Syukur dapat tempat dan biasiswa oleh satu universiti di luar negara. Syed Saddiq dedah lanjut pengajian dan pelbagai reaksi daripada pengikutnya

Pengumuman itu dibuat menerusi hantaran di akaun Twitter berserta gambar beliau bersama surat tawaran diterimanya dari universiti berkenaan petang semalam dan mendapat pelbagai reaksi dan ucapan tahniah daripada pengikutnya.“Alhamdulillah, saya mendapat tempat dan biasiswa di National University of Singapore untuk mengikuti program Lee Kuan Yew’s Senior Fellowship in Public Service,” katanya.

Syukur dapat tempat dan biasiswa oleh satu universiti di luar negara. Syed Saddiq dedah lanjut pengajian dan pelbagai reaksi daripada pengikutnya



Beliau berkata, berita itu disimpan sejak Jun lalu tetapi disebabkan kelasnya akan bermula hari ini, ia dikongsikan dengan rakan-rakannya.“Sebagai orang muda, ada banyak yang perlu saya belajar lagi untuk meningkatkan kebolehan saya untuk berkhidmat.“Saya menolak menyambung pengajian di peringat Master di Universiti Oxford sebanyak dua kali disebabkan politik. Akhirnya, saya diberikan peluang untuk memantapkan kemahiran dasar awam sambil memberikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

ARTIKEL MENARIK:Terkini mengejutkan pihak Bomba umumkan sesuatu tentang Acap yang hilang di Gua Tempurung hampir setahun lebih. Tak sangka sampai macam ni sekali keadaan Acap.
loading...


Beliau turut mengucapkan terima kasih kerana memberikan peluang berkenaan dan akan terus berkhidmat kepada rakyat.Sebelum ini, Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan itu memohon untuk mendaftarkan parti baharunya minggu lalu dan mengasaskan gerakan lain, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Syed Saddiq merupakan bekas ketua Pemuda Bersatu (Armada) sebelum parti itu memilih untuk meninggalkan Pakatan Harapan (PH), sehingga kini beliau terus memilih untuk menyokong bekas Pengerusi Bersatu dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berbanding bersama Muhyiddin Yassin.-sh

Orang Muar Bagi Petai Percuma. Tetapi Tindakan Yang Dilakukan Oleh Syed Saddiq Ini Meraihh Perhatian Warganet Apabila Dia Buat Di Sebaliknya

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali meraih tumpuan warganet apabila video terbarunya viral. Menerusi rakaman berdurasi 15 saat yang dimuat naik di Twitter itu, Syed Saddiq pada awalnya telah menerima seikat petai daripada beberapa individu secara percuma.Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah tindakan Syed Saddiq yang masih cuba membayar pemberian itu.Biarpun pembelian itu ditolak beberapa kali oleh penjual petai tersebut, namun Syed Saddiq masih cuba memasukkan duit ke dalam poket individu terbabit sebagai tanda penghargaan.

“Cara dia letak duit dalam poket memang klasik, tersenyum saya,” kata seorang warganet.“Petai tu bukanlah Syed Saddiq nak sangat tapi lebih kepada sesuatu yang dia boleh bagi pada orang kampung,” kata seorang lagi warganet .“Pakcik sedekah, makcik sedekah, YB sedekah, Alhamdulillah,” kata seorang lagi pengguna Twitter.-gmpk

Jodoh Syed Saddiq sebelum pilihan raya

MUAR: “Insya-Allah, kita doakan sebelum pilihan raya.” Demikian jawapan ringkas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika ditanya mengenai jodohnya. Bagaimanapun, bekas Menteri Belia dan Sukan itu masih berteka-teki calon isterinya.“Kita doakan sebelum pilihan raya, itu sahaja saya boleh cakap,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Dalam perkembangan lain, Syed Saddiq mendedahkan beliau pernah berjumpa dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dua kali selain turut menghantar mesej selepas kejatuhn Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari lalu.

Beliau menjelaskan, pertemuan itu menyentuh mengenai perbincangan peruntukan kepada Parlimen Muar yang ditarik dan usaha menyelamatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

“Saya tak nak kerana politk, jambatan silaturahim tertanaam terus. Lagi satu saya sebagai anak muda, masih terhutang budi kepada Tan Sri. “Ya, saya tidak bersetuju dengan apa yang berlaku tetapi sebagai anak muda, saya tidak boleh sombong, tidak boleh uu, tidak boleh saya kata sentiasa betul, kadang kala saya pun salah. Tetapi perbezaan politik itu perlu diraikan,” katanya.

Tanpa memperincikan tarikh pertemuan itu, Syed Saddiq berkata, ketika itu beliau masih ahli Bersatu dan Ketua Armada dan sedang mencari jalan terbaik untuk menyelamatkan parti. “Komunikasi (dengan Muhyiddin) sentiasa ada, saya hendak kekalkan (silaturahim) sampai bila-bila,” katanya. Pada 28 Mei lalu, keahlian lima pemimpin Bersatu termasuk Syed Saddiq terhenti serta-merta kerana tidak mengikuti perlembagaan parti.

Empat yang lain ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah. – UTUSAN ONLINE


loading...


Terus Pulang Ke Johor. Syed Saddiq Dedahkan Ibunya Alami Satu Sakit Ini Dan Harap Orang Ramai Doakan Kesihatan Ibunya

Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan bahawa ibunya kini sedang berada di hospital bagi menjalani satu operasi. Ia susulan selepas doktor mengesahkan bahawa sakit teruk payudara yang pernah dialami ibunya sebelum ini didapati telah kembali semula.

Lalu, Syed Saddiq dikatakan telah bergegas awal tinggalkan mesyuarat parlimen untuk balik ke Muar bagi menemani ibunya yang tercinta itu. “Terpaksa tinggalkan parlimen awal untuk ke Johor, demi mama. My mum is a f1ghter. “In 2013, she won the battle against br3at cncer. 2 weeks ago, we found out that the cncer is back.

“Tomorrow (hari ini) mama will be going through her operation. Tolong doakan untuk mama,” tulisnya. Dalam pada itu, Syed Saddiq turut berkongsi foto terkininya bersama ibu setibanya di hospital. Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan doa dan berharap proses operasi dapat berjalan dengan lancar. Sumber: Twitter Syed Saddiq

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Jawi: سيد صديق بن سيد عبدالرحمن; lahir 6 Disember 1992) merupakan ahli politik Malaysia dan bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Beliau juga ialah Ahli Parlimen Muar dan Ketua Armada bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sehingga pemecatan beliau pada tahun 2020. Selain itu, Syed Saddiq juga ialah bekas Juara Debat Asia. Beliau merupakan bekas penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Undang-undang dan juga bekas pensyarah di universiti itu.Beliau ialah menteri termuda yang dilantik pada usia 25 tahun selepas Datuk Seri Najib Tun Razak pada usia 28 tahun.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 6 Disember 1992 di Pulai, Johor Bahru, Johor dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik, tiga lelaki dan seorang perempuan. Bapanya merupakan seorang burvh binaan warga Singapura yang sering berulang alik dari Johor ke Singapura untuk bekerja. Ibunya merupakan seorang guru bahasa Inggeris yang mengadakan kelas tuisyen sehingga lewat malam bagi mendapatkan wang tambahan. Beliau pernah belajar di Maktab Tentera Diraja sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Semasa beliau menuntut di UIAM, beliau telah bertanding dalam satu pertandingan debat peringkat Asia dan telah berjaya menjadi Juara Debat Asia.

Pada September 2017, beliau menolak tawaran biasiswa yang bernilai kira-kira RM400,000 untuk melanjutkan pengajian di Universiti Oxford, England untuk terus aktif dalam p0litik. Setahun kemudian, selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen pada usia 25 tahun, Syed Saddiq sekali lagi melepaskan tawaran biasiswa yang lain, kali ini menolak tawaran Biasiswa Chevening untuk meneruskan Sarjana dalam Dasar Awam di Universiti Oxford.-wikipedia

Syed Saddiq mohon maaf atas kegagalan kontinjen negara capai sasaran Sukan SEA 2019

“Sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya memikul tanggungjawab penuh di atas kegagalan untuk memenuhi prestasi yang ditetapkan. Ia adalah tanggungjawab bersama di dalam pasukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), saya, MSN (Majlis Sukan Negara), ISN (Institut Sukan Negara), persatuan kebangsaan…saya ingin memohon maaf kepada semua peminat sukan tanah air di atas kegagalan ini.

“Saya telahpun memaklumkan kepada semua supaya tidak membebankan atlet dengan kata-kata negatif. Ambil celaan dan tanggungjawab bersama, ia disasarkan kepada kami dan bukan kepada atlet yang berjuang sekian lama untuk mengharumkan nama negara,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN, hari ini.

Syed Saddiq berkata berdasarkan kepada laporan awal, beberapa kelemahan yang menyebabkan kegagalan itu telah dikenal pasti.Antara kelemahan tersebut ialah sikap terlalu yakin dalam kalangan beberapa sukan yang diletakkan sasaran untuk meraih pingat emas seperti sukan memanah, pelayaran dan tenpin boling yang berjaya pada edisi lepas dan kejohanan besar sebelum ini.

Begitu juga dengan sukan baharu diperkenalkan pada temasya kali ini yang sukar untuk dibuat perbandingan sasaran mereka kerana tidak mempunyai latar belakang prestasi yang boleh diukur.Katanya, kegagalan kontinjen mengambil kira aspek pengadilan dalam penetapan sasaran juga menjadi antara faktor sasaran tidak dapat dicapai.

“Kebangkitan atlet dari negara Vietnam dan Thailand khususnya dalam sukan tradisi seperti olahraga, renang dan pelayaran menyebabkan pingat yang disasarkan tidak dapat dicapai selain daripada Filipina sebagai negara tuan rumah, turut menggagalkan sasaran kita dalam sukan ragbi dan olahraga, khususnya.

Beberapa atlet yang disasarkan telah tewas kepada atlet negara lain terutama tuan rumah yang menggunakan atlet dua kerakyatan, di mana sebelum ini tidak mempunyai sebarang rekod prestasi kerana tidak pernah mewakili negara tersebut,” katanya.

Syed Saddiq bagaimanapun berkata terdapat beberapa pencapaian yang tidak boleh dinafikan terutamanya pencapaian atlet pelapis negara yang agak memuaskan dengan lapan atlet pelapis telah menyumbang dua pingat emas, tiga perak dan lima gangsa. Kontinjen negara gagal mencapai sasaran awal untuk meraih 70 pingat emas apabila sekadar mengumpul 56 pingat emas, 57 perak dan 72 gangsa pada Sukan SEA Filipina yang menutup tirai pada 11 Dis.

— BERNAMA via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post