Sembilan tahun berusaha dan menanti. Akhirnya khabar baik buat Irwansyah dan isteri yang bakal menimang anak pertama dan harap semua doakan anak mereka berada dalam keadaan yang baik

Setiap pasangan yang sudah lama berkahwin pasti inginkan cahaya mata sebagai pelengkap kebahagiaan rumah tangga. Namun, rezeki setiap pasangan itu berbeza, ada yang cepat dan ada yang menunggu lama untuk dikurniakan zuriat.

Sembilan tahun berusaha dan menanti. Akhirnya khabar baik buat Irwansyah dan isteri yang bakal menimang anak pertama dan harap semua doakan anak mereka berada dalam keadaan yang baik
Begitu juga pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Irwansyah yang memaklumkan khabar gembira apabila isterinya Zaskia Sungkar disahkan hamil anak pertama selepas 9 tahun mereka berkahwin.

ARTIKEL MENARIK:Berpisah atas sebab sakit yang dialami. Sharifah Sakinah luah rasa sebak dengan anaknya bila anaknya dia sanggup membuat sesuatu ini selepas dia dan suami berpisah
loading...


Berkongsikan perkara itu di Instagram untuk para peminat mereka, Zaskia dan Irwansyah meluahkan rasa syukur dan gembira di atas berita kehamilan yang sudah lama dinantikan.


Difahamkan, pasangan itu menjalani proses IVF sejak awal tahun 2020. Dalam pada itu, Zaskia berkongsikan usia kandungannya kini sudah mencecah lapan minggu dan meminta peminat mendoakan anak mereka berada dalam keadaan yang baik dan sihat.

Pasangan itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua terutama rakan-rakan, keluarga dan juga para peminat yang tidak henti-henti mendoakan kebahagiaan mereka sehingga dikurniakan cahaya mata kelak.-rotikaya

Irwansyah rancang bawa isteri jalani rawatan kesuburan di Pulau Pinang


SUBANG JAYA: Pelakon Indonesia, Irwansyah, 31, merancang membawa isterinya, Zaskia Sungkar, 26, menjalani rawatan kesuburan di Pulau Pinang pada hujung Mac depan.Irwansyah, yang sedang menjalani penggambaran drama 60 episod berjudul Dia bersama produksi tempatan, membuat keputusan untuk meminta bantuan pakar setelah enam tahun mendirikan rumah tangga.

“Selesai tamat penggambaran, saya merancang untuk ke sebuah pusat pakar perubatan di Pulau Pinang bagi menjalani rawatan kesuburan setelah mendapat cadangan daripada kenalan artis di Indonesia.”Rata-rata kenalan yang mendapat bantuan pakar di sana berjaya (mendapatkan zuriat). Ia antara ikhtiar kami setelah enam tahun berkahwin, namun bukanlah kerana desakan mana-mana pihak.

“Saya terbuka untuk bercerita mengenai perkara ini kerana tidak menganggap ia sebagai sesuatu yang mengaibkan. Tidak salah rasanya untuk dikongsi bersama,” katanya kepada BH Online ketika ditemui di lokasi penggambaran drama terbabit di sini, hari ini.

Drama rantaian karya Eoon Shuhaini itu menampilkan dirinya dan Janna Nick sebagai bintang utama.Irwansyah dan Zaskia, juga seorang pelakon dan penyanyi, belum dikurniakan cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011.-bh

Bayaran saya tak sampai RM1 juta – Irwansyah


PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi terkenal, Irwansyah, menafikan dkwaan kononnya beliau menerima bayaran lumayan RM1 juta untuk membintangi drama rantaian usaha sama Malaysia-Indonesia, Dia.Bintang negara seberang yang mula menyerlah menerusi filem Heart pada 2006 itu bagaimanapun berkata, bayaran diterimanya sangat berbaloi, sesuai dengan komitmen diberikan.

“Tidak benar… Tak sampai RM1 juta. Kalau boleh, memanglah saya mahu (bayaran lumayan), tetapi saya sedar diri. Apapun, bayaran yang saya terima cukup berbaloi, sesuai dengan komitmen diri yang memerlukan saya berada di lokasi selama tiga bulan lamanya.

“Sejujurnya, bukan wang yang menjadi keutamaan. Bagi saya, pengalaman adalah lebih penting kerana saya belum pernah berlakon dalam drama Malaysia dan digandingkan dengan pelakon di sini. Semua itu perkara baharu bagi saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama terbabit di sini.


loading...


Dia akan mula disiarkan melalui TV3 pada 14 Oktober depan.Menerusi drama terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd dan Limelight Pictures itu, penyanyi lagu Pencinta Wanita ini memegang watak Aidit yang terbabit dalam masalah cinta tiga segi bersama dua gadis, masing-masing lakonan Janna Nick dan Izara Aizhah.

Pada sidang media sama, Irwansyah, 32, turut diminta mengulas perkahwinan sahabat karib yang juga rakan kongsi perniagaannya, Laudya Cynthia Bella, dengan bekas suami kepada Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin. Mereka berkahwin pada 8 September lalu.

Kata suami kepada aktres, Zaskia Sungkar, sebagai kawan beliau gembira dengan berita berkenaan.”Saya pernah berjumpa dengan Emran pada bulan puasa lalu. Pada pandangan saya, dia lelaki yang baik, mudah bergaul dan seorang yang merendah diri.”Bella juga ada menyatakan dia gembira dengan kehidupan barunya dan sebagai teman, jika dia gembira, saya tumpang gembira dengan kebahagiaan dikecapinya itu,” ujarnya.-bh

Acha Septriasa Terkilan Kerana Tidak Terima Kad Undangan Perkahwinan Irwansyah

HANYA tawa kecil kedengaran tatkala diusik siapa insan bertuah yang bertakhta di hatinya kini selepas namanya tidak terlepas dikaitkan dengan beberapa jejaka popular, apatah lagi bekas kekasihnya, Irwansyah, juga sudah mendirikan rumah tangga.

Bagi Acha Septriasa, kegagalan cinta masa lalu membuatkan dirinya lebih matang mengatur langkah, malah tanpa berselindung mengakui masih menanti cinta yang diharap hadir tanpa dipaksa.Biar diteka pelbagai persoalan termasuk hubungan lalu, penyanyi dan pelakon popular Indonesia itu mengakui tidak membataskan pergaulan, sebaliknya sedia berkawan dengan mana-mana lelaki asalkan ikhlas.

Begitupun, Acha yang juga penuntut tahun tiga Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing, Cyberjaya, mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajiannya yang bakal selesai setahun lagi, sebelum mengejar cinta.“Ya, saya senang begini, solo, tetapi kehidupan saya tidak pernah sunyi kerana sentiasa dikelilingi teman. Bagusnya apabila berada di kuliah, selain belajar kita juga berpeluang berjumpa ramai jejaka hebat,” seloroh si manis yang sememangnya gemar berjenaka itu.

Pertemuan dengan Acha atau nama sebenar Jelita Septriasa, 22, yang diatur Broadway Media bersempena pelancaran saluran baru Astro, Bintang 141 dan Pelangi 142, tidak dilepaskan wakil media begitu saja untuk mengetahui perkembangannya.

Bintang Heart dan Love Is Cinta itu dibawakan khas ke majlis berkenaan berikutan beberapa filem pecaah panggung lakonannya bersama Irwansyah antara senarai produk yang bakal mengisi slot saluran baru berkenaan. Masih kekal dengan sikap peramah dan mudah tertawa, Acha juga tidak menolak untuk berkongsi soal perasaan selepas kekasih yang sudah menjalin cinta dengannya selama tiga tahun selamat bergelar suami orang awal tahun ini.

Jika dikatakan sebaik berpisah mereka tidak lagi bertegur sapa, sekeras-kerasnya dkwaan berkenaan dinafikan kerana katanya mereka masih bertanya khabar dan bertegur sapa walaupun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu.

“Waktu itu saya masih muda, mahu mengejar cita-cita dan kerjaya, manakala Irwansyah pula ingin membawa hubungan kami ke fasa lebih serius, iaitu perkahwinan. Daripada membiarkan dia terus menunggu, lebih baik kami meneruskan haluan sendiri.

“Memang agak pahit melalui semua itu, tetapi kami harus kuat selain percaya jika ada jodoh, kami akan dipertemukan semula. Nyata takdir tidak menyebelahi apabila dia bertemu jodoh dengan gadis lain. Biar apa pun, saya mendoakan mereka dari jauh,” luahnya penuh makna.

Hanya kesyukuran yang mampu diucapkan apabila insan yang pernah disayangi dilingkari kebahagiaan, cuma dirinya agak terkilan apabila tidak menerima kad undangan perkahwinan untuk hadir pada hari bersejarah itu. Katanya lagi, ketika masih solo memang kerap mereka berhubungan, tetapi selepas Irwansyah bergelar suami, Acha cuba menjauhkan diri bagi mengelakkan ada hati yang terluka.

Jadi isteri presiden

ENGGAN membiarkan nostalgia menggugat emosi, ceritanya berbalik kepada kuliah yang pernah direhatkan seketika tahun lalu demi memberikan komitmen terhadap kerjaya seninya.Bukan meletakkan pelajaran ke tepi, sebaliknya penyanyi lagu Berdua Lebih Baik itu terpaksa mengambil cuti sepanjang tahun lalu sebelum kembali menyudahkan pengajiannya sebaik semester awal tahun ini bermula.

“Bekerja dan belajar dua perkara berbeza, namun masih memerlukan komitmen jitu. Perlu berkejar merentas lautan membuatkan saya harus membuat keputusan bijak iaitu bercuti setahun.“Justeru sepanjang tahun lalu masa saya diperuntukkan sepenuhnya untuk lakonan, nyanyian dan tidak ketinggalan memenuhi siri kempen produk,” katanya yang turut dismbar sebagai duta jenama produk penjagaan rambut serta sabun di Indonesia.

Bukan menyepi, jauh sekali mahu tinggalkan arena nyanyian atau lakonan, gadis bertubuh kecil molek yang punya jiwa besar itu masih kerap pulang ke Jakarta dua bulan sekali bagi memenuhi segala tawaran. Walau undangan pentas, sinetron dan layar perak tidak serancak dulu, hakikatnya Acha mendambakan karya yang benar-benar tinggalkan kesan atau dalam erti kata mudah biarlah kemunculannya dirasai lebih bersandarkan kualiti, bukan disebabkan kuantiti.

“Saya tidak nafikan ramai bakat baru muncul, muda dan lebih segar. Ini semua persaingan sihat kerana apabila wujudnya perlumbaan, kita akan berusaha menonjolkan hasil kerja terbaik, malah sentiasa ingin mencuba perkara baru.

“Harapan saya, biarpun hanya satu filem setahun impaknya tinggalkan kesan kepada khalayak apatah lagi kini masa saya lebih banyak di Kuala Lumpur berbanding Jakarta,” katanya yang berhasrat menyambung pengajian di peringkat Sarjana di Australia sebaik menamatkan Ijazah Sarjana Muda akhir tahun ini.

Adakah Acha mahu melarikan diri jauh dari Indonesia atau Malaysia? Sambil tersenyum katanya, adiknya yang belajar di negara kanggaru itu mahu dia menemaninya apatah lagi keinginan untuk belajar setinggi yang boleh tidak pernah padam.

“Sebenarnya saya masih berkira-kira mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana atau menumpukan perhatian terhadap pembikinan album penuh. Apa pun saya akan memperhalusi segala-galanya kerana hujung tahun ini juga saya akan ke lokasi penggambaran filem,” katanya.

Bercakap soal filem, kongsinya lagi pada November ini dia akan sibuk semula di lokasi sebuah filem sejarah berkisar kehidupan presiden Indonesia yang terawal, Soekarno dan isterinya, Utari. Dia dilamar membawakan peranan sebagai wanita pertama bagi filem berjudul Nine Reason yang juga memaparkan kisah sembilan isteri mantan presiden terbabit.

“Sudah pasti watak dan filem ini antara cabaran terbesar saya memandangkan ia sebuah naskhah berkaitan sejarah negara kelahiran saya sendiri. Saya sendiri teruja sebaik diajukan peranan terbabit. “Bagaimanapun, saya belum boleh lagi bercerita lanjut atau berkongsi kronologi kisah. Kita tunggu saja nanti tetapi saya sendiri akan membuat kajian sebelum turun ke lokasi,” akuinya yang tidak mampu menyembunyikan debar di hati.[BH]

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post