Seramai 100 doktor muda pergi buat selamanya. Indonesia dedahkan punca berlakunya pemergian yang berlaku di kalangan barisan hadapan

Kebimbangan terhadap wabak Covid-19 masih menghantuii orang ramai sehingga ke hari ini, saban hari kes jangkitan semakin meningkat malah jumlah pemergian telah mencatat lebih 800 ribu pemergian.

Seramai 100 doktor muda pergi buat selamanya. Indonesia dedahkan punca berlakunya pemergian yang berlaku di kalangan barisan hadapan
Pada Isnin, Ikatan Doktor Indonesia (IDI) telah memaklumkan seramai 100 doktor telah disahkan pergi buat selamanya akibat jangkitan Covid-19.

ARTIKEL MENARIK:Catat kes baharu lebih 2000 setiap hari. Seorang Menteri Indonesia keluarkan kenyataan berkaitan rantai yang boleh merawat Covid19 dan dikatakan mahu ikut jejak negara lain untuk buka penggung wayang
loading...


Lebih menyedihkan ,kebanyakan mereka masih muda dan berumur dalam lingkungan 29 hingga 38 tahun.


Dilaporkan bahawa antara doktor yang terkesan adalah daripada Fakulti Perubatan Universiti Airlangga dan Hospital Soetomo di Surabaya, Jawa Timur.

Menurut Pengerusi IDI, Daeng M. Fikih memberitahu susulan kejadian ini, pihaknya telah bekerjasama dengan gerakan pasukan khas Covid-19 bagi memastikan peralatan perlindungan di hospital dan kemudahan kesihatan mencukupi untuk mencegah lebih banyak pemergian dalam kalangan pekerja kesihatan. Selain itu, dia juga mendesak agar pihak hospital membuat jadual kerja yang sesuai dengan keadaan kesihatan para doktor bagi mengelakkan keletihan melampau.

Sehingga kini, Indonesia telah mencatatkan 172,053 kes jangkitan dengan 7,343 pemergian, lapor The Jakarta Post.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MstarkiniSumber:lobak merah

Kes Meningkat Saban Hari. Indonesia Sahkan Mutasi Berbahaya COVID19 Iaitu D614G Dikesan Di Negara Itu Atas Satu Faktor Ini

Pada pertengahan Ogos lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa pasukan kesihatan telah mengesan kewujudan mutasi jenis D614G dalam negara. Bahayanya mutasi itu adalah kerana ia boleh menular 10 kali ganda lebih cepat, dan mudah merebak sekiranya disebarkan oleh individu super spreader.

Selepas Malaysia, ia kini dilaporkan sudah mula dikesan di Indonesia. Memetik laporan The Jakarta Post, Lembaga Biologi Molekuler Eijkman (LBME) yang berpusat di Jakarta telah mengesahkan perkara tersebut.Dalam laporan itu, LBME berkata D614G telah dikesan dalam lapan daripada keseluruhan 22 genom yang dilaporkan di republik itu sebelum ini.

Para pengkaji ketika ini masih belum memperoleh peratusan sebenar individu yang menjadi pembawa virus mutasi tersebut, namun LBME percaya bahawa ia telah merebak secara meluas dalam kalangan kebanyakan pesakit di Indonesia.

Dalam satu laporan lain yang diterbitkan Detik Health pula melaporkan, mutasi itu sebenarnya telah ada di Indonesia sejak Mac lalu. Prof Chairul A Nidom dari Universitas Airlangga berkata jumlah pengesanan juga akan lebih banyak dilaporkan, sekiranya ujian saringan dibuat dengan lebih giat. Untuk rekod, selain Malaysia dan Indonesia — mutasi itu turut telah dikesan di beberapa negara ASEAN lain termasuk Myanmar dan Singapura.

Catat Kes Baharu Lebih 2000 Setiap Hari. Seorang Menteri Indonesia Keluarkan Kenyataan Berkaitan Rantai Yang Boleh Merawat Covid19 Dan Dikatakan Mahu Ikut Jejak Negara Lain Untuk Buka Penggung Wayang

Walaupun keadaan kes di negara kita dilihat berkurangan namun bagi negara jiran, Indonesia, kes Covid-19 di sana tetap meningkat setiap hari. Hari ini saja Indonesia mencatatkan 2,306 kes baru dan 86 pemergian. Menurut Bloomberg, bagi memulihkan ekonomi negara selepas beberapa perniagaan terpaksa ditutup angkara pandemik yang melanda dunia ini, pihak berkuasa di sana membuat keputusan untuk buka semula panggung wayang selepas lima bulan ditutup.


loading...


Gabenor Jakarta, Anies Baswedan mengatakan yang panggung wayang di Jakarta akan dibuka semula tapi perlu mengikut garis protokol yang ktat seperti penggunaan topeng muka dan hanya orang berusia 12 ke 60 tahun sahaja dibenarkan masuk.Jadi 47 negara saat ini kegiatan bioskop sudah berjalan seperti biasa. Bahkan di Korea Selatan, selama pandemi termasuk puncak pandemi mereka di sana bioskop tidak ditutup.”

Sebelum ini, pihak berkuasa di sana pernah bersetuju untuk membuka panggung wayang pada Julai lalu namun dibatalkan kerana kes di sana tak menunjukkan penurunan. Tapi mungkin untuk selamatkan ekonomi dekat sana, dorang terpaksa buka juga dengan mengikut SOP yang ketat.-lobakmerah

“Kami dah uji 20 staff yang positif” – Menteri Indonesia dikatakan Rantai Mengandungi Minyak Kayu Putih Boleh hilangkan Covid-19

Rantai aromaterapi dari Indonesia ini mengandungi eucalyptus (minyak kayu putih), dikatakan ia boleh menghalang daripada Covid-19 terus merebak, kata Menteri Pertanian Indonesia Syahrul Yasin Limpo pada Jumaat lepas (10 Julai).

Katanya aksesori barang kemas itu telah ‘menghilangkan’ hampir setengah (42%) virus itu jika dipakai selama 15 minit. Kalau pakai dalam setengah jam, rantai tersebut ada potensi hilangkan 80% virus. Lapor South China Morning Post.

Ia ‘dicipta’ oleh Agensi Penyelidikan dan Pembangunan Kesihatan (Balitbangtan) dan diharapkan akan dihasilkan pada skala besar mulai bulan depan.Pengguna harus memakai rantai itu seperti pakai tag nama kerana ia mengandungi serbuk kayu putih agar pengguna dapat menghidunya.

Kami dah uji 20 pekerja dari Kementerian Pertanian yang positif Covid-19. Setelah mereka setelah menyedut dan dirawat [dengan produk] itu. Ia membantu memudahkan pernafasan mereka ” Ketua Balitbangtan, Fadjry Djufry, The Jakarta Post.

Namun, para saintis agak ragu-ragu mengenai penemuan baru ini dan orang Indonesia telah tampil  memperingatkan bahawa negara mereka akan berisiko dikenali sebagai ‘bahan lawak’ jika mereka meneruskan menghasilkan produk ini.

Bagaimanapun, ini bukanlah pertama kalinya Indonesia membuat tuntutan berani mengenai virus tersebut.Sebelum ini, sebilangan orang Indonesia Menteri Kesihatan mereka, Terawan Agus Putranto, mendakwa kekuatan doa menjadikan jangkitan Coronavirus rendah di negara mereka.

Sehingga sekarang, Indonesia adalah negara tertinggu di ASEAN mencatatkan angka 75.699 kes positif dan 3.606 pemergian akibat Covid-19.Bagaimanapun Terawan menyatakan bahawa dia belum mengetahui perincian mengenai rantai itu. Lapor Kompas.

Walaubagaimanapun, bagi bukti saintifik sama ada rantai itu benar-benar mujarab atau tidak, seorang pensyarah di Jabatan Biologi Universiti Pertanian Bogor (IPB) yang dikenali sebagai Berry Juilandi, mengatakan bahawa walaupun komponen 1.8-cineole Eucalyptol yang berasal dari daun kayu putih mempunyai sifat antimikroba, tidak ada penyelidikan klinikal yang membuktikan bahawa unsur-unsur ini dapat menghilangkan SARSnjCoV-2 di dalam sistem pernafasan.

Indonesia bangunkan vaksin Merah Putih untuk COVID-19

JAKARTA: Indonesia sedang membangunkan vaksin untuk COVID-19 yang dinamakan vaksin Merah Putih, yang dijangka dikeluarkan pada pertengahan tahun 2021.Presiden Indonesia Joko Widodo, berkata penyelidikan dan pembangunan vaksin itu sedang dilakukan Lembaga Biologi Molekuler Eijkman (LBM), menerusi kerjasama dengan syarikat dari China, dengan menggunakan DNA virus asli Indonesia.

“Kita bisa (boleh) produksi lebih banyak dan kalau yang kita miliki berlebih, boleh dijual ke negara lain, kerana di ASEAN saya lihat belum ada yang siap (menghasilkan) vaksin,” katanya di Istana Negara Jakarta, seperti disiarkan televisyen tempatan, hari ini.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Indonesia menerusi LBM, badan di bawah Kementerian Riset dan Teknologi Indonesia telah bekerjasama dengan syarikat biofarmaseutikal dari China, iaitu Sinovac Biotech bagi melakukan penyelidikan vaksin COVID-19, sejak beberapa bulan lalu.

Dilaporkan vaksin itu kini memasuki fasa ketiga ujian dan jika berjaya, Indonesia bakal mengeluarkan 290 juta dos vaksin itu menjelang akhir 2021.Sementara itu, menurut laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, kes positif COVID-19 keseluruhan di Indonesia berterusan meningkat kepada 155,412 kes, manakala kes kematian keseluruhan meningkat kepada 6,759 orang.Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, sebanyak 79 lagi pemergian berlaku, manakala sebanyak 1,877 kes positif baharu direkodkan dalam tempoh berkenaan. – BERNAMA

Indonesia catat 2,081 kes baharu Covid-19 dalam 24 jam

JAKARTA – Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia terus bertambah dengan 2,081 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah terkumpul 139,549 kes.Menurut data di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 77,090 pesakit lagi masih dalam pemantauan virus itu.

Bagi tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari ini, sebanyak 79 pemergian dilaporkan menjadikan pemergian keseluruhan akibat Covid-19 di republik itu 6,150 orang.Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 29,400 kes diikuti Jawa Timur (27,903) dan selebihnya di 32 provinsi lain.Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah pemergian keseluruhan tertinggi iaitu 2,023 orang, diikuti Jakarta (981), Jawa Tengah (786), Sulawesi Selatan (343) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – Bernama

Indonesia Anjur Pertandingan Antarabangsa Menyvmpah COVID-19

Sakit paling teruk diperkatakan di seluruh negara dan dunia ialah wabak COVID-19.Setiap negara mempunyai cara tersendiri dengan memberi kesedaran kepada rakyatnya tentang pandemik ini. Sering menjadi tumpuan ialah negara India dan Indonesia kerana pendekatan yang digunakan boleh dikatakan agak luar biasa tetapi berhasil untuk mendidik masyarakatnya.Bercakap tentang Indonesia, satu kumpulan yang dikenali dengan nama Pergerakan Budaya Jawasastra menganjurkan pertandingan antarabangsa menyvmpah virus COVID-19 dalam bahasa Jawa sebagai cara untuk melepaskan kmarahan terhadap wabak tersebut.

Beberapa kajian mendapati terdapat peningkatan tahap perasaan kcewa, marah, tekanan, takut, g3lisah sejak pandemik COVID-19 berlaku. Setiap orang akan melakukan terapi dengan cara yang lebih sesuai dengan dirinya dan atas faktor itu kumpulan tersebut mendapat idea dengan menganjurkan pertandingan menyvmpah.Menurut kumpulan tersebut setiap orang merasakan emosi, menahan kerinduan kampung halaman, menahan kmarahan, dan jika tidak berasa malu mereka mungkin rasa terpanggil untuk ‘memvntahkan ribuan svmpahan terhadap tuhan’.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada laman web mereka, Jawasastra berkata pemenang pertandingan akan dianugerahkan gelaran ‘maharaja svmpah’, selain mendapat sebungkus kopi, tiga buah buku, satu sijil menyvmpah, T-shirt, barang keperluan harian dan pemetik api. Kata pengerusinya, setiap perserta perlu membuat video menyvmpah COVID-19 berdurasi tiga minit dalam bahasa Jawa dan kemudian memuat naik di Instagram.Di sebut sebagai pertandingan antarabangsa kerana pandemik berlaku di seluruh dunia dan orang Jawa tidak kira tinggal di mana dipelawa untuk menyertainya. Tetapi tidak dibenarkan untuk membuat (komen)

Antara penyertaan termasuk sebuah video yang memaparkan seorang lelaki menyvmpah dalam bahasa Jawa, “Hey, k0ronavirus, kau tu anjing! Kau telah ambil sumber pencarian kawan-kawan aku hingga mereka tidak lagi dapat bekerja!”Penganjur menjelaskan, bersvmpah merupakan tradisi budaya dahulu dalam peradaban Jawa dan tidak selalu digunakan untuk melahirkan rasa marah. Manakala mengvtuk, digunakan untuk melahirkan perasaan gembira.Kumpulan tersebut pernah menganjurkan acara yang serupa pada tahun 2018 untuk mengkritik isu sosial seperti etnik, agama dan bangsa.Sumber: The Jakarta Post

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post