55 tahun lagi. “Selamat ulang tahun sayangku Rozita Che Wan, lima tahun yang indah dan 55 lagi untuk dilalui. I love you so much,” tulisnya. Che Ta dan Zain menyambut ulang tahun perkahwinan ke-5. Gara-gara nombor 55 itu, ramai pengikut tertanya-tanya mengapa Zain memberikan bayangan angka tersebut. Menurut pelakon drama Oh My English! ini, angka tersebut merujuk kepada 55 tahun lagi mereka akan berada di dunia. Pasal 55 tahun lagi kami pun dah 90 tahun, tempat persemadian pun dah memanggil,” balasnya di komen penerbit syarikat Zeel Production yang mesra disapa Haji Zeel.

Kapsyen ditulis Zain dan Che Ta di Instagram mendapat perhatian warganet . Menerusi akaun Instagram Rozita Che Wan pula, dia turut memuat naik beberapa keping foto istimewa bersempena ulang tahun perkahwinan mereka itu. Rozita, 45, dan Zain, 34, mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana, yang kini berusia empat tahun. Rozita turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 22, dan Aniq Ezzra, 20, hasil perkahwinan pertamanya

Tahun ini Che Ta lebih sederhana

PELAKON Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta tidak mahu lagi berkongsi jumlah pakaian raya keluarganya tahun ini seperti yang biasa dilakukan sebelum ini. Che Ta berkata, penularan pandemik Covid-19 ketika ini membuatkan dia sekeluarga meraikan Aidilfitri dalam keadaan serba sederhana. “Kami sekeluarga memang sudah siapkan baju raya lebih awal seperti tahun-tahun sebelum ini. Sejak Januari saya sudah beli kain dan dalam bulan Februari, semuanya sudah tersedia. Namun, saya rasa dalam keadaan sekarang, biarlah jumlahnya dirahsiakan. Cukup kami raikan secara sederhana,” katanya.

Sebelum kerajaan mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Che Ta sekeluarga sudah melakukan sesi fotografi sempena Aidilfitri. “Mujur sebelum PKP bermula kami sekeluarga sempat selesaikan sesi fotografi Aidilfitri. Jadi, dapatlah saya kongsikan dengan pengikut-pengikut di media s0sial,” katanya. Berkongsi mengenai aktiviti pada hari raya pertama, Che Ta mengakui bimbang untuk keluar beraya. “Kalau tahun-tahun sebelum ini, selepas selesai solat sunat Aidilfitri, kami sekeluarga akan bertolak ke rumah keluarga mentua saya dan akan habiskan masa di sana hingga tengah malam. “Keesokan, kami akan bertolak pulang ke Alor Star. Namun, tahun ini rutin kami nampaknya berbeza kerana kami sekeluarga tak mahu mengadakan aktiviti kunjung-mengunjung. Takut wujud pula kluster baru,” katanya-hmetro

“Saya balik nak mandi, tapi tangan tak boleh angkat” – Che Ta kongsi pengalaman jadi per1sik

BERLAKON membawakan watak sebagai seorang perisik menguji kemampuan fizikal pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta. Kata Che Ta, 46, pengalaman berlakon dalam drama bersiri Family Spy cukup menyeronokan kerana ia berbeza daripada karakter yang pernah dijayakan sebelum ini. “Seronok kerana untuk pertama kalinya dapat karakter berbeza dan lain daripada yang lain. Sebab saya tak pernah bawakan watak sebagai spy.

“Saya bukan orang yang suka bersukan, apabila f1ghting scene itu dibuat banyak kali, tangan jadi lenguh. Apabila saya balik dan nak mandi, tangan tak boleh angkat,” katanya. Barisan pelakon yang menjayakan drama Family Spy. Sementara itu menurut Che Ta, dia sedia menghadiri kelas tinju untuk membuat persiapan bagi membawakan watak sebagai seorang per1sik dengan lebih baik.”Kalau ada musim yang kedua, saya akan pergi ke kelas boxing untuk membuat persiapan,” ujarnya. Rozita ketika ditemui semasa sidang media drama bersiri Family Spy di Great Eastern Mall. Selain Che Ta, drama rantaian itu turut menampilkan Alif Satar, Airiezara Jasmin, Nynas Harizal, Sham Visa dan Charis Ow. Drama ini bakal disiarkan di Astro Ceria dan Ceria HD pada 11 Mac ini-hmetro

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم